Nuffnang Ad

24 February 2012

Apa Yang Penting?

assalammualaikum..

salam sejahtera..

lagi beberapa hari je lagi nak abis bulan februari ni. dah nak masuk bulan 3 pulak. haish. cepat pulak rasenye. tak ada pekembangan apa2 pun sangat. and harap2 badan aku pun tak kembang. hehe..

today is friday. so, today i want to go back to my hometown. walaupun nak balik. aku rasa macam tak sedap hati. tak tahu kenapa. haish. tak suka..tak suka..

nak balik ni patutnya aku rasa suka. happy. senyum. dan riang! tapi sejak dua tiga menjak ni, tidur aku selalu diganggu dengan mende2 yang tak sepatutnya. aku penah baca kat mana entah. kalau kite mimpi orang tu maknanya orang tu rindu kat kita. tapi kalau kita mimpi bukan orang macamana? haha. 

eh aku tak mimpi hantu pun. simpang~~~(nada macam usop wilcha)..

yesterday, my fren, bai chat fb with me. she invited me to go to her wedding. pergh! dah nak kawin da dia. aku bila entah. next week kak shida. lepas kak shida, orang kg aku tu pulak kawin, selang 2 minggu bai pulak. 

entah. aku tak tahu apa perasaan aku sekarang. sometime i feel like shit! taip entry ni pun macam serabut je kan. mesti korang yang baca tak paham flownye kan. 

tapi apa yang penting adalah aku suka bila lihat dia ketawa. comel ! hehe

p/s: suka yang comel2 sahaja. haha

23 February 2012

English!

baru aku terasa susahnya kalau tak pandai cakap english. bila kita bekerja dgn orang bukan malaysia. memang mencabar. aku betul2 teruji. silap2 boleh buat kita gaduh jugak kalau tak paham apa mereka maksudkan.

aku boleh paham tapi aku tak boleh nak balas semula. takut2 lain yang aku nak maksudkan. lain pulak yg mereka paham. sebab aku pun tak paham apa yang aku cakap. haha.

in malay pun aku jarang cakap inikan pulak english. oh. my english very..very..very..very  bad!

p/s: u must be strong!

21 February 2012

Bahang

sekarang ni musim hujan. kalau tak petang hujan..malam hujan..kalau tak malam,pagi hujan. kadang2 dari malam bawak ke pagi hujan. kenapa masih bahang? 

aku sudah mula merasa penat dengan kerja2 aku. tapi mana boleh. kita kena suka dengan setiap kerja yang kita buat. eh itu baru sikit kejenya. yelah mana taknya,baru je disuruh buat gantt chart. haha.

sebenarnya buat kerja ok je. yang penat nye sebab perjalanan yang jauh. ok. itu cerita semalam. babai.

ihsan dari pacik google

note:jom buat gantt chart bersama saya. hehe..


17 February 2012

Selamat Hari Lahir Ayah!

18 Febuari 1962 tarikh lahir ayah aku. memandangkan esok cuti dan aku mungkin tak berkesempatan nak post pasal birthday ayah aku.aku buat arini aje la. hehe.

ayah! selamat hari lahir yang ke 50. semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki. doakan aji dapat keje tetap dan dapat jodoh tahun ini. hehe. macam ayah aku baca pulak.

ok. done.

dalam adik beradik aku. aku je yang tak banyak cakap ngan ayah aku. apa yang ayah aku tanya aku akan jawab seringkas mungkin. tak tahu kenapa. tapi aku sayang ayah! hehe.

p/s: tahun ni tahun lompat!

