Nuffnang Ad

24 May 2010

Sayang Sayang Kenapa Tak Sembahyang?

Pada tarikh 22 dan 23 haribulan Mei pada tahun 2010 bersamaan dengan 8 dan 9 Jamadil Akhir 1431 aku telah pergi ke Kursus Pengkongsian Bijak Cemerlang HPA untuk menggantikan orang. Sepanjang dua hari di sana aku dan adik aku Yan, mendengar ceramah mengenai pemakanan Halal dan bagaimana nak menjadi usahawan.

Pagi sabtu kami tiba disana dengan dibawa oleh ustaz Rozi merangkap abang ipar kepada pakcik(laki mak cik aku,Mak Ana). Kami terus masuk ke dewan. Kira2 jam 9 pagi,ceramah pun bermula. Macam2 la yang aku dapat maklumat. Nak kongsi kat sini pun banyak sangat la pulak n susah nak terangkan disini. Kiranya, diorang bagi ceramah macamana nak jadi usahawan la...ciri2 bagaimana nak jadi usahawan yang berjaya, tapi nanti la aku cerita semua itu.

Ok,then sampai la malam kami dengar ceramah, tak bosan la sangat sebab ada la slot2 yang best. kul12.30 masuk bilik. Tidur. Pukul 4 pagi bangun ada qiamullail jam 4.30 pagi. sampai la kul 5lebih(tak ingat kul bape). Bila dah azan subuh,kami pun solat jemaah. Macam biasa la, setiap program yang aku sertai mesti ada kuliah subuh. Ustaz yang bagi ceramah pada mase tu adalah ustaz Dollah(tak tau nama penuh), banyak yang beliau sampaikan kepada kami. Yang membuat aku lebih tertarik adalah. Ada selawat yang rentaknya lain dari yang lain. antara bait2 adalah :

Baca selawat.............

Sayang2 orang kaya tak sembahyang,
nabi Sulaiman juga kaya tapi sembahyang,
Sayang2 orang miskin tapi tak sembahyang,
nabi (xingat) juga miskin tapi sembahyang.

baca selawat lagi.........

sayang2 orang hensem tapi tak sembahyang,
nabi yusuf juga hensem tapi sembahyang,
sayang2 orang cantik tapi tak sembahyang,
siti fatimah juga cantik tapi sembahyang.

baca selawat...

Inilah diantara bait2 yang aku dapat ingat dan kongsi. irama dia seperti lagu apa ek..aku tak ingat. tapi ayat2 dia memang boleh dikongsi beramai2....

Jadi,janganlah kita meninggalkan sembahyang dengan pelbagai alasan. Walau macam mana sibuk pun kita,solat kena jaga. Tegur menegurlah untuk mengingatkan orang disekeliling kita. Dan ada lagi yang ustaz tu cerita,
Situasi: ustaz sedang menegur seorang sahabat.dan sahabat itu menjawab.

sahabat: ala...kubur kan masing2,jadi apa masalahnya?

ustaz: Sebab kubur masing2 la saya menegur. Jika kita semua sama kubur tak pe jugak. Dalam kumpulan tu nanti mesti ada yang boleh jawab soalan.tapi jika kita seorang,siapa yang nak jawab?bukankah kita yang perlu menjawab seorang?

sahabat: betul jugak tu...........

Jadi disini sikap tegur menegur itu perlu dalam kehidupan. Jika saya salah. Sila tegur saya. sekian sahaja untuk kali ini...wasalam...=)

1 comment:

Anonymous said...

nama penuh ustaz tu Abdullah bin Hussin

2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...