Nuffnang Ad

15 August 2013

Raya 2013

selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua pembaca belog i ni..banyak ke dapat duit rayanye? aku tak dapat pun..maklum le dah tua...huhuhu...aku yang bagi duit raya ada la.

tak pe..duit raya tak penting..kalau ada, ambik.kalau tak ada,diam2 sudah.kan.

eh apa pasal duit raya pulak aku cerita lebih entah. cis.

aktiviti raya tahun ni masa raya pertama je penuh. itu pun penuh dengan aktiviti tido. muahahaha.

pagi2 mandi2 pakai baju raya...erk..bukan baju aku..tapi baju yan...maklumla tak beli baju raya pun tahun ni..hehe.. lepas tu makan2 ketupat,rendang dan pelbagai makanan la. siap makan. perut dah kenyang siap2 pulak nak ke surau sebelah rumah. solat raya.

aktiviti seterusnya ziarah kubur atok lelaki. sekali kubur buyut2 yang lain.

dan terakhir sekali balik rumah..aktiviti yang paling syok. bergambo..hehe...
adik beradik aku dan emak tercinta.hehe

menyelit semuanya.

ummi raudah.

ummi tu kalau halakan kamerake dia. terus pandang tak berkedip matanye.

 gambo yang lain tidak akan dimasukkan kerana tidak perlu. hehe.

dan aktiviti seterusnya adalah. marhaban. errr...aku tak join marhaban tahun ni. adik2 aku je. aku pun tak tahu kenapa aku tak pegi. asalnya aku mengantuk. aku tido. adik2 aku dah pegi. aku tertinggal. last2 aku tak pegi. sebab malu dan lambat. hehe.

esokknya pun aku tak join. sebab mula2 nak tolong kemas umah sebab marhaban dah sampai kat umah. last2 aku pun tak pegi tak tahu sebab apa. apa nak jadi aku pun tak tahu. hehehe..

adik dan ella dan iman join marhaban.
esoknya raya ke ketiga aku ke umah ayah pulak. beraya umah sedara mara belah ayah kat parit amal. lepas balik raya tu ayah singgah beli kuih raya lagi. kitorang snap2 kejap la. hehe

si kecik tu asyraf. adik aku yg last sekali. ayah sama. mak lain2.
dan raya ke empat. aku pegi kenduri kawin kawan sekolah aku. lama kot kitorang tak jumpa. tak ingat last jumpa bila. ada la dalam 8-9 tahun jugak la kot. tup-tup dia dah nak kawin dah.

dr fadila dah kawin. dari dia belum jadi doktor sampai dah jadi doktor. baru ni la jumpenye.

raya ke lima encik tunang sama kakak dan abang dia datang. tiada gambar bersama. hahaha.

dan raya ke enam aku pulang ke KL. menjalani rutin2 seperti biasa. kerja..aku nak raya lagi!!!!

p/s: raya sebulan kan...hehehe

No comments:

2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...