Nuffnang Ad

16 October 2010

Akhirnya

fuh. dah lama aku tak update belog aku ni. bukan apa. aku nak update. tapi asik tak boleh je. macam2 aku nak cerita. tapi tak tercerita pulak. haha.

firstly aku nak cite 9 n 10 hb 10 hari tu aku join xpdc jelajah alam. lokasi gunung ledang. memang best. lupe sekejap aku kat dia. hehe. macam2 aktiviti. ada permainan rota-rota, pisang goreng, bom, and cak kelicap. paling gelak tak hingat cap kelicap la. haha. then ahadnya p daki gunung. tak sampai puncak. tapi sampai kolam gajah. hehe. dah itu je kot aku nak cite. ngeh3. tibe2 takde idea nak taip ape. hehe. maybe sebab aku bangun awal sangat kot ari ni. muahaha.

06 October 2010

Aku Yang Pendiam

sedang aku sibuk2 nga main game farmville kat fesbok. tibe2 ada friend request. benti jap main farmville. then belek gambo. macam xkenal. try klik lak kat nama dia. laaaa. kawan sekolah rendah la beb. lama gile tak dengar cite sal dia. hoho. dulu dia la antara pesaing2 tuk dapat top 5. haha. masa sekolah rendah la. masuk sekolah menangah memang xkan dapat top 10 pun. hahaha. 

skang dia dah jadi misi la. best la kan jadi misi. orang cantik2 jadi misi baru pesakit terus sembuh. betul tak? ngee. tibe2 aku teringat kawan2 sekolah rendah aku. mana korang semua?? bape kerat je yg aku jumpe kat fesbok ni. bile aku kira2 ada dalam 10 je kot. dulu dak2 kelas aku ada bape orang ek? aku pun tak hingat. wahaha. 

kepada rakan sekolah rendah yang tibe2 jumpe blok aku. lau korang rasa korang belajar kar sekolah rendah serom 3 pada tahun 1993 - 1999, meh la add aku kat fesbok, nak lagi best jadi follower aku. ngeee. lama seh tak jumpe korang.

aku dulu pendiam. tak banyak cakap. cakap pun, yang perlu je. tak rajin nak kecoh2 dalam kelas. lau cikgu2 meeting. nama aku xpenah tersenarai dalam nama2 budak bising. aku memang baik gile. bukan nak puji diri sendiri. memang aku senyap kat kelas. lau cikgu tanye soalan kat aku, aku jawab slow je. aku penah dapat title 'mulut ada emas'. sebab tu aku tak penah jadi pengawas. sebab aku tak aktif masa sekolah dulu. aku rajin jugak p library masa sekolah rendah dulu. haha. pinjam buku. aku suka pinjam buka sains yang macam2 ujikaji tu. kulit tebal. aku lau pinjam buku tu memang lama nak pulangkan. pssst, aku penah tak pulangkan buku. dalam baik2 aku pun aku wat jahat2 senyap2. hahaha.

aku rasa lau jumpe balik dak2 sekolah dulu mesti dorang tak caya aku skang dah banyak cakap. cakap tak henti2 lak tu. tapi aku bukan setiap masa banyak cakap. lau orang yang dak kenal n rapat je aku banyak cakap. yang baru2 pun aku kena sopan2 ayam sikit. kena tunjuk la aku ni sebenarnye seorang yang baik serta sopan santun. wey2 jangan salah sangka. aku memang baik la. tak caya tanye kat mak aku. nak nombor tepon mak aku pun aku leh bagi. 

jadi apa kesudahan entry ni? ha tu dia. aku nak btau kat korang la. sebenarnya aku ni masa sekolah rendah pendiam tahap kucing oren la. tapi dah masuk sekolah rendah perangai dah mula berubah. lain kali la cite. pe2 hal pun aku rasa aku macam nak balik sekolah rendah balik la. sebab aku rasa comel masa aku sekolah rendah. muahaha. tenkiu. adios. 

