hai readers. post sebelum ni aku ada post pasal diy keychain. post kali ni pulak aku nak kongsi kat mana aku selalunya cari kain felt ni.
dulu2 masa mula2 aku nak berjinak2 dengan kain felt. sorang teman mencadangkan beli kat Daiso. aku pun beli la yang pack dah siap2 potong kecik2 tu.
pas tu disebabkan rumah aku jauh nak pergi Daiso. sebab umah aku kat kampung. Daiso selalunye kat kawasan bando je. aku pun try la search kat internet yang jual online. banyak gak aku jumpe. tapi aku suka beli kat Susndfelt ni. sebab senang. dah siap borang. lama2 aku pun dah biasa beli kat website ni.
aku jugak penah beli kat area jln TAR. aku tak ingat apa nama kedai dia. lau tak silap sebelah dia ada kedai jual2 kain. eh situ mmg byk kedai jual kain. teheee. kat situ ada banyak pilihan kain felt. dia jual ikut meter. aku tak penah beli felt kat situ. aku beli butang2 je.
nak cakap sal butang2 pulak. aku suka tengok butang2 kat blog cik yaya ni. banyak butang2 yang lawa2. aku suka.
dan baru2 ni. aku pegi jalan2 kat Kenanga. KWC. dia berdekatan dengan stesen Lrt Chan Sow Lin. nama kedai dia lau aku tak silap aniwasabi. kedai dia kecik je. boleh la nak beli felt dan butang2 dan macam2 lagi yang untuk hias tu. sekarang ni ada promosi. dia ada website gak. boleh klik sini.
tak silap aku lau nak cari felt kat kedai2 yang jual peralatan hantaran pun ada jugak. sebab kat area kampung aku kat Bukit Gambir pun ada. tapi tak banyak pilihan la. sikit je. tempat lain maybe banyak kot.
dan..ini je la yang dapat aku bantu. hehe. maybe ada tempat lain yang korang lebih tahu. leh la share ngan aku. hehehe
p/s: aku fobia dengan myvi purple sekarang..*sigh*
Nuffnang Ad
13 March 2013
19 February 2013
Keychain Love
dah siap dalam 12 biji keychain kot. ni dia sebahagiannya...taaraaa...
satu malam aku akan jahit paling byk pun 5biji. dah 3 malam aku ngadap mende ni. mende ni dah siap gunting dah sebelum ni. rujuk entry aku yang ini. dan baru2 ni aje aku nak mulakan balik. dah dapat semangat baru. hehe.
bila dah banyak2 macam sayang pulak nak bagi orang. hehe.
hanya yang datang majlis kahwin aku je yang dapat nanti. hehehehe.
buat sendiri tau.
cara2 nak buat senang je.
sediakan je bahan:
kain felt keras atau lembut.
keychain.
fiber atau kapas.
reben.
jarum.
benang.
butang or manik or brad untuk hiasan.
cara-cara:
1. lukis gambar love atas kain felt. or nak lukis apa2 pun. terpulang. pas tu gunting.
jadilah macam ni. setiap keychain memerlukan dua lapis. satu depan dan satu belakang.
![]() |
| yang dah siap gunting |
2. pas tu jahitkan butang or manik or brad kat kain felt yang dah dipotong tadi kat dua2 belah bahagian.seperti gambar alamak gambar tak ade. jahit ikut kekreatifan masing2 la ye.
![]() |
| jahitkan butang untuk hiasan |
3. gunting reben kecik macam dalam gambar kat bawah tu dan jahit kat dalam kain felt(bahagian dalam kain felt) or mana2 tempat yang korang nak buat tempat gantung tu. masukkan sekali ring keychain itu.
![]() |
| reben kecil dan ring keychain |
4. jahit tepi2 kain felt itu supaya ianya bercantum.
![]() |
| jahitan apa aku tak ingat nama dia.yang ni bahagian belakang |
![]() |
| yang ini bahagian depan |
5. bila dah hampir siap menjahit. masukkan fiber atau kapas. then jahit semula sampai abis.
6. dah siap. hehe
selamat mencuba. aku akan sedaya upaya upload gambar lain kali ye. hehe
12 February 2013
10 - 2 - 2013
akhirnya semuanya berjalan lancar. syukur. cincin dah selamat dah aku pakai. taraaa...
pas ni step seterusnye. semoga semuanya dipercepatkan dan dipermudahkan. amiin. layan gambo je la..tehee..
dah..sekian. tu je la gambonye. yg penting2 saja. thanks kepada yang datang. to my bff.. thanks for the cake. nyummy2. hehe..
p/s: majlis ni nampak simple dan nice kan? tehee...tenkiu mak! love u!
pas ni step seterusnye. semoga semuanya dipercepatkan dan dipermudahkan. amiin. layan gambo je la..tehee..
| dari pihak lelaki kepada perempuan. |
![]() |
| dari pihak perempuan kepada lelaki. |
| family pihak si lelaki. |
| family si pihak perempuan. ada campur yg lekaki sikit. tehee |
| sedap uol kek ni. nak lagi!!! |
| kite doakan my bff pulak pas ni..amiin.. |
21 January 2013
DIY Keychain Love
15 January 2013
Checklist Untuk Majlis Tunang
kami plan 5 dulang balas 7 dulang. so antara checklist untuk hantaran kami adalah:
dari pihak perempuan kepada pihak lelaki.
