Nuffnang Ad

21 February 2011

Sambungan Saya Gagal

hai semua~~~ hari ini aku senyum sahaja tanpa sebab. kene paksa senyum. kalau tak nanti tak de orang nak datang meminang. ngee. today kan isnin. maka, mesti ada yang malas2 nak buat keje kan. aku  pun sama. dengan keadaan opis yang agak senyap. kerana tinggal 1orang staff je ngan aku sorang. yang lain cuti. lagu aku pulak asyik rotate lagu yang sama. agak bosan jugak. ngeh2.

ok berbalik dengan entry yang sebelum ni. aku nak sambung la sikit. sebelum pemeriksaan fizikal,pancaindera dan kecergasan ada taklimat dulu. dia bagi borang mintak isi. mula2 dia akan ukur tinggi kita dan berat. then lau dah lulus check penglihatan pulak. then lau lulus dia check tubuh badan. mana tau ada cacat2 ke kan. masa tu kene bukak baju tau. tak kira laki ke pompuan. tapi yg pompuan ngn pompuan la.hehe. dah habis taklimat adegan tungu menunggu la pulak. 

aku dah dapat rasa dari umah lagi yang aku memang tak lepas. dia nak BMI antara 19-26. aku kira2 kat umah BMI aku dalam 26.1. lebih la kan. ditambah lagi dengan keadaan mata aku yang rabun. power spec aku 800++ ok. kiri dan kanan. memang sah2 tak lulus. aku pergi pun sebab nak dapatkan pengalaman. dan juga cuti. hehehe

so bila dah sampai giliran aku kene pemeriksaan fizikal aku pun masuk. oh lupa. sebelum tu ramai jugak yang dah gagal. maka aku memang yakin aku pun gagal pemeriksaan ni. alangkan orang yang tak pakai spec pun tak lepas. inikan aku yang memang pakai spec. 

mula2 dia suh berdiri kat dinding yang ada angka2 tu, ala...masa sekolah dulu ada. ruler yang panjang tu. tinggi aku 1.55 meter. ok lepas. sebab syarat kene 153cm. then timbang berat badan pulak. 63kg. wow! berat seh. hoho. then dia kira2 BMI aku. pakai kalkulator. ada lebih sikit2 kira halal la.. lepas dah BMI. then check mata lak. dia suh bukak spec. wooo. memang sah2 xlepas ni. aku xnampak langsung. aku xnampak rupa semua orang. then xyah nak cakap byk. aku cakap ngn penguji tu. 'saya memang xnampak la encik'. ok dia suh duduk.

masa duduk cik tu tanye. awak ada diploma?aku angguk. awak ada degree? aku senyum . dia tanye 'in making?' aku angguk lagi. dia cakap awak abiskan degree awak pas tu awak mohon gred41. aku angguk lagi dan senyum. hoho. 

lepas dia bg kata2 semangat aku pun keluar. dah terus keluar balik. ngeh3. itu je la. hehe. so. tak sempat la adegan bukak2 baju. hahaha. 

orang kata tak cuba tak tahu. maka aku pun cuba walaupun dah dapat rasa memang gagal. hohoho.

jumpa lagi~~~

18 February 2011

Saya Gagal

hari ini aku rasa macam tak ada mende buat pun. aku dapat kawan baru kat MPM ni. alamak lupa nak tanya nama. hehe. tapi yg aku tau dia duduk Bakri. hehe. ok itu sahaja.

semalam 17hb Februari 2011. aku pergi interview. jawatan pegawai imigresen kp17. masa aku dapat surat panggilan temuduga aku rasa excited la jugak. tapi. bila aku check kat belakang surat tu. ada ujian fizikal la pulak. aku lau bab camtu yang xgemo. dia check penglihatan. aku ni rabun memang tahap serius. lau bukak spec aku memang tak nampak langsung. aku yakin sangat memang tak dapat. tapi dah semua orang suh aku pergi. aku pun pergi la.

maka. nak dijadikan cerita. pagi2 aku dah bangun nak p interview tu. pakai baju sukan. siap cakap ngan atok. lau aku balik ngan pakaian sukan jugak. harap maklum la. gagal. n lau aku balik dengan pakaian baju kurung. 50 % lulus. tapi malangnya aku balik dengan pakai baju sukan. gagal la maksudnya tu. ngeh3.

alamak dah kul 5. time to go home. next entry aku cerita pengalam masa kene ujian fizikal tu ek. daa~~

16 February 2011

Kalau Rasa Marah

"aku dan dia semakin jauh. dia ada kehidupan dia sendiri. aku ada kehidupan aku sendiri. asyik aku je yang mengalah. aku dah tak tahan macam ni. lebih baik aku jauhkan diri dari dia. (ada dia peduli?) aku ada ke aku takde ke. sama je. ramai kawan2 dia yang leh hiburkan dia. hmm. laki pompuan semua ada. aku yang bukan kategori cantik n kurus ni akan berada dipinggiran sahaja ok. dia langsung tak amik port bile aku cakap aku tak nak kawan ngan dia. aku rasa dia suka kat sesorang yang aku kenal. ari tu nampak diorang mesra je komen2 kat fb.ok. aku tak nak fikir pasal dia lagi"

ok. ayat dia atas ditaip dengan hati yang sangat tak matang. ayat2 diatas juga adalah tidak sesuai ditaip diblog. ianya hanya contoh sahaja. aku pun kadang2 lau rasa marah macam nak taip macam2 kat sini. kerana kat sini tak ramai yang baca. kawan2 aku pun xramai yang tau sal blog aku. tapi..sejak perkara ITU. aku dah kurangkan. kalau aku rasa macam nak marah kat sesorang aku main game. sampai game over. tapi selalunya aku cepat je game over. hohoho. 

kalau aku rasa marah aku senyap. kadang2 lau aku marah. aku bebel sampai orang lain bosan, ada je mende tak kene. 

dan selalunya lau aku rasa marah dan rasa tak tenteram aku baca quran pas solat 5 waktu. (mesti ada yang mencemek2 muka kan?) yelah. konon aku baik la ek. 

ok skang aku rasa macam nak buat keje. fighting~~

p/s: orang yang aku admire masa sekolah dah kawin~~

11 February 2011

Hai Lama Tak Jumpa Kamu

hai. rindu la. sy rindu kamu semua. kenapa lama aku tak update blog aku nih? kerana aku sudah bosan dengan ini blog. dan ditambah lagi dengan kerja yang semakin bertambah. ok aku pening. babai~~

p/s: aku rindu dia. serius~~

2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...