Nuffnang Ad

24 September 2010

Belum tahu Lagi

pagi tadi ada exam IT and database security. masa 1 1/2 jam. memang tak cukup. huh! soalan gila banyak. peh. aku bajet nak anta lambat sikit. tup2. lecturer dah pungut. menangis dalam hati je la aku. soalan no 6 tak sempat nak sentuh beb. peh. dah la kuiz aku dah skip. abis la aku. pulak mood aku telah di spoilkan oleh mamat belagak macho. aku nak lintas jalan ke seberang. aku tengok kete hitam tu jauh lagi beb. baik2 aku dah abis lintas. mamat tu hon aku then keluar kan tangan dia sambil tunjuk jari hantu dia kat aku. aku wat muka relek je. tapi dalam hati panas la jugak. pagi2 dah wat cam badak air depan aku. ingat aku tak nampak kete ko yang berkilat tu. aku tau la aku salah. tak bagi signal. nak wat camne. signal aku tak hidup. nak hayun2 tangan cam yang aku belajar masa kelas memandu dulu segan. tapi aku meamng dah pastikan kete jauh td. aku memang konpiden kete dia jauh. camne leh dtg tibe2 lak entah. pedulik hape ko nak sumpah seranah aku. ok. tutup kes tu.

habis kelas IT and database security masuk kelas lagi satu. kelas software project management. haih. kena buat report lagi. hantar isnin. sebagai project manager aku akan pastikan report hantar awal. ngeh3. bagus tak aku? puji diri plak aku. sekali2 tak pe kot.

ape aku nak cerita sebenarnye nih? aku pun tak tau. memandangkan kawan2 aku ramai dah tau sal blog aku. aku tak leh nak cerita sebarangan la. kena tapis2 sikit. hoho.

tibe2 aku teringat masa aku zaman sekolah rendah. mak aku selalu cerita sal ni. dulu masa aku darjah satu. family aku macam terumbang ambing sikit. sebelum tu ayah aku yang hantar aku. balik pulak atok laki aku yang jemput. nak dijadikan cerita. atuk aku pegi mesyuarat risda. jadi tak der sape nak amik aku. aku pulak masa tu budak2 lagi. mana la tau apa2. darjah 1. hingus meleleh pun tak sedar. mak aku memang tak leh nak jemput aku. mak aku ngajar petang. jadi aku tunggu punya tunggu memang tak der sapa nak amik aku. aku p kedai. beli layang2. memang masa tu nga musim orang main layang2. aku beli dengan harapan balik nanti aku nak main. adik2 aku mase tu hingus2 lagi. tak sekolah lagi. bape lama aku tunggu aku tak hingat lak. aku dah rasa sebak dah beb. hati nurani aku dah memberontak. rasa nak jerit. semua orang dah balik. tinggal aku sorang. dengan hati yang agak sayu aku jalan kaki la. dengan air mata yang tiba2 turun laju. memang tu je la keje aku masa kecik. haha. dah separuh aku jalan. aku nampak mak aku. baru nak p ngajar. aku lagi nak nangis. aku terus melalak tak tentu pasal. haha. mak aku pun hantar balik. kat umah aku majuk. haha. merah padam muka aku. senyap je. aku rasa aku tersisih. huhu. lagi2 pulak masa tu family aku masih tak stabil. mak aku pun p ngajar ngn moto atuk aku. mak aku tak ader moto masa tu. moto satu guna ramai2. dan masa tu awal2 ayah aku tak dok ngan kitorang. yelah2 aku cita la. mak ayah aku bercerai masa aku darjah 1. sedih hidup aku masa tu.

skang bila mak aku cite balik. aku bantai gelak je. yelah mak aku cakap aku anak paling kesian. bayangkan jalan kaki tengah2 panas sambil bawak layang2 dengan air mata yang mengalir. dukung beg lagi. haha. tak leh blah la aku dulu. lau aku tengok balik gambar2 masa aku sekolah memang muka aku muka mintak simpati je. haha. dah la main sorang2. main pondok2. amik bunga. amik daun. potong2. wat sepah kat pangkin umah atok aku. atuk pompuan aku nampak cepat2 aku campak bunga jauh2. kadang2 tak sempat nak campak. haha. ajak adik aku main dia tak nak. dia tau ape je mase tu entah.

semua nye aku wat sorang2. lagi satu aku suka main ngan tanah. yelah sebelum ni aku tak penah jumpa tanah. dah duduk kampung nampak tanah je memang pantang la. cari periuk. amik sudu dalam umah. amik air sikit. wat kuih pakai tanah. eii. gile selekeh aku dulu. aku tak kenal orang kampung sangat masa tu. baru la katakan. dah lama2 baru aku dapat kawan. jiran umah atuk aku. laki. main power rangers beb. adik aku yg bungsu xkuar dari pewot mak aku lagi masa tu. aku amik yang warne kuning. tak tau le nape aku suka warne kuning dulu. haha. dah besor2 ni jarang ada warne kuning pulak. main ngan laki ganas sikit. asik aku je yang kena buli. mula2 aku ciwek sikit. dah lama ok je. skang jiran aku tu dah kawin n dah ada dua orang anak comel2. hoho. banyak lagi sebenarnye. lain kali la cite.

aku dulu memang sangat2 selekeh. eh sampai skang selekeh. haha. sebab tu aku tak ramai kawan. tapi lau aku berkawan ngan seseorang tu aku ngan dia je. tak cari kawan lain dah. aku tak tau la. tapi memang cam tu. sampai la kawan aku tu pindah ke apa ke. aku cari kawan lain. cam tu la aku.

so ape kesimpulan cite aku nih? kesimpulannye. dapat la aku update entry aku nih. hahaha..walasam

selamat hari raya maaf zahir dan batin. <-----aku lupa nk ucap upenye ek..hee

No comments:

2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...