16 February 2012

Jangan Salahkan Mereka

hai semua!!! amboi.. apa dok menguap je tu.. kamon beb. kita kena ceria. seceria astro ceria 611. pagi2 lagi aku ceria semacam apa kehalnye yob. tehee. ye. sebenarnya hari ini tak ada la apa2 yang penting sangat pun. tak ada yang special juga. jadi? jad...tak ada apa2. just nak bagitahu jangan biarkan hidup anda diselebungi misteri..

berbalik kepada tajuk. 

kalau kamu-kamu semua berasa sakit hati ke. marah ke. sedih ke. kecewa ke. atau berasa tersisih. jangan salahkan sesiapa. malah. selami diri kamu sendiri. apakah yang menyebab orang lain tak suka sama kita. apa kelemahan kita. cari..cepat cari! hey! apa dok melanguk lagi. cepat cari. 

ok dah jumpa? sekarang perbaiki kelemahan kita. easy right?

ye. mudah. tak susah. tapi........

jangan terlalu hipokrit sehingga memakan diri sendiri..

itu sahaja untuk hari ini. sehingga kita berjumpa dientry yang akan datang. 

oh ye. jangan juga salahkan diri sendiri sampai nak bunuh diri. nauzubillah..

p/s: aku dah mula suka ini tempat!

15 February 2012

Segan

nama saya aziati. saya adalah seorang yang penyegan. itu sahaja.

14 February 2012

2011 Yang Syok

Sepanjang tahun 2011 aku memang habis masa aku secukup-cukupnya kat kampung. sampai aku dah jemu. bermula dengan praktikal 6 bulan. abis praktikal menganggur lebih kurang 4 bulan. then keje kerani sebulan lebih. syok wo duduk rumah sendiri dengan family. bebas. walaupun adalah jugak pertelingkahan adik beradik. biasa je tu. 

time praktikal 6 bulan di Majlis Perbandaran Muar(MPM). kenal dengan Mak Limah, Abg Marisam, Pak Cik Murad, Kak Aini, Kak Nab, Abg Haidir. eh lupa plak bos aku Encik Zul. hehe. best dorang ni. hehe

sebelum aku pergi MPM, mak aku buat air. kadang2 aku tak sempat nak minum. mak cakap. kalau anak2 mak tak makan ,mak yang rasa lapar. mak..rindu mak. hehe..then, kalau pagi2 tak jumpe stokin, jerit2 mana stokin ni? mak sekali cari dah jumpe. sengih aja la aku. haha..

teringat masa aku kat kampung kalau cuti atau Mak Ana pegi sekolah, ariff datang. kalau dia datang mesti dia cakap. "arip datang ni.." haha. comel la kau arip. tapi tak lama ok. kecomelan dia akan hilang bila dia merengek nak susu la. nak tengok kartun kat laptop la. nak gula2 mentos la. haha. layan je walaupun penat. aku suka layan dia. dengki dia...kalau dia mengamuk jangan la usik dia. abis la kau nanti.

tahun 2011 jugak la waktu kesusahan aku nak cari kerja. pergi sana..tak dapat..pergi sini tak dapat. habis duit mak aku. kesian mak...yelah aku mana ada duit sendiri. kalau ada pun.sumbernya adalah emak. tehee. akhirnya hujung bulan 11 aku dapat kerja kerani. aku dah bersyukur sangat dah masa tu. 

masa jadi kerani pun takde la susah sangat. kebetulan tempat kerja dekat dengan rumah ayah. so tiap kali lunch aku ke rumah ayah aku. niatnya nak solat zuhur. yelah tempat kerja aku tu semua cina. bos pun cina. dia tak sediakan surau. maka, selalulah aku ke rumah ayah. memang lama pun aku tak ke rumah ayah sebelum ni.

dalam pada masa aku keje kerani aku terpikir,sampai bila aku nak keje yang tak ada kaitan dengan yang apa aku belajar kan. so aku cari la iklan2 jawatan kosong. syukur awal tahun 2012 aku dapat kerja di KL yang berkaitan dengan apa yang aku belajar. aku bersyukur sangat2. dan pastinya 2012 akan menjadi tahun yang paling mencabar dalam hidup aku. jauh dari family....sangat mencabar..

kesimpulannya. tahun 2011 ni aku suka sangat..dekat dengan mak. leh tido peluk2 ngan mak, ngan adik, leh usik2 arip, leh timang2 iman, macam2 ada. hehe..sekarang aku kena balik kampung dulu la baru boeh buat semua tu. hehe. ok. hujung bulan ni balik kampung...tehee
rumah atok. 

konvo aku. yeay! rindu semua..

iman..

arip sebelum mengamuk. haha

p/s:entry ini ditaip kerana aku rindu mereka dikampung. sungguh~

2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...