Nuffnang Ad

28 July 2010

Benarkah?

aku tak tau la kenapa dengan dengan aku sejak akhir2 ni. orang kata jika kita tidak boleh tidur ataupun sentiasa gelisah tandanya ada benda yang nak berlaku. hoho. aku sejak2 akhir2 ni asyik tak boleh tidur. ye betul aku kelihatan tidur. tapi aku tak nyenyak. asyik rasa berdebar2. entah kenapa entah. bila nak makan memang aku akan berselera. eh ni tak de kena mengena. memang aku suka makan. ngeh3. adoi la. kenapa aku asyik rasa tak sedap hati ni. lau tidur selalu asyik teringat satu perkara ni. padahal aku tak de kene mengena dalam hal ni. huh! aku tak suka ada rasa macam ni. membuatkan aku punye tidur tak lengkap u know. aku kene cukup tidur untuk tumbesaran yang lebih lancar. 

ok. aku kene relex. ape mende aku membebel ni sebenarnye? aku nak cakap yang aku tak cukup tidur la konon. ngeh2. ye. aku memang ngantuk. tapi tak boleh nak tidur. tidur pun asik pusing2 ke kanan. pusing2 ke kiri. pusing2 ke belakang. pusing2 ke depan. hooho. 

jadi petang ni aku mahu relexkan minda. pergi jog. tak nak pikir dah yang aku tak patut pikir. aku ada banyak lagi mende yang kene pikir selain mende tu. tapi memang lagi tak mau pikir lagi la mende tu nak datang tergedik2 kat aku. hoho. 

dah seminggu lebih tak jog selepas minggu sebelum tu aku start jog. ape mende aku mengarut lagi entah. hoho. ok aku rasa aku perlu tenangkan fikiran yang sangat celaru ni. nak blogwalking pun aku rasa malas. nak update blog pun aku rasa malas. kerana apa? kerana aku memang pemalas.hohoho

ok sampai sini je leteran aku. adios amigos. 

24 July 2010

I Give My First Love To You

aku baru habis tengok cerita jepun tajuk I Give My First Love To You. sedih la cite ni. T___T mana ada aku nangis. aku steady je beb. tersentuh la sikit. cite ni mengisahkan budak nama Takuma ni sakit dari kecik. hidup dia tak lama. sampai umur 20 tahun je paling lama. masa kecik2 dia kawan ngan sorang budak pompuan ni,Mayu. kire dari kecik ni dorang dah rapat la. impian si Takuma nak jadi angkasawan dan nak kawin ngan Mayu. sampai la dorang ni sekolah. tak berpisah langsung. banyak la adegan yang romantik dalam cite ni. so sweet la kapel dua orang ni. ayah si Mayu ni doktor yang merawat Takuma. satu hari ada budak lelaki dengki. simbah air kat Mayu. Mayu ni pulak pakai baju putih pulak masa tu. nampak la bra pink dia. ops. open sangat ek aku cite? ngeee. pas tu Takuma datang selamatkan Mayu. Takuma jeles sebab budak lelaki tu dah nampak dulu sebelum dia nampak. sebab Takuma nak jadi orang pertama. then si Mayu offer la untuk tengok semua. hoho. tibe Takuma sakit jantung lak. budak heart attack. sebab dia rasa jantung dia berdegup laju. Mayu pun tak jadi la nak tunjukkan segalanya2.hahaha. sebab dia takut Takuma mati. Mayu sangat2 sayangkan Takuma. agak keterlaluan sikit cite aku ek. hoho. sweetkan dorang. ngeee. 

dan satu masa yang lain pulak. Takuma tak nak tengok Mayu sedih. dia nak break up dengan Mayu dengan cara yang semula jadi. jadi dia mohon sekolah Shido High School. kira dia dah abis la skolah yang satu lagi tu.aku pun tak paham sangat sistem sekolah orang jepun ni. dia bajet Mayu tak dapat la. tibe2 masa pengumuman pelajar yang paling tinggi markah kat Shido tu adalah Mayu. terkejut si Takuma. ngeh3. so. memang tak kan berpisah la dorang. Takuma memang sayang sangat kat Mayu. cume dia tak nak Mayu sedih lepas dia mati nanti. sebab tu dia macam nak ngelak dari Mayu. 

