Nuffnang Ad

16 November 2011

Snap..Snap..

sejak akhir2 ni aku suka snap2 guna kamera macik aku. haha. dan aku berazam nak beli satu. yang seken pun jadila.. muahaha. antara percubaan aku adalah seperi di bawah ini. taraaaa...


pre konvo 1.
pre konvo 2.

pre konvo 3.
 gambar di atas adalah sebelum real konvo. kitorang ada buat konon2 shoot. lokasi kat taman seribu bunga. test2 je banyak juga shoot. tapi ni je la yang aku letak.

at afamosa punya dinding.

aku suka kombinasi kaler dia.hehe

at dataran pahlawan.

beg konvo aku dengan bear yang wani bagi.hehe

rakan yang banyak bantu aku dalam arena shoot menshoot ni. hoho

08 November 2011

Sawahring

5 November ari tu aku pegi shoot. sawahring! korang tau kat mana? kat johor. daerah ledang. yang dulunya adalah daerah muar. aku ni baru2 je nak belajar shoot. pernah la jugak pegi bengkel dari canon. tapi sijil tu atas nama makcik aku. ilmunya. aku yang dapat sebab aku yang pergi. hoho. masalahanya aku ni cepat lupa. banyak2 yang aku belajar tu, hanya 1/10 je melekat kat otak. 

tak yah cakap banyak. aku tepekkan je la gambarnya. 

bangau terbang!

bayang2

pokok kelapa
ini je la yang aku rasa gambar terbaik. walaupun ianya simple. tapi ok la kan. bagi aku yang masih baru ianya ok kot. tehee.

notakaki:pas ni aku update gambar yang aku rasa aku suka dengan canon 550D makcik aku...

02 November 2011

Lelaki Yang Hensem Adalah....

salam semua~~ today i want to post about handsome..hoho. ramai yang hensem2 kat dunia ni, tapi pada pendapat aku. lelaki yang betul2 hensem dari pandangan mata aku adalah...taraaa

lelaki yang tak tinggal solat.kenapa ek aku cakap camtu. sebab tak guna juga kalau dia hensem tapi dia buat endah tak endah je pasal solat. ok la..ada jugak yang jenis lambat2 solat. yang penting dia solat kan. yang lagi penting dia ingat Allah.

seterusnya lelaki yang hensem adalah lelaki yang tak merokok. haha. seyes ni. lelaki yang tak merokok akan mempunyai wajah yang bersih. erk. yeke. iye la kot. hoho. bibir orang yang tak merokok nampak lebih sekso seksi you..ouch~

and point last. lelaki yang hensem adalah lelaki yang suka bersenam. bersenam akan menguatkan badan. dan akan nampak lebih sihat dan segar. hehe..

ok. ada sapa2 yang memenuhi ciri2 diatas? teheee..ada sapa2 yang membangkang tak? ini cume pendapat aku je.

notakaki: walaupun dia hensem kalau dia merokok pun macam tak berseri je wajah. aku mencari nur~~~!hoho

17 October 2011

Dah Boleh Kira Hari

isnin. lagi 5hari. persediaan. cuma baju dan kasut sahaja. yang lain2 belum fikir lagi. sekian..

notakaki: harap2 semua berjalan lancar~

07 October 2011

Agak2 Dah Berapa Banyak Dah Aku Makan

terus menuju ke point sebenar..sana sini orang kata itu tak halal,ini tak halal.itu ada kandungan babi..ini ada lemak babi.ok aku terima semua itu. dan lepas aku akan tak makan la itu semua. tapi bila fikir2 semula, dulu kan aku makan. maka dah ada bapa banyak babi dalam badan aku nih. astagfirullah..

maka, jika semua itu tak boleh makan..kita makan aje la buah-buahan yang segar2 dari ladang. tehee..

p/s:hanya Allah yang tahu...

02 October 2011

Kita Ada Ikan Biru

hello sayang2 semua. tehe. just straight forward ok. jumaat lepas aku beli ikan. ikan laga. baru2 nak bela ikan. untuk permulaan aku beli ikan laga dulu. cari ikan with my sazzy kat bukit gambir. dari dia la aku tercetus nak bela ikan. macam tenang je tengok ikan ni. dia pun beli ikan juga. dia dah ada banyak ikan. and ada akuarium besar. aku belom mampu lagi nak beli yang besar. beli yg comel2 je. hehe. masa beli ngan dia aku beli yang ni.
umah ikan untuk malam pertama
then semalam aku p jalan2 kat tesco ngan family aku. jumpa plak umah kaca untuk ikan biru aku tu. maka tanpa pikir panjang terus beli. harga ok la juga. rm5 kat kedai rm5. then mak aku suh tambah bunga plastik. ah. beli je la. mak aku yang punya duit. then sampai umah terus tukar umah tuk ikan aku. maka malam td dia duk umah kaca la. nampak besar ikan aku.tehee

see..ada bunga tau..

