Nuffnang Ad

18 August 2010

Kenangan Puasa

hoho. kenangan puasa. memang banyak. meh aku cite sikit masa aku kecik2. dulu mase 1st aku pose. aku tak pose penuh satu hari tu. sekerat hari je. tak larat. aku tak ingat darjah bape. tapi ni mase mula2 aku pose la. balik dari sekolah aku minum air then sambung pose. haha. mak aku tak tau nih. hoho. 

dulu masa aku sekolah rendah aku ngan family duduk ngan atok aku kampung sampai aku form 4. mak aku lom beli kete lagi. ada moto je. motor yamaha sport warna ijau. pergi mana2 ngan moto je. aku lom pandai bawak moto lagi. and belom ada lesen semestinya. lau time beli baju raya adik beradik aku. kitorang pergi naik bus ke bandar. pas tu round2 kat arked mara. cari baju raya. tahu2 je la kan. ngan keadaan yang panas. budak2 pulak tu. balik je terus guling2 kat lantai. ngadu kat mak. siap bisik2 lagi. "mak,aji nak minum sikit boleh tak?" hoho. mak aku pun cakap."suka ko la" aku pun dengan muka bangga p dapur minum air. hoho. tak malu betul. adik2 aku semestinya tak pose dari awal2. aku yang sulong konon2 nak tunjuk contoh la. padahal tak bleh harap. haha. 

and satu hari  tu. panas sangat. tak tau nak bagi alasan apa kat mak aku nak tak nak pose. aku tak tahan sangat. aku p bilik air. minum air paip. ho..syok wo. lega tekak aku. cakap kat mak aku pose tapi sebenarnye aku tak pose. hoho. jangan contohi aku. aku memang tak boleh dicontohi. 

pas tu dah besar sikit, aku dah mula leh tahan pose. tapi tiap2 hari waktu nak masuk zohor. mesti mandi. hoho. paham2 je la. panas kan. bile mandi rasa sejuk sikit. rasa lapar pun kurang lau mandi. orang kata sambil menyelam minum air. aku pulak sambil mandi minum air. hoho. teruknye perangai aku dulu. penah jugak tu. aku tak pose. aku leh wat selamber tayang kat orang ramai yang aku tak pose. bile aku kenang2 kan balik skang ni. aku jadi malu pulak. ei. bukan aku tu. hoho.

pas tu aku dah mula datang bulan. woi. time bulan pose lak aku 1st time kena. dah la tengah main badminton masa tu. memang seronok la aku. leh minum. hoho. belagak ngan kawan aku. aku tak boleh pose. hoho. siot tak siot aku dulu. 

haha. bile dikenang2 zaman budak2 dulu memang aku fail. fail segala2nya. aku bukan budak yang baik dan skema. tapi kat sekolah aku memang nampak agak skema. tapi bila kat umah. perangai aku tak sama masa kat sekolah. macam langit dengan bumi. pandai tak aku mainkan watak aku? hoho. 

sekarang ni aku dah jadi budak baik kot. ada la baik. tak caya? tanya kat mak aku. aku baik kat umah. haha. macam tak caya? memang jangan caya la. 

aku dari sekolah sampai tamat form 5 aku tak pernah pose kat tempat lain selain umah aku. sejak aku duduk jauh ni(jauh ke) aku susah dah nak bukak pose kat umah. sekali2 je. dulu masa kat umah atok, air yang wajib adalah air cincau. buat sendiri. atok beli cincau. aku tukang cincang.mak tukang kacau air. hoho. semangat kerjasama tak kitrng?ngeh3. 

tahun ni harap2 last la aku posa kat melaka. tahun depan aku nak menetap di umah je. nak cari keje kat kawasan umah. tapi tak tahu rezeki aku kat mana lagi. mak aku tak habis suh aku keje kat kolej komuniti tinggi kat serom 4 tu. memang tiap kali lalu situ ayat mak aku"ko keje sini je la" hoho. aku cakap,"tengok la rezeki ada kat mana nanti" hoho. aiyo. tak bagi aku keja jauh2 lak tu. paling jauh keje kat melaka. hoho. bis tu lau aku keje jauh jugak kire derhaka kah aku?hoho. tak pe mak. mak jangan risau. anak mak ni dah besar. leh jaga diri sendiri. ada ilmu bela diri. iyah! wacca! 

ape entah aku merepek meraban ni. aku pun tak tau. nak tido awal lagi. esok tak der kelas. nak tengok facebook macam dah bosan. maybe aku akan mengulang kaji pelajaran<-----ayat poyo. daaa~~~

selamat berpuasa. jangan ponteng pose tau. jangan makan atau minum sorok2. tak berkat. hehe

No comments:

2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...