ada sorang mamat ni minat kat Mayu jugak. nama dia Kou. Kou hasut si Takuma, lau dia mati mesti si Mayu sedih sangat. jadi Kou ni nak kat si Mayu la. Takuma senyap je. dia pun dalam delima. satu hari ada sorang minah entah dari mana entah. nama dia Teru. Teru pun sakit sama macam si Takuma. tak lama je jangka hayat hidup dia. entah kenapa tibe2 Takuma n Mayu gaduh2 then masing2 putus. esoknye, Takuma pergi jumpa Teru, katil Teru kosong. Teru dan mati. Takuma balik semula ke sekolah. dia cakap ngan Kou. nak lumbe lari. padahal Takuma ni xleh wat aktiviti lasak. dia tak boleh lari. entah kenapa mase tu dia nak lumbe lari ngan Kou. dorang wat perjanjian. lau Kou menang dia boleh dapatkan Mayu. then lau Takuma menang,Kou tak boleh kacau Mayu lagi. untuk pengetahuan, Mayu memang tak nak pun kat Kou. walaupun Kou ni menjadi kegilaan ramai minah2 kat sekolah tu.  akhirnya Takuma menang. and Takuma datang kat tingkap hostel Mayu. pujuk balik la. ngee. adalag adegan yang 18 sx. dorang kiss. hoho. bahagia la depa dua orang ni. 

tibe2 dapat berita bahawasanye, ada penderma hati nak derma kat Takuma. gembira lah si Takuma. bila dia dapat tau yang pederma tu adalah Kou. dia pun rasa tak sedap hati. tibe2 mak si Kou tak benarkan pulak pembedahan tu. maka, tak jadi la nak derma hati. maka kecewa la. 

tibe2 lagi, Takuma di serang sakit jantung. bawak p hospital, dia tak sedarkan diri, doktor merangkap ayah kepada si Mayu ni cakap. kemungkinan besar ini adalah saat terakhir untuk bersama Takuma. suasana sedih. Takuma dalam tak sedar diri tu dia berharap dapat bagi masa la di hidup sekejap. dengan keajaiban yang datang. dia dapat la sedarkan diri. esoknye dia terus ajak Mayu honeymoon. berjalan sana. berjalan sini.  memang happy la dorang ni. Takuma bagi surat kat Mayu. then dorang balik hospital. kat hospital Takuma sakit balik dan dia pun mati. sedih. T_______T 

Mayu bukak surat tu. Takuma wish. jika dia sudah mati. dia tak nak semua orang yang dia sayang sedih. dia nak semua orang hidup gembira. wuuu. sedihnye....

tengok lah cite ni. ngee. memamng best walaupun hero mati. tapi tetap best.ngeee.


boleh tengok cerita ni kat Youtube atau pun www.mysoju.com

23 July 2010

After 7 - 'Till You Do Me Right 1995


hoho..kali ni lagu pilihan yang dicadangkan oleh rakan adalah lagu After 7 - 'Till You Do Me Right
jom layan sat lagu ni.

After 7 - 'Till You Do Me Right

I Was in Love With You
And Gave My Heart to You
I Did My Best to Keep You Satisfied
You Took the Love From Me
And Used It Selfishly
You Did Not Give Back Your
Love to Me At All

I Gave the Sun to You
You Said It Was Too Bright
I Gave You Diamond Rings
You Said They Didn't Shine
I Gave My World to You
But You Said It's Not Enough
What in the World Could I Have Done
To Make You Be So Rough

Chorus:
'til You do Me Right
I Don't Even Want to Talk to You
I Don't Even Want to Hear You Speak My Name
'til You do Me Right
Only Wrong Is Gonna Come to You
Nothin' Good Is Gonna Come
'til You Change, Change Your Ways
Until You Change Your Evil Ways

