Nuffnang Ad

Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

26 April 2012

Nervous

eh hari khamis? cepat. bagus! tehee. esok dah jumaat. dan esok waktu bekerja automatik jadi sekejap je. hoho. eh korang tak rasa gitu ek? ok. fine.

kenapa aku rasa minggu ni macam pendek. sebab minggu ni minggu UAT untuk projek aku ni. apa itu UAT? UAT stand for User Acceptance Test. that means errr...ah! maksudnya aku kena present macam yang kat kelas tu. contoh, macam korang present projek akhir korang depan penilai. bezanya waktu kerja kita present depan User la. sama ada depa ni puas hati ke idok. if idok, kita repair. tapi yang termasuk dalam skop sahaja. if luar skop, maaf ye kakak abang pacik macik kami tak dapat nak layan. aku ni dah la baru dalam arena ni. so, ada la perasaan gugup@nervous. even, kita jumpa depa ni hari-hari. tetap rasa macam nak pengsan bila present.

dan yang lagi tak bestnya. semalam buat uat dekat tv besar sikit dari monitor. cukupla  untuk 5 orang nak tengok. tapi user yang hadir 1 je. penonton lain adalah dari Jabatan IT. sepatutnya user dari Jabatan Bangunan. eh korang ni. aku cerita panjang2 ni paham tak? ok nevermind my dear. aku just nak share kegusaran aku saat ini. disebabkan semalam user tak cukup. maka, hari ini kena buat sekali lagi. tapi kali ini, i'm alone. err...forever alone. haha. semalam ada bos and partner. so depa boleh la backup apa2 yang patut. hari ini tak ada sapa nak backup ataupun makeup. err. so. please give me some spirit to do this. hehe..

maka. masa pun sudah hampir tiba. aargh! tuhan tolong..lembutkan hati dia..(nyanyi macam dira)..

p/s 1: semalam join perhimpunan malam pendekar. sayangnya aku tak pakai uniform. if tak mesti leh join buat persembahan. tak apa. aku tengok dari atas. hehe..

p/s 2: kami bertentang mata semalam. hey! i cair tengok u la..hehe

07 March 2012

Pindah

sejak2 aku pindah kat Jalan Puchong ni. aku macam rasa lain je. kena bangun awal. kena siap awal. tunggu bus. sesak2 dalam bus. tunggu lrt and sesak dalam lrt pulak. berubah sangat.

and bila dah sampai opis tiba2 kena pegi subang pulak. erk! memang letih la. bukan setakat letih duit abis kat public transport je.

aku tiba2 jadi rindu kat family aku. dengan mak yang belum keluar wad lagi sampai skang( saat aku taip post ni la). semalam aku tanya adik aku. berapa dah kencing manis mak. 23! hey! mak makan apa sampai naik banyak camtu? nasi lemak. erk!

bercerita mengenai umah sewa aku. blok tu sebelah je dengan masjid. dan umah aku berada di tingkat 14. ada lift.pheew~ 

dan area situ memang banyak bus. dan area jammed jugak. huh! nasib baik next week aku start bawak motor. erk! terbocor lak. hehe. nanti la cerita. belum ada mood.

so. tiap2 pagi aku akan ke opis dengan muka yang kurang senyuman dan sejak2 akhir ni pula aku asyik rasa berdebo2 je. huh! don't like this feeling. syuh2!

dengan ini aku istiharkan minggu ini adalah minggu yang entah. yg tak ada perasaan kot. fullstop.

p/s: dia dah tak nak ketawa aku pun tak boleh nak senyum. 

