Nuffnang Ad

29 May 2012

Oren dan Pink

ye. tajuk tiada kena mengena dengan apa yang aku nak post kat sini. oren dan pink tu mewakili item yang aku baru beli hujung minggu lepas. ala...headphone and mouse je pun. haha. taraaa..

comel kan? kan? haha
ok. dah tunjuk si oren dan si pink sy. now what? ha.. memandangkan sekarang dah start cuti sekolah. maka banyak la jemputan kawin. hey. bulan ni paling ramai kot yang kawin. means. kawan2 aku la. dari yang sekolah membawa ke universiti dan ke tempat keje. semua la. tapi..satu je yang aku sempat pergi. tu pun dengan tak pakai baju kurung. kebetulan balik dari ambil mak kat sekolah singgah kenduri kawin. tapi..aku datang jugak kan..hehe. *itu pun kebetulan lalu rumah dia* 

so..dikesempatan ini. saya.aziati zolman ingin mengucapkan selamat pengantin baru. barakallah.

err..ada lagi ni..tapi betri laptop ada masalah. selagi boleh guna aku guna. walaupun ada yang mempertikaikan penjimatan aku ni. aku peduli apa. bila dah betul nazak. baru aku beli yang baru. boleh?

and aku paling tak suka orang paksa aku makan. if, aku dah cakap tak nak makan dalam 3 kali tu. means. aku memang tak nak makan. ada paham ka? if, orang ajak makan sekali, dan aku terus jawab jom. means aku memang betul2 nak makan. 

p/s: tolak ansur la sikit.

15 May 2012

The Small World

dunia ni kecik je. pegi mana2 pun masih jumpe orang yang sama. 

dipendekan cerita. sebelum ni aku ada ikut kawan aku pergi shoot gambo orang kawin. ekceli. masa tu orang nikah la. aku datang lambat. so dorang nak shoot kat outdoor dah. kira aku ikut yg outdoor je. indoor dia buat sorang2. masa tu aku keja kerani kat muar. so, sabtu pun keje. balik kul 1. then janji ngan dia lepas balik keje aku rushing pergi ke dia. dalam hati aku macam dah dapat agak hujan. eh. sebenarnya aku balik keja tu pun dah kena hujan. hoho. then cari punya cari umah pengantin aku tak jumpa. padahal dekat je. yang sebenarnya aku yang tak tahu tempatnya. haha. then akhirnya jumpa kat petronas je. dia pickup aku then kitorang plan nak pergi ke kawasan sawah. then dah hampir sampai dah. hujan. tak dapat la aku jumpa pengantin itu. habis.

then, hari ni. aku tergerak nak tengok gambar kawin opismate aku ni. dia tunjukkan kat FB dia. ok aku pun tengok. eh gambo dia. macam pernah kulihat gambar itu. tapi dimana ya? then ada nama Rashid Tumiran. eh macam kawan aku je. aku tanya kak Hawa. rashid ke yang tangkap gambo akak? then dia cakap a'ah. sah. memang kecik dunia ni. aku cam gambar tu sebab ada kat kawasan pokok getah. rashid ada cerita sal pengantin yang merungut sal nyamuk kat kebun getah. akak ni la. 

nampak tak korang? Allah tak temukan kami masa hari nikah akak ni. padahal kami dah dekat dah. tapi kami jumpa kat KL. satu opis pulak tu. patutlah kitorang macam mesra je. orang kampung upenya. haha. aku pun satu. tak penah nak tanya2 akak tu orang mana. eh yang senarnya aku tahu dia orang johor. tapi tak tahu la dia orang Parit Jarum Darat. hahaha. orang bukit gambir upenya. hehehe..

p/s: korang penah tak alami camni? aku teruja.

14 May 2012

Bercakap Dengan Robot

hai kawan. apa macam hari ini? ada baik ka? isnin kot. semua macam blur. aku pun pergi keje pagi tadi masuk kul 9suku. ah! aku memang selalu datang ikut suka. balik pun ikut suka. korang ada? haha

ok berbalik dengan tajuk. disebabkan projek aku dah siap. sekarang tinggal maintenance je. so if ada problem baru la aku kelam kabut cari jalan penyelesaian. buat masa ni semua problem aku boleh handle dengan jayanya. haha. belagak kan aku? ok fine. eh tajuk. disebabkan tak banyak keje. aku habiskan masa terluang di site dengan membelek blog kawan2 aku. ekceli dah lama dah aku jumpe entri si echa ni. pasal simsimi. tapi baru sekarang aku nak cube. then apa lagi. tepek je la sini. haha. silakan baca.

edisi berkenalan. yang akhirnya perbualan kecundang  ke laut.

kali ni dia mintak maaf. teringat nabil.

edisi gatal yang tak berapa nak jadi.
edisi bau ketiak
setakat ni aje la aku pastekan kat sini. banyak lagi perbualan aku dengan robot ni. semua merapu meraban. maklumkan bosan. nak chat tak ada kawan. ngan robot pun boleh la. layan~

eh kejap. bukan aku tak ada kawan. ada. ramai. saje je buat2 tak ada kawan. boleh? tak boleh eaaa?

mahu cuba..ini dia link ----> klik sini

ok daaa~

p/s: jangan ingat aku macam ni, aku tak pandai masak. hey! aku tahu la. masak air.