Girl I Was There For You
Someone You Could Talk To
How Could You Just Keep Breakin' My Heart
What Did I do to You
To Make You Be So Cruel
I Don't Understand Why You've Been So Wrong
I Tried to Be Your Strength
You Said I Was Too Strong
I Tried to Compromise So
We Could Get Along
I Gave My Love to You Despite
Your Evil Ways
I Guess It's Clear to Me There's Only
One Thing Left to Say

Chorus

There's a Time When You Know What You
Feel Inside Your Heart
It's Tellin' You That Somethin' Feels Strange
You Don't Have to Deny It
All You Gotta do Is Just Try It
You'll Find Our Love Grows
Stronger If You're Willing to Change

Chorus


Kayak Time

area kul 5 petang tadi. aku,wani dan cik mie berkayak. ngeh3. kami bertiga je. mula2 tengok kat tasik tu tak de orang pun. pas kami main baru la ramai yang nak main. maybe area waktu tu sesuai kot. tak panas. dengan bermodalkan RM3 kami boleh main kayak dengan masa yang tiada batas. ngeh3. banyak lagi aktiviti outdoor yang ada kat sini. wall climbing, basikal, flying fox, paint ball dan lain2. 

RM3 tiada had masa. ada aktiviti yang lain juga,

antara aktiviti yang disediakan.

kami memang datang untuk berkayak sahaja. cik mie sampai basah lencun. hohoho. sian dia. sabar je la ek. hehe. lain kali kami nak berkayak lagi. ngeee. dari rumah kami dalam 5minit dah sampai dah. lokasinya dekat dengan Zoo Melaka. rumah aku kat Taman Tasik Utama 3. 

ini namanya pendayung ye adik2. kalau tak der mende ni kayak tak jalan la. ngeee. pakai tangan je la dayung.

jauh tertinggal. ngeh3.

rakan partner pendayung. yang depan jadi driver. ngeh3. 

aku dok belakang sambil tangkap gambar apa2 yang patut. 

suka sangat nampaknye. kayak la ko puas2. ngeh3.
agak2 dah dapat 2jam kitorang kayak. tangan pun dah letih nak mendayung. baju pun dah basah lencun(bukan aku). jadi kami pun membuat keputusan mendarat ke tanah. plan ape plak? macam lapor. jadi jom pergi McDonald. nak drive thru ngan moto segan. jadi basah2 pun masuk la dalam tu beli. ngeh3.tapi tak makan dalam tu pun. makan kat Taman Botanikal. sambil makan. kami berjaga2 dengan monyet yang sangat monyet. ngeh3.

dah habis. ngeh3

makan ayam goreng.

si basah lencun. ngeh3.
agak2 dah nak magrib. kitorang pun bpulang ke rumah masing2. ok. jumpe lagi ye. lain kali boleh main lagi. ngeh4.

22 July 2010

Fail Planner

petang tadi lepas balik dari kelas. aku plan nak p beli kasut. sebab kasut aku dah buruk sangat2. hampir nampak jari aku terjojol. bukan main la aku cari kasut. tapi tak der pun yang berkenan. akhirnya aku beli novel je. leh baca time ada masa lapang. ngeh3. sem ni aku relax sikit. sebab PSM dah lepas. cume 6 jam kredit je. aku suka. ngeh3. 

nak tengok novel apa aku beli?jeng..jeng..jeng.. aku beli novel Bumi Cinta. hasil dari Habiburrahman. ala pengarang novel Ayat2 Cinta and Ketika Cinta Bertasbih tu. aku tertarik bila aku baca  sinopsis kat belakang kulit tu. menurut sinopsis nye, Muhammad Ayyas, graduan lulusan agama yang merupakan watak utama dalam novel ini yang hidup kat Russia. Russia merupakan negara yang menjunjung tinggi seks bebas dan pornografi. Boleh ke Ayyas hidup kat sana?Adakah iman dan kehormatannya dipertaruhkan demi memartabatkan hasrat duniawi gadis2 muda Moskow,yang kecantikan mereka tiada taranye?

jadi aku kena baca dulu novel ni. nanti dah abis baca aku wat review pulak. ngeh2. bagi aku masa sebulan la nak habiskan baca novel. boleh? ngeh3. aku lambat ye nak habis baca novel. konon2 nak menghayati la tu. ngeh2.

dapat beg sekali beli novel ni. harga novel ni RM25.90. tapi tadi aku pakai kad popular kawan aku. dapat RM20.ngeh3.

