Nuffnang Ad

24 August 2015

Susu Ibu oh Susu Ibu


salam sehati sejiwa..heh!

kurang lebih seminggu kita akan menyambut hari merdeka. tujuan aku menulis post kali ini bukan untuk mengulas mengenai hari merdeka. tujuan sebenarnya hanya la nak kongsi pengalaman sepanjang aku menyusukan anak kesayangan iaitu Rahadatul Aisyah.

sebulan yang lalu. selepas habis cuti raya aidilfitri, susu badan aku merudum. mungkin sepanjang cuti yang lama itu aku tak pam langsung. hanya bagi susu badan direct kepada Aisyah. dan stok susu pun hanya satu botol iaitu dalam 5 auns sahaja.

maka bila masuk opis. pulun la mengepam susu. pam 3 sesi. pagi,tengahri dan petang. selalunya pagi aku pam dirumah. dalam pukul7 pagi. yang itu terus bagi ke pengasuh. tengahari sekali. pam dan terus hantar ke pengasuh. dan petang pam simpan untuk stok dirumah.

berterusan la camtu dalam seminggu. lepas tu susu kembali banyak seperti biasa. dalam minggu yang sama aku buat power pumping. area kul 4 pagi. 

dan akhirnya stok susu kembali banyak. errr. tak de la banyak sangat. sekurangnya tak perlu la aku ulang alik dari opis ke rumah pengasuh untuk hantar susu perah. 

tapi sepanjang susu merudum tu. ada la sok sek sok sek yang menyarankan campur susu formula. adoi la. annoying sungguh. selagi kite boleh usaha tuk banyakkan susu. aku akan cube sedaya upaya. aku lebih suka kalau mereka bagi tips banyakkan susu daripada bagi cadangan campur susu formula. huh!

apa tips aku susu kembali seperti biasa. antara tipsnya. pertamanya aku buat power pumping. selalunya aku buat area pukul 12 tengah malam sehingga 5 pagi. yang ini 3 hari berturut-turut.
aku google je nih...aku amalkan yang pam double tuu..

tips kedua, aku amalkan makan milk booster iaitu  habatus sauda. aku makan habasyi oil. 


tips ketiga. think positif. walaupun susu kurang. dan doa.semoga dipermudahkan untuk menyusukan si kecil itu.....

dan yang penting...niat

ok..sekian perkongsian kali ini..

daaaa~~~


2 comments:

Izyan Balqis said...

tips yang berguna! saya pun plan nak menyusukan anak bila dah lahir nanti, cuma cara nak pump susu tu tak reti lagi...terima kasih untuk tips power pumping tu!

edreahjadeon said...

Borgata Hotel Casino & Spa - MapYRO
See 631 reviews, 11346 candid photos, and great deals for 경산 출장안마 Borgata Hotel Casino & 유로 스타 사이트 Spa 군포 출장마사지 in Atlantic City, NJ. "I stayed here to see why it's like a Wynn Las Vegas  Rating: 4.5 하남 출장샵 · ‎315 reviews 용인 출장샵

2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...