Nuffnang Ad

30 September 2010

Gosip di Stesyen Minyak

dari tadi asik dok bukak tutup post ni. haha. nga pkir tajuk nak letak apa. macam nak jiwang2. macam nak gelak2. macam nak ganas2. tapi semua tak jadi. haha.ape mende yang main2 dalam kepala hotak aku entah. hoho. 

tiba2 aku nak cerita pengalaman aku keje kat station minyak. hoho. mase tu aku baru habis diploma. hidup terumbang ambing. nak keje tatau nak keje apa. dalam hati macam konpiden dapat sambung degree. hoho. jadi aku pun dok relek2 la. sampai satu hari mak aku sound aku. dialognya macam ni:

makku cayang: ko ni dok umah je. tolong2 la sikit wat keje umah. basuh baju ke. kemas umah ke.
aku gumuk: erm.. bagi la can nak dok releks mak. hehe. cayang mak. muah.
makku cayang: ah ko. sampai bila nak camni. dah jom ikut mak g bando jap.
aku gumuk: kene ikut ke?naik apa?moto ke kete?
makku cayang: moto je la. senang nak parking. nnti kene kopun malas betul.
aku gumuk: ok jom. 

dengan muka pasrah aku pun siap2 ikut mak aku p bando. pas tu mak tu singgah isi minyak. tengok kat kaunter tu ada tulis jawatan kosong. aku tunggu kat moto je. aku tolong isikan la. mak aku bayar. masa kat kaunter tu semua dok pandang aku. pehal nak tengok aku entah. then mak aku pun datang semula ke motor. mak aku suruh aku p kat kaunter tu. tokey nak interview. aku masa tu tercengang. tatau nak cakap apa. kang tak ikut kang derhaka lak. ok aku pun. dia interview aku. suh aku kira congak. ala beb. small matter je beb. dengan jayanye aku jawab soalan dia. tokey tu cakap dah lulus. leh keje. hah? keje. aku kene keje ke? tamau la. sambil hentak2 kaki. huhu. dalam tamau tu aku pegi jugak keje petang tu. ye betul. petang tu jugak aku start keje. shift aku dari kul3 petang sampai kul11 malam. peh. dah la umah aku jauh. kena balik sorang lak tu. memalam. hadoi. tak best la. 

sepanjang aku keje tu aku cume jadi casher je. jaga pam adalah dalam 2-3kali je sepanjang aku keje tu. ape aku nak cite sebenarnye nih entah. haha. oo. aku nak cite sal sorang pekerja nih. nama dia apa aku tak ingat. assume nama dia mat la. mat ni masa mula2 datang nak keje kat situ aku ada masa tu. jadi masa dia kene interview aku ada depan mata la. bos sengaja interview dia kat depan kot. masa bos aku leka. dia guna kalkulator henpon dia. mana aci. memang sah2 ar dia dapat keje. ceh. dipendekkan cite dia pun dapat keje kat situ. dia dapat shift sama macam aku. jadi aku ada la kawan . selalunya aku sorang je keje. aku jaga dalam. dia jaga luar. yang agak menarik. time waktu malam bos suka dok sebelah aku. dok baca surat kabar ke apa ke. bos aku sporting jugak. bila takder pelanggan si mat ni datang kat kaunter. tpi dari luar je la. ala kan selalu lau bayar tu kat luar je kan. yang ada besi sorong2 tu. hehe. jadi bila tak der pelanggan kitorang pun nak borak2. tapi tak nak bos tau apa yang kitrang borak. jadi dia taip mesej then ketuk2 cermin kat luar tunjukkan kat aku. haha. entah apa2. aku pun balas ngn amik henpon dia aku taip la apa yang aku nak taip. kitorang gosip dengan cara camtu. haish gosip ngan orang laki ni kadang2 seronok. sumpah seranah semua keluar. tapi kadang2 aku lak yang kena balik. haha. 

bos aku cina. rasa tak puas hati sebab nak solat pun tak boleh. aku curi2 je solat. kadang2 cakap nak p toilet. sebenarnye aku p solat. boleh ke ek tipu sebab nak p solat? huhu. 

sampai la aku behenti dapat tawaran sambung degree. humak aih. memang aku tak terkata la. aku memang nak behenti keje situ. problem pertama tiap kali nak solat aku macam pelarian. huhu. problem kedua. aku keje sampai malam. aku tak berani nak balik umah sangat sebenarnye. selalunye aku pecut je bawak motor supaya cepat sampai umah. kat kawasan perumahan aku lau lebih kul12 dia dah tutup jalan. tak boleh nak masuk. nak masuk boleh tapi kena tahan dulu. hoho. dah macam apa dah. selalunye aku sampai umah hampir2 dia nak tutup jalan. sebelum dia tutup aku masuk dulu siap angkat tangan lagi. wah. baik betul aku. hoho. 

