Nuffnang Ad

23 August 2013

Projek DIY doorgift VIP

dalam kepala otak aku ni, macam2 mende nak buat. semua kononnya nak DIY sendiri.kalau boleh baju pengantin pun nak buat sendiri. tapi aku tak reti nak menjahit bagai. tapi kali ni untuk doorgift aku dah start dari awal dah. aku handle doorgift untuk tetamu VIP sahaja la. VIP tu maksudnya kawan2 aku dan sedara mara yang terdekat. kawan2 adik aku tak dilayan. haha. dorang dapat brontot dari mak aku je la. kalau tak tahu apa itu brontot sila tanya kepada kawan2 yang jawa. teheee

so, untuk permulaan, aku dah start buat keychain. setakat ni dah ada 70 biji. kena kerah adik aku buat lagi 30 biji. oh sebelum terlupa target aku untuk doorgift VIP adalah sebanyak 100. ini dia checklist yang perlu aku buat.

1. kalerkan sepit baju kayu jadi warna purple. (mintak adik jijah buatkan)
2. design sticker untuk dilekatkan kat paper brown bag. (done)
buat yang ringkas sahaja

3. print, gunting dan tampal sticker ke paper brown bag. (aku buat contoh dan akan mengerah adik2 aku buat) (DONE)
sebelum di gunting. (sekarang mende ni dah siap ditampal ke paper bag)

4.warnakan doily paper jadi warna merah. (aku dah buat sikit, selebihnya adik aku buat)
asalnya aku nak cari kaler purple. merah pun boleh la

5. beli paper bag. (done)
6.beli barang2 untuk diisi dalam paper bag. (baru siap keychain, yang lain makanan je. akan dibeli sebulan sebelum kejadian)

setelah semua checklist tu lengkap.baru la boleh tunjukkan hasilnya kan. hehe. 

kita merancang, Allah yang menentukan segalanya.

p/s: 3 bulan lagi.

15 August 2013

Raya 2013

selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua pembaca belog i ni..banyak ke dapat duit rayanye? aku tak dapat pun..maklum le dah tua...huhuhu...aku yang bagi duit raya ada la.

tak pe..duit raya tak penting..kalau ada, ambik.kalau tak ada,diam2 sudah.kan.

eh apa pasal duit raya pulak aku cerita lebih entah. cis.

aktiviti raya tahun ni masa raya pertama je penuh. itu pun penuh dengan aktiviti tido. muahahaha.

pagi2 mandi2 pakai baju raya...erk..bukan baju aku..tapi baju yan...maklumla tak beli baju raya pun tahun ni..hehe.. lepas tu makan2 ketupat,rendang dan pelbagai makanan la. siap makan. perut dah kenyang siap2 pulak nak ke surau sebelah rumah. solat raya.

aktiviti seterusnya ziarah kubur atok lelaki. sekali kubur buyut2 yang lain.

dan terakhir sekali balik rumah..aktiviti yang paling syok. bergambo..hehe...
adik beradik aku dan emak tercinta.hehe

menyelit semuanya.

ummi raudah.

ummi tu kalau halakan kamerake dia. terus pandang tak berkedip matanye.

 gambo yang lain tidak akan dimasukkan kerana tidak perlu. hehe.

dan aktiviti seterusnya adalah. marhaban. errr...aku tak join marhaban tahun ni. adik2 aku je. aku pun tak tahu kenapa aku tak pegi. asalnya aku mengantuk. aku tido. adik2 aku dah pegi. aku tertinggal. last2 aku tak pegi. sebab malu dan lambat. hehe.

esokknya pun aku tak join. sebab mula2 nak tolong kemas umah sebab marhaban dah sampai kat umah. last2 aku pun tak pegi tak tahu sebab apa. apa nak jadi aku pun tak tahu. hehehe..

adik dan ella dan iman join marhaban.
esoknya raya ke ketiga aku ke umah ayah pulak. beraya umah sedara mara belah ayah kat parit amal. lepas balik raya tu ayah singgah beli kuih raya lagi. kitorang snap2 kejap la. hehe

si kecik tu asyraf. adik aku yg last sekali. ayah sama. mak lain2.
dan raya ke empat. aku pegi kenduri kawin kawan sekolah aku. lama kot kitorang tak jumpa. tak ingat last jumpa bila. ada la dalam 8-9 tahun jugak la kot. tup-tup dia dah nak kawin dah.

dr fadila dah kawin. dari dia belum jadi doktor sampai dah jadi doktor. baru ni la jumpenye.

raya ke lima encik tunang sama kakak dan abang dia datang. tiada gambar bersama. hahaha.

dan raya ke enam aku pulang ke KL. menjalani rutin2 seperti biasa. kerja..aku nak raya lagi!!!!

p/s: raya sebulan kan...hehehe

17 July 2013

Dah 8 Hari Berpuasa

Salam Ramadhan. sekejap je dah 8 hari kita berpuasa.

Teringat dulu masa kecik2. dalam sebulan tu tak pernahnya nak berpuasa penuh sebulan. ada je yang tak puasanya.

Antara alasan tak nak berpuasa adalah tak sahur. haha. aku le tu.

Tapi bila dah besar ni. kalau tak sahur pun kena teruskan jugak. puasa dibulan Ramadhan kan wajib. rukun islam.

