RSS

13 March 2013

Dimana nak cari kain Felt

hai readers. post sebelum ni aku ada post pasal diy keychain. post kali ni pulak aku nak kongsi kat mana aku selalunya cari kain felt ni.

dulu2 masa mula2 aku nak berjinak2 dengan kain felt. sorang teman mencadangkan beli kat Daiso. aku pun beli la yang pack dah siap2 potong kecik2 tu.

pas tu disebabkan rumah aku jauh nak pergi Daiso. sebab umah aku kat kampung. Daiso selalunye kat kawasan bando je. aku pun try la search kat internet yang jual online. banyak gak aku jumpe. tapi aku suka beli kat Susndfelt ni. sebab senang. dah siap borang. lama2 aku pun dah biasa beli kat website ni.

aku jugak penah beli kat area jln TAR. aku tak ingat apa nama kedai dia. lau tak silap sebelah dia ada kedai jual2 kain. eh situ mmg byk kedai jual kain. teheee. kat situ ada banyak pilihan kain felt. dia jual ikut meter. aku tak penah beli felt kat situ. aku beli butang2 je.

nak cakap sal butang2 pulak. aku suka tengok butang2 kat blog cik yaya ni. banyak butang2 yang lawa2. aku suka.

dan baru2 ni. aku pegi jalan2 kat Kenanga. KWC. dia berdekatan dengan stesen Lrt Chan Sow Lin. nama kedai dia lau aku tak silap aniwasabi. kedai dia kecik je. boleh la nak beli felt dan butang2 dan macam2 lagi yang untuk hias tu. sekarang ni ada promosi. dia ada website gak. boleh klik sini.

tak silap aku lau nak cari felt kat kedai2 yang jual peralatan hantaran pun ada jugak. sebab kat area kampung aku kat Bukit Gambir pun ada. tapi tak banyak pilihan la. sikit je. tempat lain maybe banyak kot.

dan..ini je la yang dapat aku bantu. hehe. maybe ada tempat lain yang korang lebih tahu. leh la share ngan aku. hehehe

p/s: aku fobia dengan myvi purple sekarang..*sigh*