Nuffnang Ad

31 August 2010

Sambutan Merdeka

semalam aku terlibat ngan penghayatan malam kemerdekaan sampai kul 1 pagi. hari ini pulak aku terlibat ngan perarakan sambutan hari merdeka peringkat negeri melaka. jadi jangan cakap banyak. upload gambar je la.
malam tu majlis sebenar2 start kul10malam. ada deklimasi sajak. tibe2 aku macam admire someone. hoho

pas penat berdiri je. duduk la. baju ini adalah sponser dari utem. thanks utem. hehe

lambang utem 10 tahun dan 1malaysia

suasana di dalam dewan mitc.

dapat beg tau. 

cuaca memang sangat baik.


p/s: aku semakin takut untuk beremosi. 

Maaf Lagi..

aku rasa serba salah. disebabkan aku sorang. dia tableh kawan ngan sapa2. kejamnye aku. aku tibe2 rasa aku ni queen control. 

kepada kamu ye. aku nak mintak maaf. disebabkan aku ko terpaksa layan. aku ni mengada2 sangat ek? sem ni je kite jumpe. sem depan kita taleh nak jumpe. ko leh kawan ngan sapa2 ko suka pun. jadi. aku tanak la menyekat ngan sapa ko nak berkawan k. 

aku tanak apa2 pun dari ko. cume aku nak kan kejujuran bila berkawan. itu je. just one word. honesty. fullstop.

Selamat Ulang Tahun Merdeka Yang ke 53

hoho. merdeka. tamo cite panjang2. esok aku ada perbarisan. jadi aku kena tidur awal. eh dah kul 2 ni. sempat ke?hoho. ok. baju dah dapat, seluar pun dah dapat. kasut pun dah dapat. tinggal nak sarung kat badan je. harap esok adalah hari yang bermakna.pastikan mamat2 hensem je lalu lalang depan mata aku esok ye. hoho. menggatal sekejap. suka2 je. hehe. 

p/s: nak lupakan yang lama kena cari yang baru?boleh pakai ke teori ni?mana belajar cik ati oi?oh aku belajar dalam gua. oh aku sedang bermonolog. oi2 tido la ati oi. ok2 aku nak tido la ni. adios amigos santa clos..

30 August 2010

Kata-kata Manis

diuji lagi dengan kata2 yang manis. rupenya bukan aku sorang. dengan wanita lain pun dia berkata2 manis. jadi tak de yang istimewa untuk aku. jadi aku betul2 akan lupekan dia. thanks kerana beri layanan yang baik selama kita berkawan. mungkin disebabkan umurnya yang muda 3tahun dari aku. ok saya perlukan masa untuk lupakan dia. 

p/s: maaf. sejak akhir2 ni entry yang jiwang je. hoho. aku nga nak layan feel ni. hahaha...layan...

29 August 2010

Sudah Tiba Masanya

ye betul tu. sudah tiba masanya saya melupaka orang aku suka. kerana tak da makna pun semuanya. dia tetap dengan life dia. tapi kadang2 aku rasa dia bagi respon. kadang2 macam tanak kawan ngan aku. aku pun jadi serba tak kena. jadi jalan terbaik adalah. lupakan perasaan itu ye cik ati. tapi masalahnya dia sentiasa ada depan mata. jadi macamana nak lupakan perasaan itu? susahnye bila dah suka. 

entry kali ni pendek je. kesimpulan dari entry ini adalah. lupaka orang yang ada depan mata selalu. cammana tu?

28 August 2010

Saya Sedar Siapa Saya

aku sedar sapa aku. aku adalah insan yang terpinggir. betul. tak caya? try check la. aku dok pinggir2 je ni. hoho.

kenapa aku macam emosional sikit ni? ermm. aku pun tatau. agaknya apa ek perasaan kamu bila orang yang kamu suka mesra dengan orang lain. sedangkan kamu ada disitu dan  tengok je adegan tu. erm. aku memang mudah terasa. sikit. dari kecik tengok orang main je. mungkin kawan ngan aku ni tak best. aku tak banyak cakap. membosankan. 

dipendekan cerita. aku tak suka ada perasaan macam ni. aku mula benci dengan keadaan aku yang hanya mampu tengok dan tak mampu memiliki. aku bukan la jenis yang macam orang lain suka. pandai bercakap dan membuatkan orang lain senang. dengan fizikal yang tak menarik. memang mustahil la nak dapat apa yang disukai.

aku. aku benci bila aku suka seseorang. aku tak suka bila aku suka. ayat aku entah apa2 la. hoho. kesimpulannye. aku dah mula suka tetapi aku tak suka bila diuji begini. aku benci. 

mood aku jadi kacau. ok. aku sudah mengarut entah apa2. cau dulu. 