Dulu aku kalau tak puasa aku akan terus terang cakap dengan mak yang aku tak nak puasa.mak pun akan berkata 'Sukahati laaaa...' dan aku pun akan menjadi serba salah untuk tak puasa. hehehe

Mendapat kesedaran untuk berpuasa penuh masa darjah 6. sebab tahun tu kan nak UPSR. hahaha

Makanya, untuk menghidupkan Ramadhan. jom kita memperbanyakkan amalan-amalan dibulan yang mulia ini.

Akhir kata, selamat berpuasa!

p/s: tahun depan puasa dengan encik Suami pulak. InsyaAllah. #gedik pulak rasa.


03 July 2013

Jalan-jalan di Floria

seperti yang semua orang tahu. 22 - 30 June 2013 aritu ada festival bunga di putrajaya. *err..yg tak tahu minta maaf la ye* . aku ajak mak pegi. maklumla. mak kan suka tengok bunga. 

memandangkan masa tu jerebu.kitorang tak pegi la yang awal2 tu. dah semakin lama jerebu pun dah kurang. kitorang pegi la 29 and 30 jun aritu. haha. dua kali aku pegi. sabtu pegi ngan encik Razali. dan ahad bersama-sama dengan bonda tercinta dan adik2. maka. mari kita layan gambar saja la. hehehe.

taman inovasi..bunga tu dari pasu2 kecil

kuih...kuih...beli kuih nak....

.....

tulis disini

orkid dan naga

bunga disana bunga disini..bunga??

naga!!

yok!

sempat menyertai contest rimba mesra..menang! dapat air tin cola tu

booth2 dr sekolah2..aku pilih yg kipas batik tu.

landskap2 dari sekolah menengah

floria!

ruang masuk dia..cantik

jijah dan kawan dia

cuba teka. mana mak saya. hehehe

hehehehe

last but not least


ok. itu sahaja gambar2 yang sempat disnap oleh my handphone. hehe. dan outputnya. mak borong orkid sampai 6 pasu. bagi aku banyak dah tu. dan semua tu tak sampai 100 ringgit pun.hehehehe

13 June 2013

Kepala Yang Nyut Nyut

nyut-nyut kepalaku.

hal ini disebabkan gigi aku yang baru dicabut..*wah..hal ini katenyeee..*

mc seminggu...yayyyyyy! eh tak de la..main2 je..hehe

mengarut saje...

04 June 2013

Candy Crush Saga

pegi mana2 je mesti nampak orang main game ni. fenomena sungguh. 
baru level 100 dah jakun aku nih..muehehe

p/s: dimana saja anda berada...haha

14 May 2013

Bandung!!!


hellooooo!

minggu lepas ke Bandung. 3 hari 2 malam.

hotel yang terpilih adalah Hotel Cihampelas. secara keseluruhannya, hotel ni ok la. ada wifi. kehkehkeh. hotel ni dekat dengan cihampelas mall. area tu banyak yang jual cenderahati. tshirt,keychain,macam2 la. tapiiiiii....aku cuma dapat beli tshirt ngn keychain je. sebabnya duit xbawak banyak pun. hahaha.

hari pertama.

sesampai je airport bandung. dah ada supir yang datang ambil. terus bawak kami ke Hotel Cihampelas 2. sampai pun dah petang. dalam kul5 lebih petang gitu. tibe2 dengar orang mengaji.rupenya dah nak masuk magrib. hohoho. kelam kabut solat asar.

malam tak pegi mana2. masing2 kepenatan. layan tv dalam bilik dan tido.....hehe

hari kedua.

hari kedua merupakan hari shopping. perabihkan duit yang ada. hoho. pegi jalan riau,sempat singgah gedung sate. nak tau gedung sate tu apa? haa... ni..

yang belakang tu adalah gedung sate. kenapa sate? sebab nampak x yang kat bumbung yg macam sate tu. ha..tu la dia satenye. hehe
kitorang shopping kat pekan baru. pergh. kalau aku bawak duit banyak memang dah lama dah aku beli banyak. kat pekan baru aku beli telekung untuk hantaran and telekung tuk sedara mara. entah cukup ke tidak. aku bali yang termampu je. hehe.

kawan2 aku beli kain lace. macam2 corak. tak tertangkap gambo. hehe. sebab teruja tengok kain yg cantek2. hehe.

dan kat sini ada alquran pelangi. murah jee...aku beli masa pesta buku aritu rm95. kat bandung dapay dalam rm45. tapi aku beli terjemaah bahasa melayu,yang dari bandung bahasa indonesia,untuk sedapkan hati aku. hehe.

malam tu kitorang jalan2 kaki ke cihampelas mall. perjalanan nak ke sana banyak yang jual cenderahati. dengan saki baki duit yg aku ada. aku beli tshirt tuk kazen aku. and keychain tu kazen2 kecik2 aku. hehe.

hari ketiga.

check out dari hotel. dalam kul 10 gitu. ke kartika sari dulu. duit aku memang dah kering. tak dapat nak beli apa2 kat situ. anna beli brownis. ada yang memesan katanye.

dan....aku sempat kena saman sebab tak memakai sabuk pengaman(tali pinggan kaleder). sungguh cis disitu. huhuhu..melayang 10 000 rupiah.

dan jam 645 petang. kami sampai ke malaysia. yay!

apa yang aku beli?
alaa...separuh pulak gambonye...tapi ada la sikit2 nampak kan. hehe..tu je yg aku beli. dengan bermodalkan dalam rm500. hoho.termasuk makan dan minum dan tax sekali.sekian..
p/s: lepas ni kemana pulak? hehe

2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...