Nuffnang Ad

07 June 2010

Jenis Kentut Anda.

hari ini aku tengok emel aku. ada lawak yang latest. so, tanpa segan silunya aku mengpost lawak itu di sini. hehe. aku dapat dari blog lawakjenaka. so marilah kita sama melihat jenis2 kentut.hehe


* Orang TIDAK JUJUR Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

Orang BANGANG Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

Orang BERWAWASAN LUAS Orang yang tahu bila harus kentut.

Orang SENGSARA Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

Orang MISTERIUS Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

Orang GUGUP Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.

Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI Orang yang selalu mengira kalau kentutnya bau harum.

Orang SADIS Orang yang kalau kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.

Orang PEMALU Orang yang kalau kentut tidak bunyi tapi lalu merasa malu sendiri.

Orang yang STRATEGIK Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.

Orang BODOH Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti kentutnya yang keluar.

Orang PELIK Orang yang kalau kentut di keluarkan sikit- sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit".

Orang SOMBONG Orang yang sering mencium kentutnya sendiri.

Orang RAMAH Orang yang senang mencium kentut orang lain.

Orang yang tidak senang BERGAUL Orang yang kalau kentut, sembunyi.

Orang AKUATIK Orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi blekuthuk-blekuthuk".

Orang ATLETIK Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

Orang JUJUR Orang yang mengaku kalau habis kentut.

Orang PINTAR Orang yang boleh menandai bau kentut orang lain.

Orang MALANG Orang yang nak kentut tapi terkeluar taik....

Round Kampung

Pada 5hb Jun 2010. aku berada di kampung serom 2. ramai sedara mara yang balik kampung. wak nuri n family dan wak leha n family. macam biasa la jika sudah bertemu dengan mereka. agenda yang wajib adalah round2 kampung dengan motor atuk. jadi kami memulakan agenda itu sesudah kami mengerjakan solat asar. dari rumah atuk kami ke kampung serom 3. melalui jalan short cut sebelah rumah atuk. ramai jugak jejaka2 di serom 3. tapi aku percaya semuanya masih sekolah. tidak sesuai untuk aku. sesuai untuk aku aku.jijah. muehehe.

sudah abis kampung serom 3 kami redah. serom 4 pulak jadi mangsa. melawat sekolah emak. hehe. ada budak2 sedang bermain bola. alamak tak tangkap gambo dorang pulak. tak pe. tapi kami tangkap gambar kami. hahaha. boleh la kan?

then dah agak2 minyak dah nak abis selepas atuk isi minyak penuh.  . kami pun menuju jalan pulang. waktu pulang tu kami tangkap gambar kenangan. padahal gambar dah banyak dah macam tu.  jom tgk gambar makcik2 yang merempit ni. memang sopan santun makcik2 ni semua.

ini adalah rumah atuk saya. depan ada parit besar. tempat kami kubang.ops.hehe

dua orang makcik yang cuba untuk wili. tapi tidak jadi,

makcik ini paksa saya tangkap gambar mereka. 

motor atuk yang pada mulanya full tank. akhirnya kami lenjan. sampai separuh. muehehe

nampak tak rumah atuk saya tu? jauh la. nampak bumbung je.hehe

02 June 2010

Bagaimana Untuk Up Trafik Cara Baru

Nak cuba cara baru untuk up traffic blog anda? Meh sini aku tunjukkan. Cepat, mudah enak senang nak buat. Aku dapat entri ni dari Nama saya Fina
1. Buat satu entri seperti ini, atau copy+paste yang ini pun boleh dong. Kemudian tepek tajuk yang menarik.

2. Anda cuma perlu meletakkan Link URL di bawah untuk entri yang anda buat dalam blog anda. Takmoh pandai-pandai tambah URL orang lain ye.







PERATURAN!!!

1. Sebelum anda meletakkan Link URL ke entri blog anda, sila hapuskan link nombor 1.

2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang no.3 jadi no.2, yang no.4 jadi no.3 dan seterusnya.

