Nuffnang Ad

28 September 2010

Kenapa Aku Rasa Lapar

untuk entry kali ni agak mengarut sikit. tajuk memang tak der kena mengena langsung ngan apa yang aku nak taip ni. eh ada la kena mengena. sebab aku tengah lapar kot. so ape isi kandungan entry ni? jap bagi aku pikir dalam 2-3 minit. hmmmmmmm. sambil jari jemari ketuk keyboard.

ting! ada mentol dah muncul atas kepala aku. bersinar2. nampak tak? maksudnye idea dah ada la. memandangkan keadaan yang agak lapar skang ni. apa kata aku kongsi resepi mee bandung nak? tak nak tak pe. aku nak jugak letak kat sini. ngee.

ok memula kita sediakan bahan2 dulu.

pertamanye, perencah mee bandung yang di beli di mana2 kedai. nak lagi sedap beli yang kat muar. hehe. eh ayah aku ada jual perencah mee bandung yang ayah aku buat sendiri. mahu? jika mahu boleh koling2 saya kat  shoutbox sebelah tu. hee. 

seken, sediakan bahan2 nak letak kat dalam mee bandung anda itu. lau aku suka letak fish cake, sawi, daging, tomato, telur, cendawan, udang, sotong. lau rasa nak letak macam2 letak la. agak2 la kuantiti.

yg ketiga, sediakan mee kuning secukup rasa. eh secukupnya la. ikutlah korang nak makan bape orang kan. lau makan sorang, sediakan sepinggan cukup la. 

yang ke empat pulak, sediakan air yang secukupnya. jangan byk sangat jangn sikit sangat. agak2 dalam 2mangkuk cukup la. 

ok nampaknye bahan2 semua dah ada. skang kita mulakan operasi kita. masak memasak masak la ko. 

mula2 panaskan air dan masukkan daging. bagi daging tu empuk. then agak2 dah empuk dah. masukkan perencah mee bandung yang dah siap beli td. kacau2 sampai nampak kaler dia macam kuah mee bandung. then tunggu sekejap  sampai dia didih. sampai nampak ada air memercik2 sikit tu la. then dah didih. masukkan semua bahan2 yang seken td. kacau2 agak2 sesedap mata memandang. then rasa sikit. sedap tak. mesti tak kan. haha. letak garam n gula sikit. sikit je jgn letak banyak2. then rasa lagi. lau dah sedap kacau wat kali terakhir dan tutupkan api. siaplah kuahnye.

untuk mee kuning  tu pulak celur dulu dalam air panas. then masa nak makan. amik pinggan. letak sikit mee kuning then letakla kuah mee bandung tu tadi. pas tu makan. eh sebelum makan tu baca doa makan dulu. 

then sambil makan tu tunjuk thumbs up kat aku. hehe. 

ok la. resepi pun dah bg. apa lagi meh masakan tuk aku. aku nak makan je. cepat..... aku lapar ni.


4 comments:

Unknown said...

mee bandung saye boleh makan le..
mee rebus johor memang saye tak boleh makan..
sangat memualkan..
hahah..tak tau la apesal..

Cik Bucken said...

wahhh ade jual perase mee bandung!

Moh Jawab Teka-teki 18+

Aziati Zolman said...

diana>saya pun xmakan sgt mee rebus..mee kari la xmakan...heheh

cek bucken> perencah mee bandung ada jual...kat muar ada banyak..hehe

HaN WarreN said...

sume mee saya makan lalalalalalal...

2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...