Nuffnang Ad

21 February 2011

Sambungan Saya Gagal

hai semua~~~ hari ini aku senyum sahaja tanpa sebab. kene paksa senyum. kalau tak nanti tak de orang nak datang meminang. ngee. today kan isnin. maka, mesti ada yang malas2 nak buat keje kan. aku  pun sama. dengan keadaan opis yang agak senyap. kerana tinggal 1orang staff je ngan aku sorang. yang lain cuti. lagu aku pulak asyik rotate lagu yang sama. agak bosan jugak. ngeh2.

ok berbalik dengan entry yang sebelum ni. aku nak sambung la sikit. sebelum pemeriksaan fizikal,pancaindera dan kecergasan ada taklimat dulu. dia bagi borang mintak isi. mula2 dia akan ukur tinggi kita dan berat. then lau dah lulus check penglihatan pulak. then lau lulus dia check tubuh badan. mana tau ada cacat2 ke kan. masa tu kene bukak baju tau. tak kira laki ke pompuan. tapi yg pompuan ngn pompuan la.hehe. dah habis taklimat adegan tungu menunggu la pulak. 

aku dah dapat rasa dari umah lagi yang aku memang tak lepas. dia nak BMI antara 19-26. aku kira2 kat umah BMI aku dalam 26.1. lebih la kan. ditambah lagi dengan keadaan mata aku yang rabun. power spec aku 800++ ok. kiri dan kanan. memang sah2 tak lulus. aku pergi pun sebab nak dapatkan pengalaman. dan juga cuti. hehehe

so bila dah sampai giliran aku kene pemeriksaan fizikal aku pun masuk. oh lupa. sebelum tu ramai jugak yang dah gagal. maka aku memang yakin aku pun gagal pemeriksaan ni. alangkan orang yang tak pakai spec pun tak lepas. inikan aku yang memang pakai spec. 

mula2 dia suh berdiri kat dinding yang ada angka2 tu, ala...masa sekolah dulu ada. ruler yang panjang tu. tinggi aku 1.55 meter. ok lepas. sebab syarat kene 153cm. then timbang berat badan pulak. 63kg. wow! berat seh. hoho. then dia kira2 BMI aku. pakai kalkulator. ada lebih sikit2 kira halal la.. lepas dah BMI. then check mata lak. dia suh bukak spec. wooo. memang sah2 xlepas ni. aku xnampak langsung. aku xnampak rupa semua orang. then xyah nak cakap byk. aku cakap ngn penguji tu. 'saya memang xnampak la encik'. ok dia suh duduk.

masa duduk cik tu tanye. awak ada diploma?aku angguk. awak ada degree? aku senyum . dia tanye 'in making?' aku angguk lagi. dia cakap awak abiskan degree awak pas tu awak mohon gred41. aku angguk lagi dan senyum. hoho. 

lepas dia bg kata2 semangat aku pun keluar. dah terus keluar balik. ngeh3. itu je la. hehe. so. tak sempat la adegan bukak2 baju. hahaha. 

orang kata tak cuba tak tahu. maka aku pun cuba walaupun dah dapat rasa memang gagal. hohoho.

jumpa lagi~~~

1 comment:

Ichi said...

nice try aziati. rasanya sejak awak dah praktikal ni awak dah nampak matang. matang dr segi ape? haa, yang tu biarlah rahsia saya. at least ade perubahan dalam diri awak sejak praktikal ini. oke, bye. :D

p/s:gud luck dear!

2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...