ikan biru aku dari pandangan atas

nampak besar kan...hehe
jadi lepas ni aku plan nak beli ikan lagi letak kat umah biasa dulu...then dah besar sikit baru aku beli akuriunm besar sikit..hehe..nampaknya mak aku menyokong sepenuhnya atas niat aku ni. hehe

p/s: kalau nak bandingkan ikan ngn kucing. ikan lagi senang nak jaga kot, tehee

14 September 2011

Sabtu & Ahad Yang Sangat Pantas Berlalu

sabtu dan ahad yang lepas iaitu bersamaan 10hb september 2011 dan 11hb september 2011 aku bersama-sama famili aku pergi berjalan-jalan. yang sebenarnya hantar adik aku ke USM,penang. perjalanan bermula sabtu petang, jam 5.30petang bergerak dari rumah atok di serom 2B. yang menyertai aktiviti ini adalah aku, mak, adik jijah, abang gaban dan sudah semestinya budak gembeng, yan. 

check point pertama rumah pakcik aku kat taman keramat permai,KL. sampai dalam jam 8.10malam. walaupun agak penat. mak ajak jalan-jalan. mak cakap " mak teringin nak naik LRT". maka lepas solat magrib kami siap-siap untuk berjalan-jalan sekitar KL. tapi tidak la sekitar sangat. memandangkan yan nak cari capal tuk perbarisan merdeka dia. kami memutuskan untuk ke masjid jamek. maka, kami pun bergerak dari stesen LRT setiawangsa - masjid jamek, dengan harga rm2 seorang. sampai sana dalam jam 915malam. banyak kedai dah tutup. last-last cari kat mydin je. yang aku rasa kalau cari kat melaka pun boleh. huh! bajet kul10 dah balik. tapi betapa pantasnya kami. kul 10malam dah sampai rumah pakcik aku semula. pantas tak pantas. siap beli satey yang harga secocok 60sen. glup! teringin punya pasal beli la jugak. sampai je rumah. hujan turun selebat lebatnya. syukur dah sampai rumah.

aktiviti tidur dan esoknya kami bangun jam 5pagi tuk meneruskan perjalanan ke penang. sepantas kilat kul530 dah siap dan kami berangkat ke destinasi asal. tak banyak perkara yang berlaku. hanya dengkuran yang aku dengar. nasib baik ada mak aku temankan aku. kalau tak memang dengan aku sekali join. sebelum sampai ke penang, lebih kurang 3 tempat juga kami berhenti. iaitu, berhenti solat subuh & sarapan, berhenti untuk buang segala-gala air,berhenti isi minyak. ha cukup la tu 3. sampai penang dalam jam 11 pagi. 

setibanya kami di penang terus ikut signboard USM. sememangnya aku sudah hampir 3 atau 4 kali ke sana. tapi masih tak ingat jalan. cuma yang latest ni aku sudah tahu jalan pintas ke USM tanpa ikut signboard USM. eh itu yan yang cakap. kata pintas. tapi kami cari jalan tu tak macam pintas pun. after that, dah siap-siap punggah barang yan masuk hostel. seret dia sekali pergi jalan-jalan cari jeruk. ya. itulah tujuan asal aku nak hantar dia ke USM. jeruk! aku nak makan jeruk banyak-banyak. tapi duit cukup-cukup tuk aku sorang. yang mengirimkan jeruk mungkin lupa untuk bagi money kepada kami. maka, dahalukan money aku & mak aku. 

dah agak-agak beli jeruk stok setengah bulan. kami pun balik. hantar yan ke hostel dulu. sempat la juga gaduh-gaduh cari jalan keluar nak ke USM. tapi biasa la. pakar redah ni takkan berputus asa ok. dah sampai hostel yan rasa macam sedih la pulak. tapi bila mengenangkan perangai dia yang gedik-gedik tu rasa nak cepat-cepat nak tinggalkan dia. haha. 

jam 130petang kami berangkat pulang ke johor. sepanjang perjalanan pulang tiada perkara yang best yang boleh dikongsikan. semuanya kepenatan maka tidur sepanjang perjalanan. cuma aku yang jadi supir ni tahan ngantuk je la. sempat la jugak aku makan jalan orang sebelah. nasib baik tak kene hon. hoho. sampai serom jam 10 malam. sekian itu sahaja ceritanya. 

notakaki1:saje taip macam budak2 sebab aku kan masih budak. muehehe..

notakaki2:tiada gambar kerana sepanjang perjalanan kami hanya menikmati dengan mata. hoho

2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...