bila dah behenti aku pun nak gaji la. tapi gaji tak dapat time tu. kene tunggu hujung bulan. bila dah dapat gaji aku pun rasa memang patut aku behenti. keje macam nak mati. gaji ciput je. nak beli laptop pun tak lepas. hehe. tolak ngan short lagi. huh! hampeh. last2 beli laptop guna duit mak aku jugak. mak ku sayang. i'm sorry. hehe. 

agaknye berkat duit mak ak kot. laptop aku masih dalam keadaan terkawal sampai sekarang. hehe. the end.

eh sebenarnya aku cite sal ape entah. haha

28 September 2010

Kenapa Aku Rasa Lapar

untuk entry kali ni agak mengarut sikit. tajuk memang tak der kena mengena langsung ngan apa yang aku nak taip ni. eh ada la kena mengena. sebab aku tengah lapar kot. so ape isi kandungan entry ni? jap bagi aku pikir dalam 2-3 minit. hmmmmmmm. sambil jari jemari ketuk keyboard.

ting! ada mentol dah muncul atas kepala aku. bersinar2. nampak tak? maksudnye idea dah ada la. memandangkan keadaan yang agak lapar skang ni. apa kata aku kongsi resepi mee bandung nak? tak nak tak pe. aku nak jugak letak kat sini. ngee.

ok memula kita sediakan bahan2 dulu.

pertamanye, perencah mee bandung yang di beli di mana2 kedai. nak lagi sedap beli yang kat muar. hehe. eh ayah aku ada jual perencah mee bandung yang ayah aku buat sendiri. mahu? jika mahu boleh koling2 saya kat  shoutbox sebelah tu. hee. 

seken, sediakan bahan2 nak letak kat dalam mee bandung anda itu. lau aku suka letak fish cake, sawi, daging, tomato, telur, cendawan, udang, sotong. lau rasa nak letak macam2 letak la. agak2 la kuantiti.

yg ketiga, sediakan mee kuning secukup rasa. eh secukupnya la. ikutlah korang nak makan bape orang kan. lau makan sorang, sediakan sepinggan cukup la. 

yang ke empat pulak, sediakan air yang secukupnya. jangan byk sangat jangn sikit sangat. agak2 dalam 2mangkuk cukup la. 

ok nampaknye bahan2 semua dah ada. skang kita mulakan operasi kita. masak memasak masak la ko. 

mula2 panaskan air dan masukkan daging. bagi daging tu empuk. then agak2 dah empuk dah. masukkan perencah mee bandung yang dah siap beli td. kacau2 sampai nampak kaler dia macam kuah mee bandung. then tunggu sekejap  sampai dia didih. sampai nampak ada air memercik2 sikit tu la. then dah didih. masukkan semua bahan2 yang seken td. kacau2 agak2 sesedap mata memandang. then rasa sikit. sedap tak. mesti tak kan. haha. letak garam n gula sikit. sikit je jgn letak banyak2. then rasa lagi. lau dah sedap kacau wat kali terakhir dan tutupkan api. siaplah kuahnye.

untuk mee kuning  tu pulak celur dulu dalam air panas. then masa nak makan. amik pinggan. letak sikit mee kuning then letakla kuah mee bandung tu tadi. pas tu makan. eh sebelum makan tu baca doa makan dulu. 

then sambil makan tu tunjuk thumbs up kat aku. hehe. 

ok la. resepi pun dah bg. apa lagi meh masakan tuk aku. aku nak makan je. cepat..... aku lapar ni.


24 September 2010

Belum tahu Lagi

pagi tadi ada exam IT and database security. masa 1 1/2 jam. memang tak cukup. huh! soalan gila banyak. peh. aku bajet nak anta lambat sikit. tup2. lecturer dah pungut. menangis dalam hati je la aku. soalan no 6 tak sempat nak sentuh beb. peh. dah la kuiz aku dah skip. abis la aku. pulak mood aku telah di spoilkan oleh mamat belagak macho. aku nak lintas jalan ke seberang. aku tengok kete hitam tu jauh lagi beb. baik2 aku dah abis lintas. mamat tu hon aku then keluar kan tangan dia sambil tunjuk jari hantu dia kat aku. aku wat muka relek je. tapi dalam hati panas la jugak. pagi2 dah wat cam badak air depan aku. ingat aku tak nampak kete ko yang berkilat tu. aku tau la aku salah. tak bagi signal. nak wat camne. signal aku tak hidup. nak hayun2 tangan cam yang aku belajar masa kelas memandu dulu segan. tapi aku meamng dah pastikan kete jauh td. aku memang konpiden kete dia jauh. camne leh dtg tibe2 lak entah. pedulik hape ko nak sumpah seranah aku. ok. tutup kes tu.