28 February 2012

Kucing Putih

hye all!

semalam tidur lena tak? untuk kesekian kalinya aku tidur macam tak berapa nak lena. sebab aku memikirkan hal2 dunia yang entah apa2. huhu.

semalam aku p Jusco ngan Ila, cousin aku. nak beli barang2 tuk rumah sewa nanti. ala. bantal ngan tilam je pun watak utama. tapi biasala kalau dah shopping. nampak itu, amik. nampak ini, amik. tup2.. masa bayar. nah! terlebih bajet. haha. aku macam nampak bayang2 lagi seminggu aku makan pasir. 

eh bukan itu yang aku nak cerita sebenarnya. aku nak cerita pasal aku dan kucing. kebanyakan family aku dah tahu yang aku tak berapa nak suka kat kucing. memang. rumah atuk aku dulu banyak kucing. rimas aku. sampaikan kalau aku balik sekolah, nak makan nasi. semua berkerumun kat aku. mintak simpati. sambil makan aku membebel je. eii..tak senang betul nak makan. 

lagi satu yang aku tak suka sal kucing.depa ni berak tak tahu nak cuci sendiri. tehe. 

ada satu malam tu aku tidur depan tv. syok2 aku tengok tv. kucing ni main kejar-kejar la plak kat dalam rumah. dia langkah aku. tak lepas. tercakar la kaki aku yang besar tu. apa lagi ngamuk la aku. hey kucing! ko tak ada tempat lain ke nak main ha? sejak itu aku memang lagi la tak suka kucing. jumpe kucing je asik gaduh. kucing nampak aku je. terus cabut. 

tapi, sejak rumah atuk direnovate, semua kucing dah tak ada tempat tinggal. maka berkeliaran la mereka di luar rumah. dan bila rumah atok dah siap. kucing2 semua macam dah tak kenal ngan rumah atok. depa masuk then depa keluar balik. salah rumah barangkali. 

satu hari aku nampak anak kucing tu depan pintu masuk rumah atok. macam tak larat sangat. dok baring. kaku. aku kuis2 sikit pakai kayu. dia ngiyau halus. ok. hidup lagi. aku pun masuk. suh adik aku bawak masuk. sebab aku nak pegang kucing memang tak la. adik aku lupa agaknya. esoknya tengok kucing tu dah mati. T___T . walaupun aku asyik gaduh ngan kucing. tapi bila aku pikir balik. kesiannya kucing tu. kejamnya aku. huhu.

dan semalam. on the way nak p Jusco. ada kucing tengah jalan. menghalang laluan. Ila tak sampai hati. dia suh aku pegi alihkan. dengan rasa yang cuak. aku pegang kucing tu. dalam fikiran aku kalau aku pegang kucing. nanti dia akan cakar aku balik. aku memang fobia sejak kena cakar ngan kucing. then aku pegang la jugak kucing tu bawak ke tepi. untuk tak nak menampakkan aku ni takut kat kucing. aku control macho.dan hey. kucing tu baik la. dia tak cakar. anak kucing putih. comel. dan aku berjanji aku akan sayang kucing! tapi aku tetap tak boleh pegang kucing. masih dalam trauma kena cakar. tehee

p/s: orang kata kalau kita suka kucing. kita penyayang. ok aku tak penyayang.

27 February 2012

Nama Panggilan Di Rumah

haiii!

camne hari ini? best tak? isnin kan...mood pun biasa2 je...hehe

dari pagi aku dok termenung je. tak buat apa. eh tipu... aku tak termenung pun. hehe..

setiap orang mesti ada nama panggilan dirumah kan. mean mak ayah korng panggil korang apa. along?angah?ude?achik?ucu?ke nama sendiri?joyah?hambali? apa je la..

mak ayah aku panggil aku ajie...hanya family and sedara2 mara aku je panggil gitu ye..yang lain tak payah nak panggil camtu gak. then tibe2 aku terbayang kalau aku jadi seorang makcik. nnti anak2 buah aku panggil aku mak aji..haha..dah macam ajinomoto plak. 

kenapa ajie? sebab aku keturunan jawa. so huruf 'z' selalunye akan bertukar kpd 'j'. aku pun biasakan diri aku ajie je kat umah. dah biasa.

penah masa aku sekolah rendah. time tu cuti sekolah. ada kene pegi sekolah. tak ingat sal apa. dulu kalau bukan atok aku yang amik aku kat sekolah, mak aku yang amik. masa tu plak adik aku ikut. dari jauh adik aku nampak aku..dia panggil 'Ajiiiiiii!!!!' sekuat hati. satu sekolah dengar. nasib baik sekolah rendah aku kecik je. hoho. dah kawan2 aku tanye 'eh ajie?' hehe. aku senyum je la masa tu. hoho.

ok itu sahaja. apa nama panggilan kamu2 semua di rumah?

p/s: suka la tengok dia gelak macam tu..eh?apa kene mengena...