6 Jenis Wanita Yang Malang

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.


Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli





*---------------------------------------------------------------------------------------*
Nauzubillah


jauhkanlah aku dari sifat2 seperi ini.  tapi kadang2 aku memang suka membebel. macam mana nak buat supaya aku tak membebel pas kawin nanti? hoho. 

Review Inception

tadi petang pas balik dari melawat bekas penyelia PSSCM utem kat hospital melaka. plan tengok wayang pulak. hoho. tengok cite inception. mimpi dalam mimpi. hoho. cite ni rumit sikit nak paham. aku pun mula2 tak paham. tengah2 tu dah paham. last2 tak paham semula. hehe. berdasarkan kefahaman aku dari kawan aku cerita balik kat aku. mengisahkan si Saito ni dia tak nak ada pesaing. jadi dia cipta minda supaya dia tak ada pesaing. ha macam tu la kiranye. dia upah si Cobb(leonardo d caprio)<------betul ke aku eja nama dia? ada kawan2 dia jugak yang tolong. macam2 la mimpi yang dorang cipta dalam cerita ni. memang suspen cite  ni. si Cobb ni ada bini and anak2. dalam mimpi dia mesti ada bini dia. nama bini dia Mal. last sekali cerita ni dia dapat jumpe anak2 dia. then abis. sebenarnya aku tak paham sangat ending dia ni. dia masih di alam nyata atau dia di alam realiti. ada sape yang dah tengok cite ni dan leh ceritakan dengan lebih detail tak? ngeh3
para pelakon...ngeee

filem inception

dalam mimpi...ada mimpi lagi...dalam mimpi lagi tu ada mimpi lagi lagi...hohoho

21 July 2010

Ville Valo feat. Natalia Avalon - Summer Wine



minggu lepas balik dari jogging kawan aku kecoh dok suruh aku dengar lagu summer wine. ape mende la lagu summer wine ni. nama pun ada wine. hoh! then malam tu aku pun search la lagu tu. hoho. sekali dengar tak ade feel lagi. ok dengar lagi sekali. oh sedap jugak la lagu ni. suara lelaki and perempuan tu memang betul macho dan cun. ngeh3. betul. tak tipu. jadi saya pun dengar la ulang lagu tu. thanks kat kawan saya. pas ni leh nyanyi duet pulak. hohoho.


layan lirik dia kat sini. 

.:: Ville Valo feat Natalia Avelon - Summer wine ::.

Strawberries cherries and an angel's kiss in spring
My summer wine is really made from all these things

I walked in town on silver spurs that jingled too
A song that I had only sang to just a few
She saw my silver spurs and said let pass some time
And I will give to you summer wine

Oohh-oh summer wine

Strawberries cherries and an angel's kiss in spring
My summer wine is really made from all these things
Take off your silver spurs and help me pass the time
And I will give to you summer wine

Oohh-oh summer wine

My eyes grew heavy and my lips they could not speak
I tried to get up but I couldn't find my feet
She reassured me with an unfamilliar line
And then she gave to me more summer wine

Oohh-oh summer wine

Strawberries cherries and an angel's kiss in spring
My summer wine is really made from all these things
Take off your silver spurs and help me pass the time
And I will give to you summer wine

Oohh-oh summer wine

When I woke up the sun was shining in my eyes
My silver spurs were gone my head felt twice its size
She took my silver spurs a dollar and a dime
And left me cravin' for more summer wine

Oohh-oh summer wine

Strawberries cherries and an angel's kiss in spring
My summer wine is really made from all these things
Take off those silver spurs and help me pass the time
And I will give to you my summer wine

