Nuffnang Ad

21 February 2011

Sambungan Saya Gagal

hai semua~~~ hari ini aku senyum sahaja tanpa sebab. kene paksa senyum. kalau tak nanti tak de orang nak datang meminang. ngee. today kan isnin. maka, mesti ada yang malas2 nak buat keje kan. aku  pun sama. dengan keadaan opis yang agak senyap. kerana tinggal 1orang staff je ngan aku sorang. yang lain cuti. lagu aku pulak asyik rotate lagu yang sama. agak bosan jugak. ngeh2.

ok berbalik dengan entry yang sebelum ni. aku nak sambung la sikit. sebelum pemeriksaan fizikal,pancaindera dan kecergasan ada taklimat dulu. dia bagi borang mintak isi. mula2 dia akan ukur tinggi kita dan berat. then lau dah lulus check penglihatan pulak. then lau lulus dia check tubuh badan. mana tau ada cacat2 ke kan. masa tu kene bukak baju tau. tak kira laki ke pompuan. tapi yg pompuan ngn pompuan la.hehe. dah habis taklimat adegan tungu menunggu la pulak. 

aku dah dapat rasa dari umah lagi yang aku memang tak lepas. dia nak BMI antara 19-26. aku kira2 kat umah BMI aku dalam 26.1. lebih la kan. ditambah lagi dengan keadaan mata aku yang rabun. power spec aku 800++ ok. kiri dan kanan. memang sah2 tak lulus. aku pergi pun sebab nak dapatkan pengalaman. dan juga cuti. hehehe

so bila dah sampai giliran aku kene pemeriksaan fizikal aku pun masuk. oh lupa. sebelum tu ramai jugak yang dah gagal. maka aku memang yakin aku pun gagal pemeriksaan ni. alangkan orang yang tak pakai spec pun tak lepas. inikan aku yang memang pakai spec. 

mula2 dia suh berdiri kat dinding yang ada angka2 tu, ala...masa sekolah dulu ada. ruler yang panjang tu. tinggi aku 1.55 meter. ok lepas. sebab syarat kene 153cm. then timbang berat badan pulak. 63kg. wow! berat seh. hoho. then dia kira2 BMI aku. pakai kalkulator. ada lebih sikit2 kira halal la.. lepas dah BMI. then check mata lak. dia suh bukak spec. wooo. memang sah2 xlepas ni. aku xnampak langsung. aku xnampak rupa semua orang. then xyah nak cakap byk. aku cakap ngn penguji tu. 'saya memang xnampak la encik'. ok dia suh duduk.

masa duduk cik tu tanye. awak ada diploma?aku angguk. awak ada degree? aku senyum . dia tanye 'in making?' aku angguk lagi. dia cakap awak abiskan degree awak pas tu awak mohon gred41. aku angguk lagi dan senyum. hoho. 

lepas dia bg kata2 semangat aku pun keluar. dah terus keluar balik. ngeh3. itu je la. hehe. so. tak sempat la adegan bukak2 baju. hahaha. 

orang kata tak cuba tak tahu. maka aku pun cuba walaupun dah dapat rasa memang gagal. hohoho.

jumpa lagi~~~

18 February 2011

Saya Gagal

hari ini aku rasa macam tak ada mende buat pun. aku dapat kawan baru kat MPM ni. alamak lupa nak tanya nama. hehe. tapi yg aku tau dia duduk Bakri. hehe. ok itu sahaja.

semalam 17hb Februari 2011. aku pergi interview. jawatan pegawai imigresen kp17. masa aku dapat surat panggilan temuduga aku rasa excited la jugak. tapi. bila aku check kat belakang surat tu. ada ujian fizikal la pulak. aku lau bab camtu yang xgemo. dia check penglihatan. aku ni rabun memang tahap serius. lau bukak spec aku memang tak nampak langsung. aku yakin sangat memang tak dapat. tapi dah semua orang suh aku pergi. aku pun pergi la.

maka. nak dijadikan cerita. pagi2 aku dah bangun nak p interview tu. pakai baju sukan. siap cakap ngan atok. lau aku balik ngan pakaian sukan jugak. harap maklum la. gagal. n lau aku balik dengan pakaian baju kurung. 50 % lulus. tapi malangnya aku balik dengan pakai baju sukan. gagal la maksudnya tu. ngeh3.

alamak dah kul 5. time to go home. next entry aku cerita pengalam masa kene ujian fizikal tu ek. daa~~

