Nuffnang Ad

18 July 2011

Ada Yang Peduli Ke?

wahai pembaca sekalian. sedarkah kamu semua bahawa ada yang sedang memerhatikan kamu. apa2 yang kamu lakukan semua diperhatikan dan akan dicatat oleh malaikat. maka berbuat baiklah kamu.

pernahkah kamu menerima kritikan-kritikan? pujian? aku? sudah tentu lebih banyak menerima kritikan dari pujian. kerana aku tidak la sebagus kamu semua. tapi itu tandakan mereka pedulikan kita. jika tidak, mereka tidak akan mengkritik kita. pujian? jarang sekali aku mendapat pujian. oh itu tidak menjadi masalah bagi aku. 

aku mengganggap kejadian yang buruk bagi aku pada hari ini adalah balasan kepada aku kerana menjadi hamba yang tidak pernah bersyukur pada masa lalu. 

jadi. ada yang peduli sama kamu? walaupun aku selalu dikatakan syok sendiri. ada aku kisah? kenapa mereka selalu mencari salah orang lain. mereka tidak pernah buat salah ya? macam sampahkah aku? oh mungkin jika dikira baunya sama saja kot. kerana aku lupa nak beli deodorant yang baru bulan ini kerana yang lama sudah habis. 

hilang harta benda tidak mengapa. jangan hilang pertimbangan. padah jadinya. maka bersabarlah. semua ini ada hikmahnya. jika mereka tidak peduli sama kita. kan kita masih ada Allah. baru bagi dugaan sikit dah melenting macam esok tak ada lagi. 

pesanan dari aku, jangan kita selalu mencari salah orang lain. tapi lihat la diri kita pada masa lalu. mungkin pada masa lalu kita pernah buat salah kat orang lain yang kita tak sedar. 

nota kaki busuk: macam ada suara2 jahat  yang bisik2 kat telinga aku bahawa kamu semua tak sayang aku. tapi ketahuilah kamu. aku tak percaya suara itu. aku tahu kamu semua sayang aku kan?aku juga punya keluarga yang sangat sayang sama aku.

aku sayang mereka.

mak aku dah kurus

3 comments:

mizmizza said...

sy juga syg kamu ^_^

Ichi said...

la..kan akk syg kat ati. tak egt ke? aah la. nape makcik dah kurus? T_T. ati tak bagi mak makan ke? hehehe

AZIATI said...

sayang menyayang~~hehe...

2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...