Nuffnang Ad

Showing posts with label suka-suka. Show all posts
Showing posts with label suka-suka. Show all posts

19 February 2013

Keychain Love

dah siap dalam 12 biji keychain kot. ni dia sebahagiannya...taaraaa...

satu malam aku akan jahit paling byk pun 5biji. dah 3 malam aku ngadap mende ni. mende ni dah siap gunting dah sebelum ni. rujuk entry aku yang ini. dan baru2 ni aje aku nak mulakan balik. dah dapat semangat baru. hehe.

bila dah banyak2 macam sayang pulak nak bagi orang. hehe.
hanya yang datang majlis kahwin aku je yang dapat nanti. hehehehe.
buat sendiri tau.

cara2 nak buat senang je. 

sediakan je bahan:

kain felt keras atau lembut.
keychain.
fiber atau kapas.
reben.
jarum.
benang.
butang or manik or brad untuk hiasan.

cara-cara:
1. lukis gambar love atas kain felt. or nak lukis apa2 pun. terpulang. pas tu gunting.
jadilah macam ni. setiap keychain memerlukan dua lapis. satu depan dan satu belakang.
yang dah siap gunting
 2. pas tu jahitkan butang or manik or brad kat kain felt yang dah dipotong tadi kat dua2 belah bahagian.seperti gambar alamak gambar tak ade. jahit ikut kekreatifan masing2 la ye.
jahitkan butang untuk hiasan

3. gunting reben kecik macam dalam gambar kat bawah tu dan jahit kat dalam kain felt(bahagian dalam kain felt) or mana2 tempat yang korang nak buat tempat gantung tu. masukkan sekali ring keychain itu.
reben kecil dan ring keychain
4. jahit tepi2 kain felt itu supaya ianya bercantum.
jahitan apa aku tak ingat nama dia.yang ni bahagian belakang

yang ini bahagian depan

5. bila dah hampir siap menjahit. masukkan fiber atau kapas. then jahit semula sampai abis. 

6. dah siap. hehe

selamat mencuba. aku akan sedaya upaya upload gambar lain kali ye. hehe

21 January 2013

DIY Keychain Love

baru siap gunting
sekarang ni aku dalam proses nak siapkan doorgift keychain. contoh yang dah siap seperti yang warna pink itu. hehe.

yang ini free. sebab untuk doorgift.

pas ni aku jual 1 = RM3
sapa2 yang nak beli lebih dari 10 aku letak harga 1 = RM2.50

sekian terima kasih.

p/s: tiada

08 March 2012

Calon Menantu Untuk Mak

tarik nafas dalam..tahan 2 jam  minit. hembus..fuh! sejak akhir2 ni keje aku tarik nafas dan hembus. untuk mengurangkan rasa nervous aku. ye. aku ada penyakit gugup dan kurang keyakinan diri. kadang2 bila dah rasa gugup sangat aku akan cakap tak serupa bikin. dan akan membuatkan orang buat muka pelik bila dengar apa yang aku cakap. dan kadang2 ada yang buat muka tahi pun ada. 

sekarang aku nak kurangkan rasa nervous dengan memikirkan calon2 menantu tuk mak aku. aku dah sediakan senarai calon2. tinggal calon2 tu nak kata ya je. muahaha. gila.

calon pertama. aku suka dia dah lama. dan aku tak harap dia suka aku pun. kenapa aku masukkan dia dalam list aku sebab aku suka dia. itu saja. haha. dari pandangan mata aku dia merupakan seorang yang tiada perasaan. kerana apa yang aku cakap dia buat tak tahu sahaja. ok tak romantik. eh kamu calon pertama saya tau. hehe. status: single ke ek? single kot.

calon kedua. hmm. dia ni hmm..hahaha.pendek cerita kami pernah bercinta dan putus. tapi kami still kawan. selagi dia tak kawin aku masih anggap dia calon menantu mak. tehee..status: single kot.

calon ketiga. orangnya berkulit agak gelap dari aku.dan besar dari aku. aku suka perwatakan dia yang ala2 manje gitu. hahaha. walaupun badan dia besar. hati dia kecil. sebab mudah merajuk. haha. status: rasenya single.

