Nuffnang Ad

31 December 2014

Selamat Tinggal 2014 dan Selamat Datang 2015

Assalamaualaikum

rasenya macam baru je update pasal tahun baru 2014. tiba2 dah nak masuk 2015. cepatnya masa berlalu. 

tak banyak perubahan sepanjang 2014 ni. cuma satu. doakan aku selamat bersalin hujung bulan 1 ni nanti. semoga semuanya sihat2 belaka. 

jom cuti esok. yeah!

18 November 2014

Lagi 2 Bulan

pejam celik pejam celik dah 7 bulan lebih dah kandungan aku. nervous pulak rasa nak bersalin..kehkehkeh..

sepanjang 7 bulan ni. asyik keje..keje..keje...pendek kata..selagi belum tutup mata..keje..kejee..keje..

dan aku harap lepas bersalin boleh la rehat secukupnya..

dah scan. dan in sha Allah baby girl..

nama apa yang sedap dan memberi maksud yang baik ye?

antara pilihan kami adalah Nur Hana Insyirah, Razinatul Amani dan Rahadatul 'Aisy

hmmm..kita tunggu dan lihat nanti...jengjengjeng

27 May 2014

Berita Gembira

positif
biar gambar yang berkata-kata. hehe

belum pergi klinik lagi. maybe esok baru pegi. harap2 semua ok. sebab aku dah makan macam2 ni..hehe

semoga semua selamat.

31 March 2014

Keletihan

hujung minggu lepas..minggu yang sangat letih. mana tak nye. pagi2 sabtu bangun terus kemas barang2 nak pindah. bawak pulak dengan kereta kecik comel lote iaitu viva forever tu. huhu..berTRIP2 la mengankutnye..

ops..masuk2 terus cerita isi..hahaha..
ok.
mukadimah la dulu kan.. hai uols!!! waaa...dah macam glemeresss la pulak..ni nak cerita la kan..kami suami isteri dah dapat rumah sewa dah. area pandan indah yang SANGAT indah. area ni dekat la dari tempat keje aku..dan tempat keje suami. tempat memang dah strategikkk dah.

umah pun ok la..flat. 4 tingkat dan rumah kami ditingkat 3. TAK ADA LIFT. bayangkan kami mengangkut barang2. dah la rumah sewa sebelum ni pun tingkat 3 juga. dari tingkat 3 ke tingkat 3 yang lain. memang BERBALOIII oiii! berbaloi la sangat. hahaha..

dan kami mengankut barang2 dengan hanya menggunakan kereta viva dan myvi(kereta yan)..sabtu 2 kali trip...dari kinrara ke pandan indah. jauh baq hang. bagi aku jauh la...kihkihkih...dan ahad 3 trip. malam ni iaitu hari ke 3 pun ada lagi trip. kalau ada lori..tak ada la nak bertrip2 bagai ni..huhu..

dan hari ini...iaitu hari isnin..adalah hari kerja. maka..memang keletihan la..sakit2 badan woi. laki aku lagi la kesian..barang2 berat semua dia yang angkat. hehehe..orang kuat la katakan..urat dawai tulang besi..kehkehkeh..

so itu sahaja..babai..

notakakikubukankakimu: tahniah kepada my FREN...farah,mummy to be..hehehe

23 February 2014

3 Bulan

tup tup dah 3 bulan dah aku bergelar isteri kepada suami aku...hoho..eleh baru 3 bulan..tengok 30 tahun nanti camni jugak tak..hehehe..

dalam masa 3 bulan ni..aku rasa tak banyak perbezaan pun..sebab aku masih duduk rumah sewa dengan kawan2 yang lain..

kami dalam proses mencari rumah sewa yang murah dan lokasi yang sesuai dengan jarak tempat kerja kami..

apa yang susah... haa...memang tak susah bagi yang ada duit..bagi kami yang gaji cukup2 makan. agak susah nak bina duit semula..

encik suami kata.."takpela..slow2 la cari ye.." hoho

susah2 dahulu...senang2 kendian orang kata..


02 January 2014

Berakhirnya 2013

2013........

banyak yang berlaku sepanjang tahun 2013...

suka..duka..

semua ada...

kenangan manis...

kenangan sedih...

babai 2013...

yang pergi teruskan pergi...

kita yang masih bernafas teruskan amalan ...

kerjalah seolah2 kamu hidup 1000 tahun lagi..

beribadatlah seolah2 kamu akan mati esok hari...

nota: azam tahun lepas dah banyak yang terlaksana...kerja...kereta..suami..harap2 lepas ni dikurniakan cahayamata...amiin

2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...