25 August 2010

Kan Lebih Baik Senyap

just want to say. jika kita suka kat orang tu. tak semestinya kita cakap kat dia yang kita suka dia kan? erm. aku suka kat dia. tapi dia tak tau. hmmm. aku malu nak bagitau. sebab nanti mesti kena gelak. huh! tanak lak camtu. 

jadi nak dijadikan cerita. semalam masa lepak2 tepi pantai yang indah permai sambil dengar band gitar kapok tu. aku ngan dia borak2. sehingga la sampai satu topik yang aku pun malu nak cakap. dia tanye direct aku jeles ke. hah?! apa aku nak jawab ni? aku pun tatau perasaan aku. aku tatau aku jeles ke apa. aku tatau nak jawab. aku senyap dan dia terus tanye dan menjadikan ianya bahan. pergh. asik aku je kena. aku rasa macam nak lari 400 meter berganti2 je masa tu. nak lari dari dia. tapi aku tak larat nak lari. jadi aku cume mengalihkan pandangan muka aku ke tempat lain dan senyum kat mat2 motor yang lalu lalang kat situ. tersipu malu mereka bila aku senyum kepada mereka. 

jadi apa yang perlu aku jawab ek? aku tatau sebenarnye. aku boleh je jawab ye. then boleh je jawab tak. tapi mestila aku jawab tak ngan dia. dia tetap tapuas ati ngan aku. dia uji aku lagi. pergh. aku bukan tanak jawab soalan tu. cuma aku lom pasti ngan apa yang aku rasa. aku cuma suka atau aku dah..........hmmmmm. malas nak layan perasaan itu waktu ni. 

woi2 cik ati woi. ape mende ko merepek meraban ni? sapa yang ko suka ni? sapa yang buat ko jeles ni? sape?sape? haha. agak2 lau aku cerita mengarut2 yang jiwang2 ada orang bace ke? haha. 

untuk dia yang berkenaan. tatau la ko baca ke tak kan blog aku ni. aku admit la. aku jeles. so. tamau cite panjang. aku pun dah ngaku. ko nak wat ape? tanak kawan ngan aku dah? ok la. aku cari baju raya sendiri la weekend ni. huhu. 

21 August 2010

Kami Pernah Berkawan Sekejap


hari ni aku bosann2. tiba2 teringat seorang kawan. sekejap je aku kawan ngan dia ni. jumpe pun sekali dua je. jumpe sebab nak bagi pinjam nota. and kali kedua jumpa nak pulangkan buku nota dia. buku fizik n kimia. biologi dia tak amik, jadi aku kena beli sendiri. hoho. 


jadinya. bila dah teringat. terpikir satu keje yang tak pekdah iaitu search nama dia kat google. hoho. search pun search. jumpa la pulak. hoho. sikit punye serabai la gambar. ngan janggut apa semua. aku tak cam sangat muka dia sebenarnye. yang aku ingat dia lelaki. hoho. 

nak dijadikan cerita. aku tiba2 nampak gamabr dia ngan sorang awek. comel2 gitu. then click kat nama nya. waaaah! dia dah kawin la. pakai baju pengantin. tengok2 komen. sah. memang dia yang pengantin tu. wah! dah kahwin dah kawan aku. aku tak rasa apa2 sebab dah lama lost contact. jadi biar la. mereka kelihatan sangat bahagia. hehe. aku pun tumpang gembira. 

ramai jugak kawan2 yang dah kawin. 