Oohh-oh summer wine



20 July 2010

Petang Tak Sempat

aiyo.petang ni tak sempat lor nak jalan2 tengok blog orang lain. wo. tdi pergi kelas first. ngee. bosan la. belajo it security database. sempat la aku conteng2 kat kertas. hoho. tapi malu nak letak dalam ni. sebab tak comel langsung. totally buruk. hoho. malam ni ada kelas latihan silat. ikutkan badan yang malas ni. nak duduk rumah je goyang kaki dan tangan. tapi aku ni rajen kan. kena la pergi. kena berTANGGUNG dan JAWAB. ngeh3. ok. jom kita bersilat malam ni. longgarkan badan. hoho

Selepas Kenduri Rumah Atuk

semalam kenduri rumah atuk. ramai orang datang. kat kampung aku. memang setiap bulan rejab dan syaaban ada kenduri arwah. setiap rumah ada kenduri. selalunye sabtu dan ahad memang orang rebut nak buat kenduri. yelah kan, time tu la semua orang cuti. sedara mara pun leh datang tolong2 apa yang patut.

masa atuk mintak beli barang aku tak bajet la nak hujan. jadi aku pun pergi kedai dengan menunggang motor je. tibe2 on the way hujan. aku pergi kedai pun abis basah lencun. dah la aku bawah arip. kesian arip. basah lencun dia. aku cakap kat dia. "arip dah basah lencun" dia pun cakap. "cah con". hohoho. 

kerja aku masa nga rewang2 tu adalah pergi kedai. ada lah dalam 3kali gak aku ulang alik ke kedai. hohoho. tapi sebelum tu. pagi2 aku dah kemas2 rumah atuk yang kat depan tu. sapu2.mop2.angkat kerusi ke luar. ceh. nak tunjuk rajen la plak aku nih. hoho. sambil dok melayan si kecik. arip. hoho. nasib ada farhan dan firdaus. dorang la yang layan si kecik tu. hoho. 

bosan2 aku pergi kat iman. cium2 sikit. pas tu tengok tv sampai tido. ngeh3. orang lain sibuk2 kat dapur aku bantai tido. ala ramai je ada kat dapur. aku ke dapur untuk makan je. ngeh3. 

teringat nasi ambeng la pulak. nak makan la. lapo. hehe. 

malam tu hujan jugak. tapi orang tetap ramai yang datang. sejuk. time orang ngah tahlil. aku plak bantai makan nasi ambeng kat dapur. yang perempuan semua dok dapur. jaga makanan dalam dulang. takut kucing datang ngap. sambil jaga. ceduk2 la lauk dan nasi. tak kacau pun yang nak bagi kat orang tu la. ambil sendiri kat dapur. hehe. siap ada petai. hohoho. ratah petai macam tu je ngan nasi. peh.. tibe2 rase lapor yang amat. hohoo.

lepas abis tahlil semua orang makan. dah siap makan balik. dan semua orang sedara mara pun balik. senyap dah rumah atuk. huhu. aku pun balik umah jugak. dekat je kot umah nye. ngeh3. esoknye datang balik umah atuk. then terus balik ke melaka. hoho. 

baru je balik melaka. dah rasa macam nak balik kampung semula. nak nasi ambeng. ngeh3. hari jumaat ni balik kampung lagi. kih3..

16 July 2010

Kenduri Rumah Atuk

ahad ni ada kenduri rumah atuk aku. so. aku nak balik kampung. kat kampung tak der internet. jadi tak dapat la aku nak berblogwalking. aku walking kat kampung je la. ngeh3. thats all..

Aku Cepat Terpengaruh

hoho. aku memang cepat terpengaruh dengan apa2 pun. contohnya lau ada orang cakap si polan tu cantik. aku terus setuju dia memang cantik. haha. bagi aku semua orang cantik. semua orang kacak. semua benda elok. semua benda baik. semua2 la bagus. bagi aku la. haha. tapi bila ada orang cuit aku sikit dengan kata2 yang boleh masuk akal memang aku akan terus je percaya. adakah aku tergolong dalam golongan yang lurus bendul. hoho. jika jawapan ya pun aku tak kisah. aku memang tergolong dalam golongan tu pun. haha. macam budak2 yang kawat tu. barisan kene lurus. ngeh.
luruskan barisan anda. eh apa kena mengena lak ni?
jadi aku lau nak pikir apa yang orang cakap tu betul ke tak. aku akan ambil masa sikit. tu yang bila orang cakap respon aku lambat. hoho. dan aku memang selalu blur. sangat2 blur. kawan2 tension ngan tahap kebluran aku. hoho. tapi selalunye bila aku dah sedar dari blur aku. aku akan senyum sahaja lor. macam pakcik kat bawah ni. 