calon keempat: dulu aku suka dia. skang tidak lagi sejak tahu dia sudah berpunya. tehe.. ok yang ni out of list. cancel. status: sudah berpasangan.

itulah dia calon2nya. and semua calon2 tak tahu pun aku suka kat dia. haha. aku malu. tak kan aku yang nak mulakan dulu kan. haha. lagipun mereka2 diatas ni tak kan nak pandang aku yang tak banyak cakap ni. mesti bosan. hehe. eh kalau dorang2 ni dah berpunya. automatik aku keluarkan dalam list. ok.

p/s: hari ini tak dengar suara dia. tak pe. saya tunggu esok ye.

07 March 2012

Pindah

sejak2 aku pindah kat Jalan Puchong ni. aku macam rasa lain je. kena bangun awal. kena siap awal. tunggu bus. sesak2 dalam bus. tunggu lrt and sesak dalam lrt pulak. berubah sangat.

and bila dah sampai opis tiba2 kena pegi subang pulak. erk! memang letih la. bukan setakat letih duit abis kat public transport je.

aku tiba2 jadi rindu kat family aku. dengan mak yang belum keluar wad lagi sampai skang( saat aku taip post ni la). semalam aku tanya adik aku. berapa dah kencing manis mak. 23! hey! mak makan apa sampai naik banyak camtu? nasi lemak. erk!

bercerita mengenai umah sewa aku. blok tu sebelah je dengan masjid. dan umah aku berada di tingkat 14. ada lift.pheew~ 

dan area situ memang banyak bus. dan area jammed jugak. huh! nasib baik next week aku start bawak motor. erk! terbocor lak. hehe. nanti la cerita. belum ada mood.

so. tiap2 pagi aku akan ke opis dengan muka yang kurang senyuman dan sejak2 akhir ni pula aku asyik rasa berdebo2 je. huh! don't like this feeling. syuh2!

dengan ini aku istiharkan minggu ini adalah minggu yang entah. yg tak ada perasaan kot. fullstop.

p/s: dia dah tak nak ketawa aku pun tak boleh nak senyum. 

01 March 2012

27 February 2012

Nama Panggilan Di Rumah

haiii!

camne hari ini? best tak? isnin kan...mood pun biasa2 je...hehe

dari pagi aku dok termenung je. tak buat apa. eh tipu... aku tak termenung pun. hehe..

setiap orang mesti ada nama panggilan dirumah kan. mean mak ayah korng panggil korang apa. along?angah?ude?achik?ucu?ke nama sendiri?joyah?hambali? apa je la..

mak ayah aku panggil aku ajie...hanya family and sedara2 mara aku je panggil gitu ye..yang lain tak payah nak panggil camtu gak. then tibe2 aku terbayang kalau aku jadi seorang makcik. nnti anak2 buah aku panggil aku mak aji..haha..dah macam ajinomoto plak. 

kenapa ajie? sebab aku keturunan jawa. so huruf 'z' selalunye akan bertukar kpd 'j'. aku pun biasakan diri aku ajie je kat umah. dah biasa.

penah masa aku sekolah rendah. time tu cuti sekolah. ada kene pegi sekolah. tak ingat sal apa. dulu kalau bukan atok aku yang amik aku kat sekolah, mak aku yang amik. masa tu plak adik aku ikut. dari jauh adik aku nampak aku..dia panggil 'Ajiiiiiii!!!!' sekuat hati. satu sekolah dengar. nasib baik sekolah rendah aku kecik je. hoho. dah kawan2 aku tanye 'eh ajie?' hehe. aku senyum je la masa tu. hoho.

ok itu sahaja. apa nama panggilan kamu2 semua di rumah?

p/s: suka la tengok dia gelak macam tu..eh?apa kene mengena...

