Nuffnang Ad

01 June 2010

Kursus Perkongsian Bijak Cemerlang HPA

22 Mei 2010 

Jam 9.30 pagi ucapan alu-aluan oleh encik MC apa nama entah..tak ingat...muehehe. Then selepas itu bacaan doa oleh Ustaz Rozi bin Mohd Nor. Selasai membaca doa. Upacara perasmian oleh Pengerusi Kelab Pemimpin Global iaitu ...theeee...tak ingat nama la....(habis aku kena baling kasut lau dorang baca ni). Dah habis rasmi2 ni kita berta'aruf pulak la. Setiap upline atau fasilatator kenalkan diri masing2. Yang paling muda 21 tahun. Wah..kiut miut itu budak sudah jadi upline. Muehehe.  Kendian kami diajar berslogan.. slogan kami adalah.
HPA
BOLEH!
HPA
BOLEH!BOLEH!BOLEH!
GEMPUR
RADIX INSYA ALLAH!


Herba Penawar Al Wahida



Memang semangat betul mereka2 ini semua melaungkan slogan ini. Aku?haha..of course la semangat jugak. Tapi mula2 je la. Dah akhir2 lemah gemalai. Memang sesuai dengan sifat semula jadi aku yang lemah lembut. Ada org muntah kot. Selepas sakit tekak berslogan kita dengar pulak peraturan sepanjang kursus ini diadakan. Pergh..Peraturan memang ketat. Tapi bagi aku semua tu tak menjadi masalah bagi aku yang belum berkahwin. Muehehe. Tapi biasa je la peraturan cam tu. Antaranya tak boleh dengar bunyi hp.(boleh silent). Tak boleh keluar dari kursus(aku tak tau nak keluar mana pun). Tak boleh bawa anak(aku tak ada anak pun). Tak boleh tidur(eh ada ke peraturan ni ek?aku lupa da..hehe).

Then kami dibahagikan kumpulan dan nama kumpulan aku adalah MOMENTS. Serius aku cakap, aku tak tau pun menda apa itu produk MOMENTS. Tak pernah tau pun. Rupanya MOMENT tu adalah produk kesihatan untuk wanita. Slogan kumpulan kami adalah. MOMENTS, SIHAT KUAT MANTAP. Fuh. power tak?hahahaha....

Jam 10.38 pagi. Masa untuk makan pagi. Kami dijamu dengan kuih bingka dan karipap. Dan Kopi Radix bancuh sendiri. Dorang sediakan kopi,cawan dan air panas. Kita bancuh secdiri ok. Hehehe..

Jam 10.50 pagi. Kami masuk semula ke dalam Dewan. Semua kena berdiri dan berpaut ditangan kawan sebelah masing2 ok. Mari kita menyanyi lagu. Lagu yang kami nyanyi adalah Rasullulah.

Sesudah itu kami diberi ceramah mengenai apa itu HPA. Ala malas la aku nak terangkan kat sini. hehehe...
HPA itu adalah Herba Penawar Al Wahida. Ianya adalah 100% bumiputera. Pengasasnya adalah Tuan Haji Ismail b Haji Ahmad. Dan keyword yang aku dapat tangkap dari sesi ini adalah " JANGAN MEMBERI ALASAN TAPI BERUSAHA MENCARI JALAN". 

Selepas itu kami diberi penerangan mengenai plan marketing. Then jawab soalan yang diberikan didalam kumpulan.

Jam 12.30 tengahari. Makan tengahari. Macam2 lauk ada. Ada ayam, ada daging, ada sayur, ada sambal belacan, ada ulam2, ada buah tembikai, ada buah oren. Minum air kordial dari HPA iaitu air erm...air..air...erk...macam air oren kot. Muehehe.

Jam 1.30 tengahari. Solat Zohor.

Jam 2.00 petang. Check kumpulan cukup ke tidak. Nampaknya masih ada yang tak cukup. Disini kita belajar "TEPATI MASA". Then paut tangan kawan sebelah kita nyanyi lagu Lukisan Alam. Lalalala...