sebelum ni. aku nak sangat kawin. tapi sejak kenal dengan encik B aku macam malas nak kawin. aku dah mula terbayang suasana kawin yang akan membataskan aku dengan kawan2. yang akan membataskan aku nak melakukan aktiviti persatuan. yang akan memikul tanggungjawab sebagai isteri. woo. aku baru tau yang aku memang belum bersedia. entah bila entah nak bersedia aku pun tak. hello. baru 23. releks la kan. ngeh3....

say sorry tu my encik B. saya tak bermaksud nak menghina kamu. saya cuma mahu kamu sedar bahawa tanggungjawab selepas kawin memang susah jika masing2 belum bekerja. jika kamu benar2 untuk saya. pasti tak kemana kan?<---ayat aku akan memualkan orang ke?hahaha


20 August 2010

Juadah Berbuka

post kali pendek dan padat. sekian

hari ini kami makan sphagetti. hoho. nyum2. <----ayat entah apa2 la kan. 
tapi aku nak post gak gambar sphagetti yang dimasak oleh roommate aku. yo. 
hoho. nyum2.

18 August 2010

Kenangan Puasa

hoho. kenangan puasa. memang banyak. meh aku cite sikit masa aku kecik2. dulu mase 1st aku pose. aku tak pose penuh satu hari tu. sekerat hari je. tak larat. aku tak ingat darjah bape. tapi ni mase mula2 aku pose la. balik dari sekolah aku minum air then sambung pose. haha. mak aku tak tau nih. hoho. 

dulu masa aku sekolah rendah aku ngan family duduk ngan atok aku kampung sampai aku form 4. mak aku lom beli kete lagi. ada moto je. motor yamaha sport warna ijau. pergi mana2 ngan moto je. aku lom pandai bawak moto lagi. and belom ada lesen semestinya. lau time beli baju raya adik beradik aku. kitorang pergi naik bus ke bandar. pas tu round2 kat arked mara. cari baju raya. tahu2 je la kan. ngan keadaan yang panas. budak2 pulak tu. balik je terus guling2 kat lantai. ngadu kat mak. siap bisik2 lagi. "mak,aji nak minum sikit boleh tak?" hoho. mak aku pun cakap."suka ko la" aku pun dengan muka bangga p dapur minum air. hoho. tak malu betul. adik2 aku semestinya tak pose dari awal2. aku yang sulong konon2 nak tunjuk contoh la. padahal tak bleh harap. haha. 

and satu hari  tu. panas sangat. tak tau nak bagi alasan apa kat mak aku nak tak nak pose. aku tak tahan sangat. aku p bilik air. minum air paip. ho..syok wo. lega tekak aku. cakap kat mak aku pose tapi sebenarnye aku tak pose. hoho. jangan contohi aku. aku memang tak boleh dicontohi. 

pas tu dah besar sikit, aku dah mula leh tahan pose. tapi tiap2 hari waktu nak masuk zohor. mesti mandi. hoho. paham2 je la. panas kan. bile mandi rasa sejuk sikit. rasa lapar pun kurang lau mandi. orang kata sambil menyelam minum air. aku pulak sambil mandi minum air. hoho. teruknye perangai aku dulu. penah jugak tu. aku tak pose. aku leh wat selamber tayang kat orang ramai yang aku tak pose. bile aku kenang2 kan balik skang ni. aku jadi malu pulak. ei. bukan aku tu. hoho.

pas tu aku dah mula datang bulan. woi. time bulan pose lak aku 1st time kena. dah la tengah main badminton masa tu. memang seronok la aku. leh minum. hoho. belagak ngan kawan aku. aku tak boleh pose. hoho. siot tak siot aku dulu. 

haha. bile dikenang2 zaman budak2 dulu memang aku fail. fail segala2nya. aku bukan budak yang baik dan skema. tapi kat sekolah aku memang nampak agak skema. tapi bila kat umah. perangai aku tak sama masa kat sekolah. macam langit dengan bumi. pandai tak aku mainkan watak aku? hoho. 

sekarang ni aku dah jadi budak baik kot. ada la baik. tak caya? tanya kat mak aku. aku baik kat umah. haha. macam tak caya? memang jangan caya la. 

