Nuffnang Ad

Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

09 April 2018

Jalan jalan Kuala Gandah


Ahad yang lepas kami anak beranak berjalan tengok gajah. kat Kuala Gandah,Lanchang. 

masuk free,itu yg kita mahu. yeaah! dan boleh bagi sumbangan seberapa yang kita mahu. wajib register katenye. masa register dapat pelekat sorang satu. lekat la kat mana2 yang anda mahu.

sementara ayah register kite amik gambo sini dulu.

pintu masuk

ikan rambut dulu sebelum masuk tengok gajah.

aisyah? opkos la suka. excited dia tengok gajah depan mata. siap boleh pegang lagi.

sampai dah kul 2lebih. time bagi gajah makan and lepas tu gajah mandi. kalau datang waktu pagi. ada aktiviti gajah bergerak bebas. pelawat boleh la tengok gajah-gajah bergerak bebas dalam pagar electrik. 

kalau time gajah makan,makanan disediakan tuk diberikan kepada gajah. tapi dalam masa yang sama, kite boleh beli tebu yang khas tuk gajah. rm3 seikat. 

gajah

opss...gajah nyorok


jom layan video pulak.




lepas tengok gajah. kami sekeluarga nak pegi deerland pulak. 

deerland dekat je dr tempat gajah tadi. lebih kurang 10 minit boleh la sampai kot. nak masuk tuk dewasa rm7 and kanak2 3-11 tahun rm4.

kat deerland ni bukan setakat ada deer. macam2 haiwan ada. ada burung unta,ayam katik,arnab,rakun,ular,biawak,iguana dan macam2 jenis ayam la. semua boleh pegang. nak tak nak pegang je. hehehe..

maaf. gambar kat deerland tak dpt tangkap banyak sebab betri handphone kong. adoi.

yang penting gambar ibu ok. hahaha 
tu dia rusa



boleh masuk dalam pegang rusa. bulu dia kasar ok.




10 November 2017

Percutian Singkat Ke Pulau Tioman

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Sekian lama aku dah tak mengarang disini, tengok, bahasa aku pun dah macam apa entah.

hujung minggu lepas aku dan keluarga kecil aku pergi bercuti ke Pulau Tioman. Perancangan ke Pulau Tioman hanya mengambil kurang dari seminggu. memang tak rancang langsung nak pergi bercuti. Disebabkan kontrak aku dah abis 3/11/2017 haritu. aku terus plan nak ke Pulau Tioman. aku minta Suami aku amik cuti 6/11 & 7 /11 supaya ada masa panjang sikit.
Baru sampai jetty mersing,aisya  tunggu ayah dia beli tiket.


Tunggu feri sampai

dalam feri menuju ke Pulau Tioman
dah sampai Kg Tekek


selfie dulu.hehhe

dah sampai bilik yeay

katil single tuk ayah. hahahaha

Pantai dr Kg tekek

Jalan2 petang.ni pandangan luar chalet kami

pandangan dr pantai Juara Beach Resort

Pantai dari Kg Juara

Ada penyu kat Kg Juara, tapi sampai Oktober je.


Ok. bermula la sesi mencari Chalet. aku search kat Trivago chalet yang paling murah tuk tarikh 5/11. masa tu yg paling murah ada chalet Juara Beach Resort kat kg Juara. harga RM120. aku terus book. dan tunjukkan kat suami. dia pun kata ok. proceed.

Dan tiba waktunya. hari Ahad 5/11 kitorang gerak dari kg Serom pukul 3.30 pagi. terus ke jetty Mersing. sampai lebih kurang pukul 6.30 pagi. solat subuh dan beli tiket feri tuk dua orang pergi dan balik. RM150. perjalanan dr Jetty Mersing sampai Kg Tekek ambil masa lebih kurang 2jam.

Sampai Kg Tekek. dalam kul 10.30 pagi. kitorang sarapan dulu. nasi goreng ,roti kosong 2 keping,milo ais dan nescafe ais. bajet sarapan masa tu rm19. lepas tu terpikir jugak macam mana nak ke kg juara. sebab jauh jugak dan jalan dia berbukit2. kalau jalan kaki ambil masa lebih kurang 2-3 jam. makcik kedai tu bg no telepon suami dia, suami dia buat servis penghantaran ke kg juara. tuk amik servis tu satu kepala rm35 pergi sahaja. kami amik pergi balik jumlahnya rm140.