habis kelas IT and database security masuk kelas lagi satu. kelas software project management. haih. kena buat report lagi. hantar isnin. sebagai project manager aku akan pastikan report hantar awal. ngeh3. bagus tak aku? puji diri plak aku. sekali2 tak pe kot.

ape aku nak cerita sebenarnye nih? aku pun tak tau. memandangkan kawan2 aku ramai dah tau sal blog aku. aku tak leh nak cerita sebarangan la. kena tapis2 sikit. hoho.

tibe2 aku teringat masa aku zaman sekolah rendah. mak aku selalu cerita sal ni. dulu masa aku darjah satu. family aku macam terumbang ambing sikit. sebelum tu ayah aku yang hantar aku. balik pulak atok laki aku yang jemput. nak dijadikan cerita. atuk aku pegi mesyuarat risda. jadi tak der sape nak amik aku. aku pulak masa tu budak2 lagi. mana la tau apa2. darjah 1. hingus meleleh pun tak sedar. mak aku memang tak leh nak jemput aku. mak aku ngajar petang. jadi aku tunggu punya tunggu memang tak der sapa nak amik aku. aku p kedai. beli layang2. memang masa tu nga musim orang main layang2. aku beli dengan harapan balik nanti aku nak main. adik2 aku mase tu hingus2 lagi. tak sekolah lagi. bape lama aku tunggu aku tak hingat lak. aku dah rasa sebak dah beb. hati nurani aku dah memberontak. rasa nak jerit. semua orang dah balik. tinggal aku sorang. dengan hati yang agak sayu aku jalan kaki la. dengan air mata yang tiba2 turun laju. memang tu je la keje aku masa kecik. haha. dah separuh aku jalan. aku nampak mak aku. baru nak p ngajar. aku lagi nak nangis. aku terus melalak tak tentu pasal. haha. mak aku pun hantar balik. kat umah aku majuk. haha. merah padam muka aku. senyap je. aku rasa aku tersisih. huhu. lagi2 pulak masa tu family aku masih tak stabil. mak aku pun p ngajar ngn moto atuk aku. mak aku tak ader moto masa tu. moto satu guna ramai2. dan masa tu awal2 ayah aku tak dok ngan kitorang. yelah2 aku cita la. mak ayah aku bercerai masa aku darjah 1. sedih hidup aku masa tu.

skang bila mak aku cite balik. aku bantai gelak je. yelah mak aku cakap aku anak paling kesian. bayangkan jalan kaki tengah2 panas sambil bawak layang2 dengan air mata yang mengalir. dukung beg lagi. haha. tak leh blah la aku dulu. lau aku tengok balik gambar2 masa aku sekolah memang muka aku muka mintak simpati je. haha. dah la main sorang2. main pondok2. amik bunga. amik daun. potong2. wat sepah kat pangkin umah atok aku. atuk pompuan aku nampak cepat2 aku campak bunga jauh2. kadang2 tak sempat nak campak. haha. ajak adik aku main dia tak nak. dia tau ape je mase tu entah.

semua nye aku wat sorang2. lagi satu aku suka main ngan tanah. yelah sebelum ni aku tak penah jumpa tanah. dah duduk kampung nampak tanah je memang pantang la. cari periuk. amik sudu dalam umah. amik air sikit. wat kuih pakai tanah. eii. gile selekeh aku dulu. aku tak kenal orang kampung sangat masa tu. baru la katakan. dah lama2 baru aku dapat kawan. jiran umah atuk aku. laki. main power rangers beb. adik aku yg bungsu xkuar dari pewot mak aku lagi masa tu. aku amik yang warne kuning. tak tau le nape aku suka warne kuning dulu. haha. dah besor2 ni jarang ada warne kuning pulak. main ngan laki ganas sikit. asik aku je yang kena buli. mula2 aku ciwek sikit. dah lama ok je. skang jiran aku tu dah kawin n dah ada dua orang anak comel2. hoho. banyak lagi sebenarnye. lain kali la cite.

