Nuffnang Ad

23 October 2012

Excited!

aku tau ada dalam 2-3 hari lagi...tapi aku tetap nak ucapkan....

selamat hari raya aidiladha..!

selamat hari raya haji...!
 
selamat hari raya korban...!

jom balik kampung ramai2....yahoo!

p/s: raya sama2 dgn si kembar sy...yay!

18 October 2012

Si Kembar

berangan-angan. kawin dengan kembar nanti dapat anak kembar. haha

boleh tak? hahaha

05 October 2012

Aku Sedang Belajar

pheww~ lama tak menaip kat belog aku nih. maklumlah projek sekarang tahap kritikal. walaupun aku hanya picisan je kat projek nih.

keje malam memang sangat tak best. siang tido. malam keje. macam keje kilang dah aku rasa. hal ini adalah disebabkan waktu siang server ada banyak gangguan.

dan yang aku excited nak cerita kat sini adalah.....

dikesempatan ini, aku nak minta kamu2 mendoakan saya supaya akan kawin tahun depan. err..calon dah ada.*malu*. kami sedang dalam proses kumpul duit. haha.

dan aku dalam proses belajar memasak. nasib baik dia tak cerewet bab makan. dan tak banyak makan sangat. hehe.

pencarian tamat.

p/s: kalau ada jodoh ada la. tak gitu ustaz?

24 September 2012

I'm a big girl

aku adalah budak perempuan yang besar. err.. aku translet je tajuk diatas. hehe. lama dah kot aku tak mengarut kat sini. maklumlah. busy woman...muahaha..

seyes. aku memang tak ada masa nak buka blog. buka pun sekadar macam angin lalu je. pas tu tutup. aiseh. nak kata busy gilee..tak ada pun. cume masa untuk semua ni tak ada. lebih tumpu kat mende lain.

dan dalam kebusyan ini juga. aku belajar satu perkara. iaitu kesabaran. sabar itu sebahagian daripada iman kan. 

dan juga, aku dapat rasakan aku sudah semakin matang. i'm a big girl. yay!

p/s: merancang apa yang dirancang. hoho

03 September 2012

Tak Tahu

pagi tadi mengadu nasib kepada seseorang. tapi aku pulak yang dibrain washkan nya.

kesimpulannya. sila la sedar diri sikit cik aziati woi. mood aku hari down gila. sangat!

aku cepat sayang orang. itu kelemahan aku.

dan aku berikrar. tak akan percayai mana2 orang pun lepas ni. semua orang sama.

terima kasih.

p/s: aku memang nampak desprate sangat. tapi aku bukan jenis yang belasah semua perkara. sebelum buat aku ada pikir juga. *sigh*

24 August 2012

Amik Kau!

dok belek2 muka depan cermin. sedang aku membelek2 wajah yang tidak secomel dulu ini, mata aku tertumpu bintik2 merah di pipi kanan.

ceh! time aku nak melaram ni la dia muncul. macam mana nak sorok ni. tenyeh bedak2 tebal kang nampak tak natural la wajah aku nanti. muahaha.

tak guna punye jerawat. nak picit kang berbekas. orang kata jangan picit. nanti ada parut.

dan keesokkannya aku belek lagi wajah aku yang sudah hampir dimamah usia ini. dan...

ada lagi!! cis! ingatkan dia boleh menghilang begitu sahaja. hehe

aku redha. mekap ala kadar dan pergi kerja dengan hati yang kecewa.

dan sekarang. tangan aku dok gatal2 nak memicit2 jerawat. argh!!! amik kau.

lantak la nak parut ke apa ke. puas hati aku. muahahaha. sampai nangis2 picit jerawat.

p/s: ada tak lelaki yang tak kisah kalau bini dia tak pandai masak macam aku? errr..teheeee

22 August 2012

Raya Yang Sangat Pendek

aku dah start keje!!! sungguh sangat tidak best. tahun ni paling sekejap je kat kampung...serius memang malas sungguh nak balik kl. 

aku dapat duit raya lagi wey..ahaha..dan aku lebih banyak bagi duit raya kepada budak2. excited! muahaha..

jumaat ni balik kampung lagi. yay!


2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...