Nuffnang Ad

26 December 2012

Tilam! Tilam! Tukar Lama Ganti Baru!

alkisahnya bukan pasal tilam. tilam hanyalah watak sampingan. 

tapi dia ada la sikit macam 'tukar lama ganti baru'

dari yang ini
 
ihsan dari google








sudah bertukar kepada yang ini

ihsan dari google


p/s: dari putih bertukar kepada hitam!

14 December 2012

1234

hari ini 1 Safar 1434

hari ini hari Jumaat

hari ini hari bekerja

hari ini waktu rehat panjang

hari ini adalag penghulu hari

jom kite tingkatkan amalan kita!

yay!

12 December 2012

121212

one two one two one two

aku bukan nak cerita pasal nombor diatas. nak cerita pasal semalam. hehe. 

semalam selangor cuti, maka MPSJ pun cuti la. dan maka lagi, aku pun cuti. kenapa aku ikut MPSJ pulak? sebab masa kerja aku banyak kat MPSJ so ikut sini je la. hoho.

dan kisah semalam adalah.......aku cuti! kahkahkah! 
*krik..krik* 
err..hehe

p/s:senarnya jumpa dengan kakak kembar dia semalam. hehehehe

10 December 2012

Baby!

ihsan google
aku pening! ok itu sahaja. babai

eh...haha..rugi la update sikit2 je kan. alang2 tu pom pam la sikit kan. hehe.

beradanya saya disini untuk mengucapkan tahniah kepada Puan Rashidah a.k.a kak shida dan encik Asreen kerana sudah menjadi ibu dan bapa.. yay! tepuk2.. baby seberat 3.8 kg itu selamat dilahirkan secara bedah. dan saya dapat anak buah baby girl. yay! tepuk2 lagi.

p/s: last jumpe kak shida pun tahun lepas..nak tengok baby!!!!

29 November 2012

Lagi


ditujukan kepada bakal2 pengantin. kawan2 saya yang akan mendirikan alam rumah tangga, 
selamat pengantin baru.

sekarang kang musing orang kawing2 kang...tehee

p/s: the twilight saga breaking dawn part 2 memang puas hati. hehehe

28 November 2012

Pheww~

harap2 bulan ni dapat la aku tarik nafas lega..

cubaan untuk menyimpan wang. macam2 yang dikehendaki. tapi adakah ianya perlu? ok buat checklist.
  • yang pertamanya, planning nak beli kereta. tapi nampaknya kena tangguhkan dulu. sebab ada perkara yang lagi penting aku kena simpan. 
  • keduanya, simpan duit untuk ke bandung. ini satu hal. kawan2 aku kata dah beli tiket. tapi bila aku tanye tarikh sorang cakap tarikh ni. yang sorang lagi kata tarikh itu. poning la macik dek non oi. jadi pergi ke tak ni?!
  • ketiganya, simpan duit untuk kawin. errr...perlu. starting now.
dan kesimpulannya. aku kena la kawal nafsu untuk membeli belah. eh aku bukan jenis suka shopping pun. hoho.

p/s: serius aku tak paham bila dorang bersembang. sangat laju bicaranya. *sigh*

12 November 2012

First Doodle

hari ini keje aku waktu pagi je. waktu petang aku tak buat apa. dok belek2 blog orang yang ada lukis2. dan tersesat ke doodle. hehe

tiba2 perasaan nak mencube untuk buat doodle datang, maka aku cari tutorial dia. aku cube. dan hasilnya. taraaa..

edisi tak pakai cermin mata
lain kali aku ada masa terluang aku buat lagi la..yang ni macam nampak simple je kan..hoho

p/s: tiap2 kali kami keluar mesti hujan. haish! memang musim......

08 November 2012

Belated Birthday to My Sayang

5 November hari tu hari lahir encik BF. memandangkan kami sudah ke arah yang serius. maka aku haruslah dedikasikan ucapan hari lahir kat dia. tak gitu? hehe

memandangkan besday dia jatuh pada hari isnin. maka kami pun sambut awal. sebab ahad kan cuti. maka tak de la nak terkejar2 dengan waktu kerja kan.kan.kan

aku belikan dia kek rainbow. sepotong je. sebab sambut 2 orang je kan. lagipun dia tak suka makan kek sangat. haha. kongsi. dan jajan2 sampingan. lokasi, tasik shah alam. dihiasi dengan hujan renyai2. hahaha..

maaf tiada gambar kat aku. semua ada kat hp dia. nnti aku dah amik aku update. hehe.

kepada kamu wahai encik BF, selamat hari lahir yang ke 34! hihihi. semoga kita dapat kawin cepat2 dan semoga kamu ceria seperti selalu. hehe.
 


07 November 2012

Pindah Rumah

minggu lepas aku pindah rumah sewa dari Jalan Klang Lama ke Taman Kinrara.

alkisah. proses nak cari rumah sewa bukan main payah wo. semuanya sebab wang. kebanyakan rumah 600 ke atas. dah dapat yg murah suasana pulak tak ok. dah dapat suasana ok, deposit pulak tak ok. dipendekkan cerita. dapat la rumah kat Taman Kinrara Seksyen 1. apartment 5 tingkat. tiada lift. dan rumah kami ditingkat 4.

mula2 pindah tu memang la penat. dengan barang2 lagi. badan lagi. hehe. nasib baik ada encik BF membantu. hohoho. dari rumah lama ke rumah baru dia yang banyak membantu.

cerita pasal rumah aru pulak, memang banyak perbezaan dari rumah lama. penghuni rumah sebelum ni 3orang. sekarang 5orang. dulu kecik sekarang dah besar sikit rumah. dulu tingkat 14 sekarang ni tingkat 4. tapi dulu ada lift sekarang tak ada lift. dulu kawasan tu bising dengan bunyi kereta dan budak2 main. sekarang ni sunyi dan tenang. cuma dulu dekat sangat dengan masjid. sekarang jauh. kena tengok jam la tuk nak tau dah masuk waktu ke belum. dulu parking susah. sekarang parking ok la jugak banding yang dulu. just ok je. still kene berebut juga,cume tanah tu tar cantik la sikit dari yang dulu. dan kawasan rumah baru ada guard. hoho. 'no sticker no entry'.. pendek kata aku puas hati la dengan rumah baru walaupun orang kata rumah kami tu mahal. huhu.

aku dan encik BF dah tak duduk satu blok lagi. walaupun dia di KL aku di Selangor, tapi kami tetap dekat. 5 minit je dah sampai rumah. hoho.

kesimpulannya. ingatlah orang yang tersayang, kikiki..

p/s: macam nak cari keje lain yang menjamin masa depan la.....huhu

23 October 2012

Excited!

aku tau ada dalam 2-3 hari lagi...tapi aku tetap nak ucapkan....

selamat hari raya aidiladha..!

selamat hari raya haji...!
 
selamat hari raya korban...!

jom balik kampung ramai2....yahoo!

p/s: raya sama2 dgn si kembar sy...yay!