10 May 2010

Tiada Kesungguhan

Jika kita mahukan sesuatu..
kita kena tunjukkan kesungguhan untuk memiliki....

Kepada yang berkenaan...
jika kamu masih mahu..mengapa tiada kesungguhan dalam mempertahankannya...

Ok..stop....berhenti disitu buat sementara..saya mahu kamu berdiri disitu...
lupa pula..sememangnya kamu memang sudah berhenti...

Tiada keinginan untuk meneruskan??
Ok...saya terima...

Benci??mana ada...saya tak pernah pun benci kamu...
padahal kamu yang benci saya bukan??

Benci la saya...please la...benci saya kerana saya silap memilih kamu...

09 May 2010

Kembali Single

Kembali Single Setelah Dikecewakan Sekali Lagi...
Memang sungguh la aku benci dengan sikap lelaki yang hanya suka menipu wanita untuk kepuasan nafsu mereka sendiri....
Mereka sanggup dikatakan kasanova...
Mereka sanggup dikatakan tidak perikemanusiaan...
Mereka sanggup dikatakan manusia binatang...

Aku yakin...dia tak akan pernah serik dengan sikap begitu....dia akan terus begitu sehingga bila2...
aku doakan dia akan cepat2 sedar akan kesilapan dia...
tak akan membawa ke mana2 pun dengan sikapnya begitu...

Lelaki Kasanova Yang Sangat Kejam Terhadap Wanita...
Syukurlah aku tahu kebenaran seawal2nya....

Terima kasih kerana memberikan aku kebahagia,...walaupun hanya sementara...

p/s::::::Tiba2 teringat kepada si encik itu la...ermmmmmmmm.....

08 May 2010

Dia Cakap Dia Sayang Saya

Erm..dia cakap dia sayang saya...tapi mengapa dia marah bila saya tanya mengapa dia tak balas mesej saya...sudah seminggu...call pun tak jawab...erm...saya sedih la...seperti diri ini tidak diperlukan...
jika ada masalah boleh kongsi bersama saya...mengapa susah sangat dia nak kongsi bersama saya...saya ni siapa??dengan orang lain boleh berkongsi..tapi bila dengan saya ni...susah betul...hadoi...
kadang2 rasa seperti mahu pergi kepada dirinya waktu ini..tapi........jauh....jauh sgt....tak mampu nak pergi....
bila difikirkan yang dulu lagi bagus dari sekarang..kerana yang dulu tak banyak masalah seperti ini...erm....mungkin saya telah disumpah supaya tidak akan bahagia bersama siapa2 pun......huhuhuhuhu

07 May 2010

Tips Untuk Orang Bercinta

Dalam percintaan kita juga kadang2 silap…jadi marilah kita sama2 nilai diri kita adakah kita pernah mengucapkan kata2 seperti dibawah di dalam percintaan...