16 July 2010

Aku Cepat Terpengaruh

hoho. aku memang cepat terpengaruh dengan apa2 pun. contohnya lau ada orang cakap si polan tu cantik. aku terus setuju dia memang cantik. haha. bagi aku semua orang cantik. semua orang kacak. semua benda elok. semua benda baik. semua2 la bagus. bagi aku la. haha. tapi bila ada orang cuit aku sikit dengan kata2 yang boleh masuk akal memang aku akan terus je percaya. adakah aku tergolong dalam golongan yang lurus bendul. hoho. jika jawapan ya pun aku tak kisah. aku memang tergolong dalam golongan tu pun. haha. macam budak2 yang kawat tu. barisan kene lurus. ngeh.
luruskan barisan anda. eh apa kena mengena lak ni?
jadi aku lau nak pikir apa yang orang cakap tu betul ke tak. aku akan ambil masa sikit. tu yang bila orang cakap respon aku lambat. hoho. dan aku memang selalu blur. sangat2 blur. kawan2 tension ngan tahap kebluran aku. hoho. tapi selalunye bila aku dah sedar dari blur aku. aku akan senyum sahaja lor. macam pakcik kat bawah ni. 

senyum nak. tengok cam pakcik senyum ni. mengancam kan?
dan sikap aku yang cepat terpengaruh dan tahap blur aku ni membuatkan aku selalu wat keputusan yang salah. hoho. jadi bila orang kata si polan itu seprti tidak sesuai ngan aku, aku akan pikir and betul ke tak. tapi selalunye aku akan setuju ngan si pengaruh aku tu. so. janganlah jadi cam aku.. ngeh3. itu je lah post aku untuk kali ini. ngeh3...

02 June 2010

Wooaahaaaa

weee...wooo...wosh..
what the ayam la. woi. aku macam nak terbang ni. tolong aku. jangan bagi aku terbang jauh sangat. nanti aku tak balik2 pulak. op2. aku tak boleh nak jejak tanah la kaki aku. kenapa ek? oo. patut la. kaki aku kat atas tilam ni. mana ada tanah. nak pijak tanah kena keluar rumah. aku nak capai bintang itu la. kenapa jauh sangat ni. eyah2. tak sampai pulak. eeeyah! haiyo. jauh sangat la. capai binatang itu pun boleh la. eh binatang apa ini? macam anak kambing je. emmbeek.. sah memang kambing ni. woi kambing kenapa ko ada kat sini hah? syuh2. ko jangan datang dekat aku lagi. aku nak capai bintang ni. eh jap2. woi kambing. meh ko. ko kena tolong aku capai bintang tu. ko nak ikut aku tak? ish ko ni kambing. lambat betul la nak bagi respon kat aku. tak pe la. ko blah la. nyemak je. syuh2. 
tersenyum kambing la itu kambing.comel.
lupakan sekejap pasal bintang yang sangat cantik dan bersinar itu. kita beralih arah pulak kepada pelangi. eh mana pulak pelangi ni. tak muncul2 pulak masa aku memerlukan. wahai cik pelangi yang rupawan. dimanakah dikau? aku mahu melihat dikau la. aku rindu dikau. pelangi muncullah. pelangi. pelangi. pelangi. woi pelangi! cepat la muncul. eh pelangi malu ek? tak mengapa. saya tunggu kamu ye pelangi. jangan malu2 tau nak muncul depan saya. hehehe. 

sambil tunggu pelangi kita nyanyi la dulu. air pasang dalam. surut pukul lima. lalalala. aku sudah lupa itu lirik. muehehe. eh aku baru nyanyi sikit itu awan sudah mendung. tapi saya nampak matahari la. eh hujan lah. wah. ada  peluang nak tengok pelangi ni. lalalala. mana pelangi ni. wah! pelangi dah muncul lah. blink2 ini mata. cantiknya. sungguh indah ciptaanMu Ya Rab. 

pelangi pun sudah muncul. cumanya aku mahu capai itu bintang. bagaimana aku mahu capai itu bintang ye. kena terbang ke sana. tetapi jika aku terbang ke sana untuk capai bintang itu. aku tidak akan berpatah balik seperti ini tau. tak menyesal? ah! apa2 hal pun. kena usaha juga untuk capai bintang itu. ok. saya tidak akan menyesal. saya pilih jalan ini untuk ke sana. we wait and see ek. orang johor suka cakap 'ek' ek? atau bukan orang johor je. orang dari negeri lain pun kan ek?haha. 

ok la ek. baca la apa yang aku mengarut ni ek. hahaha. penggunaan 'ek' merata2. muehehe. peribahasa pada kali ini adalah "dimana ada kemahuan disitu ada jalan". salam.