16 February 2011

Kalau Rasa Marah

"aku dan dia semakin jauh. dia ada kehidupan dia sendiri. aku ada kehidupan aku sendiri. asyik aku je yang mengalah. aku dah tak tahan macam ni. lebih baik aku jauhkan diri dari dia. (ada dia peduli?) aku ada ke aku takde ke. sama je. ramai kawan2 dia yang leh hiburkan dia. hmm. laki pompuan semua ada. aku yang bukan kategori cantik n kurus ni akan berada dipinggiran sahaja ok. dia langsung tak amik port bile aku cakap aku tak nak kawan ngan dia. aku rasa dia suka kat sesorang yang aku kenal. ari tu nampak diorang mesra je komen2 kat fb.ok. aku tak nak fikir pasal dia lagi"

ok. ayat dia atas ditaip dengan hati yang sangat tak matang. ayat2 diatas juga adalah tidak sesuai ditaip diblog. ianya hanya contoh sahaja. aku pun kadang2 lau rasa marah macam nak taip macam2 kat sini. kerana kat sini tak ramai yang baca. kawan2 aku pun xramai yang tau sal blog aku. tapi..sejak perkara ITU. aku dah kurangkan. kalau aku rasa macam nak marah kat sesorang aku main game. sampai game over. tapi selalunya aku cepat je game over. hohoho. 

kalau aku rasa marah aku senyap. kadang2 lau aku marah. aku bebel sampai orang lain bosan, ada je mende tak kene. 

dan selalunya lau aku rasa marah dan rasa tak tenteram aku baca quran pas solat 5 waktu. (mesti ada yang mencemek2 muka kan?) yelah. konon aku baik la ek. 

ok skang aku rasa macam nak buat keje. fighting~~

p/s: orang yang aku admire masa sekolah dah kawin~~

11 February 2011

Hai Lama Tak Jumpa Kamu

hai. rindu la. sy rindu kamu semua. kenapa lama aku tak update blog aku nih? kerana aku sudah bosan dengan ini blog. dan ditambah lagi dengan kerja yang semakin bertambah. ok aku pening. babai~~

p/s: aku rindu dia. serius~~

12 January 2011

Tahniah kepada yang ke 99

tahniah kepada yang telah menjadi follower yang ke 99. sengaja tunggu follower yg ke 99. pas ni nak tunggu follower yang ke 111...hehehehe...we wait and see yaw....

serba sedikit mengenai follower yang 99. nama blog dia http://belogenciksyafiq.blogspot.com/ . 
asal orang kelantan. masih belajar. ok itu je yang aku tau. sila la layari belog dia.hehe.

babai~~

10 January 2011

Sudah Lama Tidak Mencarut..ops..Mengarut

penah ke aku mencarut?haha. kadang2 aku pun xpasan aku ada mencarut. tapi seingat aku la kan,aku memang xpenah sebut yg mencarut2 nih. lau ada pun aku tak sengaja dan bukan diri aku yg cakap. mungkin pada masa itu ada benda yang masuk dalam badan aku. muahaha. lau taip tu ada la jugak. lau sebut tu aku memang takut. bajet baik la pulak aku nih. xder la. aku cuma lau nak mencarut pun sebut siput ke.baboon ke.binatang2 yang bukan najis berat. hahaha. 

jadi apa motif entry kali nih? ok lah. senanrnye aku nga geram, tapi geram sikit2 je. xbanyak. izinkan aku mencarut ala2 sopan sikit kat sini.  

what de fishcake~!@#$%^&*(

ok cukup. sikit2 je. ape mende aku geram sangat nih. aku geram sebab entah. muahahaha. aku pun xtau ape mende aku geram. sampai air kosong yang aku bawak pun dah habis 350 ml dari 700 ml yang aku bawak. ha... aku geram kat kepala aku yang nga pening2 lalat. aku geram sebab ari ni kene bangun awal. hahahaha. sebab dah dua hari bangun kul7. hari ni kene bangun kul 6. haa. mesti ada yang cakap aku ni ntah apa2 la.. tu pun nak geram. eh suka ti la. ngeh3.

then aku nak cite jugak sal ajl semalam. sape yang tak puas hati dengan result ajl25 malam tadi angkat tangan. eh xnampak la. sila tinggalkan komen kat bawah je la. ngeh3. aku senarnye tak kisah pun sapa2 yang menang. ok la jugak kot ana rafali menang. myb juri nak cari kelainan tuk ajl kali nih. jadi apa2 pun kira ok2 je la result kali nih. hehe. bukan aku xsuka ye. cuma aku lebih suka lau black yang menang. ngeh3. ye betul aku peminat black dalam diam. muahaha. takpe2 ada jugak dia menang semalam. 

then semalam jugak ada perlawanan bola MU vs liverpool. aku xminat bola pun. dah kawan aku dok tengok semalam. jadi aku pun tau la sikit2. dia cakap MU menang. ok la kot. 

ok time tu work. back to the position. hehe.

p/s: ada pegawai dari bank rakyat masuk sini promote kredit card. nama shafik. manisnye muka dia. ehehe. xpuas pandang. hoho. fuh! dugaan~~

07 January 2011

Semalam Adalah 6 hb Januari 2011

haha. nak tau tak pada tarikh diatas tu kan. adalah hari lahir sy yang ke 24. memandangkan aku dah berumur 24 tahun. aku nak jadi matang. hehe. harap2 tahun ni aku dapat keje yg bagus. dapatlah aku bayar sikit2 hutang2 ptptn. dan dapat la bertemu jodoh yang sesuai dengan diri aku. aminn...

ok sambung next week pulak. babai~~~

2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...