1.       “Awek/pakwe saya dulu tak pernah pun buat macam tu”
-kekasih anda pasti kecewa kerana selalunya perempuan atau lelaki tidak suka dibandingkan dengan kekasih anda yang dulu dan sebaiknya kamu belajar terima dirinya seadanya.
2.       “Eh, tak ketat ke baju awak tu? Nampak macam dah gemuk.”
-perempuan benci dikatakan gemuk!Kamu memang sengaja mencari nahas.
3.       “Alamak,lupalah hari ini hari lahir awak”
-hari yang penting kenalah ingat..ish kamu ni tidak perhatin la…
4.       “Ish..jangan la asyik nak marah2 je”
-jangan tambahkan lagi kemarahannya, kemungkinan si dia memounyai masalah, jadi sedialah membantu.
5.       “Saya memang pernah keluar dengan dia tapi masa tu saya tengah bengang dengan awak”
-kamu memang mengecewakan.
6.       “Awak pergi la shopping sendiri atau dengan kawan awak, saya malas nak ikut”
-kamu mengecilkan hatinya kerana pada masa inilah dia ingin meluangkan masa bersama kamu.
7.       Berdebat pertahankan pendapat.
-Janganlah sampai bersungguh2 kerana kemenagan kamu akan mengundang masam dimukanya.
8.       “Ingat nak ajak awak keluar tapi awak ni bosan la.”
-percayalah hubungan kamu akan putus dengan ayat ini.
9.       “Eh,kawan awak tu boleh tahan jugak ek?”
-ini boleh menyebabkan si dia tersinggung dan kamu mengundang malapetaka dalam perhubungan kamu berdua.
10.   “Awak ni kuat membebellah,tu belum kahwin lagi”
-jangan salahkah dirinya..tapi fikirkan kenapa?


Ayat2 diatas diambil dari majalah dara.com keluaran ogos 2009..memang sudah lama la jugak..tiba2 rasa nak kongsi disini..kerana kadang2 aku pun macam tu…wahahaha…selalunya aku buat yang  ke 4..hehehhe…sebab aku tak paham napa dia nak marah2 tak tentu pasal…padahal aku relek je…huhuhu…
Dan memang aku pun kadang2 kuat bebel…tapi si dia tak pernah pun nak paham ape yang aku bebelkan…huh! Memang kesian betul…muahaha…
Ok..sampai sini sahaja lah…harapnya tips ni dapatlah menjadi panduan kita…hehehehe…tak salah pun lau kadang2 kita mengalah bukan?

--ceria2 selalu--

30 April 2010

Pilihan Yang Tak Tepat

Manusia...biasanya ada sahaja yang yang tak kena...
itulah..inilah...

Jika cinta baru itu selalu menguji kesabaran kita...
adakah patut kita tinggalkan sahaja cinta itu...
atau perlu bersabar lagi??
ok...saya sabar....

Tanpa segan silunya dia mengakui si nurse itu sgt cantik dan mahu kepadanya....
habis tu aku ni bagaimana?
jika sudah ada yang mahu..pergi sahajalah kepadanya...dia pun ada respon kepada kamu...sama2 suka bukan?
ok..pergilah kepada gadis manis itu....
saya merelakan...kerana saya tahu kamu dan dia sangat sepadan....

Sememangnya saya telah salah menilai kamu dan salah memilih kamu...
betul kata mereka2 disana.....selama mana pun kita kenal dia...tak cukup untuk kita mengenalinya...

--sekian--

06 April 2010

Hati ku sedih

Sediahnya hati ini taktala mengetahui dia boleh melayan orang lain dengan senang hati...
sedangkan saya....dia layan seperti org yang tak berguna....

ye saya tau....nama pun bekas..dalam bahasa omputihnya...ex...

mungkin saya masih sayangkan dia....

saya masih tak boleh nak terima jika dia sudah berkasih...
dan saya masih tak dapat terima jika dia benar-benar sudah melupakan saya....

jujur hatiku berkata...
aku masih sayangkan dia...
benar-benar sayang....

menggigil seluruh badan ini jika sudah mengetahui dirinya sudah ada punya kekasih...
sakitnya hati ini...
mengapa perlu ada rasa perasaan begini...?

seperti mahu berlari jauh dari sini..
supaya aku tidak tahu perkembangan dari dia...

jika benar dia sudah melupakan aku...
berilah aku peluang untuk.......
erm....
kahwin dulu....hehehehe

kisah aku dan dia berakhir disini...

--the end--

17 March 2010

Baju Kotor

Hari ini masa kelas latihan baju aku kotor sangat..
apakah tandanye??
tandanya adalah aku berlatih silat la..hehe
dah la baru lepas ujan..ditambah pulak berlatih kat tanah yang berlumpur..
memang cantik la plak uniform aku...
ditambah lagi dengan adegan yang agak dahsyat...
hahaha..ini lucu...sila la gelak..hahahaha
ini rahsia...xboleh cerita...hehehe

balik terus aku basuh baju..
pergh..rajinnye aku..xpenah2 aku rajin macam ni...
hahaha...