01 June 2010

Best Tak Jika Mengarut

Post kali ini adalah mengenai mengarut..apa itu mengarut? Mengarut ye. Bukan mencarut. Sejak bila pulak aku suka mengarut nih? Aku tak pernah pun mengarut tau. Kawan2 aku mesti tak setuju nih . 

Minggu lepas aku cakap kat mak aku.. "Mak, Ajie nak tunang la pas raya ni. Boleh tak?". Emak aku pun berkata. "Bagus la.." . Aku.."????". Itu tak kira mengarut kan? Hehehe...

Ada satu masa tu ayah aku datang bawak ayam golek. Aku sedang makan nasi lemak yang aku buat sendiri. Jangan pandang aku dengan kaki ye. Aku boleh masak tau. Aku "Wah! Nak2.. Adik, cepat letak kat pinggan". Adik aku "Sabar la. Ayam tu bukan leh hidup balik pun. Tak boleh terbang pun". Aku "????". Adik aku la tu mengarut. Melawan cakap kakak yang comel ni ye. Siap kau. 

Lagi apa ye aku nak taip ni? Aku pun tak tahu mahu menaip apa untuk post kali ni. Muahahaha. Tadi sedang berwebcam dengan si dia. Hahahaha..aku sudah ada si dia? Siapakah? Bila dah betul2 confirm baru la aku mewar2kan kepada masyarakat bahawasanya aku sudah ada pacar. Wah! Seperti artis veteren lak. Eh ape veteren lak aku ni. Mengarut je. 

Ala. Nak mengarut lagi. Tapi no idea la. Denyut2 kepala ini dong. Nyut2. Nyet2. Nyit2. Nyat2. Ah! semua ada. Ok tamatkan sahajalah post ini. 

14 May 2010

11 May 2010

Taman Seribu Bunga

Hari ini adalah hari selasa..bersamaan 11 haribulan 5 2010.
Kami ada seminar PSM 2 pada hari ini...
Sesudah selesai presentation...(aku tak present pun)..kami pergi jalan2 ke Taman Seribu Bunga...

Cuaca memang sangat baik...panas+silau.
Dan sangat sesuai la bergambar...muehehehe...
mari kita lihat gelagat kami di Taman 1000 Bunga..cukup ke 1000 entah

pengembaraaan bermula....Jom Jalan2 di Taman Bunga

main cop2 tiang2...tidak kelihatan muka kami...hehehe...

air pancut di belakang..hehehe....

si tudung pepel(echa)..si tudung krim(miza)..si tudung pink(wani)..si baca doa(paizah)...

gadis melayu yang sopan2 belaka...muehehehe

mari kita belaja melompat kawan2....mulakan lomptana pertama....

lomptan ke berapa kali entah..baru la nampak macam lompat...mueheehhe...I yang snap...

lompat lagi tinggi ye anak2....macam2 gaya la..hehe

alamak..muka i golap gulita....xpola..hehehe

dihadapan contoh rumah melaka....comel je rumah nye...tangga batu tu menandakan ianya adalah rumah melaka..muehehehe

ish2....kene buli dengan cik echa...hehehe

susana rumah kampung yang permai....hehehe

mari kita duduk atas tangga ini...then posing la...hehehe

dijalanan....nampak x orkid putih ni...beautiful...

ini adalah gaya orang yang baru first time mengenali bunga orked ye....

berada di gurun sahara...

nyorok2 di pohon buluh betong...ehek

KAMI BERADA DI TAMAN SERIBU BUNGA!!!!!!!!!!!!!!



sekian sahaja lah gambar2 kami di Taman Seribu Bunga...
^_^

10 May 2010

Bermain Dengan Emoticon

 Muehehehe...
ada seorang teman yang suka sangat bg emoticon kpd saya...
inilah bahasa emoticon...
hehehehe..