aku dari sekolah sampai tamat form 5 aku tak pernah pose kat tempat lain selain umah aku. sejak aku duduk jauh ni(jauh ke) aku susah dah nak bukak pose kat umah. sekali2 je. dulu masa kat umah atok, air yang wajib adalah air cincau. buat sendiri. atok beli cincau. aku tukang cincang.mak tukang kacau air. hoho. semangat kerjasama tak kitrng?ngeh3. 

tahun ni harap2 last la aku posa kat melaka. tahun depan aku nak menetap di umah je. nak cari keje kat kawasan umah. tapi tak tahu rezeki aku kat mana lagi. mak aku tak habis suh aku keje kat kolej komuniti tinggi kat serom 4 tu. memang tiap kali lalu situ ayat mak aku"ko keje sini je la" hoho. aku cakap,"tengok la rezeki ada kat mana nanti" hoho. aiyo. tak bagi aku keja jauh2 lak tu. paling jauh keje kat melaka. hoho. bis tu lau aku keje jauh jugak kire derhaka kah aku?hoho. tak pe mak. mak jangan risau. anak mak ni dah besar. leh jaga diri sendiri. ada ilmu bela diri. iyah! wacca! 

ape entah aku merepek meraban ni. aku pun tak tau. nak tido awal lagi. esok tak der kelas. nak tengok facebook macam dah bosan. maybe aku akan mengulang kaji pelajaran<-----ayat poyo. daaa~~~

selamat berpuasa. jangan ponteng pose tau. jangan makan atau minum sorok2. tak berkat. hehe

13 August 2010

Maaf Jika Terkasar Bahasa

aku tau aku memang selalu cakap lepas. kata2 aku memang lahir dari hati terus ke mulut. lau orang tu tak cantik. memang aku cakap tak cantik. lau orang tu gemuk. aku akan cakap dia gemuk. dan kata2 aku tu telah membuatkan orang sekeliling aku menjauhkan diri dari aku. tak apa lah. aku tak kisah orang nak marah kat aku.memang la orang kata jujur tu penting. tapi kadang2 kejujuran tu akan membawa perkara yang memalukan orang. ye. memang malu la kan tibe2 ada orang cakap kita ni buruk. terus nak kecik hati. 

ye aku dah memalukan dia. tapi dia tak baca komen yang sebelumnye. tahu pulak dia malu. kerja persatuan tak nak bantu. em...susah nak cakap. aku pada mulanya, memang tak nak pun ada jawatan apa2 dalam persatuan. tapi bila orang dah lantik, makna kita dah ada tanggungjawab. dan tanggung jawab tu kena kena tanggung dan jawab disana nanti. walupun jawatan itu kita tak suka. walaupun orang tak suka kita ada jawatan tu. ish. aku tak paham la dengan manusia ini. menuding jari ke orang lain tanpa melihat diri sendiri. 

kadang2 kata2 aku memang ada maksud yang tersirat. tetapi orang yang membaca dan mendengar akan paham dengan maksud yang lain. kita nak puji orang tu. tapi orang tu ingat kita kutuk dia. bila kita kutuk dia. dia ingat kita puji dia. jadi. penyelesaiannye. cakap terus terang. jangan kias2 sangat. sampai orang tak paham apa yang kita maskudkan.

post ini aku taip dengan keadaan emosi yang sangat sedih mengenang seorang kawan yang tak paham apa yang aku maksudkan. entahlah. aku emosi pulak sejak dua menjak ni. sangat2. 

12 August 2010

25 Julai 2010 Family's Day Pejabat Kadi Dearah Muar

25 Julai 2010 hari tu. opis ayah aku ada buat hari kuarga. pergi sunway lagoon. best2. ngeh3. saje nak bg jeles kat adik saya yang belajar jauh nu. muahaha. kami bertolak dari opis ayah jam 7 pagi. ada 4 bus. aku n family naik bus no 1. hoho. jadi meh aku letak gambar semasa kami di sana. hehehehe. 




kitorang pulang jam 4petang. dan sampai ke rumah jam 7 malam. hehe. seronok tau. lain kali boleh la pergi lahi.hehe

10 August 2010

(aimantaQwa) Brothers - Ramadhan

selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua umat islam. puasa jangan tak puasa. hehe.