aku dulu memang sangat2 selekeh. eh sampai skang selekeh. haha. sebab tu aku tak ramai kawan. tapi lau aku berkawan ngan seseorang tu aku ngan dia je. tak cari kawan lain dah. aku tak tau la. tapi memang cam tu. sampai la kawan aku tu pindah ke apa ke. aku cari kawan lain. cam tu la aku.

so ape kesimpulan cite aku nih? kesimpulannye. dapat la aku update entry aku nih. hahaha..walasam

selamat hari raya maaf zahir dan batin. <-----aku lupa nk ucap upenye ek..hee

22 September 2010

Hari Kecik Hati Sedunia

semalam aku merajuk. dengan dia. dia langsung tak nak layan aku. tak pe la. aku duduk umah. layan2 la sapa2 yang nak layan. tibe2 ada orang datang depan pintu. cari aku. ada bunga besar. wah! canteeek. ada tiga kuntum bunga ros. and ada kad. dia tulis "wei, sorry ye. janji tak buat lagi" oh. so sweet. mesti dia yang bagi bunga nih. eleh kata tak ada duit. tiba2 dia kol. "jom kite kuar, kan ari ni tak de kelas kan?" aku pun dengan senyum2 "tak mo la. pegi la layan orang lain tu" tapi dalam hati aku dah rasa bunga2 dah. dia pujuk lagi "ala. tak sudi dah la tu nak kuar ngn kita". aku "jom la" dengan nada yang konon2 marah padahal suka. haha. kami pun berjalan2. pegang2 tangan. p kat tepi pantai. hoho.

Lah Ahmad - Adinda (HD)






sedang menggilai lagu ini. maaf la kawan2. bila aku suka. aku akan jadi gila begini. hehehe.
mari kita nyanyi ramai2 mahu? aku tak hafal lirik lagu ni. tapi aku suka lagu nih. best la. thumbs up.

meh letak lirik sekali ni. leh nyanyi sekali. hehe.

Adinda-Lah Ahmad

Malam pertama sangat sempurna
Duhai adinda sungguh jelita
Selama ini hanya kau yang ku tunggu

Bukannya rahsia di antara kita
Semakin membara jiwa gelora
Selama ini hanya kau di hatiku

Tak mudah ku melupakanmu
Hanya engkau yang ku perlu
Bayang-bayangmu masih menghantuiku
Apa saja yang kau mahu

Chorus
Semua untukmu oh adindaku
Dengarlah rayuan di hatiku
Sesungguhnya aku mencintaimu
Selalu di hatiku memanggil namamu
Oh adindaku oh adindaku
Semua kerana kerna kamu

Engkaulah permata hatiku
Suluh menyinar hidupku
Yang selalu menerangi hari gelapku

Nantikan dinda yang satu
Tak akan pernah ku jemu
Semakin hari semakin ku rindu

Tak mudah ku melupakanmu
Hanya engkau yang ku perlu
Bayang-bayangmu masih menghantuiku
Kamu selalu dihatiku
Semua yang kau mahu

Ulang Chorus

Walau berjauhan
Suaramu mengakhiri penantian
Tabah mengharungi cinta
Semua dugaan Maha Esa

Ulang Chorus

Lirik/Lagu – Lah Ahmad

Nakal Tau

kamu ni nakal tau sayang. eii. cubit kang. aww. haha. tak bleh blah betul ayat aku tu. ni kes semalam la ni. sewel dah aku. sikit je la. semuanye tak mo layan aku semalam. huhu. fes thing. dia xmo layan aku. seken thing. kene tinggal ngan bus.aku dah la tunggu hampir 20 minit kat situ. tanpa segan silu dia lalu je depan aku. ceh. nasib baik ada moto. dah satu keje aku naik balik. huh! ketiga pulak. chrome aku asik prob je. kang aku majuk p mozila kang. kesimpulannye semalam adalah hari orang tak nampak aku. adakah aku telah menjadi halimunan?hoho. 

its ok la. i tak kisah pun. ops. ber 'i' lah plak aku. nyampah tau. hoho. ape aku nak merepek ari ni ek?aku dah lama tak berblogwalking. aku rasa malas sangat2. mana yg sempat je la aku pegi. aku lau dah baca blog orang memang lama. lau boleh nak habiskan baca satu blog tu sampai habis. jadi memang tak sempat nak blogwalking banyak2. hoho.

masa raya aritu. aku p beraya umah jiran2 umah atok aku. ada sorang mamat ni nampak berisi. aku cakap dalam hati sape yg gemuk ni? ada ke cucu dia yg gemuk. sekali tengok betul cucunya. memang dah gemuk sangat. dulu hensem. kurus. huish semangat. dan sekarang dia dah kawin dan sudah mempunyai 2orang anak. hoho. best tak? dah la muda dari aku. ada 2orang anak pulak tu. mana boleh jadi ni. aku bile lagi beb. haha. 

sebenarnye aku tak tau nak update post ape. tu yang mengarut je nih. dah la. cau dulu la. aku nak masak. haha. 