dah sampai tempat penginapan kami lebih kurang kul 11.30. kami amik 2 hari 1 malam sahaja. tuk kurangkan kos kami tak amik snorkeling. lagipun aisyah kecik lagi. lainkali tunggu dia besar sikit kite snorkeling ek. tuk hilangkan bosan dan tak ada aktiviti. kitorang sewa motor. satu hari rm80. round2 kg juara dan kg tekek. berbaloi jugak. ganti dengan aktiviti snorkeling..hehehe

yang ni aku ringkaskan perjalan kami ke pulau tioman

5/11/2017
3.30 pagi : Bertolak dari Sungai Mati.
6:30 pagi : Sampai Jeti Mersing
7:30 pagi : Naik Feri menuju ke Pulau Tioman
10.30 pagi : Sampai ke Kg Tekek.
11.00 pagi : Gerak ke Kg Juara dengan menaiki Kembara
11.45 pagi : Check In Juara Beach Resort(JBR).
12.30 tengahri : Pusing2 Kg Juara dan Kg Tekek
3:00 petang : balik ke JBR
5:00 petang : Pusing2 di Kg Juara dan aktiviti pantai.
7:00 petang : balik ke JBR

6/11/2017
6:00 pagi: Check Out JBR
7:15 pagi: Sampai ke Jeti Kg Tekek
7:30 pagi: Naik feri menuju ke Mersing
9.45 pagi: Sampai ke jeti Mersing.


kos:
Penginapan: RM120 satu malam
Feri Mersing-Pulai Tioman-Mersing : RM140 (RM35 seorang /sehala)
Servis Penghantaran ke Kg Juara: RM140 (RM35 seorang /sehala)
Sewa Moto: RM80 perday
Makan/Minum:RM40
Kos Minyak dan Tol(Tangkak-AyerHitam)=lebih kurang RM100

Jumlah Keseluruhan:RM620

Sengkian...hehehehe




14 May 2013

Bandung!!!


hellooooo!

minggu lepas ke Bandung. 3 hari 2 malam.

hotel yang terpilih adalah Hotel Cihampelas. secara keseluruhannya, hotel ni ok la. ada wifi. kehkehkeh. hotel ni dekat dengan cihampelas mall. area tu banyak yang jual cenderahati. tshirt,keychain,macam2 la. tapiiiiii....aku cuma dapat beli tshirt ngn keychain je. sebabnya duit xbawak banyak pun. hahaha.

hari pertama.

sesampai je airport bandung. dah ada supir yang datang ambil. terus bawak kami ke Hotel Cihampelas 2. sampai pun dah petang. dalam kul5 lebih petang gitu. tibe2 dengar orang mengaji.rupenya dah nak masuk magrib. hohoho. kelam kabut solat asar.

malam tak pegi mana2. masing2 kepenatan. layan tv dalam bilik dan tido.....hehe

hari kedua.

hari kedua merupakan hari shopping. perabihkan duit yang ada. hoho. pegi jalan riau,sempat singgah gedung sate. nak tau gedung sate tu apa? haa... ni..

yang belakang tu adalah gedung sate. kenapa sate? sebab nampak x yang kat bumbung yg macam sate tu. ha..tu la dia satenye. hehe
kitorang shopping kat pekan baru. pergh. kalau aku bawak duit banyak memang dah lama dah aku beli banyak. kat pekan baru aku beli telekung untuk hantaran and telekung tuk sedara mara. entah cukup ke tidak. aku bali yang termampu je. hehe.

kawan2 aku beli kain lace. macam2 corak. tak tertangkap gambo. hehe. sebab teruja tengok kain yg cantek2. hehe.

dan kat sini ada alquran pelangi. murah jee...aku beli masa pesta buku aritu rm95. kat bandung dapay dalam rm45. tapi aku beli terjemaah bahasa melayu,yang dari bandung bahasa indonesia,untuk sedapkan hati aku. hehe.

malam tu kitorang jalan2 kaki ke cihampelas mall. perjalanan nak ke sana banyak yang jual cenderahati. dengan saki baki duit yg aku ada. aku beli tshirt tuk kazen aku. and keychain tu kazen2 kecik2 aku. hehe.

hari ketiga.

check out dari hotel. dalam kul 10 gitu. ke kartika sari dulu. duit aku memang dah kering. tak dapat nak beli apa2 kat situ. anna beli brownis. ada yang memesan katanye.

dan....aku sempat kena saman sebab tak memakai sabuk pengaman(tali pinggan kaleder). sungguh cis disitu. huhuhu..melayang 10 000 rupiah.

dan jam 645 petang. kami sampai ke malaysia. yay!

