Nuffnang Ad

25 May 2011

Nur Kasih The Movie

hari sabtu yang lepas iaitu pada tarikh 21/5/2011 aku pergi tengok wayang ngan mak dan adik2 aku. firsttime kot bawak mak jalan2 tengok wayang. hehe. aku memang nak tengok cite nur kasih tu. sebelum pergi tu dah bape kali entah aku tengok kat website GSC cite tu ada pukul berapa. plan memang nak tengok malam pun. sebab siangnya mak and adik aku busy sikit. hoho. 

maka, dipendekan ceritanya, kitorang pun tengok kat GSC AEON bandaraya melaka. kebetulan terserempak ngan kak shida and yam. hehe. nasib baik aku tak tunggu lama sangat nak tengok cite tu. sampai dalam kul 7. solat magrib and makan2. sempat pulak tu pergi daiso. hehe.. beli mende ni. 



lain kali je la aku cite sal mende ni ek. hehe. movie start kul 930. semenatara tunggu snap2 gambo jap. hehe. 






ok. sekarang baru aku nak cite sikit je sal cite ni. hehe. overall cite ni agak touching jugak. aku ni jenis susah nak nangis lau tempat yang ramai orang ni. tapi bile tengok cite ni. macam nak nangis juga. tapi tak keluar pun air mata. cume bertakung je la. hoho. dalam cite ni takde watak2 yang antagonis. mengisahkan pasal adam dan nur. halangan yang dorang hadapi. aku bagi 4 bintang dari 5. hehe. kenapa 4? aku pun tak tahu. tak berani nak bg 5 la. hehe. 

akhir kata, aku sayang mak aku lebih dari aku sayang kamu semua. hehehe. babai. 



p/s: kain felt aku jadi tunggang langgang lepas tu. haha.

18 May 2011

Aku & Nasi Goreng

Ello~~~ dah makan? dah minum? dah mandi? dah cuci kereta? dah gosok baju? dah apa lagi ek? 

aku baru lepas makan. burrp~~ alhamdulillah. kenyang. makan nasi goreng lagi. 6 bulan kat Majlis Perbandaran Muar ni. 6 bulan la aku makan nasi goreng. sampaikan aku dapat gelaran Ati Nasi Goreng @ Ati NG..haha. yelah mana taknya. nasi goreng je yang kenyang. lau makan mee goreng. tengahari kena makan lagi. mee cepat lapar. aku pulak jenis cepat lapar. kalau makan nasi. tak yah lunch dah. hehe. jimat duit aku~

pas ni aku kena makan nasi kat umah je la. hari2 la aku masak nasi goreng kang~ hoho. ok aku tak de idea nak update. jari kaku.



p/s: aku dah nak abis praktikal. maka bertambahlah bilangan penggangur~~

11 May 2011

Juvana

jam kat laptop aku skang menunjukkan pukul 9.20 minit pagi. that mean. aku dah 1jam 20 minit dok depan laptop tanpa hasil yang memberangsangkan. maka aku klik kat blog kesayangan aku ni. then new post. tiba2 teringat cerita juvana kat tv3 jam 9 malam setiap isnin tu. minggu ni dah episod 3. kenapa aku tertarik tengok cite tu? cuba teka? haha. sebab aku mula minat kat pelakon yang jadi cikgu tu. cikgu yg selalu pakai spek mata hitam tu. apa ek nama dia dalam cite tu? cikgu ariffin ek? eh sama nama ngan sepupu kecik aku lak. hehe. yang dilakonkan oleh beto kusyairi. tibe2 macam minat kat dia. haha. sejak aku tengok cite kashaf imani la ni. selain itu aku nak tgk zahiril adzim. ni sebab pengaruh kawan2 aku la ni. dorang suka kat mamat tu. kan dah jangkit kat aku jugak. 

bila dah tengok episod satu nak tengok episod dua pulak. then seterusnya. maka aku pun setiap isnin kul 9 malam dah duk depan tv siap dengan air kopi ke milo ke apa2 yang ada kat dapur bawak ke depan. kalau ada lempeng ke, jemput2 ke. memang bawak sekali depan tv la. 

