Nuffnang Ad

25 January 2012

Hari Ini Adalah Harinya

hari ni aku start kerja as IT Analyst di Imatera Digital Image Service Sdn Bhd. itu sahaja sekian terima kasih.

p/s: mula2 ni nampak ok sahaja..sabtu cuti. itu yang penting. tehee

17 January 2012

Minggu Yang Agak Kelam Kabut

semalam aku pegi interview. then dalam perjalanan nak balik muar, orang tu kol. "kami terima awak berkerja disini". dalam hati hanya tuhan saja yang tahu betapa gembiranya aku. tapi aku ada beberapa masalah. yang pertama dari segi kewangan. untuk resign kerja yang sekarang aku kena bagi notis 30hari/1bulan. tapi aku dikehendaki masuk kerja yang baru dalam masa terdekat. nak tak nak. aku kena bayar gantirugi gaji sebulan aku.maka aku tak dapat gaji la untuk bulan ini. dan aku akan ke KL dengan poket kosong.

yang kedua pulak. dalam masa terdekat ni. program silat dan aku sebagai AJK belum siap apa2 lagi. mean aku belum order barang2 tuk cenderahati. kedai yang aku order tu siap dalam masa seminggu dan aku ada masa seminggu lebih je lagi ni. semuanya kat area Muar. tapi aku next week dah nak start keje kat KL.

dan yang bestnye. aku dapat keje yang related dengan apa yang aku belajar. suka la jugak. tapi bila dipikirkan akan menghadap coding. agak serabut jugak la. aku bukan pandai sangat pun coding.lebih2 lagi java. argh! dan lagi best mungkin gaji tinggi sikit kot. haha. ada kot ye.

dan selepas ini aku akan hidup sendiri di KL tanpa ada mak, atok, ayah, adik jijah, mak ana, arip,yan gendut semua2 la. dan tanpa mesin basuh. sapa nak basuh baju aku? huh!

itu je. daa~

p/s: keje tak lagi dah berangan macam2..biasa la tu kan..muehehe

13 December 2011

Serius Bosan

bukan senang nak dapat keje skang ni. dan bukan senang nak dapat keje yang menepati citarasa diri kita sendiri. serius aku cakap. keje aku senang. waktu pun keje pun ok. tapi bosan sangat. ok. biasa la kan. nama pun keje. 

itu sahaja dari saya. sekian terima kasih. cuma nak bagitau. aku nak kerja cikgu sebab banyak cuti. so. sedang berusaha untuk menjadi cikgu. hoho. itu sahaja. sekian terima kasih.

01 December 2011

Kerja Dengan Mereka

akhirnya aku dapat keje juga. walaupun sebagai kerani. aku tak kisah. sebab dekat dengan family. itu yang penting. hehe. waktu kerja jam 9 pagi dan balik jam 6 petang. sabtu pun kerja juga. tapi setengah hari. bagi aku waktu kerja ok je. tak ada masalah. cuma.... apa yang aku rasa bosan adalah tak ada kawan melayu disitu. semua cina. dan wanita. haha. harapnya aku boleh la bertahan kurang2 pun dalam 6 bulan kat situ.huhu. ok thats all. 


note: aku suka bila mereka suruh aku keluar p mana2. sebab aku boleh bawak motor lambat2 makan angin..hehe

16 November 2011

Snap..Snap..

sejak akhir2 ni aku suka snap2 guna kamera macik aku. haha. dan aku berazam nak beli satu. yang seken pun jadila.. muahaha. antara percubaan aku adalah seperi di bawah ini. taraaaa...


pre konvo 1.
pre konvo 2.

pre konvo 3.
 gambar di atas adalah sebelum real konvo. kitorang ada buat konon2 shoot. lokasi kat taman seribu bunga. test2 je banyak juga shoot. tapi ni je la yang aku letak.

at afamosa punya dinding.

aku suka kombinasi kaler dia.hehe

at dataran pahlawan.

beg konvo aku dengan bear yang wani bagi.hehe

rakan yang banyak bantu aku dalam arena shoot menshoot ni. hoho

08 November 2011

Sawahring

5 November ari tu aku pegi shoot. sawahring! korang tau kat mana? kat johor. daerah ledang. yang dulunya adalah daerah muar. aku ni baru2 je nak belajar shoot. pernah la jugak pegi bengkel dari canon. tapi sijil tu atas nama makcik aku. ilmunya. aku yang dapat sebab aku yang pergi. hoho. masalahanya aku ni cepat lupa. banyak2 yang aku belajar tu, hanya 1/10 je melekat kat otak. 

tak yah cakap banyak. aku tepekkan je la gambarnya. 

bangau terbang!

bayang2

pokok kelapa
ini je la yang aku rasa gambar terbaik. walaupun ianya simple. tapi ok la kan. bagi aku yang masih baru ianya ok kot. tehee.

notakaki:pas ni aku update gambar yang aku rasa aku suka dengan canon 550D makcik aku...

02 November 2011

Lelaki Yang Hensem Adalah....

salam semua~~ today i want to post about handsome..hoho. ramai yang hensem2 kat dunia ni, tapi pada pendapat aku. lelaki yang betul2 hensem dari pandangan mata aku adalah...taraaa

lelaki yang tak tinggal solat.kenapa ek aku cakap camtu. sebab tak guna juga kalau dia hensem tapi dia buat endah tak endah je pasal solat. ok la..ada jugak yang jenis lambat2 solat. yang penting dia solat kan. yang lagi penting dia ingat Allah.

seterusnya lelaki yang hensem adalah lelaki yang tak merokok. haha. seyes ni. lelaki yang tak merokok akan mempunyai wajah yang bersih. erk. yeke. iye la kot. hoho. bibir orang yang tak merokok nampak lebih sekso seksi you..ouch~

and point last. lelaki yang hensem adalah lelaki yang suka bersenam. bersenam akan menguatkan badan. dan akan nampak lebih sihat dan segar. hehe..

ok. ada sapa2 yang memenuhi ciri2 diatas? teheee..ada sapa2 yang membangkang tak? ini cume pendapat aku je.

notakaki: walaupun dia hensem kalau dia merokok pun macam tak berseri je wajah. aku mencari nur~~~!hoho

2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...