Nuffnang Ad

13 February 2012

Setiawangsa Ke Subang Jaya

sabtu ari tu aku try test la ke subang jaya. nak kira masa dri setiawangsa ke subang jaya amik masa berapa lama. bila dicongak2 ada la dalam sejam setengah jugak. tu belum kira tunggu bus lagi. mau 2 jam kot. nak tak nak aku memang kene cari umah sewa berdekatan area sana atau aku kene bawak moto. pergh bawak moto kat KL. macam aku tau jalan je kan. tapi lau nak banding moto ngan kete aku pilih moto rasenye. aku ni jenis tak sabar. so nak menempuhi kereta yang banyak tu. memang sadis kot. lagi2 kawasan yang nak aku pergi tu kawasan jem. 

itu cerita pergi. balik pulak satu hal. tunggu bus punya la lambat rupanya memang bus tak lalu situ. kena la menapak jauh sikit. sanggup ke aku ni sebenarnye ni? ikhlas ke tak? tu la aku nak request driver tuk aku pergi dan balik ke sana boleh tak? haha

p/s: ye. anda sudah berjaya mendapat apa yang anda mahu. nah ambikk!

10 February 2012

Lari?

dulu masa kami kenal hujung sem. dia habis belajar aku pun abis belajar.

aku sambung belajar disini. dia mula kerja disana. maka berjauhan la kami.

then terputus hubungan kami ditengah jalan. terkapai2.

sepi lama.....

..
..
..

sekarang aku sudah bekerja disini. dia pulak berhijrah ke tempat lain iaitu disana.

tanda2 itu sudah ada dari permulaan kenal. tapi...entah..

benarlah. bukan jodoh kami.

sekian..terima kasih

p/s: belum ada yang boleh ganti dia. maaf entry jiwang. hihi

08 February 2012

Vanilla Coklat

ramai kot yang layan vanilla coklat kat tv3 ni. termasuk aku. semalam pas abis cite tu semua dok buat status kat FB episod malam tadi sweet sgt. aku hampir2 buat status begitu juga. tapi aku bantutkan niat tu. sebab? entah. cukup la aku baca je.

sejujurnya aku suka tengok cite tu sebab pelakonnya yang comel n hensem la. haha. ditambah jalan cerita yang agak menarik.  

maka apa yang aku nak sampaikan sebenarnya? aku cuma nak cakap vanila coklat best. itu je. tehee.

p/s: ada lagi tak 'amir asraf' untuk aku? tehee

03 February 2012

Lesen Mati Ikut Tarikh Lahir

ni aku nak bagitahu cerita dah lama la jugak. awal bulan 12/2011. hari tu aku bawa motor dan kereta dengan keadaan lesen yang sudah mati. pergi melaka pulak tu. lupa nak tengok lesen lesen. main redah je. tehee. then esoknya aku minta tolong ayah hidupkan lesen aku. sebab lusanya nak pergi pahang pulak. so tergesa2 la hidupkan lesen. hoho. 

maka, selepas aku dapat balik lesen. aku tengok tarikh. eh. kenapa tahun 2013 mati. bukan patutnya 2012 ke. sebab aku hidupkan akhir tahun 2011. then aku bagi balik kat ayah aku lesen supaya betulkan balik. ayah aku pun amik dengan muka yang macam pelik. sebab bayar tuk setahun je.siap check kat resit bayar tuk berapa tahun. hampir2 nak pergi balik. ayah aku tengok balik lesen aku. eh 6/1/2013. bukan ke 6/1 tarikh lahir aku. dan2 tu aku baru la ingat. sekarang lesen mati ikut tarikh lahir kita. betapa jakunnya aku masa tu. haha. 

sekian. teheee

p/s: kalau lupa jugak nak hidupkan lesen aku pun tak tahu la. tehee.

02 February 2012

Khamis

yay!..dah jumpa khamis balik..hehe. semalam hari wilayah. maka cuti. so ari ni datang kerja dengan perasaan yang sangat malas. lagi2 la pulak esok jumaat. mood nak balik je la. haha.

so. harap2 hari ni bertambah baik dari semalam. bila fikir kene pergi subang jaya. aku jadi sangat la malas. bukan sebab kerjanya. sebab jauh. aku ni mana tahu jalan area sini. kan best kalau ada kawan pergi sana. hoho. ni baru betul2 mencabar ni. tu la masa interview hari tu gatal cakap nak kerja yang mencabar. hehe.

apa2 hal pun harap2 aku boleh buat yang terbaik. untung2 boleh jalan2. hehe. huh! jalan2 sorang2. memang tidak seronok. 

ok. selamat memulakan kerja! fighting!

p/s: teruji dan teruja. dua2 sekali.

31 January 2012

Hari Ke Lima

semua tanya aku macamana dengan kerja? ok x? suasana macamana. bagi aku ok je. yelah baru 5 hari kan. lainlah kalau dah sebulan kerja. tapi tengok staff kat sini semua ok. so aku simpulkan semua ok2 je la..

hari first aku datang (masa interview) aku dah tertarik dengan design office ni. ada hiasan ayat kursi. orang lain nampak biasa. tapi aku yang sebelum ni banyak kerja dengan orang cina aku rasa tenang. 

then hari first aku masuk kerja. aku diperkenalkan dengan semua staff yang ada masa tu. ok masa ni aku boleh kira berapa orang yang ada ye. semua sekali ada dalam 5-6 orang. dari tingkat 1 sampai 3. haha. yang lain mana? depa pergi site. dengar pergi site aku dah terbayang eh macam arkitek plak. tehee. 

then aku dapat meja ngan pc sebijik. petang sikit bos datang. tanya aku. eh praktikal ke? aku geleng2 kepala. dia tanya staff ye? aku angguk2 kepala. then dia tanya projek apa. projek?? apa mende projek aku ni? aku tak tahu projek apa. sebenarnya puan nora iaitu HR kat sini dah bagitau projek aku dah. cume aku lupa. yelah2 mengaku la melayu mudah lupa. tehee. then bila dah tahu projek bermula lah kerja2 aku.

sekarang aku pun belum start buat kerja. maka. mari kita berpoco2. hoho

babai.

p/s: tak tahu status aku sekarag. kata ada meeting. tapi dah hari ke5 xnampak batang hidung meeting pun. tidak mengapa. saya suka. tehee

30 January 2012

Hanyut

aku hanya sempat tengok sampai lagu sungai lui..selepas itu aku dah hanyut...haha..

dari apa yanga ku tonton. ok la. mula2 agak kagum dengan hujan yang jatuh then ada air kat bawah tu...tapi tak lama pun kekaguman aku. sebab aku tak dapat tahan mata. lalu aku tidur tanpa menghiraukan AJL itu. 

tapi walau camne sekalipun. aku nak tahu perkembangannya juga. bangun pagi2 terus tanye ila (cousin) sapa yang menang. then yang menang adalah no 1 Awan Nano,no 2 Beribu Sesalan dan no 3 Karma. Vokal terbaik hafiz awan nano n persembahan pula Alyah kisah hati yg menang.

ok .dah tahu sambung tido balik. tehee..

p/s: tak teruja sgt nak tgk sebab baru balik dri Melaka. program silat. tak penat tapi cuma tak tahan mata dari  terlelap. hoho

2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...