Nuffnang Ad

30 March 2012

Baby Girl

just nak bagitahu. makcik i aka mak kepada arip dah bersalin hari ini. baby seberat 3.4kg itu selamat dilahirkan secara normal. tahniah to my macik. arip dah ada 2 org adik. abg long arip! erk.panjang plak. arip sudeey. yay! tak sabar nak balik.

p/s: baby girl yay!

27 March 2012

Bila Cinta Datang

hai cinta! gembira tak hari ini? senyum! bangun pagi senyum. nak mandi senyum. nak keluar rumah senyum. nak pergi kerja pun kena senyum. ok walaupun gaji tak masuk lagi. senyum je la. supaya aura positif masuk dalam badan. senyum lagi. 

apa yang aku nak bebel arini? tentang cinta. cinta itu apa? cinta itu adalah love. hehe. apa makna cinta bagi korang si pembaca? cinta tu best tak? cinta itu buta? woo. iye ke buta cinta tu? hehe. bagi aku cinta tu lahir dari hati yang tulus ikhlas. tak kira orang tu macamana sekalipun. yang penting cinta tu adalah kepercayaan.

dulu2 masa aku muda remaja aku memang selalu juga suka orang tu la. suka orang ni la. suka sahaja. tak tahu la itu namanya cinta ke apa. cinta monyet atau cinta chimpanzi barangkali. 

cinta yang sebenarnya hanya kepada-Nya. cinta yang kekal abadi. jangan kita mencintai manusia melebihi cinta kepada-Nya.

ok. aku fokus kepada cinta kepada manusia. mengenai jenis2 cinta ni. 

cinta monyet adalah cinta zaman2 korang sekolah dulu.

cinta pandang pertama adalah bila kita lihat orang tu untuk pertama kali kita terus ada rasa macam sesuatu dalam hati. erk! atau bahasa bunga sikit. ada taman dalam hati. hehe

cinta lokasi adalah cinta macam artis tu. masa depa berlakon tu masa tu la kenal. dan jatuh cinta. oh! hehe. boleh jugak dipraktikkan tuk orang yang bekerja. yang selalu pergi site ke pergi mana2 ke. eh nak cakap macam aku la ni. hahaha. cinta site namanye. tehe

cinta tak kenal usia. cinta yang ini memang tak kenal pun sapa usia tu. janji hati dah suka. dah terpaut kan. macam err...ok. next.

cinta mukabuku adalah lagu najwa latif. tehe. 

cinta apa lagi? ah. cukup la ni ek. tehe. 

so. cinta apakah korang? kalau tak ada dalam jenis2 yg diatas. jom la kongsi. hehe. 

p/s:taip dengan keadaan tangan gigil.bos nak datang jap lagi ni. macam ada cerita sadis jap lagi ni. huhu.

26 March 2012

Salary

Today i want to use English to this post. i know my English are so bad. i admit it. 

Talk about salary, for this month, maybe i will get salary on the middle of next month, april. or I’m not getting any salary for this month.erk! Usually, our salary will get on 25th or 26th or 27th. err.. why this month take long time to get it? arrghh! Tension and stress. when i'm stress i will transform myself to trees. erk!

i was plan many activities for this month after get the salary. How i want to go my friend wedding ceremony without any money. 

i know, money are not everything. But everything needs money.
 
Money oh money. let’s we sing a song. the title is money by ABBA. ngeng!

ok. just relex. hehehe. just short post.

p/s:this post are about money! just money!!!!

23 March 2012

Kasut Kena Curi

3 hari aku tak ada kat opis. semalam baru aku ada kat opis ni. macam2 pulak cerita. erk. macam2 ke? satu cerita je kot. rabu ari tu ada kes kecurian kasut kat dalam premis ni. erk. kasut pun nak curi. haish. 

cite sal kasut teringat masa aku dok umah sewa kat melaka dulu. time study2 dulu. osmate merangkat..er..merangkap rumate aku jugak. dia ada kasut mahal. kitorang memang gelar kasut tu mahal sebab memang mahal. hehe. nak dijadikan cerita dia letak kasut kat luar rumah. selalunya kasut tu dia letak kat dalam. tibe2 hari tu dia letak kat luar. sekali ni je dia terlupa nak letak dalam. esok pagi tengok dah tak ada dah kasut dia. kena rembat ngan sapa entah. masa nak beli kasut tu. gigil jugak nak bayar agaknya. tiba2 hilang macam tu je. sadis betul.

berbalik kejadian kat opis plak. disebabkan kes kecurian kasut itu. kunci setiap department opis aku, hr yang pegang. so. setiap kali datang opis. aku la yang paling awal. biasala baru2 kan. maybe semangat terlebih kot aku nih. haha. then sapa yang datang awal kena la buka opis. aku la tu yang kena menapak p kat hr. untuk ambil kunci. disebabkan kes ini juga. pintu staff terpaksa dikunci. dan kena guna pintu yang kat depan lobi tu. 