senyum nak. tengok cam pakcik senyum ni. mengancam kan?
dan sikap aku yang cepat terpengaruh dan tahap blur aku ni membuatkan aku selalu wat keputusan yang salah. hoho. jadi bila orang kata si polan itu seprti tidak sesuai ngan aku, aku akan pikir and betul ke tak. tapi selalunye aku akan setuju ngan si pengaruh aku tu. so. janganlah jadi cam aku.. ngeh3. itu je lah post aku untuk kali ini. ngeh3...

15 July 2010

Tiga Hari Berturut-turut

bermula semalam. aku pergi promote persatuan seni silat cekak malaysia di setiap bilik di hostel. wo. hasilnya adala dalam 4 orang nak masuk, ngeh3. pas balik semalam pergi lepak kat mbmb sat. hohoho. sat je. pas tu balik. balik terus wat poster tuk promosi dan flyers. biasa je aku wat. harap2 leh la tarik orang nak masuk. ngeh3. tak pe la. lau orang memang tak nak. wat macamana pun memang tak nak. macam aku jugak. ngeh2. dah tahun dua baru join silat. selalu jugak aku tak datang kelas. aku pernah satu sem tak muncul dalam kelas. ngeh3. tapi entah macam mana. lepas kelas kemahiran aku kena aktif semula pulak. hoho.

pamphlet yang kami edarkan kepada student.
agak2 ada ke ek orang tertarik ngn poster ni?
apa2 pun. kami dah usaha sedaya upaya untuk menarik student untuk masuk silat. kenapa kita kena masuk silat? kerana silat adalah warisan dari datuk moyang kita. jika bukan kita. sapa lagi yang nak sambung warisan ini kan. bagi pendapat aku. silat apa2 pun. asalkan masih berlandaskan ajaran islam aku suka. aku memang suka tengok orang bersilat. dari dulu lagi. tak kisah silat apa pun. ngeeee. jom join silat!! ngeeee

lucky-draw-ramadhan

SAYA SUKA MAKAN BUAH KURMA 



jom kita join lucky draw nak? hadiah dapat kurma. aku memamg suka makan kurma. sememangnye kurma ada banyak khasiat. nak join jugak? meh ke sini. sebelum 31 julai 2010 tau. jom la join ramai2. ngeh3. nanti dapat kurma free. hehehe.

14 July 2010

Aku Suka Bila Kelas Tak Ada

hohoho. aku sangat suka berada di alam sem ini. ngeh3. kerana apa? kerana aku cuma ambil 6jam kredit sahaja. huh! membazir. ye betul memang membazir. tapi aku suka. ngeh3. cume ada 4kelas sahaja. iaitu selasa jam 3petang kuliah. khamis jam 4petang kuliah. jumaat 8 pagi lab dan jumaat juga 10 pagi lab. hoho. kene betul2 ni. lau markah teruk memang dia tarik habis pointer aku sebelum2 nih. tak boleh nak ponteng kelas. walaupun semalam aku dah TERponteng kelas tanpa sebab. haiyo. 

bolehlah aku balik kampung selalu. nanti bulan puasa boleh la aku berbuka di rumah selalu. ngeh3. nasib baik la rumah aku dekat je. lau jauh memang menggagau gak aku nak balik. aku suka. yeah! 

tapi aku tak boleh balik selalu jugak. kadang2 ada benda lain yang kena settlekan sebelum balik. tapi tak pe. walau macamana pun. aku tetap akan balik. ngeh3. 



p/s: konpius nak tunang dalam masa terdekat atau tidak. mesti ramai kata tidak nih. aku tau. ngeee