13 May 2012

Great!

baru balik dari kampung yang terchinta! hoho. semua ada. great!

jumaat malam aku sampai ke tangkak macam biasa adik ngan mak jemput. kali ni ada tambahan manusia. Yan and Iman. Yan kite tolak ke tepi,watak tak penting. yang penting Iman, rindu la itu budak. terloncat dia dalam kereta. hoho. ini bermakna Mak Ana and anak-anak ada kat umah atok. sampai umah atok je. jumpa Arip, budak yang dah pandai gedik2 dah sekarang ni. dia boleh buat-buat terkejut.'Eh Aji balik?jom main pancing2' haish. budak kecik yang tak padan ngan usianya. sapa ajar kau ha arip. cubit kang. haha. main2 sebarang dua. then mula dah bosan ngan Arip. aku beralih kat Ummi. hoho. comel.kiut.tembam.

aku belikan dia headband beberapa minggu yang lepas. comel
tapi mak ana tak tido umah atok. sekejap je dapat cubit2 pipi ummi. then depa balik umah. tak apa. next time ada lagi.

sabtu pulak. pegi beli barang2 adik. excited punya pasal. siap nak beli baldi sekali. haha. yan cakap. nanti dah nak pegi daftar baru beli la. sekarang ni awal lagi. petang tu pegi ngan mak. cuaca agak panas. mak pulak tak berapa sihat nak berjalan jauh2. tapi mak tetap nak ikut. haish. itu la mak.so, sekejap je la shopping kat bukit gambir tu. tak pa mak. aji tetap sayang mak. lep u. hehe. malam plak kitorang buat plan yang agak mengejut. area kul 630. yan bersuara. perbualan seperti dibawah:

yan: aji,jom tengok average.
aku: average? avengers ke?
yan:err...haha..yelah.
aku: jom.

aku: err..nak btau mak camne ni?
(disebabkan nak tengok wayang kene pegi melaka. so aku macam risau gak kalau tak btau kat mak. malam pulak tu.)

yan: cakap la nak sambung beli barang adik.
aku : ok. dah on the way baru btau mak kite pegi melaka.
yan: set!

adik: errr..ok.

itu la kitorang. bile ada agenda jahat macam ni tahu takut. tapi kalau btau perkara sebenar memang tak dapat la nak tengok. haha. so tengok la kitorang the Avengers yang dah hampir 2minggu tu. eh tapi tetap ramai jugak orang. dipendekkan cerita. kitorang tengok midnite. so sampai umah dalam pukul 3pagi. gila ah!. 

memang mak asyik call aje. adik la jadi mangsa. mak call aku tak dapat, mak call yan tak dapat, mak call adik pun tak dapat. eh, yang sebenarnya bukan tak dapat. bunyi henponnya. cume tak dengar. bising la dalam panggung wayang tu. lagipun khusyuk sangat. haha.

cite tu memang best la. kelakar. aku suka kat Loki. err. kenapa aku suka kat Loki tu ek? entah.hahaha

ok sekian.

p/s: lepas ni tinggal mak ngan atoks je kat kampung. sob..sob..

07 May 2012

Hilang

isnin. biasala. mood pun suam-suam je. walapun sekarang ni sejuk gila. hujan pagi2. redah hujan. nasib baik hujan tak lebat sangat. 

terfikir untuk beli kereta. tapi aku melihat dari sudut kemampuan aku dari segi wang. memang tak mampu. motor pun ok kan. setakat hujan. apa ada hal. redah aje la. baju hujan kan ada. 

sabtu lepas schoolmate, sazlina datang KL. dari JB. round2 KL. pergi masjid jamek la je la yang boleh aku bawa. plan nak pergi macam2 tempat. tapi kekangan dari segi masa. malam pergi Mid. tengok movie. serius aku nak sangat  tengok the Avengers. tapi......ada kul12 lebih. tak nak ah. nanti malam sangat plak balik. then tengok la baik punya budak. serius aku tak tahu motif cite tu. hoho. tapi boleh la buat aku gelak sikit. haha. ricky mati!

esoknya teman schoolmate juga, dayana pergi shah alam. adik dia nak grad. teman dia bawa kereta. dia baru beli kereta dan belum pernah bawa kereta jauh2. so. aku ni sebagai co-pilot la. muahaha. eh!

then apa yang hilang sebenarnya. aku tak hilang apa2 pun. hehe. sabtu dan ahad aku hilang rasa bosan. hoho..

thats all!

notakaki: jangan asyik nak merungut! bersyukur..

04 May 2012

Bila Dah Suka

hanya satu lagu..pap pap param..pap pom pom..

hai kawan-kawan saya semua. hati saya sedang dalam keadaan yang sangat baik sekarang. dalam hati asyik ada lagu..dan ianya dizahirkan dengan memasang lagu di laptop.  lagu yang sama pula tu. hoho. yang pasti lagu untuk orang yang sedang dalam mood baik seperti aku sekarang. 

nasib baik la tak ada roomate. kalau tak, menanah la telinga dengar lagu yang aku pasang ulang-ulang ni. haha. 

mulai saat ini, aku mahu senyum sahaja. walaupun aku kurang dengan senyuman. tetapi penuh dengan ketawa. aku ni susah nak jugak nak senyum. tapi bila aku terlihat sesuatu yang kelakar dan menarik. aku akan senyum tanpa melihat kiri dan kanan. 

hari ini full dari pagi sampai ke malam. aku rasa macam nak senyum je. hey! ini tanda-tanda apa nih? no! aku belum jumpa mana-mana lelaki yang boleh dibuat suami. kawan? ada la sikit-sikit. haha. walaupun cuaca panas terik tadi. tapi hati aku tetap suruh aku senyum je. haha. macam apa la pulak. 

sekian. 

p/s: alangkah indah...jika dirimu sentiasa disisiku sayangku...<------ayat ni asyik bermain dilaptop aku.hoho

2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...