05 October 2010

Aku Yang Gelabah

.............
................
.......................
.........................
..............................
...................................

aku sayang dia
sangat2
fullstop

Aku Kena Chill(Sejuk)

ada sorang teman suruh aku chill. bila translate chill ke bahasa melayu dalam google translet chill maksudnye sejuk. jadi aku kene sejuk la? ahah. how ek? 

sumber dari encik google


jadi untuk sedapkan hati. aku nak berpikiran positif je nih. i must think positif. yeah! 

sabtu n ahad ni reles tensen kat gunung ledang ngan mereka. harap2 leh chill kat sana. mesti punye. sebab kat sana sejuk. dok dalam hutan. hehe. leh bercakap2 ngan pokok. leh bercakap2 ngan air terjun. leh bercakap2 dengan tanah. bercakap2 dengan hutan. jauhkan diri dengan teknologi supaya dapat muhasabah diri. tapi telepon aku bawak jugak nanti. nak tinggalkan kang ada emegency kol camne lak? hehe.

semenjak dua menjak ni. kepala aku asik pening je. bila duduk, nak bangun kepala pening macam nak melayang2. orang kata sebab tekanan darah rendah. tekanan darah aku rendah ke? kena p cekidot ni. 

04 October 2010

Aku Merajuk. Dia Tak Pujuk

huhu. aku majuk dia xnak pujuk pun. sedihnye. baru nak mengada2 sikit. hehe. xpela. aku dah ok dah ni. xyah nak pujuk2. semalam dah abis lepaskan geram kat dia. mesti dia pk aku ni mengada tahap babun. wahaha. tiba macam rindu kat dia la. hehe. tapi dia xrindu aku pun. konon la aku ni nak jiwang2 nak rindu mindu pulak. haha. geli kan? 

p/s: wey kamu yang berkenaan. aku memang camni. lau geram aku lepaskan terus. jangan simpan2 lau geram tau.

03 October 2010

Kenapa Aku Emosi?

awas. entry kali agak menyampah. harap maklum.

aku rasa ada orang sedang mengelak dari aku. bila aku on9 dia off9. bila aku off9 dia on9..sabar je la. lau xnak kawan ngan aku cakap la terus terang. tak payah nak main tarik tali camni. aku selalu susahkan dia kot. tu yang dia nak lari dari aku. haha. yelah2. aku paham. aku suka susahkan orang. wat orang serabut je. aku tak kira. aku nak emo gak. biar la orang nak kata apa. biar la dia cakap blog aku ni cam diari pun. blog aku. suka aku la. tempat lepaskan geram, marah, suka duka semua kat sini. nak cite kat dia pun. bukan leh buat apa. huh! dia dah berjaya wat aku terhegeh2 kat dia. tahniah.

02 October 2010

Magika Official Trailer

malam tadi tengok cita magika. memang best. aku suka. kelakar. sedih. romantik. semua ada. cite melayu musical yang best penah aku tengok. tak rugi la aku bayar rm10 tuk tengok cita nih. ngeh3. lau sapa2 tak tengok cita ni lagi. p la tengok. ada pak pandir, mak andeh, mahsuri, hang tuah dan pahlawan melaka, puteri gunung ledang,bawang putih bawang merah, awang kenit, nenek kebayan dan ada la lagi. banyak. layan trailer dia dulu. hehe



01 October 2010

Kalau Berpacaran


Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman
dari tadi dok asik nyanyi lagu ni. tajuk lagu 'kalau berpacaran'. bila time korus aku nyanyi kuat2. bagi tekanan sikit kat orang sekeliling. haha. yang atas tu korus je la. lagu ni kira bagi nasihat kat orang yang kapel2 la. lau nak dating cari tempat yang terang. lau nak jumpa boleh pandang. pegang2 tak boleh. bukan muhrim. tunggu dah nikah baru leh pegang2 segala2nya. bila nak duduk pun kena jauh2. tak leh dekat2. bila bercinta ni kita kena jaga tatasusila.
ok hari ini taknak mengarut panjang2. cukup la setakat ni je. lagi banyak aku taip lagi banyak aku merapu. lagi banyak aku merapu lagi panjang la entry ni nanti. hoho.
p/s: senyum sampai ke telinga bila dia cakap dia sayang saya. tapi dalam hati je la senyum. hehe

2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...