Nuffnang Ad

28 August 2013

Malu Tak Terkata

sedang enak aku menjamu selera. ada bunyi mesej dari whatsapp masuk. aku biarkan sebentar kerana ingin menikmati satay daging yang besar itu(saje cakap sate itu besar supaya anda terliur..kih...kih..kih). dan apabila aku selesai makan. aku melihat mesej. 

encik Z : salam
aku: salam..ye
encik Z: ari jumaat leh dtg cni
aku: kul bapa?
encik Z: nak bincang pasal yg integration tu
encik Z: 10.30 ke
aku: ok..jumaat syg dtg sana..
encik Z: ok
encik Z: hati2 menaip
encik Z: hehe
aku: eh..sorry2..hahahaa
dan kalau ini berlaku pada anda. adakah anda mahu berjumpa encik Z pada hari jumaat ini nanti? huhuhu . aku? sudah pasti la tidak. hahaha. tapi ini melibatkan business. harus pergi. huhuhu

p/s: anda pun perlu berhati2 ketika menaip. 

23 August 2013

Projek DIY doorgift VIP

dalam kepala otak aku ni, macam2 mende nak buat. semua kononnya nak DIY sendiri.kalau boleh baju pengantin pun nak buat sendiri. tapi aku tak reti nak menjahit bagai. tapi kali ni untuk doorgift aku dah start dari awal dah. aku handle doorgift untuk tetamu VIP sahaja la. VIP tu maksudnya kawan2 aku dan sedara mara yang terdekat. kawan2 adik aku tak dilayan. haha. dorang dapat brontot dari mak aku je la. kalau tak tahu apa itu brontot sila tanya kepada kawan2 yang jawa. teheee

so, untuk permulaan, aku dah start buat keychain. setakat ni dah ada 70 biji. kena kerah adik aku buat lagi 30 biji. oh sebelum terlupa target aku untuk doorgift VIP adalah sebanyak 100. ini dia checklist yang perlu aku buat.

1. kalerkan sepit baju kayu jadi warna purple. (mintak adik jijah buatkan)
2. design sticker untuk dilekatkan kat paper brown bag. (done)
buat yang ringkas sahaja

3. print, gunting dan tampal sticker ke paper brown bag. (aku buat contoh dan akan mengerah adik2 aku buat) (DONE)
sebelum di gunting. (sekarang mende ni dah siap ditampal ke paper bag)

4.warnakan doily paper jadi warna merah. (aku dah buat sikit, selebihnya adik aku buat)
asalnya aku nak cari kaler purple. merah pun boleh la

5. beli paper bag. (done)
6.beli barang2 untuk diisi dalam paper bag. (baru siap keychain, yang lain makanan je. akan dibeli sebulan sebelum kejadian)

setelah semua checklist tu lengkap.baru la boleh tunjukkan hasilnya kan. hehe. 

kita merancang, Allah yang menentukan segalanya.

p/s: 3 bulan lagi.

15 August 2013

Raya 2013

selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua pembaca belog i ni..banyak ke dapat duit rayanye? aku tak dapat pun..maklum le dah tua...huhuhu...aku yang bagi duit raya ada la.

tak pe..duit raya tak penting..kalau ada, ambik.kalau tak ada,diam2 sudah.kan.

eh apa pasal duit raya pulak aku cerita lebih entah. cis.

aktiviti raya tahun ni masa raya pertama je penuh. itu pun penuh dengan aktiviti tido. muahahaha.

pagi2 mandi2 pakai baju raya...erk..bukan baju aku..tapi baju yan...maklumla tak beli baju raya pun tahun ni..hehe.. lepas tu makan2 ketupat,rendang dan pelbagai makanan la. siap makan. perut dah kenyang siap2 pulak nak ke surau sebelah rumah. solat raya.

aktiviti seterusnya ziarah kubur atok lelaki. sekali kubur buyut2 yang lain.

dan terakhir sekali balik rumah..aktiviti yang paling syok. bergambo..hehe...
adik beradik aku dan emak tercinta.hehe

menyelit semuanya.

ummi raudah.

ummi tu kalau halakan kamerake dia. terus pandang tak berkedip matanye.

 gambo yang lain tidak akan dimasukkan kerana tidak perlu. hehe.

dan aktiviti seterusnya adalah. marhaban. errr...aku tak join marhaban tahun ni. adik2 aku je. aku pun tak tahu kenapa aku tak pegi. asalnya aku mengantuk. aku tido. adik2 aku dah pegi. aku tertinggal. last2 aku tak pegi. sebab malu dan lambat. hehe.

esokknya pun aku tak join. sebab mula2 nak tolong kemas umah sebab marhaban dah sampai kat umah. last2 aku pun tak pegi tak tahu sebab apa. apa nak jadi aku pun tak tahu. hehehe..

adik dan ella dan iman join marhaban.
esoknya raya ke ketiga aku ke umah ayah pulak. beraya umah sedara mara belah ayah kat parit amal. lepas balik raya tu ayah singgah beli kuih raya lagi. kitorang snap2 kejap la. hehe

si kecik tu asyraf. adik aku yg last sekali. ayah sama. mak lain2.
dan raya ke empat. aku pegi kenduri kawin kawan sekolah aku. lama kot kitorang tak jumpa. tak ingat last jumpa bila. ada la dalam 8-9 tahun jugak la kot. tup-tup dia dah nak kawin dah.

dr fadila dah kawin. dari dia belum jadi doktor sampai dah jadi doktor. baru ni la jumpenye.

raya ke lima encik tunang sama kakak dan abang dia datang. tiada gambar bersama. hahaha.

dan raya ke enam aku pulang ke KL. menjalani rutin2 seperti biasa. kerja..aku nak raya lagi!!!!

p/s: raya sebulan kan...hehehe

2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...