18 October 2012

Si Kembar

berangan-angan. kawin dengan kembar nanti dapat anak kembar. haha

boleh tak? hahaha

05 October 2012

Aku Sedang Belajar

pheww~ lama tak menaip kat belog aku nih. maklumlah projek sekarang tahap kritikal. walaupun aku hanya picisan je kat projek nih.

keje malam memang sangat tak best. siang tido. malam keje. macam keje kilang dah aku rasa. hal ini adalah disebabkan waktu siang server ada banyak gangguan.

dan yang aku excited nak cerita kat sini adalah.....

dikesempatan ini, aku nak minta kamu2 mendoakan saya supaya akan kawin tahun depan. err..calon dah ada.*malu*. kami sedang dalam proses kumpul duit. haha.

dan aku dalam proses belajar memasak. nasib baik dia tak cerewet bab makan. dan tak banyak makan sangat. hehe.

pencarian tamat.

p/s: kalau ada jodoh ada la. tak gitu ustaz?

24 September 2012

I'm a big girl

aku adalah budak perempuan yang besar. err.. aku translet je tajuk diatas. hehe. lama dah kot aku tak mengarut kat sini. maklumlah. busy woman...muahaha..

seyes. aku memang tak ada masa nak buka blog. buka pun sekadar macam angin lalu je. pas tu tutup. aiseh. nak kata busy gilee..tak ada pun. cume masa untuk semua ni tak ada. lebih tumpu kat mende lain.

dan dalam kebusyan ini juga. aku belajar satu perkara. iaitu kesabaran. sabar itu sebahagian daripada iman kan. 

dan juga, aku dapat rasakan aku sudah semakin matang. i'm a big girl. yay!

p/s: merancang apa yang dirancang. hoho

03 September 2012

Tak Tahu

pagi tadi mengadu nasib kepada seseorang. tapi aku pulak yang dibrain washkan nya.

kesimpulannya. sila la sedar diri sikit cik aziati woi. mood aku hari down gila. sangat!

aku cepat sayang orang. itu kelemahan aku.

dan aku berikrar. tak akan percayai mana2 orang pun lepas ni. semua orang sama.

terima kasih.

p/s: aku memang nampak desprate sangat. tapi aku bukan jenis yang belasah semua perkara. sebelum buat aku ada pikir juga. *sigh*

24 August 2012

Amik Kau!

dok belek2 muka depan cermin. sedang aku membelek2 wajah yang tidak secomel dulu ini, mata aku tertumpu bintik2 merah di pipi kanan.

ceh! time aku nak melaram ni la dia muncul. macam mana nak sorok ni. tenyeh bedak2 tebal kang nampak tak natural la wajah aku nanti. muahaha.

tak guna punye jerawat. nak picit kang berbekas. orang kata jangan picit. nanti ada parut.

dan keesokkannya aku belek lagi wajah aku yang sudah hampir dimamah usia ini. dan...

ada lagi!! cis! ingatkan dia boleh menghilang begitu sahaja. hehe

aku redha. mekap ala kadar dan pergi kerja dengan hati yang kecewa.

dan sekarang. tangan aku dok gatal2 nak memicit2 jerawat. argh!!! amik kau.

lantak la nak parut ke apa ke. puas hati aku. muahahaha. sampai nangis2 picit jerawat.

p/s: ada tak lelaki yang tak kisah kalau bini dia tak pandai masak macam aku? errr..teheeee

22 August 2012

Raya Yang Sangat Pendek

aku dah start keje!!! sungguh sangat tidak best. tahun ni paling sekejap je kat kampung...serius memang malas sungguh nak balik kl. 

aku dapat duit raya lagi wey..ahaha..dan aku lebih banyak bagi duit raya kepada budak2. excited! muahaha..

jumaat ni balik kampung lagi. yay!


09 August 2012

Tak Lama Lagi Raya

yay tak lama lagi nak raya. tapi. aku rasa raya tahun ni paling sekejap aku kat rumah. cuti sampai selasa je. cit. keje tengah banyak dan tahap kritikal. 

maka. sementara aku ada masa nak mengepost belog ni. aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir dan batin.

ops. bulan ramadhan ni masih ada lagi tak kurang dari 2minggu. jom kita rebut pahala banyak2...yay

p/s: bulan puasa ni aku tak sempat balik kampung. berpuasa diperantauan. uwaaaaa!

28 July 2012

Puasa

salam ramadhan. bulan puasa. bulan yang mulia. bulan yang diberkati. marilah sama kita memperbanyakkan amalan dibulan yang mulia ini. 

doakan saya sihat2 ye. aamiiin...

p/s:  :)

18 July 2012

Episod Akhir

firday i'm in love and lagi satu Ameera. dua cerita ni last episod hari ni. ya. aku memang tak tengok dari awal cerita ni. tapi memandangkan aku ni peminat Qi Razali. aku kena la tengok espisod akhir ni. sampaikan ada yang menyampah kat aku. ada aku kisah? sesekali aku perlu bertegas untuk apa yang aku nak. untuk mende lain aku masih boleh bertoleransi. 

firday i'm in love akhirnya awang dengan nisha. itu je aku nak tahu. endingnya awang dengan siapa. 

ameera pulak, akhirnya amer mati. ziela mati. yg jahat tu aku tak tahu. yang nak jual ziela tu pun. macam nyawa2 ikan. tak tahu la sempat mati ke tidak. hoho. mak amer dah dapat terima amera. ok itu je.

hoho..

p/s: pernah tak korang rasa, bila dibelakang marah gila dengan orang tu. tapi bila berdepan. diam seribu bahasa. aku pernah! kecut wey. tak ada point.