15 March 2010

Minggu Yang Sangat SIbuk


Minggu ni sangat sibuk dengan projek-projek yang perlu disiapkan
Yang paling penting adalah PSM yang kene present khamis n dengan chapter 4 yang dah siap
Persoalannya sekarang adalah..mampukah aku menyiapkan sebelum khamis ini?
Hahaha..gelak dulu sebelum buat...

Lagi adalah mengenai minit mesyuarat yang perlu disiapkan sebelum jumaat..
Fuh..nasib baik dah siap...(erm...siap la kot)..


Khamis ini juga ada kuiz Multimedia Database..hahaha
Sila la baca chapter 6 sehingga habis ye...

Next week pulak kene present n submit business plan..
Minggu ni kene cari bahan la..
Persediaan tuk present nnti..bile dia tanye ada la bende nak cerita...

Kesimpulannya...akhir-akhir sem ni biasa la....
semua buat lambat...jadi..terima la...hehehe

Sekian,Terima kasih...

Malam Ini Tidak Tidur Sehingga Esok


huhu..
malam ni sedang bertungkus lumus menyiapkan sesuatu yang perlu dipresent esok...
hahaha..padan muka aku..sape suh xsiapkan awal2...
siap sedia la menahan ngantuk sehingga esok malam...
malam esok baru boleh tidur...
esok kelas dari pagi sampai petang...
malam ada kelas latihan silat...
pas balik kelas latihan baru leh relex2 sket...
tapi tu pun xleh nak relex sgt...
selasa ada kuiz...
xstudy ape2 pun lagi...huhuhuhu

pengajaran:jgn wat keje last minit...(tapi inilah yang akan terjadi setiap sem)...hahaha

12 March 2010

Rindu kat Arep..



hehe
nak balik serom...
mula2...nak jumpe mak dulu..
then baru la cari arep...
hehehe...
dah besar dah dia...dulu kecik tapak tangan je(tipu la tu)..
skang ni dah pandai nak tumbuk2 org...
hep...babab kang...hehehe

05 March 2010

Melatah



hahaha...
saya mau kongsi pengalaman melatah ni...

semalam masa nak pergi beli makanan kat depan hostel...
tak nampak ada batu didepan...lalu tersadung...
ayo...TERmelatah...ayat nye adalah..."oh mak ayam..."
oh no...tak bermaksud pun nak sebut mak ayam....
ada seoarang lelaki yang tak dikenali telah menegur.."eh mak ayam mana pulak??"
hahaha...malu lah....

sebenarnye begini...saya tak bermaksud apa-apa pun...
orang kata..apa yang kita fikir masa tu bila disergah mesti akan terkeluar dari mulutkan...
sebenarnya..sy sedang memikirkan ayam yang mak saya goreng...jadi..saya mahu memintak dari emak saya la...lalu tersebut "oh mak....ayam"...just ringkasan dari "mak,nak ayam seketul"

untuk cover malu semalam..saya telah berpura-pura tidak berlaku apa..malah menyoal kawan saya...apa yang telah berlaku...mungkin saya sedang dirasuk masa itu...hahahaha

04 March 2010

@#$%^&*()

Aduhai la...geram campur bengang campur marah sama dengan macam nak mencarut....
aku tak paham la dengan sesetangah manusia di bumi ini...
erm...macam mana nak mulakan ni??

ok la...start dari aku kemalangan ari tu....
ingat dah selesai lepas wat report...
rupanya masih tak selesai lagi...

masa aku excident tu hari isnin 15 feb 2010 jam 3.30 petang...
then dia tanye aku camne...
aku yang pada waktu itu sangat blur n dalam keadaan bersalah...aku call mak aku..
mak aku cakap kene buat report polis..
then aku cakap la kat akak yang 'berbudi bahasa' tu...
aku>>saya tunggu mak saya n then buat report polis...
dia>>ok kalau macam tu saya pun nak pergi buat report..saya pun kurang percaya dengan mekanik kat cni...
aku>>ok...