apa yang aku beli?
alaa...separuh pulak gambonye...tapi ada la sikit2 nampak kan. hehe..tu je yg aku beli. dengan bermodalkan dalam rm500. hoho.termasuk makan dan minum dan tax sekali.sekian..
p/s: lepas ni kemana pulak? hehe

07 June 2010

Round Kampung

Pada 5hb Jun 2010. aku berada di kampung serom 2. ramai sedara mara yang balik kampung. wak nuri n family dan wak leha n family. macam biasa la jika sudah bertemu dengan mereka. agenda yang wajib adalah round2 kampung dengan motor atuk. jadi kami memulakan agenda itu sesudah kami mengerjakan solat asar. dari rumah atuk kami ke kampung serom 3. melalui jalan short cut sebelah rumah atuk. ramai jugak jejaka2 di serom 3. tapi aku percaya semuanya masih sekolah. tidak sesuai untuk aku. sesuai untuk aku aku.jijah. muehehe.

sudah abis kampung serom 3 kami redah. serom 4 pulak jadi mangsa. melawat sekolah emak. hehe. ada budak2 sedang bermain bola. alamak tak tangkap gambo dorang pulak. tak pe. tapi kami tangkap gambar kami. hahaha. boleh la kan?

then dah agak2 minyak dah nak abis selepas atuk isi minyak penuh.  . kami pun menuju jalan pulang. waktu pulang tu kami tangkap gambar kenangan. padahal gambar dah banyak dah macam tu.  jom tgk gambar makcik2 yang merempit ni. memang sopan santun makcik2 ni semua.

ini adalah rumah atuk saya. depan ada parit besar. tempat kami kubang.ops.hehe

dua orang makcik yang cuba untuk wili. tapi tidak jadi,

makcik ini paksa saya tangkap gambar mereka. 

motor atuk yang pada mulanya full tank. akhirnya kami lenjan. sampai separuh. muehehe

nampak tak rumah atuk saya tu? jauh la. nampak bumbung je.hehe

11 May 2010

Taman Seribu Bunga

Hari ini adalah hari selasa..bersamaan 11 haribulan 5 2010.
Kami ada seminar PSM 2 pada hari ini...
Sesudah selesai presentation...(aku tak present pun)..kami pergi jalan2 ke Taman Seribu Bunga...

Cuaca memang sangat baik...panas+silau.
Dan sangat sesuai la bergambar...muehehehe...
mari kita lihat gelagat kami di Taman 1000 Bunga..cukup ke 1000 entah

pengembaraaan bermula....Jom Jalan2 di Taman Bunga

main cop2 tiang2...tidak kelihatan muka kami...hehehe...

air pancut di belakang..hehehe....

si tudung pepel(echa)..si tudung krim(miza)..si tudung pink(wani)..si baca doa(paizah)...

gadis melayu yang sopan2 belaka...muehehehe

mari kita belaja melompat kawan2....mulakan lomptana pertama....

lomptan ke berapa kali entah..baru la nampak macam lompat...mueheehhe...I yang snap...

lompat lagi tinggi ye anak2....macam2 gaya la..hehe

alamak..muka i golap gulita....xpola..hehehe

dihadapan contoh rumah melaka....comel je rumah nye...tangga batu tu menandakan ianya adalah rumah melaka..muehehehe

ish2....kene buli dengan cik echa...hehehe

susana rumah kampung yang permai....hehehe

mari kita duduk atas tangga ini...then posing la...hehehe

dijalanan....nampak x orkid putih ni...beautiful...

ini adalah gaya orang yang baru first time mengenali bunga orked ye....

berada di gurun sahara...

nyorok2 di pohon buluh betong...ehek

KAMI BERADA DI TAMAN SERIBU BUNGA!!!!!!!!!!!!!!



sekian sahaja lah gambar2 kami di Taman Seribu Bunga...
^_^

21 March 2010

Jalan-jalan sambil menimba ilmu

Pada dua puluh hari bulan tiga dua ribu sepuluh...kami PSSCM UTeM dan PSSCM IKBN telah ke rumah guru utama silat cekak di Kg Kemenseh...
Setibanya kami disana,kami dijamu dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat..sampai buncit perut kami..hehehe



dua gambar diatas adalah bangunan silat cekak yang terletak di Sentul..


ahli psscm dan tenaga pengajar utem bergambar bersama Dato' Hj Maideeen dan isteri..



dua gambar diatas adalah bersama kak yam(tenaga pengajar dari kelas utem) dan abg malik(penyelia dari kelas utem) mereka berdua akan berpindah ke kelas lain pulak selepas ini...huhuhu...sedih...T_T
gambar beramai-ramai psscm utem + psscm ikbn


bergambar bersama datin..hihii

2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...