17 July 2012

Penyesalan

pernah tak kamu menyesal dengan apa yang kamu lakukan?

aku menyesal aku tinggalkan dia masa aku masih sayangkan dia. atas sebab yang aku pun tak pasti. err..annoying kan?

ok. sekarang tak guna nak menyesal bagai.....

p/s: keinginan untuk bercinta sudah lama mati. aku harap tak lama lagi hidup balik. haha

30 June 2012

Oh My Purse

tersebut la alkisah...toibbb...ah...tak payah nak toib sangat la..dipendekkan cerita. 28 Jun 2012. aku dah kehilangan IC,kad ATM,lesen dan card2 sampingan yang ada dalam dompet aku tu. kisahnya macam nih.

biasa la pagi2 nak pegi keje. sebelum aku keluar rumah. aku akan pastikan purse and handphone aku akan dibawa. tapi pagi tu. habis dah satu bilik aku selongkar. dari sarang tikus dah jadi sarang entah apa aku nak sebut pun tak tahu la. tak jumpa. then aku terfikir. malam tadi aku macam ada letak kat dalam bakul motor. ok la.aku dah rasa lega. kat motor kot. then dah sampai kat motor. tak ada. elek. lost. aiyo..amma..appa. aku dah risau nih. dengan tawakalnya aku start motor nak pegi keje dengan tak ada lesen and ic. then suddenly, osmate aku ternampak kad nama aku. mula-mula nampak satu..pas tu.ada lagi..dan lagi..lagi..memang banyak pun kad nama aku dalam purse aku tu. tiba2 aku nampak lesen aku.eh. ya! confirm. mende2 tu semua dalam purse aku, tapi mana ic aku? mana isi2 yang lain. tak ada. huhu. hampeh! serta merta aku ke balai polis buat report. then setel report. aku pegi JPN. buat IC. bayangkan duit terbang sambil buat muka bangga! hey! buat IC hilang mahal ok. bagi aku la. ini kalau hilang masa aku tengah bulan memang KO. nasib baik semalamnya baru gaji. tapi nasib tak berapa nak baik la sangat. bajet lari wo aku bulan ni. huhu. setel JPN aku ke JPJ pulak. setel JPJ. aku ke opis. masuk kul1245. cun! sampai2 opis terus lunch! muahaha. 

cerita tamat disini.

p/s: sila ingatkan saya jika saya lupa. erk! faktor usia kah?

17 June 2012

Harapan

haaaarapan...harapan menjadi layuuu....uuu..

aku bagi tempoh 7 bulan dari sekarang. maka, 16 Januari 2013 expired. aku bagi extra 10 hari lagi tu. muahaha..

sebelum umur aku 26 aku harap sekurang2 aku dah boleh berdikari dan matang dalam apa2 hal sekali pun. tidak la aku asyik nak harapkan mak ayah aku je. aku sedang belajar untuk menyetelkan masalah tanpa bantuan mereka. tapi masih belum boleh lagi. masih perlukan mereka. 

sampai bila nak duduk bawah ketiak mak ayah. tak mahu jadi anak yang tidak mengenang budi. aku berusaha untuk menjadi anak yang solehah. anak yang mendengar kata. anak yang taat. anak yang tidak meninggikan suara ketika bercakap. anak yang tahu waktu bila diperlukan. dan sebelum aku kawin,  seboleh-boleh aku akan luangkan masa aku ngan mereka. dah kawin pun nanti aku rasa aku tak ada masalah nak luangkan masa dengan mereka cuma aku belum tahu keadaan masa depan macam mana. err..nak kawin pun memang lama lagi. haha

so,bukan itu yang aku nak pointkan sekarang. dalam masa 7 bulan ni, aku harap aku boleh beli kereta sendiri. heheheheh...panjang berjela konon tak nak susahkan mak ayah. *konon*

aku nak kereta ni. sumber:google

tapi rasanya yang ni mampu sikit kot.hoho. sumber:google


p/s:kita tengok dalam masa 7 bulan ni. huhuhu. nak kawin jugak senarnya dalam masa 7 bulan ni. tapi tak nak la berharap sangat.

16 June 2012

Simple

yay. esok cuti. haha. start2 entry je terus nak cuti. pehal? 

aku cuma nak pointkan kat sini. aku suka baca belog yang simple dan mudah untuk dibaca. dan tidak banyak iklan.hoho

simple maksud aku. yang tak banyak gadjet yang merimaskan. hey! dulu aku pun ada pasang gadjet kelip2 kat tepi2 tu. tapi.....aku dah buang. dah tak ada. sebab aku rasa rimas. aku sendiri tuanbelog pun rasa rimas inikan orang yang TERsinggah belog aku kan. hehe.

lagi best kalau tak ada lagu. tehee. sebab aku suka pasang lagu kat laptop aku. then tibe2 bila pegi ke belog yang ada lagu. aku terpaksa la cari punca lagu tu dan padamkan terus semua belog2 sebab aku tak dapat detect belog mana yang pasang lagu tu. huhuk 

mudah dibaca. yang tak berbelit2 untuk dipahami. ok. aku punya belog pun memang selalunya banyak karangan dari gambar. haha.

yang lagi best. aku suka baca belog yang ada komik/gambar. hehehe. aku sanggup baca entry dorang dari awal pembabitan dalam dunia belog sampai yang entry latest. seronok baca hasil karya orang seni!

p/s: aku tak pandai nak berbudi bahasa sangat. terjah je kalau nak cakap. maaf kalau ada yang terasa. aku tak ada niat nak sakitkan hati sesapa. sorry~~

