Nuffnang Ad

02 January 2014

Berakhirnya 2013

2013........

banyak yang berlaku sepanjang tahun 2013...

suka..duka..

semua ada...

kenangan manis...

kenangan sedih...

babai 2013...

yang pergi teruskan pergi...

kita yang masih bernafas teruskan amalan ...

kerjalah seolah2 kamu hidup 1000 tahun lagi..

beribadatlah seolah2 kamu akan mati esok hari...

nota: azam tahun lepas dah banyak yang terlaksana...kerja...kereta..suami..harap2 lepas ni dikurniakan cahayamata...amiin

27 November 2013

I'm Married!

akhirnya selesai jugak walimah aku. pheww~~ lega. tepek gambo kawin sajo la..

kena beso sikit gambo kawin ni.. 
kisah gambo ini. zohor dah nak abis waktu. so solat dulu. cuci semua mekap dengan shampoo yg ada kat bilik air masjid. lepas siap solat. cincai2 pakai crown tu tanpa pin..nah..ini la hasilnya. lawa jugak.ngehngehngeh

14 November 2013

Baju Melayu ala Coat Untuk Dijual

cantik dan selesa

sepasang.
baju di atas adalah untuk dijual. kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi saya melaluii email. annur_aziati@yahoo.com atau aziatizolman@gmail.com.

keterangan mengenai baju:
baju melayu ala coat.
warna Light Peach.
jenis kain : Duchess (sangat sejuk dan selesa)
saiz M.
Harga :RM250

*baju ni hanya pernah dipakai sekali sahaja oleh pengantin.

p/s: sapa cepat dia dapat. murah2...kain duchess tuuu...sejuk je bila pakai...

28 October 2013

Borang nikah dan Temudaga

hari ini aku g anta borang nikah. cuak la sebab ada temuduga sikit kan. malam tu bukan main aku ulang kaji bab2 munakahat. boleh rujuk kat sini.cuak punya pasal. hehe.

pagi2 dah gerak nak g pejabat agama ledang. sampai je terus anta borang kat kaunter. kakak kat kaunter tu tanya aku. aku ni anak encik Zolman ek yang keje kat pejabat agama muar tu ke. aku angguk kepala2 saje. sambil senyum2 sambil berdoa dalam hati nanti tak payah la dia soal aku macam2 masa temuduga nanti. kihkihkih...

pas tu akak tu suh ikut sorang staff ni untuk ditemuduga. punya la debo nak g anta borang dari umah ni tadi. sekali dah masuk dalam bilik tu orang tu tak tanya2 pun. dia suh isi butir2 dalam borang temuduga tu. pas tu dia tanya antara perkara2 disenaraikan tu mana yang tak paham. aku sebut la toharah. pas tu dia bagi tahu maknenya iaitu bersuci. pas tu dia tanda lulus terus. lega~~

pas tu g kat kaunter tu semula. bayar rm20 pas tu dia bg borang warna pink suh bagi kat Imam Othman bin Sungip iaitu imam kawasan aku la.

setel.

lega rasenye mende ni dah setel. tunggu hari nikah je. 

kepada kawan2 yang baca disini. saya menjemput kamu2 semua datang la ke majlis saya nanti ye. 23/11/2013. 

pelan ke rumah pengantin

jemput datang~~
notaibujarikaki: nak kawin dah aku ni ye?

20 September 2013

Ujian Saringan HIV

Untuk melengkapkan dokumen2 kawin. kena ada keputusan ujian saringan HIV. so, meh aku kongsi la sikit dari start nak buat appoitnment sampai la ujiannya selesai.

pertama2 sekali. aku cari klinik yang berdekatan dengan rumah. dan aku ada survey2 jugak kat blog2 no telefon untuk membuat temujanji.

boleh rujuk disini ---> senarai klinik klinik di Kuala Lumpur

memandangkan dalam senarai tu yang paling dekat dengan rumah adalah Klinik Petaling Bahagia. aku pun plan la dengan encik Tunang nak pegi walk in je. tapi sebelum tu call dulu untuk nak bertanya apa2 yang patut.

tapi, tak boleh walk in. nak buat appointment by phone pun dia tak terima. maka, kami pun datang la ke klinik tu untuk membuat appointment. satu hari dia terima 5 orang je untuk membuat ujian saringan hiv ni.

so, bila sudah tiba masa appointment tu, kitorang pun datang la. 

mula-mula kena isi borang. borang laki & borang wanita tak sama. dah siap isi semua bagi balik kat kaunter then bayar rm1. proses ni sebab kami tak pernah pegi klinik tu sebelum ni.

dah siap kat kaunter tunggu nombor giliran naik. dia check tekanan darah tinggi, berat, tinggi tuk lengkap borang tu.

pas tu tunggu lagi untuk ujian saringan hiv pulak. bila dah panggil masuk bilik untuk dicucuk jari, duduk diam2. sebab dia nak bagi kaunseling sikit. dia tanya apa yang aku tahu pasal hiv dengan 3 perkara. 1. bagaimana ianya berjangkit. 2. boleh sembuh atau tidak 3. kalau kita disahkan hiv positif, apa tindakan kita. 

so aku pun jawab pung pang pung pang. dan rupanya pengetahuan mengenai hiv sikit sangat. dalam 100% aku cuma betul 20% saje. kihkihkih. dia pun terangkan macam2. adalah dalam 15minit jugak.  dah siap kena kaunseling dia pun cucuk jari aku dan amik beberapa titis darah letak kat alat test itu. sambil tunggu keputusan kita duduk sekejap. dan hasilnya negatif. 

yay! 

pas tu dah siap2 dia tick dalam borang tu aku pun bawak borang keluar dan tunggu nombor giliran untuk jumpa doktor pulak. doktor tu yang akan membuat pengesahan dalam borang tu. dia akan bagi dalam sampul atau dia staple je borang tu macam yang aku dapat. huhu. encik tunang dapat dalam sampul yang cantik. aku punya dia staple je, xde sampul.cis!

pas tu balik dan boleh la buat proses yang seterusnya. hehehe

so, boleh dah kawin. hehe

19 September 2013

Lukis Guna Excel

berjalan ke blog-blog memang banyak yang aku belajar. harini aku dapat tutorial dari sicomel ini.. dan hasilnya yang aku buat...

ini lah dianya...
jom try lagi..and lagi...ehehehe..aku tak pandai nak menghias sangat...boleh la ni..nak tutorial jugak ke? aku tak geti...huhu

12 September 2013

Kereta VS Motor

antara moto dan kereta mana satu yang menjadi pilihan aku untuk pergi kerja. kedua2nya ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. 

aku mulakan dengan motorsikal la dulu ye.

motor yang sangat berjasa

kelebihan :
boleh menyelit. jimat minyak. cepat sampai opis. tak payah bayar tol
kekurangan :
kalau hujan basah. bahaya bila lalu sebelah bas or lori besar.
kereta pulak :
kereta penyelamat dari terkena hujan

kelebihan :
selesa. boleh nyanyi dalam kereta. selamat.tak kena hujan.tak panas.
kekurangan :
sesak(tak boleh menyelit) . tak jimat minyak. lambat sampai opis. kena bayar tol.
so, dari kesimpulan diatas. aku lebih memilih menunggang motosikal untuk pergi kerja berbanding memandu kereta. disaat2 sedang berjimat ni. motor pun motor la...hehehe

p/s: counting the day~~


2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...