3. Kemudian masukkan link anda di turutan bawah sekali. (No.15)

4. Ingat! Jangan ubah turutan link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Jika posisi anda pada..
Posisi no.15, jumlah backlink = 1

Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

Mari tolong-menolong sesama blogger. Berbaloi-baloi.
Selamat mencuba!!!
Siapa yang copy+paste dari R4T jemput letak komen kat bawah bersama URL entri masing-masing. Ada surprise menanti anda!


*Dengan kartun-kartun tu kena kopipes :P

Wooaahaaaa

weee...wooo...wosh..
what the ayam la. woi. aku macam nak terbang ni. tolong aku. jangan bagi aku terbang jauh sangat. nanti aku tak balik2 pulak. op2. aku tak boleh nak jejak tanah la kaki aku. kenapa ek? oo. patut la. kaki aku kat atas tilam ni. mana ada tanah. nak pijak tanah kena keluar rumah. aku nak capai bintang itu la. kenapa jauh sangat ni. eyah2. tak sampai pulak. eeeyah! haiyo. jauh sangat la. capai binatang itu pun boleh la. eh binatang apa ini? macam anak kambing je. emmbeek.. sah memang kambing ni. woi kambing kenapa ko ada kat sini hah? syuh2. ko jangan datang dekat aku lagi. aku nak capai bintang ni. eh jap2. woi kambing. meh ko. ko kena tolong aku capai bintang tu. ko nak ikut aku tak? ish ko ni kambing. lambat betul la nak bagi respon kat aku. tak pe la. ko blah la. nyemak je. syuh2. 
tersenyum kambing la itu kambing.comel.
lupakan sekejap pasal bintang yang sangat cantik dan bersinar itu. kita beralih arah pulak kepada pelangi. eh mana pulak pelangi ni. tak muncul2 pulak masa aku memerlukan. wahai cik pelangi yang rupawan. dimanakah dikau? aku mahu melihat dikau la. aku rindu dikau. pelangi muncullah. pelangi. pelangi. pelangi. woi pelangi! cepat la muncul. eh pelangi malu ek? tak mengapa. saya tunggu kamu ye pelangi. jangan malu2 tau nak muncul depan saya. hehehe. 

sambil tunggu pelangi kita nyanyi la dulu. air pasang dalam. surut pukul lima. lalalala. aku sudah lupa itu lirik. muehehe. eh aku baru nyanyi sikit itu awan sudah mendung. tapi saya nampak matahari la. eh hujan lah. wah. ada  peluang nak tengok pelangi ni. lalalala. mana pelangi ni. wah! pelangi dah muncul lah. blink2 ini mata. cantiknya. sungguh indah ciptaanMu Ya Rab. 

pelangi pun sudah muncul. cumanya aku mahu capai itu bintang. bagaimana aku mahu capai itu bintang ye. kena terbang ke sana. tetapi jika aku terbang ke sana untuk capai bintang itu. aku tidak akan berpatah balik seperti ini tau. tak menyesal? ah! apa2 hal pun. kena usaha juga untuk capai bintang itu. ok. saya tidak akan menyesal. saya pilih jalan ini untuk ke sana. we wait and see ek. orang johor suka cakap 'ek' ek? atau bukan orang johor je. orang dari negeri lain pun kan ek?haha. 

ok la ek. baca la apa yang aku mengarut ni ek. hahaha. penggunaan 'ek' merata2. muehehe. peribahasa pada kali ini adalah "dimana ada kemahuan disitu ada jalan". salam.