lepas tu dia pun blah ngn kete yang bodol2....tau ape maksud bodol???aku pun xtau nak explain camne..hahaaha

keadaan dalam keadaan sunyi..yang hanya kedengaran adalah bunyi kereta lalu lalang...dalam 20 minit kemudian..mak aku pun smpai bersama atuk lelaki aku...erm...mak aku tanye mana orangnye...aku cakap la dorang dah balik...dorang pergi buat report...

ok...then kami pun pergi la buat report...kereta tu biarkan disitu...tunggu orang tarik...
sebelum tibe ke balai...sarjan rokiah call aku...cakap yang dorang dah wat report...dia tanye aku aku kat mane..aku cakap la aku on da way nak pergi balai polis nak pergi buat report...sarjan tu pun cakap ok...

then selesai la sesi saman menyaman....aku pun dah bayar saman...sepatutnye setel la...

rupa-rupanya..dia call...tanye aku boleh ke bayar cash lau dia pergi repair...aku terus bag telepon lat mak aku...aku pun tak tau ape yang dia bincangkan kat mak aku...mak aku suh dia claim insurance dia...sebab dia tak nak tunggu lama...sebab lau dia claim insurance kereta NY2211 akan mengambil masa yang lama..ok dia pun letak telefon n dia cakap nanti dia call balik...

then time aku nga kursus dia call lagi...dia terus je tanye aku boleh ke bayar 400 tuk kereta dia...aku pun tanya la 400 tu untuk ape...dia cakap untuk repair kereta dia...aku yang mase tu nga dengar kursus tak dapat nak paham sebenanrnya ape maksud dia...then aku pun cakap yelah nanti saya bayar...ops..aku dah terlepas cakap ke mase tu???then aku tanye kat kawan-kawan yang sama-sama tengah kursus...mereka cakap jangan bayar....alamak aku dah terlepas cakap tadi..camne ni???then aku bagi mesej semula kat budak tu cakap aku tak boleh bayar cash kat dia...ape2 pun dia kene claim kat insurance kete NY2211....lepas tu kakak dia call aku...aku mule2 tak dengar bunyi phone..sebab aku wat silent mood...yelah nga kursus...dah bape kali ada misscall aku pun angkat la...dia boleh plak marah-marah aku...kenapa angkat phone lambat...wei makcik..suke ati aku la nak angkat phone lambat ke cepat...adoyai....pas tu dia tanye aku kenapa tak nak bayar...aku cakap la dia dah buat report...buat ape aku nak bayar lagi...then dia pun cakap la aku dah langgar dia,aku kena la responsible...ceh...dia ckp omputih...hahaha....then aku cakap lagi..aku dah bayar saman buat ape aku nak kene bayar lagi kat dia....mengikut undang-undang...aku tak boleh bayar cash kat dia...then dia cakap la aku ni xpaham lagi ke yang 400 tuk ape...dia cakap dia dah cakap baik2...hello kawan...awk cakap baik-baik ke dengan saya????tanye la pada diri sendiri..bak kata nabil...lu pikir la sendiri....sambung balik dia cakap ape tadi..hehe...dia cakap yang 400 tu sebab nak hidupkan insurance dia...sebab owner dah meninggal...then penama kedua tak ada...jadi untuk claim insurance kereta dia..kene la bayar 400 tu untuk hidupkan kereta dia...hadoi...lagi la aku pening kepalo...hahaha..pas tu aku pun cakap la...yelah2..nnti saya masukkan duit kat akaun awak...tapi bukan sekarang sebab saya sedang kursus...haha...ye betul aku memang dah janji..selepas dia seperti mendesak aku supaya responsible...hahahaa..bodohnye aku...padahal aku mana ada duit pun nak bayar...hahahaha....