14 June 2012

Nada Tulisan

hai. aku ingat hari ni hari jumaat. aku dah nak horey2 dah esok cuti. rupanya esok jumaat. kena kerja la wey! pergi kerja hari ni bukan main dugaan. tayar pancit. bukan satu. tapi dua2 tayar. terpaksa la aku tunggu kedai bukak. masuk keja kul830 pagi. tapi kedai buka 930 pagi. acane tu? tunggu..punya tunggu..punya tunggu..sampai la si tukang bukak kedai merangkap tuan punya kedai. dia repair2..pung..pang..pung...pang..siap. nah not rm50 bertukar tangan. aku tak ada duit kecik. dia pun tak ada. dengan tindakan yang pantas dia nak pegi cari duit kecik. dia nak pakai motor aku. erk! muka aku macam redha je. nasib baik ada pacik ke apek entah la. dia nak tukar rantai motor dia. dia bayar dulu yang dia punya. then dapat la aku duit baki. selesai. tibalah masa aku ke tempat kerja. 1030 pagi baru sampai MPSJ. nah. amik kau. aku bernasib baik sebab kat MPSJ aku tak perlu nak thumbprint ke punch card bagai. cuma pergi kat pacik jaga tu. amik pas pelawat. hoho. itu pasal la aku ingat hari ni hari jumaat. sebab aku masuk lambat. haha



ok. itu mukadimah je. panjang betul kan?haha  yang berkaitan tajuk sikit je

sekarang beralih kepada tajuk entry. nada tulisan. eh tulisan tu ada nada.  perasaan tak. gaya tulisan kita pun boleh melambangkan reaksi kita. ada jugak si penulis tu tulis lain. dan si pembaca baca dengan nada lain. aku paling tak suka kalau orang hantar mesej tanpa titik. ye. titik.noktah.fullstop. contoh ayat. 'hai awak apa khabar tengah buat apa tak makan lagi?' macam semput je kan baca. so. letak la titik kat mana2 perlu. letak koma pun boleh. haish. 

lagi satu budak2 sekolah selau letak eeww kat belakang tu. macam gedik je. iyeeeew~. 

ni je setakat ni. hehe..

p/s: aku ni memang selalu nampak kelam kabut. sebab tu satu keje pun tak jadi. hampeh!

11 June 2012

Student kan?

kenduri dah abis. nasi ambeng pun dah habis. tapi hari ni macam lapar nasi ambeng lagi. erk! 

semalam pergi kedai spek mata nak buat lens. poyo! then akak kedai tu cakap kitorang ni student lagi. bangga la sekejap then dipikir2 kembali. maybe sebab gaya kami yang tak macam orang bekerja. simple. tshirt and track suit. kazen aku plak pakai beg yang sandang belakang tu. memang macam student la kot. hoho

aku lebih suka pakai tshirt and jeans je kalau pegi kuar. sebab simple. tak payah gosok2. tudung plak lagi simple lagi bagus. hehe. tapi tade la sampai pendek beno tu. 

aku sedang belajar pakai handbag. errr...kena belajar jugak ke nak pakai handbag?muahaha

p/s: perjalanan balik kampung aku jumaat lepas penuh dengan kesabaran. fuh!

01 June 2012

Pantang Nampak

tak tahu kenapa. mengapa. bagaimana. dimana. aku pun macam dah kekok nak cari idea berblog. err. yang sebenarnya aku sememangnya tak pernah ada idea yang bagus tuk blog aku nih.

sejak akhir2 ni. aku memang kurang ada mood. kurang bercakap. kurang makan. macam2 kurang la. tapi berat badan still tak ada kurang. err.

hasil kebosanan menghadap kerja
jumaat. arini dah 11 Rejab. dah habis ganti puasa? cerita pasal puasa. semalam aku buka puasa dengan maggi kari akibat ke'busy'an aku yang dibuat2.

bila dah masuk Rejab and seterusnya Syaaban. kampung aku ada buat kenduri. kenduri ni memang selalunya sebelum Ramadhan. kenduri tahlil. bila kenduri ada la makan2. johor dan nasi ambeng. tak lari jauh.

p/s: tiba2 lapar nasi ambeng sekarang ni.

29 May 2012

Oren dan Pink

ye. tajuk tiada kena mengena dengan apa yang aku nak post kat sini. oren dan pink tu mewakili item yang aku baru beli hujung minggu lepas. ala...headphone and mouse je pun. haha. taraaa..

comel kan? kan? haha
ok. dah tunjuk si oren dan si pink sy. now what? ha.. memandangkan sekarang dah start cuti sekolah. maka banyak la jemputan kawin. hey. bulan ni paling ramai kot yang kawin. means. kawan2 aku la. dari yang sekolah membawa ke universiti dan ke tempat keje. semua la. tapi..satu je yang aku sempat pergi. tu pun dengan tak pakai baju kurung. kebetulan balik dari ambil mak kat sekolah singgah kenduri kawin. tapi..aku datang jugak kan..hehe. *itu pun kebetulan lalu rumah dia* 

so..dikesempatan ini. saya.aziati zolman ingin mengucapkan selamat pengantin baru. barakallah.

err..ada lagi ni..tapi betri laptop ada masalah. selagi boleh guna aku guna. walaupun ada yang mempertikaikan penjimatan aku ni. aku peduli apa. bila dah betul nazak. baru aku beli yang baru. boleh?

and aku paling tak suka orang paksa aku makan. if, aku dah cakap tak nak makan dalam 3 kali tu. means. aku memang tak nak makan. ada paham ka? if, orang ajak makan sekali, dan aku terus jawab jom. means aku memang betul2 nak makan. 

p/s: tolak ansur la sikit.