cite ni mengisahkan kehidupan kat sekolah budak2 jahat. eh betul ke aku ni? yelah. dorang ni semua ada buat salah. then dorang ditempatkat kat sekolah wira bakti. daim (zahiril adzim) asik kene buli je ngn botak. aku jadi benci pulak kat botak dalam cite tu. tapi adik aku plak suka plak kat botak tu. apa kes entah adik aku tu. 

apa2 hal pun. jom kita tengok cite juvana kat tv3 setiap isnin  jam 9 malam ek kawan2. hehehe. 


p/s: sambil layan lagu papa americano berulang kali~~~~

10 May 2011

Simbah Guna Asid?

hai semua! aaacchooom~~! ops. sorry. aku selsema la. sekali sebulan mesti kena. dah macam penyakit wajib setiap bulan la plak. tak tahan dengan sejuk. tapi bila panas rimas pulak. haha. pagi2 lagi dah srot sret je. sampai ada bau apa pun aku tak dapat nak detect. slumber je aku diri sebelah lori sampah. 

pagi2 lagi aku dengar MHI. ally n wardina bincang2 sal simbah asid tu. ni aku nak cerita sal simbah2 asid ni. aku tak paham senarnya apa motif penjenayah tu simbah asid kat muka orang. gila ke apa. jeles tengok orang tu cantik ke?  penjenayah tu lelaki kot . tak kan la nak jeles pulak ek. kejadian ini dah semakin menjadi2 pulak tu. 

apa2 pun kepada anda semua. berhati2 la ye. kejadian ni berlaku kat area KL. kalau boleh pakai topeng ke apa2 ke nak protect muka. hehe. gurau je. aku sendiri pun tak tau macam mana nak buat. bukan kita tahu pun siapa yang baik. dan siapa yang jahat. lagi2 la kat tempat yang ramai orang. 

kesimpulan dalam cerita ini adalah malang tidak berbau. *ada kena mengena ke?*

klik pada gambo lau nak besokan dia.
p/s: aku belom rasa tenang lagi ni.

08 May 2011

Selamat Hari Ibu

hari ini hari ahad. hari ini adalah hari ibu. bulan lima ada banyak "hari ... ". seperti hari pekerja, ahad yang lepas iaitu 1 mei. minggu ni hari ibu. next, hari guru. ketiga2 hari ini adalah melibatkan my mak juga. hehe. so. sempena hari ibu ini, saya ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada my mak, Rohani Bt A. Rahman.

disini saya ingin mendescribe mengenai mak saya. mak saya berumur 47 tahun *sambil memcongak tahun ni tolak tahun mak lahir* . mak saya merupakan seorang ibu tunggal. mak dilahirkan di kg serom 2, muar johor. anak ketiga kepada atoks saya. hehe. adik beradik mak ada 6 orang. 3 lelaki dan 3 wanita. *releven kah semua ini* . ok  mak saya mempunyai 4 orang anak yang comel2. ehe~ 3 orang gadis dan seorang teruna. 

mak saya seorang yang sangat baik dan selalu mengalah.semua kehendak anak2 mak mesti penuhi. tapi sebelum tu kena dengar bebelan dulu la. ehe~. mak juga seorang yang sangat suka ketawa. tapi itu kalau mood baik. hehe. dulu time aku kecik2. mak ajar aku ngaji. semua anak2 mak, mak sendiri yang ajar ngaji. tapi aku sorang je ngengada nak ngaji ngan orang lain. haha. konon nak ikut kawan2 la. sebab kawan2 semua ngaji ngan orang lain. last2 ngan mak jugak yang best. hehe. mak tak pernah nak marah2. kalau marah pun memang tak jalan. tapi apa yang mak suruh buat semua akan dipatuhi. untuk anak2 perempuan mungkin boleh dengan cara macam tu. tapi tidak untuk anak lelaki. ingat dulu masa aku malas nak sembahyang. mak tak lah marah teruk. entah macam mana saya leh nangis pulak sambil sembahyang dulu. hahaha. sampai sekarang saya takut nak tinggal solat. bukan sebab takut dengan mak. aku solat kerana Allah s.w.t. 

kesimpulannya. saya sayang mak saya kerana mak telah mendidik dan membesarkan kami adik beradik sehingga sekarang tanpa jemu. i love u mak. muah~ ops lupa. mak tak suka orang cium dia. hehehe. 

ini mak saya. saya sayang mak saya. 


p/s: entry ini agak skema kerana tuan belog sememangnya skema. hahahaha. 

2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...