Nuffnang Ad
30 April 2010
Pilihan Yang Tak Tepat
29 April 2010
Rukun Islam Ada 5
Hai kawan2....hehehehe...
Disini saya mahu meningatkan kamu semua bahawa...Rukun Islam ada 5...
ingat lagi tak rukun islam?mestilah ingat kan....kita kan orang islam...
- Mengucap dua kalimah syahadah
- Menunaikan solat fardu lima waktu
- Berpuasa pada bulan Ramadan
- Membayar zakat
- Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu
28 April 2010
Orang Baik dan Orang Tak Baik
24 April 2010
Betul Katanya
bila difikir2 kembali..
untuk melupakan seseorang ...
kita kena tutup pintu hati kita untuknya...
Saya akan tutup pintu hati saya untuk kamu ye wahai encik...
tiada apa2 diantara kita...
saya sudah mula bosan dengan permainan yang dimainkan oleh segelintir orang seperti kamu...
Tiba2 hari ni buka FB dia...bosan je tgk FB dia...tak menarik...(
hahaha..saya memang sudah remove dia dari fren list dengan serta merta apabila dia memberitahu dia sedang bahagia...
jadi saya tidak diperlukan lagi...
dan dengan serta merta saya sudah padam segala2 mala yang ada nama kamu ditelefon bimbit....
dan segala gambar2 yang ada dikomputer riba ini...memang dah totally hilang dari ingatan aku..
lau ada alat yang boleh menghapuskan ingatan tentang seseorang...boleh bagi kepada saya tak??hehehe
Ok...saya memang dah tidak mahu dia....
benar2 tidak mahu dia...
memang betul2 ni....walau macam mana pun dia...saya tetap tak mahu dia...
kerana....dia telah buang saya....
betul...tak tipu la...saya tak mahu...tak mahu la...
Pergi kau jauh2...aku tak mahu kau lagi la..
aku dah tak sayang kat kau lagi..
aku dah tak suka kat kau lagi...
aku dah rasa bosan dengan kau...
aku cuma sayang dia saya...
Selamat datang cinta baru...
--sekian--
22 April 2010
Hisap Rokok?
Nak Makan Pecal
Salahkah Saya Sayang Dia
Lagu Khas Untuk Diriku
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain
[Dan Sebenarnya Lirik]
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh
21 April 2010
Ayo Cik Ati
Aku Suka Dia..
20 April 2010
Kosong Sama Dengan Sifar
18 April 2010
Jalan-jalan ke tepi pantai
ayo...malam ahad...tapi jalan raya tak da kereta sangat pun...
sunyi...
p makan dulu kat restoran mohd aini...
masing2 nak makan sate...
sekali dtg amik ko...
tak larat nak abiskan...
last2 bungkus bawa balik..hehe
pas makan tak tau nak pegi mana...
ronda2 melaka la...
nak lepak kat MBMB..hujan la pulak...
kesudahan dok pusing2 je....
p kat THE JETTY...
wwoooohooo...tak mo pegi dah kat situ...
menakutkan tempat kat situ...
cuba bayangkan tiba2 ada gempa bumi kat situ..
mati sia2 je...
byk org cina kat sana...seksi2 belaka...pelik2 org kat sana...
dah2 balik2...
balik la kitorang...
pegi lepak tepi pantai yang kat sebelah eye on malaysia tu...
tgk org memancing ikan...
pakcik tu dapat ikan...
tapi kecik,..comel je ikannye...hehe
sambil dok lepak2..ada kete konvoi lalu....sekumpulan kete myvi....
ops sebelum tu nampak sekumpulan kete viva kat depan MBMB...
kat tepi pantai tu ada la dalam dua group kete myvi...
cantik2 kete dorang...hehehe
dah lewat dah..balik umah la...esok nak p seremban lak...
balik...bukak facebook ..then tido...hehehe
17 April 2010
Tukar Template lagi...
15 April 2010
Lima Belas Haribulan Empat Dua Ribu Sepuluh
13 April 2010
Pengajaran dari Cerita ini
Pengkhianat Cinta
12 April 2010
Sungguh Menyentap
Dia sedang menunggu jawapan dia....
Perkhemahan Ke Pulau Besar
09 April 2010
Esok Ke Pulau Besar
Saya Sudah Bertunang..
Assalamualaikum
Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.
Aku hanya seorang Nurul. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.
Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Nurul yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.
Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabat yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.
Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.
"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"
Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."
"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."
"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."
Ibu angguk perlahan.
Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.
Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.
"Kak Nurul, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"
Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.
"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."
Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu d ira ikan. Aku tersenyum lagi.
"Jangan lupa jemput saya di hari menikahnya, jangan lupa!"
Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabat juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.
"Bila kamu menikah?"
Aku tiada jawapan khusus.
"Insya Allah, tiba waktunya nanti kamu akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.
"Jemput saya tau!" Khalil tersenyum megah.
"Kalau kamu tak datang pun saya tak berkecil hati, doakan saya banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.
"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."
Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...
"Usah berlebihan ya..."
Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
"Nurul, jom makan!"
Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
"Tafaddal, Nurul puasa."
Sahabat juga semakin galak mengusik.
"Wah, Nurul diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"
"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."
Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.
.......................................
"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."
"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."
"Ya Allah, tenangnya..."
"Moga Allah memberkatinya...."
Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.
Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabat ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.
Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.
Dalam sedar tidak sedar...
Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.
"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akh ira t. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."
Akhirnya, Khalil bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...
"Nurul bertunang dengan siapa, mak cik?"
Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Nurul hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."
"Allahuakbar..." Terduduk Khalil mendengar, air matanya tak mampu ditahan.
"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."
Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.
"Ya Allah, patut la Nurul selalu menangis... Khalil tak tahu mak cik."
"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Nurul mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."
Khalil masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insy ira h yang diberikan oleh ibu.
"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."
* Kisah ini bukan kisah saya (Nurul), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *
Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat saya memakai cincin. Kerana, saya sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila saya akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.
Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.
Setidak-tidaknya, Nurul (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya... Arh... Untungnya Nurul. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)
~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~
Yang benar,
Khairil Anuar
______________________________________________________________________________________
warkah ini aku dapat dari email aku bertarikh 9 april 2010...
aku rasa aku patut kongsikan disini....
sambil dengar ini...
2 Hari 1 Malam di Cameron Highland
8 & 9 September 2018 Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...

-
hai readers. post sebelum ni aku ada post pasal diy keychain. post kali ni pulak aku nak kongsi kat mana aku selalunya cari kain felt ni. ...
-
Malas itu apa ye??siapa tau angkat tangan.... Malas tu satu spesis yang sangat tak mulia...ianya boleh merosakkan minda serta menjadikan man...
-
hoho. merdeka. tamo cite panjang2. esok aku ada perbarisan. jadi aku kena tidur awal. eh dah kul 2 ni. sempat ke?hoho. ok. baju dah dapat, s...