15 May 2012

The Small World

dunia ni kecik je. pegi mana2 pun masih jumpe orang yang sama. 

dipendekan cerita. sebelum ni aku ada ikut kawan aku pergi shoot gambo orang kawin. ekceli. masa tu orang nikah la. aku datang lambat. so dorang nak shoot kat outdoor dah. kira aku ikut yg outdoor je. indoor dia buat sorang2. masa tu aku keja kerani kat muar. so, sabtu pun keje. balik kul 1. then janji ngan dia lepas balik keje aku rushing pergi ke dia. dalam hati aku macam dah dapat agak hujan. eh. sebenarnya aku balik keja tu pun dah kena hujan. hoho. then cari punya cari umah pengantin aku tak jumpa. padahal dekat je. yang sebenarnya aku yang tak tahu tempatnya. haha. then akhirnya jumpa kat petronas je. dia pickup aku then kitorang plan nak pergi ke kawasan sawah. then dah hampir sampai dah. hujan. tak dapat la aku jumpa pengantin itu. habis.

then, hari ni. aku tergerak nak tengok gambar kawin opismate aku ni. dia tunjukkan kat FB dia. ok aku pun tengok. eh gambo dia. macam pernah kulihat gambar itu. tapi dimana ya? then ada nama Rashid Tumiran. eh macam kawan aku je. aku tanya kak Hawa. rashid ke yang tangkap gambo akak? then dia cakap a'ah. sah. memang kecik dunia ni. aku cam gambar tu sebab ada kat kawasan pokok getah. rashid ada cerita sal pengantin yang merungut sal nyamuk kat kebun getah. akak ni la. 

nampak tak korang? Allah tak temukan kami masa hari nikah akak ni. padahal kami dah dekat dah. tapi kami jumpa kat KL. satu opis pulak tu. patutlah kitorang macam mesra je. orang kampung upenya. haha. aku pun satu. tak penah nak tanya2 akak tu orang mana. eh yang senarnya aku tahu dia orang johor. tapi tak tahu la dia orang Parit Jarum Darat. hahaha. orang bukit gambir upenya. hehehe..

p/s: korang penah tak alami camni? aku teruja.

14 May 2012

Bercakap Dengan Robot

hai kawan. apa macam hari ini? ada baik ka? isnin kot. semua macam blur. aku pun pergi keje pagi tadi masuk kul 9suku. ah! aku memang selalu datang ikut suka. balik pun ikut suka. korang ada? haha

ok berbalik dengan tajuk. disebabkan projek aku dah siap. sekarang tinggal maintenance je. so if ada problem baru la aku kelam kabut cari jalan penyelesaian. buat masa ni semua problem aku boleh handle dengan jayanya. haha. belagak kan aku? ok fine. eh tajuk. disebabkan tak banyak keje. aku habiskan masa terluang di site dengan membelek blog kawan2 aku. ekceli dah lama dah aku jumpe entri si echa ni. pasal simsimi. tapi baru sekarang aku nak cube. then apa lagi. tepek je la sini. haha. silakan baca.

edisi berkenalan. yang akhirnya perbualan kecundang  ke laut.

kali ni dia mintak maaf. teringat nabil.

edisi gatal yang tak berapa nak jadi.
edisi bau ketiak
setakat ni aje la aku pastekan kat sini. banyak lagi perbualan aku dengan robot ni. semua merapu meraban. maklumkan bosan. nak chat tak ada kawan. ngan robot pun boleh la. layan~

eh kejap. bukan aku tak ada kawan. ada. ramai. saje je buat2 tak ada kawan. boleh? tak boleh eaaa?

mahu cuba..ini dia link ----> klik sini

ok daaa~

p/s: jangan ingat aku macam ni, aku tak pandai masak. hey! aku tahu la. masak air.

13 May 2012

Great!

baru balik dari kampung yang terchinta! hoho. semua ada. great!

jumaat malam aku sampai ke tangkak macam biasa adik ngan mak jemput. kali ni ada tambahan manusia. Yan and Iman. Yan kite tolak ke tepi,watak tak penting. yang penting Iman, rindu la itu budak. terloncat dia dalam kereta. hoho. ini bermakna Mak Ana and anak-anak ada kat umah atok. sampai umah atok je. jumpa Arip, budak yang dah pandai gedik2 dah sekarang ni. dia boleh buat-buat terkejut.'Eh Aji balik?jom main pancing2' haish. budak kecik yang tak padan ngan usianya. sapa ajar kau ha arip. cubit kang. haha. main2 sebarang dua. then mula dah bosan ngan Arip. aku beralih kat Ummi. hoho. comel.kiut.tembam.

aku belikan dia headband beberapa minggu yang lepas. comel
tapi mak ana tak tido umah atok. sekejap je dapat cubit2 pipi ummi. then depa balik umah. tak apa. next time ada lagi.

sabtu pulak. pegi beli barang2 adik. excited punya pasal. siap nak beli baldi sekali. haha. yan cakap. nanti dah nak pegi daftar baru beli la. sekarang ni awal lagi. petang tu pegi ngan mak. cuaca agak panas. mak pulak tak berapa sihat nak berjalan jauh2. tapi mak tetap nak ikut. haish. itu la mak.so, sekejap je la shopping kat bukit gambir tu. tak pa mak. aji tetap sayang mak. lep u. hehe. malam plak kitorang buat plan yang agak mengejut. area kul 630. yan bersuara. perbualan seperti dibawah:

yan: aji,jom tengok average.
aku: average? avengers ke?
yan:err...haha..yelah.
aku: jom.

aku: err..nak btau mak camne ni?
(disebabkan nak tengok wayang kene pegi melaka. so aku macam risau gak kalau tak btau kat mak. malam pulak tu.)

yan: cakap la nak sambung beli barang adik.
aku : ok. dah on the way baru btau mak kite pegi melaka.
yan: set!

adik: errr..ok.

itu la kitorang. bile ada agenda jahat macam ni tahu takut. tapi kalau btau perkara sebenar memang tak dapat la nak tengok. haha. so tengok la kitorang the Avengers yang dah hampir 2minggu tu. eh tapi tetap ramai jugak orang. dipendekkan cerita. kitorang tengok midnite. so sampai umah dalam pukul 3pagi. gila ah!. 

memang mak asyik call aje. adik la jadi mangsa. mak call aku tak dapat, mak call yan tak dapat, mak call adik pun tak dapat. eh, yang sebenarnya bukan tak dapat. bunyi henponnya. cume tak dengar. bising la dalam panggung wayang tu. lagipun khusyuk sangat. haha.

cite tu memang best la. kelakar. aku suka kat Loki. err. kenapa aku suka kat Loki tu ek? entah.hahaha

ok sekian.

p/s: lepas ni tinggal mak ngan atoks je kat kampung. sob..sob..