09 August 2010

Pesta Konvo + Jom Heboh

malam sabtu hari tu aku pergi jom heboh dengan kak shida. sebelum tu dah berkira2 dah. nak tengok cerekarama je kat rumah. tup2 kak shida mesej. terus la aku nak ikut p jom heboh. hehe. dah malam tak ada apa2 sangat. tapi banyak jugak la aku beli. hoho. nak tengok? meh aku tunjuk.
hasilnya..wang sejumlah 60 aku habis. ngeh3
meh aku senaraikan apa yang aku beli.
  • mister potato = rm10
  • oat = rm10
  • sabun pencuci muka analisa =rm25
  • selendang = rm7.5
  • jam tangan = rm10
jumlah kesemuanya rm62.50. hoho. nasib la dalam dompet aku ada rm60 je. lau ada rm100 mesti habis juga. hehehe. tak pe. dah beli. tak boleh nak menyesal. hehehe...nak ajak budak tu, dia dah tak nak layan aku dah. tak pelah. orang lelaki bila dia dah suka kat seseorang tu. orang yang sebelum tu,dia tak amik port sangat pun. ops. ada lelaki yang terasa?hehe. saya cume tujukan kat dia je. bukan kamu. hehehe. nak buat macam mana saya cuma dapat band 2 je. hehehe.


hari ahad pulak pergi ke pesta konvo. sekali tengok kawan2 saya konvo la. banyak bunga yang kitrg beli. sampai ada orang nak beli kat kitorang. hoho. ada sorang makcik tu tanya aku. "dik, bunga ni bape dik?". aku jawab. "bunga ni bukan untuk dijual makcik." hehehe. dia pun sengih lalu berlalu dari situ. then ada sorang pakcik ni pulak yang datang. tanya mende yang sama. haha. then aku jawab mende yang sama. haha.

sambil tunggu dorang kuar dri dewan. aku tengok battle of the band, best2. tapi tengah2 tu hujan. nasib kami dapat duduk kat dalam khemah. hehe. sampai la hujan berhenti. tak sempat pun nak tengok sapa yang menang. huhu.

itu lah alkisahnye. hehehe. seronok ke baca?aku dah ketandusan idea la nak update blog. huhu.

p/s: aku nak gelak. tapi tak tau nak describe kenapa aku nak gelak.hehehe

06 August 2010

Bebel..Bebel..Bebal

bebel dan bebal? dua perkataan yang berbeza dan sudah semestinya maksud juga berbeza. kali ini aku nak bebel mende yang tak ada pekdah. aku nak bebel sampai rasa bebal. memang aku bebal pun. hoho. kenapa aku nak bebel? kerana aku tak boleh tidur lagi. kerana apa? kerana aku minum nescafe yang terlalu pekat yang aku bancuh sendiri tadi. konon2 kebal la minum nescafe pekat mana pun tetap boleh tidur. ni skang dah tak boleh tidur. sape nak jawab ni? esok pagi kelas kul8 pagi. entah boleh bangun ke tak entah. ok la aku cerita la sikit2 ek apa yang terjadi tadi.

tadi area jam 9 aku ke mydin dengan roomate aku. masing2 sombong tak nak cocok duit kat atm. konon dalam dompet duit berkepok2. tup2. dah masuk dalam terpaksa sekat2 pembelian. kerana takut tak cukup duit. kami tibe2 rasa nak beli dapur. haha. dah hampir setahun lebih duduk rumah sewa baru terasa nak beli dapur. hoho. entah apa2 entah la. kitorang beli dapur yang protable tu. harga murah je kot. rm36.90. dengan gas yang kecik tu. 13.00 ada 4. jadi dengan excitednye kitorang pun beli la. duit memang ngam2 je. nasib baik tak beli barang banyak sangat. lau tak mahu kene p atm cocok duit. hehehe.

dah sampai umah. excited betul nak masak. tapi bahan2 tuk masak tak der. haha. gara2 tak cukup duit nak beli. hehe. tapi tak pe. boleh masak meggi. hehe. ape lagi. masak la aku dengan muka yang agak excited teramat sangat. masak sebungkus je. makan 3orang. then aku buat la nescafe. tak sedar terceduk satu sudu nescafe. alamatnye aku pun segar sampai sekrang. takut tak bangun je aku ni esok pagi ni. 