then waktu yang dijanjikan pun tiba..aku tak masukkan duit pun...tapi sebenarnya ada la niat nak masukkan duit kat akaun dia..tapi entah kenapa pas aku beratus panjang-panjang tu aku boleh balik semula..sebab macam ada satu tarikan mintak aku balik...hahaha..so aku tak masukkan pun duit tu...esoknya dia mesej aku...cakap kereta dia siap jumaat..dia tanye bile nak masukkan 400...aku xbalas pun mesej dia...pas tu dia call...kawan-kawan aku yang jawab...sebab aku ada hal lain mase tu...

biasa la bile kawan-kawan dah masuk campur...adalah adegan yang kurang sedp didengar pada masa itu...ada satu perbualan tu..budak tu cakap aku bodoh...hahaha..ye benar tu...saya bodoh..pas tu kawan aku backup la aku...sayang kat kawan-kawan aku..hehhee...ada lagi...budak tu cakap kawan aku ni bangang la...pas tu ape la lagi..aku pun x ingat....pas tu kawan aku tercakap la...hei mangkuk...then dia leh plak cakap...dalam islam xder cakap macamtu...hahha..ye betul tu...n dalam islam xder xcakap bodoh n bangang tu baik.....then selepas puas dia memaki hamun kami semua..dia pun letak telefon....

malam tu aku mesej dia..cakap ngn dia aku xleh nak bayar 400...cume boleh bayar 200 je...pas tu senyap tanpa balasan mesej dari dia...then hari jumaat..kakak dia call aku..cakap camne nak bagi duit??aku cakap la..kite jumpe...pas tu petang tu jugak la jumpe..aku bawak kawan aku...kakak dia dtg ngn adik lelaki dia yang kononnya garang la..padahal macam tak tau ape2 je...

masa jumpe tu adalag adegan yang kurang senang sket...aku dengan kawan-kawan aku...3lelaki 2pumpuan..then tak lama lepas tu datang lagi 2orang lelaki...aku ni pun satu...dah ramai geng pun macam takut..aku tau bagi duit then blah..tapi kawan-kawan aku halang aku bagi duit camtu je...so..aku pun xbagi la...cakap ngn dia esok jumpe lagi..

pas tu aku btau kat ayah aku...ayah aku marah la..sebab nak jumpe lagi untuk ape...huh..aku pening la...semua orang cakap jangan bayar...adow....

then esok nye aku bankin je 200...aku tau nnti mesti dia akan mintaklagi 200...pas aku masukkan 200 dalam akaun dia...sikit pun xcakap terima kasih.....dalam islam xajar begitu ye...

seperti dijangkakan...dia mintak lagi 200...dia tanye nak bayar bile..aku cakap la mak aku xde gaki lagi...pas tu dia cakap ok..n thanks..

dua hari lepas tu dia mesej lagi...myb cume bagi peringatan...dia ckap bile nak bayar lagi 200 n kereta dia siap sabtu...hahaha...macam putar belit la dia ni..ari tu cakap jumaat lepas siap...ni cakap sabtu ni lak siap...ayoyo...then aku bg no dia kat ayah aku...suh dia settlekan ngn ayah aku...

tadi ayah aku call.budak tu...pergh...dari ape yang ayah aku cakap kat aku..budak tu macam xde rasa hormat..then dia cakap aku ni student yang entah ape2....yelah...student macam aku ni bukan pandai pun...student yang tak berkembang...lau dia cakap kat aku..aku leh terima la lagi...ni ayah aku pun dia xrespect...memang cari nahas la dia ni...hahhaha..aku cakap je lebih..tapi depan dia aku senyap je..kerana aku rase bile aku senyap adalah jalan yang baik..hahaha...kang aku bersuara kang..aku kuarkan fakta yang salah plak..hahaha..

now...aku dah ada semangat sket..lau dia call..aku takmau angkat...lau dia mesej..aku takmau balas...hehehe..sebab...aku rase kes dah selesai..walaupun xselesai lagi...aku nak fokus kat study pun tak tenteram macamni...dia tak tau agaknye macam mana situasi belajar ni macam mana...serba kekurangan...nama pun belajar...study...memang la kurang segala-galanye...lau dah sempurna buat ape aku nak belajar..ye tak??

sekian..bebelan aku yang entah ape-ape ni...