haish. ini semua disebabkan kasut yang hilang itu. hehe.

p/s: lepas ni kami dah tak jumpa dia lagi. projek hampir siap. huhu

20 March 2012

Semangat Kerja

pagi2 lagi aku dah terjaga sebab alarm henpon aku asik menjerit2 je. tak boleh nak tengok orang tido sikit. huh! padahal aku yang set alarm tu. hehe

pagi ni aku bangun dengan keadaan yang excited. celik mata je nak set da. pas ni mandi,solat subuh,buat sarapan, siap2 p keje, sarapan and 7.30 pagi gerak p keje. ok semua dah dirancang dari malam tadi sebelum tido. dan pagi aku ikut segala yang dirancang. hoho.

kejadah apa aku rajin nau buat sarapan. ala,buat roti telur je pun. cincai2 je. asal boleh makan. kan? ha..lagi sekali aku dah lari tajuk. hehe

minggu ni kena ulang alik dari Imatera ke MPSJ. then seterusnya maybe akan ke MPSJ terus. or maybe setiap hari dari Imatera ke MPSJ or apa2 je la. asal pegi keje. haha. setiap hari kena plan mana aku nak kena pegi. baru terasa bekerja sejak akhir2 ni. 

nak cerita pasal kerja ni sampai bila2 tak habis. yang bestnya ulang alik ni. masa kita banyak habis kat perjalanan tu je. dengan keadaan jem nya. eh bukan aku bawa motor ke?apa kena mengena ngan jem.kan boleh cilok2. untuk makluman. aku ni kalau bawa motor bukan macam yang jenis cilok2. sangat berhemah. aku dah penah accident motor 2kali, kereta 1kali, tak masuk basikal lagi. kira dah banyak kali gak aku merasa kemalangan kecil ni. so, tak berani nak bawa motor laju2 dah. tehee. dan aku agak fobia kalau aku bawak kete tiba2 orang depan aku brek. aku nampak lampu merah dorang je aku terus tekan brek,even jauh sekalipun. fobia2. masa tu la aku akan rasa kaki aku gigil2. sapa yang pernah naik keta ngan aku tahu la. sampaikan ada yang pernah terhantuk kat cermin depan sebab aku brek mengejut. maaf ye kawan2. hehe. kite tak sengaja. haha.

so, apa yang menjadikan aku semangat nak pergi kerja. dah la kena ulang alik menempuhi trafik jem. yang pemberi semangat aku adalah dia. siapa dia? teet! tengok dia je dah buat aku semangat belum cakap2 ngan dia lagi. hehe. tapi itu hanya pemberi semangat. bukan untuk jodoh. hoho. tak tahu status dia. so hanya admired dia sebab perwatakan dia yang agak menarik. hoho. 

gatal? ok. sat g balik rumah sental dengan dawai kokot. erk! gila.

p/s:jangan sangka yang tak hensem itu tak menawan! hoho

16 March 2012

Bukan Disini Tapi Disana

hai kawan2 kita. hehe. kita??? iyeeew..ok perkataan 'kita' aku selalu guna time sekolah2 dulu. yang bermaksud saya atau aku atau i atau ana atau hmmm apa2 je la yg menunjukkan diri sendiri. eh bukan ini yang aku nak ceritakan la..

start hari isnin ari tu aku ke MPSJ. projek kat sana. sampai la hari khamis. semalam la kan. hari ini jumaat. apa yang terjadi disana. aku rasa aku teringat balik masa aku praktikal tahun lepas. teringat mak limah,abg marisam,pakcik murad, en bos yang tak kawin lagi tu sapa nama ek, en zul je panggil.hehe. suasana MPM dan MPSJ sangat berbeza. walaupaun mereka sama2 adalah 'perbandaran' tapi memang sangat2 berbeza. sangat2 ok. kenapa aku cakap camtu? dari segi bangunan. bangunan MPSJ lebih besar dan luas berbanding MPM yang kecik dan sempit. tehee. dari segi parking, memang banyak la parking untuk staff di MPSJ berbanding MPM yang kene datang awal baru dapat parking. aku selalu datang awal,so dapat la parking. tehee. dari segi pekerja memang ramai la kat MPSJ berbanding MPM. kelebihan MPM yang kecik membuatkan aku boleh kenal semua staff dan siap makan sama lagi dengan makcik2 and pacik2 di MPM. dari segi keselamatan MPSJ lebih ketat. pelawat dikehendaki mengambil pass di kaunter 'jaga' dan pass itu hanya boleh digunakan pada jam 8.30-1.00 dan 2-5 pada hari isnin hingga kamis. dan pada hari jumaat pulak adri kul8.30-12.15 dan 2.45-5. untuk masuk ke setiap jabatan ada tempat scan pass tu. lepas scan baru pintu terbuka. so kami decide kami tak akan datang MPSJ setiap jumaat sebab rehat yang sangat panjang dan tak tahu nak pegi mana. sebab kami tidak dibenarkan masuk ke dalam sebab kami hanya menggunakan pass pelawat sahaja. 