Alam Fantasi Yang Indah

Aku mahu ke alam fantasi yang indah itu...
Fantasi itu memang sangat indah bagi aku...
walaupun hanya seketika...

03 May 2010

Lagi Laju Lagi Seronok

Wah...lajunya...best wo....memang syiok la....hehehe
Lagi laju lagi best...haha

Macam ni la yang aku mahukan...
signal biru je...jgn bagi signal hijau...tak best...
hahaha

Aku maksudkan...broadband ni....hehehehe
memandangkan aku berada di kampung...
kena la guna broadband makcik aku..hehehe
selalunya slow je...hari ini laju pulak..
bagus2....teruskan pada masa akan datang ok..
hehehe

Wahai la...apa yang aku buat nih??
tak nak fikir hal yang tak tenang...aku mahu keceriaan....hehehehe
cuaca agak baik jugak hari ni...petang nnti mahu pusing pulau penarik lagi...mahu jogging....hehehhe
sudah lama tidak exercise..last masa jog ngn kak shida masa kat hutan botanikal...rasa macam dah jem je kaki ni...hehehehe..
petang ni akan ku longgarkan segala2nya...hehehehe

Alamak kasut tak bawak pulak...tak pe2..kasut sekolah adik pun boleh la..tibai sahaja la labu...muahahaha...
yang penting badan sihat...otak cerdas...muahahhaha...

Ok..time to makan...yum2....jom lunch....hehehe

02 May 2010

Tema Perkahwinan Impian

Lawak je lau aku cakap sal ni...
Lambat lagi kot nak kahwin..
Tapi tak salah kot lau ada impian...heheheheeh

Tema impian aku adalah warna2 biru muda(warna langit) dan pink....
Kenapa aku suka warna itu..kerana...biru...nampak tenang.....nyaman....dan pink nampak lembut walaupun aku nampak kasar...hahahaaha

Baju pengantin pulak gabungan warna biru+pink...yang lelaki pakai baju melayu biru muda..dan sampin wanrna pink...yang perempuan..aku la tu...erm...aku tak fikir lagi macam mana..hehehe...

Then masa majlis tu nanti...sedara mara kene pakai baju kaler biru muda n pink...bagi lelaki warna biru...n perempuan...warna pink...hahahaha...berangan lagi......

Kawan yang aku yang datang kene pakai baju pink jugak...heheheheehe...yg lelaki lau xnak pakai pink..pakai la warna merah...hehehe

Hantaran plak...dari pihak aku...kena letak warna pink+biru muda....

Tapi itu semua hanya angan2 je....hahahaha..

Ok..tu je nak ilham yang aku dapat setakat ni...lalalalalalaa....


28 April 2010

Orang Baik dan Orang Tak Baik

Orang Baik dan Orang Tak Baik

Contoh 1...
Anak Mak Joyah tu dulu penagih dadah...pernah masuk pusat serenti....then keluar...konon2 dah insaf...then..dengar2 masuk lagi....

Tiba2 satu hari dia benar2 dah berubah....betul2 ni...tak tipu....dia dah berubah dah....hanya segelintir je yang percaya...walaupun dia dah banyak tolong orang...selalu pergi masjid....solat tak tinggal....orang sekeliling tetap menganggap dia hanya berpura2....

Percaya tak??

Contoh 2....
Mahmud ni rajin sangat2...tak pernah nak melawan cakap orang tua..lemah lembut....baik budi bahasa.,,,orang sekeliling suka bergaul dengan dia....

Tiba2....ada kes dia mencuri....dan dia terus mengaku dia memang mencuri....anda percaya??

----------------------------------------------------------------------------------

Untuk dua kes diatas...situasi sangat berbeza....hujung pangkal terletak dihati kita...keimanan kita......
.
Motif post ni??hahahaha...tak ada motif pun..saja je nak taip2....

Ok...akhir kata dari saya untuk kamu....

"Mengapa memilih jalan yang bengkok jika ada jalan yang lurus"...(sape yang cipta jalan bengkok ni....?)

--sekian,terima kasih--

13 April 2010

Rahsia Cinta

Jika mahu uji cinta anda...
click link dibawah ini...
ini hanya untuk suka-suka sahaja ok


2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...