Petua Untuk Ceria Khas Untuk Kamu

Dengar ceramah memang banyak yang kita dapat...
Aku dengar rakaman ceramah dari Dato' Hj Fazilah Kamsah
Tajuk ceramahnya adalah "Petua Untuk Ceria"

Untuk ceria kita kena tahu sebab2 kenapa kita tak ceria...
antara sebab2nya adalah:

· hidayah tak turun...bukan nama hidayah ye..tetapi orang tu belum diturunkan hidayah.
· jahil atau bodoh.
· bodoh sombong. dah la bodoh. sombong lak tu.
· hati kotor. ish2. bersihkan hati tu dulu la. kotor sangat tu.
· banyak ilmu tapi tidak amal. yg ni kesian sungguh. ada ilmu tapi tak nak amal.
· tak istiqamah. ni kenapa la. kejap baik kejap tak baik.ish2.
· tak satu hati. kene satukan hati kita.
· tak bersyukur. kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada.
· suasana yang negative(ini kes yang selalu pakai baju itam..seluar itam…segalalah hitam...jgn hati pun itam sudah la…kena la ada warna2 jugak)
· Kawan2 yang bosan. ish pilih la kawan yang boleh mengajak kita ke arah yang ceria.
· Kawan2 yang pembunuh semangat. kawan2 macam ni memang tak nak tengok kita berjaya langsung.
· Gagal menjadikan sesuatu itu subjektif..hanya nampak yang negative.
    Bila sudah tau sebab2 kita tidak ceria...baru la ada petua2 untuk ceria...
    antara yang dapat didengar dan sempat dicatat adalah seperti berikut...hehehe..


    1. Jangan ingkar ibadat..PATUH PERINTAH ALLAH..jaga ibadah dgn Allah
    2. Jangan lupa pasang niat sebelum tidur…berdoa khusus untuk keceriaan…contohnya::sebelum kita masuk tidur…doa esok bagn ceria.PASANG NIAT TIAP2 HARI ye..
    3. MAAFKAN SEMUA ORANG sebelum tidur
    4. PROGRAMKAN MINDA YANG POSITIF…sebelum bangun tido doa..supaya esok bangun pagi kita jadi org hebat..rangsang minda seupaya positif.
    5. Bangun tidur terus senyum..BANGUN PAGI DENGAN SENYUMAN DAN DOA..(air dihulu jika jernih..maka jernih lah ke hilir)
    6. Pakai yang sesuai dengan jiwa…dengan suasana..warna yang sesuai…tenang hijau..ceria dan kasih sayang biru muda..ceria dan rasa berjaya ungu atau emas atau perak..ceria dan beran merah.
    7. Pagi2 cari butang hijau dalam hidup kita…hijau adalah sesuatu yang tenang…contoh(bangun pagi kena minum Nescafe itu adalah butang hijau dia…atau dengar nasyid,sms kawan2,makan roti canai)….

    kenapa mesti berduka walhal kita boleh ceria

    8. Lakukan kerja yang setiap kita buat dengan bersungguh2…jika kita buat kerja bersungguh2…petang2 kita akan berasa penat…jika penat..segala dosa akan trehapus
    9. Ceriakan orang lain…untuk ceria..ceriakan orng lain..untuk bahagia.bahagia kan org lain…
    10. Persekitaran yang ceria…persekitran kene byk warna hijau dan kuning….
    11. Sebelum kita berpisah dari tempat kita berada.
    11. kita bermaaf2an.
    12. Jaga kesihatan…senam..diet..rehat dengan betul…kenapa mesti murung ..kenapa mesti boring bila anda boleh bahagia dan ceria.
    13. Lakukan amalan menguruskan stress..exercise…bercerita dgn kwan…family…tgk kartonn…main2 ngn baby..tgk ikan…tgk batu2 yng cantik2..
    14. Jgn jadikan masalah sebagai masalah..
    15. Sayangi haiwan…haiwan kesayangan..
    16. Gunakan startegi yang tertentu untuk membentuk keceriaan..startegi kene la kearah yang ceria…
    17. Tak perlu menang setiap masa..untuk ceria..jgn terlalu berharap untuk menang…it’s ok la jika kalah.sekali2 kalah ada pengajaran
    18. Setiap matlamat kene selaras dgn matlamat yang lain…agama..kluarga..kerjaya…
    19. Buat perbandingan dgn bijaksana..org yangberbasikal tgk yang org jaaln kaki.
    20. Bentuk dan pupuk persahabat yang bersepadu…yang pelbagai masayarakat
    21. Terima diri tanpa syarat…kita ada kehebatan…
    22. Jangan fikir banyak perkara sebelum tidur
    23. Bukak minda buka hati..untuk ilmu baru…maklumat baru….
    24. Nyatakan kepada org lain ..betapa pentingnya mereka kpd kita…asset
    25. Jika tak pasti…buat telahan yang positif…contoh..orang lain senyum kepada kita…kita tak tau dia senyum sindir atau apa…jadi kita fikir positif…
    26. Yakin kebolehan kita..
    27. Jgn terlampau yakin terhadap diri sendiri…jgn syok sendiri…
    28. Jgn hadapi masalah sendirian…buat apa2 berjemaah…selesaikan masalah bersama keluarga…tidak rugi org yang bermuasyarah…masalah selsesai dan dapat berkat..
    29. Bentuk rutin2 yang positif…
    30. Jgn terlalu risau..kerana risau itu sesuatu doa…waspada xpe…
    31. Buat serupa cakap….jgn cakap tapi xbuat…nnti stress…buat apa yang kita cakap…
    32. Jgn ada perktaan “kalaulah..”…seolah2 tidak redha dgn ketentuan Allah…
    33. Semangat sukarela…seronok berkhidmat dgn skraela
    34. Riadah..exercise…untuk sihat
    35. Setiap perkara penting..jgn remehkan hal2 yg kecik…
    36. Ketawa berpada…ketwa sikit …senyum banyak2…
    37. Aromatrepai..pakai wangi2an..
    38. Jgn cemburu
    39. Ada hobi
    40. Seronok dgn perkara yang kecik2…dgr muzik…baling batu dalamn air….
    41. Tidur nyenyak…

