RSS

19 April 2011

Cinta Datang Dan Pergi

halluu~ hai kawan2. eh dah macam cerita budak2 la pulak. haha. internet sejak akhir2 ni macam buat hal la. maybe mogok kot. haiyo. mood nak update blog pun tergendala lor. 

hehe. aku sejak malam tadi macam rasa bahagia je. tak tau kenapa. nak kata tengah bercinta tak jugak. nak kata ada duit kepok2 pun tak juga. mungkin sebab mimpi malam tadi kot. hehe. alangkah cute hidup ni lau mimpi malam tadi menjadi kenyataan. ce teka aku mimpi apa? haha. senarnya aku pun tak ingat sangat sal mimpi tu. haha. entah mimpi apa entah. ala2 bercinta la jugak. tapi macam samar2 je wajah lelaki itu. haha. macam kenal tapi bila tengok balik dari sudut lain, lain la pulak. sweet gitu. tapi bukan sal mimpi aku nak cerita pun. ngee~

cerita senar aku nak cerita pasal cinta. haha. cam seronok je kan tengok orang bercinta. tunang. kahwin. dapat anak. woa~ aku nak jugak. tapi bayang calon pengantin lelaki pun aku tak berapa nak nampak. bukan aku yang memilih. pengantin lelaki tu yang memilih. haha.

eh dulu aku pernah cakap malas nak pikir sal mende ni kan. tapi senarnya bila tengok kawan2 tunang, kawin, dapat anak. aku macam teringin jugak. hehe. macam lambat je lagi turn aku. macam jauh sangat je. nanti aku baru nak kawin. anak kawan2 aku dah besar. dah sekolah dah. ha cane? hehe. 

mungkin dulu aku dah puas kot bercinta. tapi biasa la cinta datang tanpa diundang. cinta pergi tanpa dipaksa. tak berkekalan pun. dulu orang bercinta. kita pun nak bercinta jugak. skang satu pun tak der. nak buat camne kan.jodoh takda la. 

sekarang~ aku dah tak boleh nak pikir,orang kawin aku pun nak kawin. sebabnya nanti jadi macam dulu jugak camne? ha. lagipun calon pun takde. nak kawin ngan sapa pun kan. dengan fizikal aku yang gemuk dan pendek dan jugak tak berapa nak ramah dengan orang yang aku tak kenal menambahkan lagi sebab aku takde calon. hehe. 

maka~kalau dah sampai jodoh jangan tunggu lama2. sekarang ni bukan takde jodoh. cuma belum ada. hehe. peace~



p/s: idea entry ni datang lepas tengok video orang kawin. hehehe

13 April 2011

Kedut?

lama betul tak bebal bebel kat kat sini ek. maklumlah busy la katakan. muahaha. mana tak busynya. opis ni nga buat partition bilik tuk server baru. aku pun kena la turut serta busy juga. kemas sana. kemas sini. kemas situ. kemas sinin. kemas sinun. bapa banyak nak kemas daa. padahal dok tengok je. haha. orang suh galihkan fail ni. aku galihkan. then dok senyap. kang ada orang suh kemaskan kabel2 komputer aku sentuh2 sikit. dah siap kang dok diam lagi. gitu la. hahaha. seronok tak keje aku? =)

masa proses nak buat bilik baru ni , aircond pastinya akan ditutup. maka kepanasan la kami. dok sana, panas. dok sini panas. dok.. eh cukup2la dok ek. last2 aku landing kat surau tuk bertafakur tidur la. disebab hidung aku tersumbat walaupun aku mempunyai lobang hidung yang sangat besar, baring pun tetap tak boleh nak tidur. jap2 pusing kanan. jap2 kang pusing kiri. jap2 kang pusing belakang. eh pusing belakang? camne tu? tak dapat feeling jugak. akhirnya aku membuat keputusan tuk bangun dan melalak makan di tepi sungai. nasib baik tempat praktikal aku belakang ni sungai. angin sempoi sepoi2 bahasa je. 

tapi tak lama lom kehidupan macam tu. 2hari je. haha. sempat lagi berkenalan ngan yang tukang buat bilik ni. alamak! lupa nak tanya nama daa. hehe. nasib baik la dia muda remaja lagi. lau tak siap mintak no phone kot. kahkahkah~! eh jap. salah topik dah aku nih.

sebenarnya aku nak cerita kedut. kedut? pemende tah nak cite sal kedut tah. tak de cerita lain agaknya. yelah sebab tak de cerita lain la aku nak cerita sal kedut. kedut apa? kedut ada banyak kedut. kedut muka, kedut baju, kedut apa2 kedut la. 

mula2 aku cerita sal kedut muka. ramai kan yang tak suka kedut dimuka. ada garis sikit je kang mula la nak cuba produk tu la produk ni la. cucuk sana la. cucuk sini la. nak bagi tegang muka.  itu terpulang la individu masing2 kan. tapi sebenarnya aku bukan nak highlight kan cerita kedut muka ni. aku nak cerita kedut pakaian. penah tak jumpa orang yang langsung tak amik port sal kedutan ni? mestila ada kan. ada orang pantang pakai baju ke, suar ke, tudung ke yang berkedut. nak keluar depan umah je pun. mesti nak iron. tapi tu tak jadi masalah. aku pun suka tengok pakaian orang tu kemas je. tapi lau sampai yang dalam2 pun nak iron tu apa cerita? haish. sapa yang nak tengok tu sayang oi. aduhai la. ok la. aku nak stop kat sini. babai sayang2 semua~~~~~

11 April 2011

Follower yang ke 111


yay~! saya sudah ada follower yang ke 111. haha. orang lain dah beribu2 follower dah. hey, susah tau nak dapat follower. hehe. ok tanpa membuang masa ini la dia link follower yang ke 111 itu. 

01 April 2011

Tukar Layout Lagi~~

hallooooo~~

saya sudah tukar layout baru~ canteek? bosan ah ngan layout lama. lep2? apa barang~ bunga2 la pulak~ asik lep2 je. header tu macam tak menarik sebab aku buat sendiri~ ok. memang diakui saya tak kreatif~ terima kasih.

hari ini pagi2 dah makan nasi ambeng. ada budak praktikal last day hari ni. maka ada jamuan la. menunya adalah nasi ambeng. bagus gak. jimat sikit duit aku. banyak lak tu. memang kenyang. hehe.

ok. entry ni xnak bebel banyak2. sebab aku dah habis tenaga menaip~

p/s: esok cuti jom kita enjoy~~!!