sebenarnye bukan minggu ni aje aku pegi MPSJ. start dari ferbruari ari tu. cume untuk minggu ni kerap la pergi. sebab nak kejar deadline. haha. aku buat keje sikit2 je. staff MPSJ baik2. aku je yang segan2 maklum la kan aku kan orang luar. tak berani nak bergurau senda. haha. kalau dorang borak2 aku dengar dan gelak dalam hati sahaja la walaupun kadang2 aku rasa nak gelak terbahak2. hey.kena control ok.sebab ramai mamat hensem disitu. ha..lagi satu lau nak cerita bab kehenseman dan kecantikan staff memang MPSJ menang la. tak tahu la,dari pandangan mata aku semua hensem2 dan cantik2. tiba2 datang plak aku yang selekeh ni. hancus. haha. 

and apa sebenarnya aku nak luahkan kat sini adalah. untuk minggu ni sehari je aku jumpe dia. huh! tak ada jodoh la aku nampaknya dengan dia. hehe. dah lama tak dengar dia gelak macam mula2 jumpa dia dulu. hehe

p/s: aku suka kau kata kau suka aku. (baca secara terbalik pun masih sama maksud)

08 March 2012

Calon Menantu Untuk Mak

tarik nafas dalam..tahan 2 jam  minit. hembus..fuh! sejak akhir2 ni keje aku tarik nafas dan hembus. untuk mengurangkan rasa nervous aku. ye. aku ada penyakit gugup dan kurang keyakinan diri. kadang2 bila dah rasa gugup sangat aku akan cakap tak serupa bikin. dan akan membuatkan orang buat muka pelik bila dengar apa yang aku cakap. dan kadang2 ada yang buat muka tahi pun ada. 

sekarang aku nak kurangkan rasa nervous dengan memikirkan calon2 menantu tuk mak aku. aku dah sediakan senarai calon2. tinggal calon2 tu nak kata ya je. muahaha. gila.

calon pertama. aku suka dia dah lama. dan aku tak harap dia suka aku pun. kenapa aku masukkan dia dalam list aku sebab aku suka dia. itu saja. haha. dari pandangan mata aku dia merupakan seorang yang tiada perasaan. kerana apa yang aku cakap dia buat tak tahu sahaja. ok tak romantik. eh kamu calon pertama saya tau. hehe. status: single ke ek? single kot.

calon kedua. hmm. dia ni hmm..hahaha.pendek cerita kami pernah bercinta dan putus. tapi kami still kawan. selagi dia tak kawin aku masih anggap dia calon menantu mak. tehee..status: single kot.

calon ketiga. orangnya berkulit agak gelap dari aku.dan besar dari aku. aku suka perwatakan dia yang ala2 manje gitu. hahaha. walaupun badan dia besar. hati dia kecil. sebab mudah merajuk. haha. status: rasenya single.

calon keempat: dulu aku suka dia. skang tidak lagi sejak tahu dia sudah berpunya. tehe.. ok yang ni out of list. cancel. status: sudah berpasangan.

itulah dia calon2nya. and semua calon2 tak tahu pun aku suka kat dia. haha. aku malu. tak kan aku yang nak mulakan dulu kan. haha. lagipun mereka2 diatas ni tak kan nak pandang aku yang tak banyak cakap ni. mesti bosan. hehe. eh kalau dorang2 ni dah berpunya. automatik aku keluarkan dalam list. ok.

p/s: hari ini tak dengar suara dia. tak pe. saya tunggu esok ye.

07 March 2012

Pindah

sejak2 aku pindah kat Jalan Puchong ni. aku macam rasa lain je. kena bangun awal. kena siap awal. tunggu bus. sesak2 dalam bus. tunggu lrt and sesak dalam lrt pulak. berubah sangat.

and bila dah sampai opis tiba2 kena pegi subang pulak. erk! memang letih la. bukan setakat letih duit abis kat public transport je.

aku tiba2 jadi rindu kat family aku. dengan mak yang belum keluar wad lagi sampai skang( saat aku taip post ni la). semalam aku tanya adik aku. berapa dah kencing manis mak. 23! hey! mak makan apa sampai naik banyak camtu? nasi lemak. erk!

bercerita mengenai umah sewa aku. blok tu sebelah je dengan masjid. dan umah aku berada di tingkat 14. ada lift.pheew~ 

dan area situ memang banyak bus. dan area jammed jugak. huh! nasib baik next week aku start bawak motor. erk! terbocor lak. hehe. nanti la cerita. belum ada mood.

so. tiap2 pagi aku akan ke opis dengan muka yang kurang senyuman dan sejak2 akhir ni pula aku asyik rasa berdebo2 je. huh! don't like this feeling. syuh2!

dengan ini aku istiharkan minggu ini adalah minggu yang entah. yg tak ada perasaan kot. fullstop.

p/s: dia dah tak nak ketawa aku pun tak boleh nak senyum. 

2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...