    01 June 2010

    Best Tak Jika Mengarut

    Post kali ini adalah mengenai mengarut..apa itu mengarut? Mengarut ye. Bukan mencarut. Sejak bila pulak aku suka mengarut nih? Aku tak pernah pun mengarut tau. Kawan2 aku mesti tak setuju nih . 

    Minggu lepas aku cakap kat mak aku.. "Mak, Ajie nak tunang la pas raya ni. Boleh tak?". Emak aku pun berkata. "Bagus la.." . Aku.."????". Itu tak kira mengarut kan? Hehehe...

    Ada satu masa tu ayah aku datang bawak ayam golek. Aku sedang makan nasi lemak yang aku buat sendiri. Jangan pandang aku dengan kaki ye. Aku boleh masak tau. Aku "Wah! Nak2.. Adik, cepat letak kat pinggan". Adik aku "Sabar la. Ayam tu bukan leh hidup balik pun. Tak boleh terbang pun". Aku "????". Adik aku la tu mengarut. Melawan cakap kakak yang comel ni ye. Siap kau. 

    Lagi apa ye aku nak taip ni? Aku pun tak tahu mahu menaip apa untuk post kali ni. Muahahaha. Tadi sedang berwebcam dengan si dia. Hahahaha..aku sudah ada si dia? Siapakah? Bila dah betul2 confirm baru la aku mewar2kan kepada masyarakat bahawasanya aku sudah ada pacar. Wah! Seperti artis veteren lak. Eh ape veteren lak aku ni. Mengarut je. 

    Ala. Nak mengarut lagi. Tapi no idea la. Denyut2 kepala ini dong. Nyut2. Nyet2. Nyit2. Nyat2. Ah! semua ada. Ok tamatkan sahajalah post ini. 

    Kursus Perkongsian Bijak Cemerlang HPA

    22 Mei 2010 

    Jam 9.30 pagi ucapan alu-aluan oleh encik MC apa nama entah..tak ingat...muehehe. Then selepas itu bacaan doa oleh Ustaz Rozi bin Mohd Nor. Selasai membaca doa. Upacara perasmian oleh Pengerusi Kelab Pemimpin Global iaitu ...theeee...tak ingat nama la....(habis aku kena baling kasut lau dorang baca ni). Dah habis rasmi2 ni kita berta'aruf pulak la. Setiap upline atau fasilatator kenalkan diri masing2. Yang paling muda 21 tahun. Wah..kiut miut itu budak sudah jadi upline. Muehehe.  Kendian kami diajar berslogan.. slogan kami adalah.
    HPA
    BOLEH!
    HPA
    BOLEH!BOLEH!BOLEH!
    GEMPUR
    RADIX INSYA ALLAH!