07 May 2012

Hilang

isnin. biasala. mood pun suam-suam je. walapun sekarang ni sejuk gila. hujan pagi2. redah hujan. nasib baik hujan tak lebat sangat. 

terfikir untuk beli kereta. tapi aku melihat dari sudut kemampuan aku dari segi wang. memang tak mampu. motor pun ok kan. setakat hujan. apa ada hal. redah aje la. baju hujan kan ada. 

sabtu lepas schoolmate, sazlina datang KL. dari JB. round2 KL. pergi masjid jamek la je la yang boleh aku bawa. plan nak pergi macam2 tempat. tapi kekangan dari segi masa. malam pergi Mid. tengok movie. serius aku nak sangat  tengok the Avengers. tapi......ada kul12 lebih. tak nak ah. nanti malam sangat plak balik. then tengok la baik punya budak. serius aku tak tahu motif cite tu. hoho. tapi boleh la buat aku gelak sikit. haha. ricky mati!

esoknya teman schoolmate juga, dayana pergi shah alam. adik dia nak grad. teman dia bawa kereta. dia baru beli kereta dan belum pernah bawa kereta jauh2. so. aku ni sebagai co-pilot la. muahaha. eh!

then apa yang hilang sebenarnya. aku tak hilang apa2 pun. hehe. sabtu dan ahad aku hilang rasa bosan. hoho..

thats all!

notakaki: jangan asyik nak merungut! bersyukur..

04 May 2012

Bila Dah Suka

hanya satu lagu..pap pap param..pap pom pom..

hai kawan-kawan saya semua. hati saya sedang dalam keadaan yang sangat baik sekarang. dalam hati asyik ada lagu..dan ianya dizahirkan dengan memasang lagu di laptop.  lagu yang sama pula tu. hoho. yang pasti lagu untuk orang yang sedang dalam mood baik seperti aku sekarang. 

nasib baik la tak ada roomate. kalau tak, menanah la telinga dengar lagu yang aku pasang ulang-ulang ni. haha. 

mulai saat ini, aku mahu senyum sahaja. walaupun aku kurang dengan senyuman. tetapi penuh dengan ketawa. aku ni susah nak jugak nak senyum. tapi bila aku terlihat sesuatu yang kelakar dan menarik. aku akan senyum tanpa melihat kiri dan kanan. 

hari ini full dari pagi sampai ke malam. aku rasa macam nak senyum je. hey! ini tanda-tanda apa nih? no! aku belum jumpa mana-mana lelaki yang boleh dibuat suami. kawan? ada la sikit-sikit. haha. walaupun cuaca panas terik tadi. tapi hati aku tetap suruh aku senyum je. haha. macam apa la pulak. 

sekian. 

p/s: alangkah indah...jika dirimu sentiasa disisiku sayangku...<------ayat ni asyik bermain dilaptop aku.hoho

30 April 2012

Gongak

wey, nak tahu tak? tadi kan aku pegi keje jalan smooth je. best gileeeee wa cakap lu. ops! hehe. biasa la. bila public holiday jatuh pada hari selasa. isnin mesti gongak. ikutkan hati aku. aku pun nak cuti gak isnin ni. tapi aku fikir. aku ni baru je keje. tak kan dah nak minta cuti. aku kena tunjukkan prestasi yang baik. hoho. baik kan aku? hehe

ok. tu je aku nak bagitahu korang semua. haha. 

p/s: anas mentor tu cute pulak aku tengok. haha

26 April 2012

Nervous

eh hari khamis? cepat. bagus! tehee. esok dah jumaat. dan esok waktu bekerja automatik jadi sekejap je. hoho. eh korang tak rasa gitu ek? ok. fine.

kenapa aku rasa minggu ni macam pendek. sebab minggu ni minggu UAT untuk projek aku ni. apa itu UAT? UAT stand for User Acceptance Test. that means errr...ah! maksudnya aku kena present macam yang kat kelas tu. contoh, macam korang present projek akhir korang depan penilai. bezanya waktu kerja kita present depan User la. sama ada depa ni puas hati ke idok. if idok, kita repair. tapi yang termasuk dalam skop sahaja. if luar skop, maaf ye kakak abang pacik macik kami tak dapat nak layan. aku ni dah la baru dalam arena ni. so, ada la perasaan gugup@nervous. even, kita jumpa depa ni hari-hari. tetap rasa macam nak pengsan bila present.

dan yang lagi tak bestnya. semalam buat uat dekat tv besar sikit dari monitor. cukupla  untuk 5 orang nak tengok. tapi user yang hadir 1 je. penonton lain adalah dari Jabatan IT. sepatutnya user dari Jabatan Bangunan. eh korang ni. aku cerita panjang2 ni paham tak? ok nevermind my dear. aku just nak share kegusaran aku saat ini. disebabkan semalam user tak cukup. maka, hari ini kena buat sekali lagi. tapi kali ini, i'm alone. err...forever alone. haha. semalam ada bos and partner. so depa boleh la backup apa2 yang patut. hari ini tak ada sapa nak backup ataupun makeup. err. so. please give me some spirit to do this. hehe..

maka. masa pun sudah hampir tiba. aargh! tuhan tolong..lembutkan hati dia..(nyanyi macam dira)..

p/s 1: semalam join perhimpunan malam pendekar. sayangnya aku tak pakai uniform. if tak mesti leh join buat persembahan. tak apa. aku tengok dari atas. hehe..

p/s 2: kami bertentang mata semalam. hey! i cair tengok u la..hehe

24 April 2012

Bersih

hai kawan-kawan! everyday and every time i will update my blog as long i have an idea. muehehe .

so apa pulak kali ni? bersih? ya. bersih. clean! bukan aku nak sentuh pasal demonstrasi ke apa ke. bukan juga pasal PTPTN. i'm not interested with that. 

bersih adalah sebahagian daripada iman. rite? maka, marilah kita menjaga kebersihan walau dimana juga kita berada. jangan memandang remeh tentang kebersihan. 

jika bersih, semua kerja akan dilakukan dengan selesa. bersih dan wangi. lagi selesa. hehe.. 

ok. itu sahaja. put the smile on ur face~ er...hehehe

p/s: keyword kali ini adalah bersih!