oleh itu. aku terpaksa membebel kat sini. aku pun sebenarnye tak nak membebel panjang. bukan ada orang baca pun. hoho. tapi tak pe. aku memang suka taip panjang2 ni. biar orang tak baca pun tak pe la. hoho. ayat pasrah je kan. ngeh3. 

next week dah masuk bulan Ramadhan. jadi apa persediaan yang dah aku buat? plan nak masak sendiri je sepanjang bulan Ramadhan ni. dapur pun dah ada. tak payah la nak kecoh2 makan luar. makan luar pun lau dah tak de bahan nak masak. kira rumah ni dah hampir lengkap la. cuma tak de mesin basuh je. takpe. takpenting pun mesin basuh. pakai tangan lagi bagus. leh exercise tangan. ngeh3. 

nak bebel apa lagi ni ek? ok la. aku behenti la bebel. aku nak jengah2 blog orang lain la. baca2 apa yang patut. hoho. jom terjah..


p/s: aku rindu seseorang yang aku pasti dia mesti dah lupa tentang aku. aku yakin.

03 August 2010

Ahad Yang Lepas

hoho. ahad yang memang penuh la. sebenarnye aku bajet hari ahad adalah hari yang aku boleh relex kat rumah dari pagi sampai malam. tapi ahad hari tu aku bangun pagi semata2 nak beli printer. dalam kul 11.30 pagi juga la masa tu. then pagi tu jugak kena marah. kecut perut wo. dalam kecut perut tu aku buat muka relex je. sebab aku tak nak masuk dalam pc fair tu sorang2. aku tak biasa la. lau ada kawan baru la best. dengan masalah parkingnye. memang tegang la keadaan masa tu. balik dalam kul 12.30 tengah hari , balik beli printer terus balik rumah. bajet dah tak ada apa nak buat dah. tup2 plan p dataran pahlawan dalam kul 2 lebih lepas solat zohor. aku tak shopping apa2 pun. aku cume beli donut dari big apple. bagi kat mak aku. shopping dan round2 lama jugak, dalam kul 6petang balik umah. balik2 je mak aku dah sampai umah aku dah. petang tu mak aku datang aku bagi la satu kotak donut yang ada 6 tu . ngee. then mak aku dah balik aku pun p pc fair semula selepas solat magrib. balik dari pc fair dalam kul 8 p makan. sebab perut dah masuk angin. hoho. dalam kul 8.45 aku gerak p perjumpaan silat pulak. balik dalam kul 12. baru la aku boleh duduk kat depan laptop aku dan tilam aku. ngee. walaupun nampak macam tak penat. tapi bagi aku boleh membakar kalori jugak la. ngee. sebab banyak jalan kaki je. ngee. bile agaknye aku nak bakar kalori lagi ni ek. hehehehe......

02 August 2010

Aku Ada Printer

hehe..sudah lama aku nak ada printer yang ada scan2 ni. hoho. excited betul bila sudah ada printer di rumah sendiri. actually sebelum ni pun aku memang dah ada. tapi printer tu ayah aku dah amik balik. jadi aku beli printer sendiri untuk memuaskan nafsu aku yang suka print ni. hohoho. ada ke nafsu macam tu? ehek. aku tak nak mensiakan pc fair yang diadakan di MITC selama 3hari tu. satu hal dalam diri aku ni. lau mende2 yang melibatkan sale baju ke ape ke, aku tak berapa nak excited. tapi lau pc fair aku memang excited. tak tau le kenapa. dan setiap kali pc fair mesti ada je mende yang aku beli. pc fair kali ni aku kuar duit banyak sikit la. nasib baik ada PTPTN. ngeh3.

jadi tak mau cerita panjang. aku nak tayang sikit la printer yang aku beli kat pc fair semalam. walaupun biasa2 aje. tapi aku dah puas hati dah. hohoho.

dah merasmikan printer. balik dari pc fair ramikan. aku belajar perkataan baru.."ciwi"

kotak dia. thank kepada encik KCM kerana mengangkat printer saya dri tempat beli sehingga ke rumah.
p/s: minta maaf kepada encik KCM kerana memaksa dia mengikut saya masuk ke dalam. saya takut tengok dia masam. hohohoho.

2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...