12 July 2010

Duit Dah Ada. Tapi Transport Tak Ada

huhuhuhu. duit ptptn dah masuk. tapi nak p mana tak de transport pulak. aiyo camno ni? macam2 nak beli nih. ajak dia tapi dia tak mau pegi. haiyo. alasan sebab dia tak ade duit. jumaat ni nak balik kampung. umah atuk ada kenduri. boleh peluk cium iman dan arip lagi. ngeh2. 
iman asyik tido je tau.

nama kita muhammad nurul iman. ngeee
comel tak sepupu aku? ngeh2. walaupun ada iman. arip tetap aku rindu jugak. ngeeee. ahad ada kenduri umah atuk aku. tahun ni kedua atuk aku pergi haji. termasuk mak kepada baby diatas. makcik aku cuti bersalin nnti cuti pergi haji pulak. bestnya dapat pergi haji muda2. 

aik tajuk macam tak kene je ek. ngee. aku nak beli macam2 ni tuk keperluan rumah. erm. tak pe lah. moto dah ada. adik aku dah bagi. jadi boleh la pergi mydin nanti. agak2 muat tak bakul motor aku nanti?ngeh3...muat aje kot. hehehe. oh tak sabar nak balik kampung. beli kat kampung je la. nanti leh mintak tolong mak bawakkan dengan kereta. ngeh3. 


11 July 2010

Khamis - Jumaat - Sabtu - Ahad

peh kamis sampai ahad. si dia datang melaka. ngeh3. menghabiskan masa selama 4hari bersama2. 3malam tido jam 4pagi. kamis malam jumaat p mandi kolam air panas kat gadek. jumaat start jam 4petang p jalan2 kat area2 shoping complex melaka. memang time ni kami ketandusan wang masa ni. malam tengok wayang cite the back up plan. dia belanje tengok wayang. ngeh3. kul 12 kami melepak bersama kawan2 mereka. aduhai. ke sana dan ke sini. saya mengantuk tapi berbaloi jugak la sebab dapat tengok karate kids percuma. ngeh3. saya suka. mereka menghisap shisha. ish2. saya seperti speechless pada masa itu. sampai kul 4pagi baru sampai rumah. terus tidur tak hingat dunia. solat subuh then tido sampai kul 12 tengahari baru bangun. muahaha, itu pun sebab mak yang kol. ngeh3. kul 2lebih kami keluar pergi makan berempat then lepas kenyang makan. dapat berita gembira ptptn dah masuk. then apa lagi merayap la. sampai ke port disckon kami merayap. muahaha. petang tu gerak p muar pulak. ngeh3. dia jumpe mak saya. tapi kenapa orang lain yang lebih banyak berinteraksi dengan mak saya berbanding dia nih? konpius i. ngeh3. balik dari muar tengok drift lak kat ayer keroh. wah. menarik wo. then habis dalam kul 1 lebih kot. kami terus p tengok bola. sebelum tu anta cik echa ke rumah dulu. then kami ke kenang selalu. kedai mamak. memang ramai orang. german vs uruguay. haha. aku cuma sampai yang seri tu je. then aku tido. ye aku tido kat kedai makan. ngeh2. tak tahan sangat wo. then aku tumpang tido dalam keta pulak. memang macam tido kat umah lah. ngeh3. sampai dah balik pun aku macam mamai lagi. ngeh3. hari ini hari ahad. dia dah balik. sayu jugak la. yelah. dah 4hari habiskan masa bersama2. takpe. umur panjang leh jumpe lagi kan. dia pun keja. secara jujurnya dia ok je. cume dia agak senyap dan masih belum matang. saya bagi dia masa lagi la ye. saya pun tak berharap sangat. jika ada jodoh ada la. jika tak ada redha aje lah. 

