Nuffnang Ad

27 March 2012

Bila Cinta Datang

hai cinta! gembira tak hari ini? senyum! bangun pagi senyum. nak mandi senyum. nak keluar rumah senyum. nak pergi kerja pun kena senyum. ok walaupun gaji tak masuk lagi. senyum je la. supaya aura positif masuk dalam badan. senyum lagi. 

apa yang aku nak bebel arini? tentang cinta. cinta itu apa? cinta itu adalah love. hehe. apa makna cinta bagi korang si pembaca? cinta tu best tak? cinta itu buta? woo. iye ke buta cinta tu? hehe. bagi aku cinta tu lahir dari hati yang tulus ikhlas. tak kira orang tu macamana sekalipun. yang penting cinta tu adalah kepercayaan.

dulu2 masa aku muda remaja aku memang selalu juga suka orang tu la. suka orang ni la. suka sahaja. tak tahu la itu namanya cinta ke apa. cinta monyet atau cinta chimpanzi barangkali. 

cinta yang sebenarnya hanya kepada-Nya. cinta yang kekal abadi. jangan kita mencintai manusia melebihi cinta kepada-Nya.

ok. aku fokus kepada cinta kepada manusia. mengenai jenis2 cinta ni. 

cinta monyet adalah cinta zaman2 korang sekolah dulu.

cinta pandang pertama adalah bila kita lihat orang tu untuk pertama kali kita terus ada rasa macam sesuatu dalam hati. erk! atau bahasa bunga sikit. ada taman dalam hati. hehe

cinta lokasi adalah cinta macam artis tu. masa depa berlakon tu masa tu la kenal. dan jatuh cinta. oh! hehe. boleh jugak dipraktikkan tuk orang yang bekerja. yang selalu pergi site ke pergi mana2 ke. eh nak cakap macam aku la ni. hahaha. cinta site namanye. tehe

cinta tak kenal usia. cinta yang ini memang tak kenal pun sapa usia tu. janji hati dah suka. dah terpaut kan. macam err...ok. next.

cinta mukabuku adalah lagu najwa latif. tehe. 

cinta apa lagi? ah. cukup la ni ek. tehe. 

so. cinta apakah korang? kalau tak ada dalam jenis2 yg diatas. jom la kongsi. hehe. 

p/s:taip dengan keadaan tangan gigil.bos nak datang jap lagi ni. macam ada cerita sadis jap lagi ni. huhu.

No comments:

2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...