23 April 2012

RMK

mari kawan-kawan semua. baca entry aku yang ini. hehe. hari ini hari isnin maka mood keje suam2 kuku je kan. haha. aku pun sama. even, partner aku datang tadi pun dia tak banyak cakap. so, aku pun senyap je la. monday mood. hey. aku baru nak guna dashboard yang baru ni. ketinggalan betul aku. haha.

minggu lepas, partner aku ni dia ada tanya sal RMK. FYI, dia dari India. so, bila dia tanya pasal itu sepatutnya aku boleh jawab dengan jayanya. simple je soalan dia. RMK ke berapa sekarang. aku teragak2. dia dengan yakin jawab RMK10 dah skang. aku terus google ke. ye betul. dan2 tu la jugak aku nak baca pasal RMK10 tu. haha. segala perbualan dalam english. english aku biasa la. hancur!

kesimpulan dari cerita aku ni. jangan sampai anda tidak tahu hal2 yang senang begini. hehehe.

p/s: semua orang buat hal masing-masing. aku pun documentation dah siap. maka, relex sekejap.

20 April 2012

Hey You!

lama aku tak membebel kat sini. eh lama ke? haha. baru dapat password wireless. so,memang laju aku tekan blog aku ni. ikut hati,hari-hari nak update blog. tapi,tiap kali aku tekan new post. aku pandang je. tenung sampai tembus kot. tehe.

ni cheq nak habaq mai ni. aku macam nak sambung belajar la. apa pandangan kawan-kawan?plan macam ni, lepas habis contract kerja , aku sambung belajar. tak jauh. UTeM je. haha. macam layak je aku ni. haha. aku dah tengok syarat2nya. ikutkan lepas. tapi aku risau aku tak dapat bawa. ok. yang ni tolak tepi dulu.

semalam aku fikri fikir punya fikir. aku rasa boleh ke aku duduk lama kat KL ni? kena buat semua sendiri. macam nak suruh mak datang sini. boleh tidur peluk-peluk. haha. yang bestnya duduk sendiri ni, berat badan aku dah semakin kurang. agak-agak hujung tahun ini boleh tak aku pakai kebaya? haha.

sebenarnya apa yang aku nak taip entah kat sini. tak ada motif langsung. so.terima kasih la kerana membaca. tehee.

p/s: macam2 aku fikir sampai tak terfikir.sekian

16 April 2012

Hero Lagenda

hai kawan2.. cenyum~

sebelum ni aku ada post entry pasal si dia kan. ini ada lah lanjutan dari entry tersebut. haha.si dia ni hitam manis. dia start dari J. hehe. guess what..come on...let's guess..
|
|
|
|
|
ok. taadaaaa...

 



ini lah dia. abaikan kotak yang ada kat tayar tu. haha..

ini lah dia sidia yang selalu menemankan aku untuk meng explore jalan kat KL yang 'fun' ni. walaupun hanya motor. ianya sangat berguna.even orang lain akan lebih memandang kereta. aku tetap memandang motor. haha. moto ni dah lama dah aku aim. err..aku suka yangmahal YAMAHa je. haha.lepas ni dalam setahun dari sekarang. maybe aku akan beli kereta pulak. eh..nanti la dulu. kereta mahal la. hehe.

maklumat lanjut mengenai motor aku.

no plat: JNL 1651
kaler : hitam campur warga emas2 sikit.
tayar: ada 2 je. xde lebih.
status: sudah berpunya..
tarikh berpunya: 28 Feb 2012.(nasib baik 28 Feb, kalau 29 Feb xdapat nak anniversary tiap2 tahun.haha)
minuman kegemaran: minyak petrol ron 95. 97 xmampu sgt.
makanan kegemaran: setakat ni xsuka makan apa2 lagi.
hobi: suluh jalan.
cita2: nak jadi macam tranformers.
falsampah: jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.

p/s: lama perap~

06 April 2012

Kembali Senyum

hai. saya sudah kembali senyum. ingat tak entry sal salary tu? ye. bagus. ok. saya sudah tersenyum ye. hehe.

dan. tidak lama pun senyum selepas membayar semua hutang2. haha.

rekod bulan lepas tak penah seminggu pun aku miss balik kampung. agak2 bulan ni dapat kekalkan rekod tak? haha

ok. minggu ni balik. 

belum berhujung minggu di KL lagi. mean sejak aku duduk umah sewa. 

p/s: i have no story to tell u ll bout my work. they are sooo...hmm...quite boring~

04 April 2012

Tag Dari Cik Mija

Yay kena tag! amik kau! nah. cik mija yang bagi. ekceli dia bagi semalam. hari ini aku baru dapat buat. hehe. 

sebelum itu. ada syarat2nye. syaratnya adalah  seperti berikut : (ceh skema ayat aku ni) 
  • tak boleh tag orang yg sama
  • harus meletakkan syarat-syarat ini di entry 
  • pastikan mereka semua tahu mereka suda d'tag ;)
  • ceritakan 11 perkara tentang diri anda sendiri bkn org lain ok..
  • jawab semua soalan yang diberi oleh manusia yang tag anda itu dan selepas itu anda pula kena mencipta 11 soalan lain untuk org lain yg anda ingin tag..ada paham, kalau xpaham buat-buat paham aje la k...hehe
 ok. lets me start with 11 things about me k.