05 July 2010

Nak Tengok Gambar Yang Kelakar Tak?(kelakar ke)

jom kite teruskan kepada motif. ngeee
rama2 hinggap pada epal. weeee

bak sini duit baki aku lagi rm5...

sapa nak jus oren. meh saya benamkan kepala saya..nnti kuar jus.

woi paip. cepat ko kuar air. aku raksasa ko tau x?

mana badan aku?aku mahu badan. badan oh badan.

hadoi.beratnye limau ni.

dengar sini ye kambing2 semua. esok kita ada operasi. jadi malam ni kita kene cukup rehat.

hai.saya ikan lumbe2 yang berwarna kuning. cun tak saya?

rumah telur di angkasa lepas.

cantik kan kuku kaki saya.. berkilat kan? saya suka kaki saya.

kereta sorang baby. tapi baby lom menetas lagi. baru kuning telur. tunggu jap lagi ek..

kenapa aku sorang2 je nih?mana kawan2 aku yang lain?kawan oh kawan.

cantik tak rambut baru aku ni?nampak kacak kan?

oh my darling. demi kamu aku sanggup panjat pagar ini. walaupun sebelah tu ada jalan keluar. demi kamu sayang.

jom main gitar. eh ini gitar ke gambus?

hahaha..aku berada dilautan tembikai.hahahaha

aku nak ini.jangan paksa aku. aku nak jugak.hahahaha

ada hati mahu makan aku ye. meh aku makan tangan kau dulu.ngap.

04 July 2010

Hoi2! Aku Ada Balik...Ngeeee

sekadar gambar hiasan.sape kenal gambar ni. bg komen. ngee
ape la ek..main hoi2 je plak. haha. saje je. konon2 nak buat ganas2 la. padahal aku la wanita yang paling sopan sekali..ngeee...(lari....!takut kene baling selipar)..aku baru nak aktif balik kat blog ni setelah seminggu aku seperti kelam kabut. ngee. yelah. mana tak nye. habis2 majlis ari tu. aku terus balik kampung. kampung mana ada internet. tapi kat kampung syok wo. macam2 buah ada. walaupun rumah atuk aku hanya ada pokok nangka dan manggis. ngee. ala manggis pun segan2 je nak buah. huh!. balik2 je. makan durian. 'cina panjang' yang bagi. ngee. satu guni jugak la. then esoknye. makan nangka. nangka depan rumah atuk aku. sampai sebu perut aku makan. ngee. pas tu esoknye. adik aku bawak seplastik rambutan. cukup la buat perut aku kembung. ngee. malam tu pulak adik aku yang lagi sorang bawak manggis satu plastik merah tu. wahaha. memang minggu makan buah je la. pulak tu aku beli jagung rebus pulak. ngee. ape lagi sampai dua batang jagung aku makan. sememangnya sorang satu je. sebab tak cukup. disebabkan aku tamak. aku makan dua. hahaha. then esoknye ada nangka lagi yang masak kat pokok. dua biji lak tu. hahaha. aku kopek2. makan. lagi best ramai yang datang umah atuk aku masa tu. kenduri nangka la. ngee. ari ni aku masak asam pedas. ngee. ok. aku cume kopek bawang ngan  blander lada. tapi mula2 memang aku yang nak masak. pas tu atuk aku datang. dia yang masak. aku biar je la. maybe atuk aku masih tak percaya aku masak. ngee. tak pe. aku dah tau camne cara atuk aku masak. wey2. atuk aku masak sedap wo. asam pedas dia kaw2. pas ni aku masak sendiri. atuk pulak makan ek. ngee. ape ni cerita pasal masak. tapi satu gambo pun tak der. ala. tak payah la gambar. nanti terliur pulak. ngee. (sebenarnye tak sempat nak ambil gambar dah habis dah.)ngeee. haiyo. dok mengomel2 ni. macam lapor la pulak. haish. sejak akhir2 ni macam malas nak blog walking. tapi malas2 pun tengok jugak. ngeee. mesti. aku kena balas sape yang lawat blog aku yang agak cute ni. ngeh3. perasan bagus je.  woi. aku nak rehat jap la ek. nanti malam2 sikit aku tengok blog2 korang tau. eh bahasa aku kasar sangat ke ek? sowi la. aku ni kadang2 kasar. kadang2 sopan. tapi aku sebenarnye baik. erk. ada ke orang baik mengaku baik. ngeee. apa2 je la kan. ok bagi aku rehat untuk menenangkan fikiran yang tak kusut ni. tapi rambut yang kusut. camne nih? ngeee.

ini nangka dari depan rumah atuk. ngee


2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...