    Herba Penawar Al Wahida



    Memang semangat betul mereka2 ini semua melaungkan slogan ini. Aku?haha..of course la semangat jugak. Tapi mula2 je la. Dah akhir2 lemah gemalai. Memang sesuai dengan sifat semula jadi aku yang lemah lembut. Ada org muntah kot. Selepas sakit tekak berslogan kita dengar pulak peraturan sepanjang kursus ini diadakan. Pergh..Peraturan memang ketat. Tapi bagi aku semua tu tak menjadi masalah bagi aku yang belum berkahwin. Muehehe. Tapi biasa je la peraturan cam tu. Antaranya tak boleh dengar bunyi hp.(boleh silent). Tak boleh keluar dari kursus(aku tak tau nak keluar mana pun). Tak boleh bawa anak(aku tak ada anak pun). Tak boleh tidur(eh ada ke peraturan ni ek?aku lupa da..hehe).

    Then kami dibahagikan kumpulan dan nama kumpulan aku adalah MOMENTS. Serius aku cakap, aku tak tau pun menda apa itu produk MOMENTS. Tak pernah tau pun. Rupanya MOMENT tu adalah produk kesihatan untuk wanita. Slogan kumpulan kami adalah. MOMENTS, SIHAT KUAT MANTAP. Fuh. power tak?hahahaha....

    Jam 10.38 pagi. Masa untuk makan pagi. Kami dijamu dengan kuih bingka dan karipap. Dan Kopi Radix bancuh sendiri. Dorang sediakan kopi,cawan dan air panas. Kita bancuh secdiri ok. Hehehe..

    Jam 10.50 pagi. Kami masuk semula ke dalam Dewan. Semua kena berdiri dan berpaut ditangan kawan sebelah masing2 ok. Mari kita menyanyi lagu. Lagu yang kami nyanyi adalah Rasullulah.

    Sesudah itu kami diberi ceramah mengenai apa itu HPA. Ala malas la aku nak terangkan kat sini. hehehe...
    HPA itu adalah Herba Penawar Al Wahida. Ianya adalah 100% bumiputera. Pengasasnya adalah Tuan Haji Ismail b Haji Ahmad. Dan keyword yang aku dapat tangkap dari sesi ini adalah " JANGAN MEMBERI ALASAN TAPI BERUSAHA MENCARI JALAN". 

    Selepas itu kami diberi penerangan mengenai plan marketing. Then jawab soalan yang diberikan didalam kumpulan.

    Jam 12.30 tengahari. Makan tengahari. Macam2 lauk ada. Ada ayam, ada daging, ada sayur, ada sambal belacan, ada ulam2, ada buah tembikai, ada buah oren. Minum air kordial dari HPA iaitu air erm...air..air...erk...macam air oren kot. Muehehe.

    Jam 1.30 tengahari. Solat Zohor.

    Jam 2.00 petang. Check kumpulan cukup ke tidak. Nampaknya masih ada yang tak cukup. Disini kita belajar "TEPATI MASA". Then paut tangan kawan sebelah kita nyanyi lagu Lukisan Alam. Lalalala...

