Nuffnang Ad

05 July 2011

Setelah Beberapa Kali Pergi Interview

halo semua. (disebabkan aku taip post ni pagi, maka...) morning~~~! korang semua apa khabar? sihat ? apa terlebih sihat? bagus la tu. 

so apa cerita ni? ni la aku nak cerita ni. kalau nak cerita sal interview lebih2 pun aku tak pandai. setakat ni aku dah pergi interview 4 kali. 2 dari jobstreet,1 dari kawan, n satu lagi jabatan kemas. tapi setakat ni satu pun tak dapat. bak kata jambu maharajalawak " apa pun tak boleh" haha.


ikutkan ada banyak jugak panggilan interview. tapi aku tak dapat nak pergi dengan pelbagai sebab. salah satu sebab adalah jauh dan family aku macam tak merestui. haha. ditambah pulak aku memang malas lau jauh2 ni. kos woo. kalau dapat tak apa la jugak. ngeh3. 

1st interview aku p kat wisma mca. kawan aku yang rekemen. so aku pun apply je la. masa tu aku kene interview dalam 15 minit. then dia suruh jawab soalan. soalan programming. masa tu soalan tu aku memang dah prepare. boleh la jawab. tibe2 dia bagi soalan lagi satu. alamak. glup! aku terkedu sebentar. tak tau nak jawab pun. aku hentam je la guna semua coding yang aku rasa macam logik. pas tu dah habis jawab. dia cakap2 sikit then aku pun balik. seminggu lepas tu aku emel orang tu tanya status. result: tak dapat la dik. (eh dia tak der la cakap camtu.aku translate bahasa yang mudah paham je la) .

2nd interview plak aku dapat kat petaling jaya. syarikat tu nama macam jepun. memang pun bos dia orang jepun. yang ni memang aku tak prepare langsung mengenai interview. sebab masa tu aku tengah praktikal lagi. jadi aku macam tak excited nak cari keje. yang sekejap je dia tanya2. soalan wajib setiap kali interview. decribe about yourself. aku pun describe la dengan english aku yang memang terabur habis. okey kelemahan aku adalah aku kurang membaca terutama yang english. masa ni ada 3 orang penemuduga. masa ni 1st time aku kene interview dengan ramai orang penemuduga. soalan lak berkisar apa yang aku belajar. disebabkan dah lama aku tinggal semua tu. maka jawab yang aku ingat je la. ha?apa je yang aku ingat. langsung tak ingat pun sebenarnya. maka kesimpulan dari interview kali ni aku dapat rasa memang aku tak dapat. haha. 

3rd interview lak adalah dengan jabatan kemas. yang ni memang aku prepare sehabis yang boleh. tiba2 masuk dalam bilik dia cakap aku tak prepare. mungkin aku tak berkeyakinan. ha. yang ni pun kelemahan aku jugak ni. aku tak boleh la nak pandang orang kalau cakap. malu. teeheee. aku sekejap tengok fail. ni la yang dikatakan kurang sopan namanya. haha. ada jugak soalan yang dia bagi aku jawab dengan yakin. konon ye la aku rasa yakin. masa ni ramai yang datang. ada la dalam 100 orang. dengarnya kemas nak dalam 30 orang. pergh. aku buat kesimpulan interview kali ni aku memang tak dapat disebabkan aku pun tak tau. mungkin aku tak cukup bagus nak jadi cikgu tabika. haha.

kali ke empat punya interview plak baru je lepas minggu lepas. kat desa pandan. kali ni best sikit interview nya. mula2 datang dia minta isi form. then ada essay lak. then ada iq test. iq test best jugak jawab. cuma aku ni kan pemalas nak pikir. yang mana aku tak tahu. aku jawab don't know je la. tapi satu soalan je aku jawab don't know. lepas tu kitorang dibawa masuk ke bilik. oh lupa. kami cuma 5 orang je. maka, semua ke lima2 dibawa masuk untuk ditemuduga sekali gus. disini memang ada tekanan sikit. kita kena pandai amik peluang nak bercakap. aku pulak tak banyak pengalaman nak cerita maka aku banyak bercerita berkisar praktikal aku je la. masa praktikal lak aku tak banyak kerja sangat pun. maka aku pun kurang la bercakap masa tu. dalam kira sejam setengah. kami dibahagikan 2 group. selesaikan senario yang panel bagi. kira yang ni dia nak tengok macam mana kita handle client. 5minit je dia bagi. then sambung balik interview. abis semua HR panggil sorang2 plak. aku orang last. resultnya aku di KIV kan dulu. haha. 

inilah pengalaman aku. sekarang aku masih lagi mencari pekerjaan yang sesuai dengan aku. sebenarnya aku masih mencari2 apakah bakat aku. apa pun tak boleh. haha. 

sekarang aku pergi je mana2 yang ada job fair ke career fair ke yang sama waktu dengannya la. rabu ni ada interview hasil dari job fair yang aku pergi semalam kat pwtc. harap2 ada la yang sangkut. sesungguhnya aku memang dah penat nak cari kerja. tapi bila tengok kawan2 bersungguh2 mencari kerja. aku pun ada semangat sikit. hehe.

p/s: bila dah terlalu selesa duduk dirumah semua mende yang ada kat luar pandang sebelah mata je.

2 comments:

UcuDot said...

gudluck aziati! :)

AZIATI said...

tq ucudot@cik shida~~hehe

2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...