Sesi kali ini kami diberi penerangan mengenai Asas Plan Marketing. Bla. Bla. Bla... Dan Bla...hehehe..panjang lebar aku tak minat sangat. aku terangkan la sikit2 ek. Konsep MLMS iaitu Multi Level Marketing Syariah. Konsepnya ada tiga iaitu yang pertama adalah membeli atau mengguna. Disini kita yang beli dan kita juga lah yang menggunakan produk itu. Yang kedua adalah menjual. Lebihan dari yang kita beli tadi dan kita tidak guna kita jual. Dan yang ketiga adalah menaja. Menaja ini aku keliru sikit. Apa yang aku paham. Kita perlu mencari orang untuk menjadi orang bawah kita. Cari la orang yang rapat2. Dalam 3 orang. Dan 3 orang ini perlu mengahdiri kurusu PBC yang seperti aku pergi ni. Aku cuma ganti orang je. Tak kuar modal pun. hahaha. Ada banyak lagi coletehnya. Aku cuma minat kat produk je. Aku tak minat la nak berniaga2 dengan cara begini kerana aku tidak ramai kenalan. Muehehe. Walaupun 9/10 rezekinya datang dari perniagaan. Dan Radix Cola memberikan 5% ke Palestin.

Antara produk2 HPA ini adalah ubat gigi, sabun herba, kopi radix, cookies radix, syampoo herba, krim rambut, pencuci pinggan mangkuk, saun freesia dan minuman jus.

Dan sesi ini aku belajar satu lagi keyword iaitu. "NAK SERIBU DAYA, TAK NAK 1 DALIH" yang bermaksud. Bila kita mahukan sesuatu itu pelbagai cara kita buat. Dan jika kita tidak mahu sesuatu itu kita cuma cakap tak nak je la. Tak payah nak banyak2 cerita. Muehehe.

Sesi Malam

Jam 9.00 malam. sesi kali ini adalah mengenai bagaimana mahu mendiagnosis tapak tangan. Nampak macam menarik. Disini kita akan dapat mengenal pasti apa penyakit yang kita ada dengan melihat tapak tangan. Antara yang aku ingat adalah jari telunjuk adalah untuk usus, jari tengah untuk jantung, jari manis untuk imuniti dan jari kelingking untuk rahim(wanita) atau tulang belakang(lelaki).

Cara untuk melihat pula bagaimana?

Untuk Perut: Terdapat garisan hijau dibahagian tegah tapak tangan antara jari telunjuk dan ibu jari. Simptom2 nya seperti anda terlalu banyak sendawa, merasa pedih di bahagian perut di bahagian perut dan ulu hati. Juga perut kembung dan banyak angin. Produk perut yang disarankan adalah kopi radix, herba tuju angin, madu asli, spirumadu dan teh herba

Untuk Usus: Jari telunjuk bengkok dan tidak normal ruas jari kehitaman. Ruas yang kehitaman menunjukkan badan kita yang banyak toksin. Simptom2 cirit birit , ada buasir, buang air besar tak puas, gatal badan dan selalu sakit kepala. Produk yang disarankan adalah d'karm, d'diet, pelawas, tuju angun, kopi radix, dan teh asiatica plus.

Untuk Buah Pinggang: Bahagia pangkal jari kelihatan membengkak. Simptom2 selalu sakit pinggang, kencing kerap dan tidak puas, bangun kencing di malam hari, ada kencing manis dan sakit sendi. Produk yang disarankan adalah d'deu, malac, teh herba dan kopi radix. 

Untuk Jantung: Jari tengah dan jari kelingking kelihatan bengkok dan tidak normal. Simptom2 adalah anda berasa meyucuk2, pedih atau berdebar2 di sebelah dada kiri, penat berlebihan apabila bekerja, selalu merasa keletihan. Produk untuk jantung adalah seperti berikut lohard, omega 3 SG, Mega-3. 

Untuk Paru2: Bahagian bawah tapak tangan berdekatan ibu jari berwarna kehijaun. Ini adalah tanda anda mempunyai masalah dengan paru2 atau pernafasan. simptom2 seperti amda selalu selesema, gatal hidung, bersin pagi, banyak kahak, penat dan masalah pernafasan. Produk yang disarankan adalah madu asli, morinda, coscinium plus, kopi radix dan teh herba.

antara produk HPA


Jam 12.30 sesi malam tamat. Bersedia qiamullail jam 430 pagi. Sesi Qiamullail aku dah kongsi. Ok la. Sampai sini je la yang dapat aku kongsi bersama.

Enjoy read. =)

No comments:

2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...