RSS

18 November 2016

Bersawang

Assalamualaikum...


saje singgah blog tengok2 ada berapa banyak labah-labah..

ikutkan...macam-macam nak cerita..tapi tertaip...

alkisah perkembangan aisyah yang bermacam-macam ragam...

esok-esok la kalau rajin..hehehe

see yaa


02 October 2015

Hasil Perahan Susu

Salam Jumaat,

dah sebulan aku pam susu ikut jadual. err...tak de la ikut sangat. sejak2 ada geng mengepam ni. bertambah semangat pam ikut jadual. teheee..

sebelum tu tunjuk sikit hasil perahan hari ni pukul 10.45 pagi td. pam selama 20 minit.
sebelah kanan tu hasil belah kanan sahaja. jarang2 dpt macam ni utk satu sesi perah

sebelum ni kalau pam memang dpt satu botol je..paling banyak 5oz la satu sesi. penah gak 1oz je satu sesi dengan pam selama 30 minit. sedih. duli ibarat kais pagi makan pagi. kehkehkeh.

kini tidak lagi. stok dalam peti ais banyak. alhamdulillah.

cume,sejak2 aisyah dah makan ni. dia kurang minum susu. pengasuh pulak, rajin memasak. bila aisyah dah makan. mana maunye dia nak minum susu. selalu bagi pengasuh 15 oz habis. sekarang, bagi 15 oz mesti ada baki 5oz. kadang2 bako 7oz. adeh.

tak pe,janji aisyah sihat. 

apa rahsia susu banyak ni?

entah la.. aku pun tak berapa pasti aku makan apa.. tapi sarapan pagi memang tak penah tinggal lagi setakat ni. walaupun minum air sahaja. selalunya sarapan aku air milo dan roti sahaja. cecah dengan air milo..sedap. hehehe..aisyah pun kadang2 join sekali.

so,tips aku, sarapan sebelum kul8 pagi. makan tengahari jangan lambat,malam sebelum tido minum air suam atau milo panas. in syaa Allah,kalau niat kite betul,dipermudahkan semuanya. tak gitu?

akhir kalam,dongibab,kipidap

24 August 2015

Susu Ibu oh Susu Ibu


salam sehati sejiwa..heh!

kurang lebih seminggu kita akan menyambut hari merdeka. tujuan aku menulis post kali ini bukan untuk mengulas mengenai hari merdeka. tujuan sebenarnya hanya la nak kongsi pengalaman sepanjang aku menyusukan anak kesayangan iaitu Rahadatul Aisyah.

sebulan yang lalu. selepas habis cuti raya aidilfitri, susu badan aku merudum. mungkin sepanjang cuti yang lama itu aku tak pam langsung. hanya bagi susu badan direct kepada Aisyah. dan stok susu pun hanya satu botol iaitu dalam 5 auns sahaja.

maka bila masuk opis. pulun la mengepam susu. pam 3 sesi. pagi,tengahri dan petang. selalunya pagi aku pam dirumah. dalam pukul7 pagi. yang itu terus bagi ke pengasuh. tengahari sekali. pam dan terus hantar ke pengasuh. dan petang pam simpan untuk stok dirumah.

berterusan la camtu dalam seminggu. lepas tu susu kembali banyak seperti biasa. dalam minggu yang sama aku buat power pumping. area kul 4 pagi. 

dan akhirnya stok susu kembali banyak. errr. tak de la banyak sangat. sekurangnya tak perlu la aku ulang alik dari opis ke rumah pengasuh untuk hantar susu perah. 

tapi sepanjang susu merudum tu. ada la sok sek sok sek yang menyarankan campur susu formula. adoi la. annoying sungguh. selagi kite boleh usaha tuk banyakkan susu. aku akan cube sedaya upaya. aku lebih suka kalau mereka bagi tips banyakkan susu daripada bagi cadangan campur susu formula. huh!

apa tips aku susu kembali seperti biasa. antara tipsnya. pertamanya aku buat power pumping. selalunya aku buat area pukul 12 tengah malam sehingga 5 pagi. yang ini 3 hari berturut-turut.
aku google je nih...aku amalkan yang pam double tuu..

tips kedua, aku amalkan makan milk booster iaitu  habatus sauda. aku makan habasyi oil. 


tips ketiga. think positif. walaupun susu kurang. dan doa.semoga dipermudahkan untuk menyusukan si kecil itu.....

dan yang penting...niat

ok..sekian perkongsian kali ini..

daaaa~~~


10 August 2015

Si Kecik Yang Bambam


Posing sebelum tido
alkisah jumaat lepas..lepas magrib si kecik ni dah tido. tup2 dekat2 kul10 dia bangun pulak..ajak ibu ayah dia main2. maka, inilah jadinya. ibu snap gambar anaknya yang tak de tanda2 nak tido. akhirnye hampir2 kul 1 pagi baru dia nak tido. plan asal nak tido awal musnah. ahaha

sabtu ahad si kecik ni dah sedap mengempeng dengan ibu, maka tadi masa nak hantar si kecik ke rumah pengasuh dia dok melekat pulak ke ibunya. sekuat hati pulak dia peluk. ni yang buat ibu rindu kat aisyah ni. 

***tak sabar nak balik opis jumpe si kecik ni...