13 February 2010

Pulang ke Kampung Halaman

Yea! Yea! Mau pulang ke kampung ku yang indah...
Cuti,cuti,cuti, selama cuti ni mesti akan melupakan si dia...sekejap je...nnti naik cuti nnti sy akan ingat kamu kembali ye...ehehehe...

Mahu pulang ke kampung sebentar lagi...daaa~~~~

11 February 2010

Planning...



Planning cuti raya cina ni nak cameron highland...bestnya...sy sgt tak sabar...
ehehehe...Jalan-jalan dengan Makcik sy la...nanti mesti ada arip...rindu sama kamu la arip...sudah byk rambutkah kamu??ehe...

so...tunggu je la cuti nnti...sama ada plan ini akan berjaya atau tidak...haha

06 January 2010

Selamat Ulang Tahun yg ke 23 Aziati!!

haha...hari ni genap la umo aku 23'...haha...
ini bermaksud aku semakin muda...
jiwa pun kene muda...

hari ini tak ada yang istimewa...cume tanggal 6 Januari yang akan berlalu seperti hari-hari biasa...

dulu masa kanak-kanak..ayah selalu beli kek untuk kami adik beradik..
rasenye sepanjang aku sekolah rendah ayah tak pernah miss beli kek...cume sejak dah masuk ke alam sekolah menengah...dah jarang dah..mungkin dah besao...aku pun tak la harap sangat...

tak ape..nanti hari lahir ayah bulan 2 ni..aku pulak belikan kek untuk ayah..insyaAllah...lau tak dapat pun sekurangnya hadiah la..hehe...

19 August 2009

cepatnya mase berlalu

dah kul 7 pagi dah??pergh...aku rase cam baru je tdo...huhu...bosan betul la ader kelas ari ni...sume masih tdo lagi....aku je kene p kelas...xder brite gembira ke yg mengatakan bahawa kelas batal...hehe...xpela..pegi je la...
lalalala...dah siap dah...aik baru kul 7.28pagi ke...erm...nak wat ape ni ek...minum air masak jap...kering dah tekak...
dah kul 7.40pg....time to go now....bruum....alamak asap2 berkepul2 lak...hehehehe...eh minyak dah tinggal sket la...ala...malas nye nak p isi minyak...balik kang aku isi la...
aik...dah sampai dah ke aku ni...xder kete pun....mane sume org ni...tdo la 2...ni jeles ni...huhu...lalalililulu...ops...encik lecturer dah sampai la...cepat2 kuarkan buku n pencil case...masuk cepat...ek eleh...xramai pun yg dtg lagi...duduk la dulu...duk depan la...eh xnak la...dok belakang la...erm..belakang sgt la pulak...erm...dok mane ek...baris ke 2 la...hehe...sebelah ni aku copkan tuk paizah...eh mane paizah ni...mesej dia la jap...ape??baru bgn...ish2...xpelaa...
hah??next week midterm...alo...malas nye nak bace note....
hari ni pasang2 pc..hehe..tup2 tgk dah kul 10.30..peh...masing2 tekun mengkaji....hehe...aku pun nak tekun gakla...lalalala...'ok sume leh sambung next week..' fuh...nak balik dah...ape lagi balik la...hehe..
p jumpe cik ema jap nak mintak sign borang tuk guna makmal tuk bengkel2....dgn muka manis...bg salam...ok dah sign dah...balik....
kring2...sape lak ni...ops ayah kol la...ape??ayh kat melaka...hehehe..lagi 10 minit ajie sampai umah la...ok...
eh td aku kan nak isi minyak...xjadi la...nnti2 la...eh mane ayah xsampai pun lagi..ha...tu pun dah sampai...borak2..bla..bla..bla...eh nak balik dah...salam ayah...
erm...lapo la plak...kawan2 jom p makan...burp....kenyang dah...tgk tenet jap....cam dah lame xbukak blog aku...try tgk sket...lo...bosannye blog aku ni....cam ne nak bg cantik ni??erm..nnti la aku usahakan...ader sape2 nak bg cadangan??
tdo jap la....heheheheh....

2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...