Nuffnang Ad

21 January 2013

DIY Keychain Love

baru siap gunting
sekarang ni aku dalam proses nak siapkan doorgift keychain. contoh yang dah siap seperti yang warna pink itu. hehe.

yang ini free. sebab untuk doorgift.

pas ni aku jual 1 = RM3
sapa2 yang nak beli lebih dari 10 aku letak harga 1 = RM2.50

sekian terima kasih.

p/s: tiada

15 January 2013

Checklist Untuk Majlis Tunang

kami plan 5 dulang balas 7 dulang.  so antara checklist untuk hantaran kami adalah:

dari pihak perempuan kepada pihak lelaki.
  • kain untuk nikah.
  • sampin & songkok.
  • sirih junjung.
  • kek.
  • gula/coklat @ jajan.
  • buah.
  • bunga rampai/potpuri. 
dari pihak lelaki kepada pihak perempuan.
  • kain untuk nikah
  • tepak sirih/sirih junjung.
  • cincin.
  • kek.
  • buah.
untuk majlis tunang kami buat simple yang mungkin. bekas2 hantaran pun boleh recycle untuk nikah nanti. maklumlah majlis untuk orang yang pentingkan bajet murah..main recycle2 je. hoho.

kisah mencari cincin:

kitorang konon2 nak pegi survey2 je kat area jalan TAR. bajet cincin murah2 and cantek. sebelum tu aku ada survey and baca2 belog2 B2B jugak. kebanyakan cakap kat area situ dorang cari. so, aku pegi je la. cari punya cari,tak jumpe yang bekenan dihati.huhu.tup2 lain yang dicari lain pulak yang kitorang beli dulu. ternampak SALE kat jakel. aku tarik dia masuk. tengok2 dan belek2 dari tingkat ke tingkat. sampai la ke tingkat tuk baju pengantin. WHOA! dipendekkan cerita beli la set baju laki dan perempuan disitu. end.

eh belom. ini kisah cincin bukan kisah kain. pasal cincin kitorang dah giveup. kitorang pegi masuk ke Semua House. konon2 nak p round2 untuk bekas2 hantaran. dan on the way ke tandas jugak sebenarnya. tengok kanan ada Poh Kong. belek2 dari cermin luar je. aku geleng2. then kitorang teruskan perjalanan. nampak Emas Sri Pinang. try la tengok ada best ke tak. pulak tu tukang layan tu ramah pulak. kitroang pun duduk la belek2 cincin yang ada. banyak jugak pilihan. tapi mahal sikit dari yang kat luar2 tadi. bagi aku masih under bajet la. dia pun kata ok. aku pun ok la. hoho. beli. done. terus terbantut nak pegi tandas. muahaha.

so, sekarang cume nak cari sampin and songkok dia. duit dia dah abis. kali ni duit aku pulak.adoi! plan nak cari kat terengganu. entah la. hoho.

lepas ni aku update lagi. hehe.

p/s: semoga semuanya dipermudahkan...

08 January 2013

Imbas..imbasan

hahaha.. tetiba aku rasa nak baca blog aku masa mula2 aku berkecimpung dalam dunia belog ni.

macam entah apa2 entah. sungguh memalukan. nak buang post2 semua tu macam sayang. sebab boleh tengok perubahan dari masa ke semasa. hehe

itu sahaja..sekian.hehe

06 January 2013

26!

print screen dari google kat laptop aku
hari ni genap umur aku 26 tahun. Alhamdulillah..aku masih hidup.

sepanjang arini aku hanya menghabiskan masa aku dengan pergi ke kursus kahwin. best! tak sabar dah nak kawin ni. tehee..

so. sempena tahun baru, umur baru..err...dapat la aku kawin tahun ni. nak anak ramai la katakan. hoho.

doakan aku ye kawan2 yang aku sayang semua. hehe.

dan...yang paling aku terharu. ayah aku wish aku.ayah aku masih ingat waktu aku lahir iaitu jam 10.01 pagi. 
sob..sob
hehe

hey!!! aku dah 26 la. bila nak matang entah

p/s: persiapan untuk bulan 3..yay!

02 January 2013

Aqua Campur Dengan Ungu

2012 dah berlalu. banyak yang dah berlaku. antaranya :

kerja..walaupun hanyalah kontrak. tapi aku dah berasa bersyukur. 
dan
teman..insyaAllah..

dan 2013...aku berharap aku dan teman itu akan menjadi yang halal..amiin.

alang2 kan. tema aku aqua dan ungu. confirm.
cari2 kat google image jumpe ini

dan ini


p/s: harap2 dipermudahkan semuanya. amiin

2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...