Nuffnang Ad

14 September 2011

Sabtu & Ahad Yang Sangat Pantas Berlalu

sabtu dan ahad yang lepas iaitu bersamaan 10hb september 2011 dan 11hb september 2011 aku bersama-sama famili aku pergi berjalan-jalan. yang sebenarnya hantar adik aku ke USM,penang. perjalanan bermula sabtu petang, jam 5.30petang bergerak dari rumah atok di serom 2B. yang menyertai aktiviti ini adalah aku, mak, adik jijah, abang gaban dan sudah semestinya budak gembeng, yan. 

check point pertama rumah pakcik aku kat taman keramat permai,KL. sampai dalam jam 8.10malam. walaupun agak penat. mak ajak jalan-jalan. mak cakap " mak teringin nak naik LRT". maka lepas solat magrib kami siap-siap untuk berjalan-jalan sekitar KL. tapi tidak la sekitar sangat. memandangkan yan nak cari capal tuk perbarisan merdeka dia. kami memutuskan untuk ke masjid jamek. maka, kami pun bergerak dari stesen LRT setiawangsa - masjid jamek, dengan harga rm2 seorang. sampai sana dalam jam 915malam. banyak kedai dah tutup. last-last cari kat mydin je. yang aku rasa kalau cari kat melaka pun boleh. huh! bajet kul10 dah balik. tapi betapa pantasnya kami. kul 10malam dah sampai rumah pakcik aku semula. pantas tak pantas. siap beli satey yang harga secocok 60sen. glup! teringin punya pasal beli la jugak. sampai je rumah. hujan turun selebat lebatnya. syukur dah sampai rumah.

aktiviti tidur dan esoknya kami bangun jam 5pagi tuk meneruskan perjalanan ke penang. sepantas kilat kul530 dah siap dan kami berangkat ke destinasi asal. tak banyak perkara yang berlaku. hanya dengkuran yang aku dengar. nasib baik ada mak aku temankan aku. kalau tak memang dengan aku sekali join. sebelum sampai ke penang, lebih kurang 3 tempat juga kami berhenti. iaitu, berhenti solat subuh & sarapan, berhenti untuk buang segala-gala air,berhenti isi minyak. ha cukup la tu 3. sampai penang dalam jam 11 pagi. 

setibanya kami di penang terus ikut signboard USM. sememangnya aku sudah hampir 3 atau 4 kali ke sana. tapi masih tak ingat jalan. cuma yang latest ni aku sudah tahu jalan pintas ke USM tanpa ikut signboard USM. eh itu yan yang cakap. kata pintas. tapi kami cari jalan tu tak macam pintas pun. after that, dah siap-siap punggah barang yan masuk hostel. seret dia sekali pergi jalan-jalan cari jeruk. ya. itulah tujuan asal aku nak hantar dia ke USM. jeruk! aku nak makan jeruk banyak-banyak. tapi duit cukup-cukup tuk aku sorang. yang mengirimkan jeruk mungkin lupa untuk bagi money kepada kami. maka, dahalukan money aku & mak aku. 

dah agak-agak beli jeruk stok setengah bulan. kami pun balik. hantar yan ke hostel dulu. sempat la juga gaduh-gaduh cari jalan keluar nak ke USM. tapi biasa la. pakar redah ni takkan berputus asa ok. dah sampai hostel yan rasa macam sedih la pulak. tapi bila mengenangkan perangai dia yang gedik-gedik tu rasa nak cepat-cepat nak tinggalkan dia. haha. 

jam 130petang kami berangkat pulang ke johor. sepanjang perjalanan pulang tiada perkara yang best yang boleh dikongsikan. semuanya kepenatan maka tidur sepanjang perjalanan. cuma aku yang jadi supir ni tahan ngantuk je la. sempat la jugak aku makan jalan orang sebelah. nasib baik tak kene hon. hoho. sampai serom jam 10 malam. sekian itu sahaja ceritanya. 

notakaki1:saje taip macam budak2 sebab aku kan masih budak. muehehe..

notakaki2:tiada gambar kerana sepanjang perjalanan kami hanya menikmati dengan mata. hoho

No comments:

2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...