kisah mencari cincin:
kitorang konon2 nak pegi survey2 je kat area jalan TAR. bajet cincin murah2 and cantek. sebelum tu aku ada survey and baca2 belog2 B2B jugak. kebanyakan cakap kat area situ dorang cari. so, aku pegi je la. cari punya cari,tak jumpe yang bekenan dihati.huhu.tup2 lain yang dicari lain pulak yang kitorang beli dulu. ternampak SALE kat jakel. aku tarik dia masuk. tengok2 dan belek2 dari tingkat ke tingkat. sampai la ke tingkat tuk baju pengantin. WHOA! dipendekkan cerita beli la set baju laki dan perempuan disitu. end.
eh belom. ini kisah cincin bukan kisah kain. pasal cincin kitorang dah giveup. kitorang pegi masuk ke Semua House. konon2 nak p round2 untuk bekas2 hantaran. dan on the way ke tandas jugak sebenarnya. tengok kanan ada Poh Kong. belek2 dari cermin luar je. aku geleng2. then kitorang teruskan perjalanan. nampak Emas Sri Pinang. try la tengok ada best ke tak. pulak tu tukang layan tu ramah pulak. kitroang pun duduk la belek2 cincin yang ada. banyak jugak pilihan. tapi mahal sikit dari yang kat luar2 tadi. bagi aku masih under bajet la. dia pun kata ok. aku pun ok la. hoho. beli. done. terus terbantut nak pegi tandas. muahaha.
so, sekarang cume nak cari sampin and songkok dia. duit dia dah abis. kali ni duit aku pulak.adoi! plan nak cari kat terengganu. entah la. hoho.
lepas ni aku update lagi. hehe.
p/s: semoga semuanya dipermudahkan...
dari pihak perempuan kepada pihak lelaki.
kain untuk nikah.sampin & songkok.- sirih junjung.
- kek.
gula/coklat @ jajan.- buah.
- bunga rampai/potpuri.
kain untuk nikah- tepak sirih/sirih junjung.
cincin.- kek.
- buah.
kisah mencari cincin:
kitorang konon2 nak pegi survey2 je kat area jalan TAR. bajet cincin murah2 and cantek. sebelum tu aku ada survey and baca2 belog2 B2B jugak. kebanyakan cakap kat area situ dorang cari. so, aku pegi je la. cari punya cari,tak jumpe yang bekenan dihati.huhu.tup2 lain yang dicari lain pulak yang kitorang beli dulu. ternampak SALE kat jakel. aku tarik dia masuk. tengok2 dan belek2 dari tingkat ke tingkat. sampai la ke tingkat tuk baju pengantin. WHOA! dipendekkan cerita beli la set baju laki dan perempuan disitu. end.
eh belom. ini kisah cincin bukan kisah kain. pasal cincin kitorang dah giveup. kitorang pegi masuk ke Semua House. konon2 nak p round2 untuk bekas2 hantaran. dan on the way ke tandas jugak sebenarnya. tengok kanan ada Poh Kong. belek2 dari cermin luar je. aku geleng2. then kitorang teruskan perjalanan. nampak Emas Sri Pinang. try la tengok ada best ke tak. pulak tu tukang layan tu ramah pulak. kitroang pun duduk la belek2 cincin yang ada. banyak jugak pilihan. tapi mahal sikit dari yang kat luar2 tadi. bagi aku masih under bajet la. dia pun kata ok. aku pun ok la. hoho. beli. done. terus terbantut nak pegi tandas. muahaha.
so, sekarang cume nak cari sampin and songkok dia. duit dia dah abis. kali ni duit aku pulak.adoi! plan nak cari kat terengganu. entah la. hoho.
lepas ni aku update lagi. hehe.
p/s: semoga semuanya dipermudahkan...
08 January 2013
Imbas..imbasan
hahaha.. tetiba aku rasa nak baca blog aku masa mula2 aku berkecimpung dalam dunia belog ni.
macam entah apa2 entah. sungguh memalukan. nak buang post2 semua tu macam sayang. sebab boleh tengok perubahan dari masa ke semasa. hehe
itu sahaja..sekian.hehe
06 January 2013
26!
![]() |
| print screen dari google kat laptop aku |
hari ni genap umur aku 26 tahun. Alhamdulillah..aku masih hidup.
sepanjang arini aku hanya menghabiskan masa aku dengan pergi ke kursus kahwin. best! tak sabar dah nak kawin ni. tehee..
so. sempena tahun baru, umur baru..err...dapat la aku kawin tahun ni. nak anak ramai la katakan. hoho.
doakan aku ye kawan2 yang aku sayang semua. hehe.
dan...yang paling aku terharu. ayah aku wish aku.ayah aku masih ingat waktu aku lahir iaitu jam 10.01 pagi.
sob..sob
hehe
hey!!! aku dah 26 la. bila nak matang entah
p/s: persiapan untuk bulan 3..yay!
Subscribe to:
Posts (Atom)
2 Hari 1 Malam di Cameron Highland
8 & 9 September 2018 Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...
-
hehe..sudah lama aku nak ada printer yang ada scan2 ni. hoho. excited betul bila sudah ada printer di rumah sendiri. actually sebelum ni pun...
-
salam sehati sejiwa..heh! kurang lebih seminggu kita akan menyambut hari merdeka. tujuan aku menulis post kali ini bukan untuk meng...
-
hai readers. post sebelum ni aku ada post pasal diy keychain. post kali ni pulak aku nak kongsi kat mana aku selalunya cari kain felt ni. ...








