Nuffnang Ad

29 April 2013

Nak Mulakan Dari Mana?

Selamat hari isnin.. 

sabtu and ahad yang lepas sangat dipenuhi dengan aktivi. best. rasa macam tak nak hari isnin. hehe

tenkiu to my fren farah sebab belanje komik and baju. tehee..

selamat pengantin baru kepada Puan shida dan pasangan. semalam pegi majlisnya. tapi aku tak ada gambo dengan pengantin..hehe. 

ok. itu semalam punye cerita.

aku nak cerita pasal hari2 yang akan datang ni. seperti mahu mencari pekerjaan yang mendatangkan faedah kepada orang lain dan diri sendiri. 

first sekali aku seperti mahu menjadi tutor. nak mengajar orang. tapi aku pun still banyak yang nak kene belajar. ilmu yang ada masih mentah..lagi tepat masih putik. baru2 ni aku ada ajar sorang budak praktikal. aku selesa mengajar secara one by one. senang aku nak berinteraksi. dan hasilnya aku puas hati. sebabnya aku pun dapat belajar benda yang baru juga. sambil mengajar sambil aku belajar. 

dan aku terfikir seperi mahu membuat iklan disini. kepada sesiapa yang memerlukan perkhidmatan tutor. aku sedia membantu. aku boleh ajar benda yang basic sahaja menggunakan php and mysql.. hehe. kepada yang mahu belajar. jom saya ajar. tapi saya hanya membantu yang saya tahu sahaja ye. hehe..

p/s: nak belajar oracle. tapi lom ada peluang lagi.

18 April 2013

31 Mac 2013

siapa sangka. ajal,maut, jodoh semua tu di tangan Allah. kita merancang hanya Allah yang menentukan.

31 Mac 2013 pada jam 3.45 pagi atok man pergi meninggalkan kami buat selama2nya. 

sebelum arwah atok meninggal :

sabtu - 23 Mac 2013

atok man: ko nak pegi ambil mak pukul berapa?

aku: 12.30. (aku memang peten jawab pendek2 je)

atok man: aku nak pegi bsn. amik duit. awal la sikit.

aku:ok

   12.13 tengahari.
lepas siap2 masak. aku pun ajak atok man pergi bsn kat caltex berdekatan dengan rumah atok.
aku temankan aku amik duit sampai dalam sekali. atok jalan melayang2. aku hanya mampu tengok je. tanpa memimpin atok.

   12.30 tengahari.
dah sampai kat sekolah mak. mak balik pukul 1. so tunggu je la dalam kereta. atok asik batuk je. aku tutup enjin tapi bukak radio,kira tak tutup abis la. atok bukak pintu. kereta tu pulak jenis berbunyi lau pintu terbuka. 

atok man: lo..bunyi apa tu?

aku: atok bukak pintu..berbunyi la dia. 

atok man: woo..(atok pun tutup pintu)

atok dok luar sebab nak amik angin luar. aku biarkan je. atok masih batuk2.
balik dari amik mak. semua makan. aku masak sambal sotong. atok man makan habis. wow! jarang2 atok makan sampai habis. 

 3.00 petang
planning amik jijah(adik bongsu) kat kuala pilah. 

atok pah: jangan lama2. nanti aku nak sembahyang,

mak: sekejap je mak. amik jijah lepas tu balik semula.
sebelum tu kitorang planning nak anta aku ke KL. sebelum tu nak pegi amik adik kat Kuala Pilah sebab minggu tu study week. tapi tak leceh. so kitorang planning amik dia sabtu pas tu balik rumah semula.

ahad - 24 Mac 2013

pagi tu mak & yan pegi kurusu haji. so dalam rumah tinggal aku,jijah,atok man & atok pah.

pukul 8 pagi atok man sarapan macam biasa. tapi tak abis pun. siap duduk tepi pintu tengok2 luar. memang rutin atok selalu.

pagi tu aku nak masak awal. sebab planning mak nak anta aku ke KL. 

tengah2 aku masak.dalam kul 9. tiba2 jijah panggil aku. 

jijah: aji..atok man nak bangun..tapi tak boleh. 

aku pun datang.

aku: kenapa dik. (aku nak dengar atok man cakap. tapi tak jelas)

jijah: entah. atok nak bangun dari tadi tapi tak boleh. atok nak kencing. nak pegi bilik air.

aku & jijah angkat atok ke kerusi roda. bila atok dah selamat kat kerusi roda. aku sambung masak. masa tu nga goreng tempe. sempat hitam tempe aku.

tiba2 jijah jerit. 

jijah: aji! atok jatuh. 

aku lari2. tengok atok dah terbaring. aku & jijah angkat atok sampai ke tilam atok. cepat2 telefon mak ana & uncle edi. dah tak keruan dah. aku  telefon mak jugak supaya mak boleh balik awal. 

sesampai je uncle terus bawak atok ke spital. 

sah. atok kene strok belah kiri. 

tengaharinya aku & adik2 ke spital. tengok atok. tangan atok dah boleh gerak. atok dah boleh bangun sendiri. cuma nampak sangat lemah.


30 Mac 2013

aku ke spital. tengok atok. aku sampai lewat. sebab nak kena masak dulu kat rumah. sempat jugak la aku singgah beli tiket balik KL untuk esok. 

atok minta urut2. atok minta nak bangun. atok minta nak ke bilik air. tapi kami tak bagi. sebab atok sangat lemah.

petang tu aku & mak balik. atok baring nak tido katanya. sempat aku pegang tangan atok. sejuk.

31 Mac 2013. 

pukul 4 pagi aku masih tido. ada orang bagi salam. mak aku bangun. aku teruskan tido.

tak lama lepas tu. aku terdengar perbualan mak kat telefon.

mak: jihan..balik..atok dah meninggal.

ayat last tu buat aku bangun serta merta. masih tak percaya. aku pegi dekat sikit dengan mak. 

ya. atok dah meninggalkan kami buat selama2nya.

 
al-fatihah untuk atok man, Abdul Rahman bin Ahmad.

rindu atok.

raya tahun ni tanpa atok mesti rasa lain sangat. T___T
sempat atok tengok aku bertunang.



10 April 2013

PRU13

tarikh penamaan calon 20 April 2013.
hari ngundi 5 Mei 2013..

first time aku nak ngundi..dalam minggu tu plak aku ada hal...aduh la...

harap2 semuanya berjalan lancar..amiin

p/s: macammana nak ngundi pos ek?

2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...