    Sesi kali ini kami diberi penerangan mengenai Asas Plan Marketing. Bla. Bla. Bla... Dan Bla...hehehe..panjang lebar aku tak minat sangat. aku terangkan la sikit2 ek. Konsep MLMS iaitu Multi Level Marketing Syariah. Konsepnya ada tiga iaitu yang pertama adalah membeli atau mengguna. Disini kita yang beli dan kita juga lah yang menggunakan produk itu. Yang kedua adalah menjual. Lebihan dari yang kita beli tadi dan kita tidak guna kita jual. Dan yang ketiga adalah menaja. Menaja ini aku keliru sikit. Apa yang aku paham. Kita perlu mencari orang untuk menjadi orang bawah kita. Cari la orang yang rapat2. Dalam 3 orang. Dan 3 orang ini perlu mengahdiri kurusu PBC yang seperti aku pergi ni. Aku cuma ganti orang je. Tak kuar modal pun. hahaha. Ada banyak lagi coletehnya. Aku cuma minat kat produk je. Aku tak minat la nak berniaga2 dengan cara begini kerana aku tidak ramai kenalan. Muehehe. Walaupun 9/10 rezekinya datang dari perniagaan. Dan Radix Cola memberikan 5% ke Palestin.

    Antara produk2 HPA ini adalah ubat gigi, sabun herba, kopi radix, cookies radix, syampoo herba, krim rambut, pencuci pinggan mangkuk, saun freesia dan minuman jus.

    Dan sesi ini aku belajar satu lagi keyword iaitu. "NAK SERIBU DAYA, TAK NAK 1 DALIH" yang bermaksud. Bila kita mahukan sesuatu itu pelbagai cara kita buat. Dan jika kita tidak mahu sesuatu itu kita cuma cakap tak nak je la. Tak payah nak banyak2 cerita. Muehehe.

    Sesi Malam

    Jam 9.00 malam. sesi kali ini adalah mengenai bagaimana mahu mendiagnosis tapak tangan. Nampak macam menarik. Disini kita akan dapat mengenal pasti apa penyakit yang kita ada dengan melihat tapak tangan. Antara yang aku ingat adalah jari telunjuk adalah untuk usus, jari tengah untuk jantung, jari manis untuk imuniti dan jari kelingking untuk rahim(wanita) atau tulang belakang(lelaki).

    Cara untuk melihat pula bagaimana?

    Untuk Perut: Terdapat garisan hijau dibahagian tegah tapak tangan antara jari telunjuk dan ibu jari. Simptom2 nya seperti anda terlalu banyak sendawa, merasa pedih di bahagian perut di bahagian perut dan ulu hati. Juga perut kembung dan banyak angin. Produk perut yang disarankan adalah kopi radix, herba tuju angin, madu asli, spirumadu dan teh herba

    Untuk Usus: Jari telunjuk bengkok dan tidak normal ruas jari kehitaman. Ruas yang kehitaman menunjukkan badan kita yang banyak toksin. Simptom2 cirit birit , ada buasir, buang air besar tak puas, gatal badan dan selalu sakit kepala. Produk yang disarankan adalah d'karm, d'diet, pelawas, tuju angun, kopi radix, dan teh asiatica plus.

    Untuk Buah Pinggang: Bahagia pangkal jari kelihatan membengkak. Simptom2 selalu sakit pinggang, kencing kerap dan tidak puas, bangun kencing di malam hari, ada kencing manis dan sakit sendi. Produk yang disarankan adalah d'deu, malac, teh herba dan kopi radix. 

    Untuk Jantung: Jari tengah dan jari kelingking kelihatan bengkok dan tidak normal. Simptom2 adalah anda berasa meyucuk2, pedih atau berdebar2 di sebelah dada kiri, penat berlebihan apabila bekerja, selalu merasa keletihan. Produk untuk jantung adalah seperti berikut lohard, omega 3 SG, Mega-3. 

    Untuk Paru2: Bahagian bawah tapak tangan berdekatan ibu jari berwarna kehijaun. Ini adalah tanda anda mempunyai masalah dengan paru2 atau pernafasan. simptom2 seperti amda selalu selesema, gatal hidung, bersin pagi, banyak kahak, penat dan masalah pernafasan. Produk yang disarankan adalah madu asli, morinda, coscinium plus, kopi radix dan teh herba.

    antara produk HPA


    Jam 12.30 sesi malam tamat. Bersedia qiamullail jam 430 pagi. Sesi Qiamullail aku dah kongsi. Ok la. Sampai sini je la yang dapat aku kongsi bersama.

    Enjoy read. =)

    2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

    8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...