21 September 2010

Idulfitri 2010

raya..raya..raya..wah. raya tahun ni nampak cam meriah la beb. cukup satu kampung aku pegi. betul2 raya. yelah kan, waktu raya ni la kita nak round kampung. bila lagi kan. raya tahun ni aku ikut marhaban sampai habis beb. walawey. dan aku berjaya larikan diri dari berzanji. ngeh3. jahatnye aku. aku malu sebenarnya. aku baca tak sedap pun. aku baca doa je pun jadilah. ngeh3.

so. ape cerita raya tahun ni? memang tak banyak cite pun. raya 1st je cam biasa la. pegi solat sunat raya. balik tu sesi salam2. aku? haha. salam la jugak. then dapat duit raya. wa. aku still leh dapat duit raya beb. haha. pas tu gambo2 sikit wat ada2. haha. then pegi raya2 kat umah sedara mara. amik ko sekali segerombolan dtg raya. ngeh3. ala cam tak biasa lak kan.

memandangkan hari tu adalah hari jemaat. jadi para2 kaum adam semua pegi la solat jemaat. kaum hawa duduk umah. dan....tido. ngeh3. aku tido sampai tak ingat aku sedang tido di depan tv ruang tamu. bile kaum2 adam balik aku tak sedar. kelam kabut aku cari tudung lari masuk bilik. haha.

habis dah 1st raya. raya ke2 pergi marhaban dan sambung raya ke3. habis la jugak aku ikut. petang tu raya umah sedara lagi.

malam tu pulak pegi umah ayah aku. sejak2 aku dah bleh bawak kete. aku p umah ayah pun p sendiri. tak macam dulu dah. dulu ayah yg jemput kitorang. peh dah besor upenye anak ayah. hehe. tu semua tak jadi hal la beb. 

jadi tanpa membuang masa. aku masukkan la sikit gambo raya. erh. gambo family je la. hehe. wat2 ada je. hehe.

dari kiri:adik jijah,yan ngok ngek.mak cayang.aku gumuk. aku sayang mereka semua..muah
sepupu aku yang boleh tahan la sengal. tgk tu. aku pun dah jangkit.huh!

beraya dikampung memang best. inilah kampung aku. ngeee

04 September 2010

Balik Kampung..Raya La Woi

yeaa..balik kampung untuk raya. yea! sukanye beb. kat kampung aku ada marhaban. sapa2 nak join? aku wajib join sebab lau tak join orang cakap aku tak campur masyarakat pulak. hoho. ok. mood skang adalah mood kampung yang ada warna hijau. hehe.daa~~

03 September 2010

Lepas Meluahkan

selepas meluahkan apa yang terbuku di hati.aku dah dapat jawapan. ye. jawapan yang aku pun tak tau la nak kata apa. hoho. aku masih dalam mood yang agak kureng. aku sedang cuba nak melupakan perasaan sayang kat seorang. dalam proses untuk melupakan datang seorang hamba yang membuatkan aku ceria. aku mula suka. dan aku beransur2 dapat melupakan sayang aku kat orang tu. tapi akhir2 ni. aku dah tau orang yang aku suka tu suka kat orang lain. jadi aku kembali jadi seperti dulu. its ok la. dah biasa dah. lain kali la cerita panjang. ngantuk. nak tido.

walaupun kita sayang atau suka kat seseorang..semestinya kita dapat memiliki kan?seorang sahabat berkata kepada aku. single bosan. bila berdua pulak susah. jadi. kawan baik je la. zaman skang ni ada istilah kawan karib lagi tak ek?jom sama2 pikir.

and lagi tentang orang yang saya suka. dia suh saya pikir apa yang dia lakukan. saya dah pikir. saya rasa dia lakukan begitu sebab dia hanya nak kawan ngan saya sahaja tak lebih. ok saya terima. thanks kawan. kamu hanya kawan saya. dan saya kawan kamu. kamu memang kawan yang baik. saya suka berkawan ngan kamu. dats ol.

2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...