1. aku merupakan anak pertama dari 4 err ke 6 ek adik beradik. bilangan itu tidak penting. yang penting aku anak pertama. aku la yang berkuasa..muahahaha! *krik..krik*
2. tidak cerewat tentang makanan dan minuman.
3. suka aktiviti lasak. tapi tengok juga aktiviti tu macammana.
4. konon2 nampak berani la. padahal sebenarnya penakut yang amat. 
5. tak suka tido tutup lampu. err..nak tutup lampu boleh..asalkan ada cahaya sikit yang masuk. hehe.
6. suka pandu kete and moto lelaju. tapi dijalan yang lengang sahaja. er..mak sal speed trap tu nanti2 bayar boleh? *dush*  kena hempap batu
7. suka kaler yang ceria2 sahaja. warna hitam? eeer...warna ke tu? 
8. suka cakap merapu. kadang2 mende yang entah apa2. kesimpulannya suka bebel bukan2 la.
9. aku hitam orangnya. tak sehitam bontot kuali. tapi lagi hitam. erk!
10. suka ketawa terbahak2. baru best.
11. suka tengok lelaki hensem. ok babai.

ok. finish already about 11 things about me. now its time to answer question from cik mija.

apa perkara yang anda lakukan apabila anda sedang bersedih?
aku jarang sedih. tapi bila sedih aku nangis je la. haha.  setel.

apa sifat buruk anda yg dari dulu lagi xboleh nk ubah?
blur. asyik blur je bila orang lain terangkan. ok. mende ni sampai ke tempat kerja still tak boleh berubah.
perkara apa yg dapat mengembirakan hari-hari anda?
setakat ni perkara yang mengembirakan adalah time dapat gaji. muahahaha.
zaman belajar or zaman bekerja yg best & kenapa best?
bagi aku dua2 ada yang best and yang tak bestnya. tapi dari segi kawan2. aku suka masa zaman belajar. tak de sapa yang nak tunjuk pandai. masa keje semua nak tunjuk pandai. then, sapa yang nak jadi tak pandai?
tempat yang paling anda teringin nak pergi?
mekah.
5 perkara yg anda tidak suka?
1.lelaki bertindik.2.lipat baju kurung.3.kete tak bagi signal.4.asap kenderaan.5.orang kol time aku nga buang air.
anda anak ke-berapa di dalam family?
anak pertama.
apa pandangan anda tentang remaja zaman sekarang?
remaja? pandangan aku kabur. err...semakin kurang kasih sayang mungkin.

jika diberi peluang bercuti, kemana anda hendak pergi?
dalam malaysia cukup la. er..mana ye. memandangkan aku dok selatan tanah air. aku nak ke Pulau Tioman. dengar kata tempat tu best!
lagu apa yang anda minat & ada cerita disebalik nya? kisah cinta ke?hehe
aku suka lagu harmoni cinta by gita gutawa. rentak dia merdu. erk. teringat kat piano kalau dengar lagu ni. piano???haha
apa tittle ada sekarang single? married? in relationship? o complicated :)
masih belum kawin lagi.

ok done!

now i want to tag my kazen,izzati, my kazen,ila and my sister,yan.
soalannya adalah:
1. makanan yang paling sedap penah makan?
2. sapa paling nakal dalam adik beradik?
3. genre yang macam mana menjadi pilihan bila tengok movie?
4. plan nak kawin masa umo berapa?
5. cita2 masa sekolah?
6. perkara yang membosankan adalah?
7. apa yang menjadi keutamaan sekarang?
8. celik dari bangun apa yang korang buat?
9. masakan apa yang paling expert dimasak?
10. suka kereta ke suka motor?model apa?
11. perkara yang membuatkan anda senyum sampai ke telinga adalah?

ok korang jawab ye..aku nak chow.daaa~

03 April 2012

Hari Ini Hari Lahir Dia

3 haribulan April. besday dia. sejak 2008 aku tak penah lupa sampai sekarang. kepada dia. hepi birthday yang ke 27! cepat sikit kawin. lepas ni saya menyusul. atau awak nak kawin dengan saya?muahaha. edisi gatal. hehe. 

itu sahaja untuk entry kali ini. khas untuk dia yang berada di Kuantan sekarang.

p/s: he not handsome but he was stole my heart~ cis!apa punye ayat nih?jiwang aaa

30 March 2012

Baby Girl

just nak bagitahu. makcik i aka mak kepada arip dah bersalin hari ini. baby seberat 3.4kg itu selamat dilahirkan secara normal. tahniah to my macik. arip dah ada 2 org adik. abg long arip! erk.panjang plak. arip sudeey. yay! tak sabar nak balik.

p/s: baby girl yay!

27 March 2012

Bila Cinta Datang

hai cinta! gembira tak hari ini? senyum! bangun pagi senyum. nak mandi senyum. nak keluar rumah senyum. nak pergi kerja pun kena senyum. ok walaupun gaji tak masuk lagi. senyum je la. supaya aura positif masuk dalam badan. senyum lagi. 

apa yang aku nak bebel arini? tentang cinta. cinta itu apa? cinta itu adalah love. hehe. apa makna cinta bagi korang si pembaca? cinta tu best tak? cinta itu buta? woo. iye ke buta cinta tu? hehe. bagi aku cinta tu lahir dari hati yang tulus ikhlas. tak kira orang tu macamana sekalipun. yang penting cinta tu adalah kepercayaan.

dulu2 masa aku muda remaja aku memang selalu juga suka orang tu la. suka orang ni la. suka sahaja. tak tahu la itu namanya cinta ke apa. cinta monyet atau cinta chimpanzi barangkali. 

cinta yang sebenarnya hanya kepada-Nya. cinta yang kekal abadi. jangan kita mencintai manusia melebihi cinta kepada-Nya.

ok. aku fokus kepada cinta kepada manusia. mengenai jenis2 cinta ni. 

cinta monyet adalah cinta zaman2 korang sekolah dulu.

cinta pandang pertama adalah bila kita lihat orang tu untuk pertama kali kita terus ada rasa macam sesuatu dalam hati. erk! atau bahasa bunga sikit. ada taman dalam hati. hehe

cinta lokasi adalah cinta macam artis tu. masa depa berlakon tu masa tu la kenal. dan jatuh cinta. oh! hehe. boleh jugak dipraktikkan tuk orang yang bekerja. yang selalu pergi site ke pergi mana2 ke. eh nak cakap macam aku la ni. hahaha. cinta site namanye. tehe

cinta tak kenal usia. cinta yang ini memang tak kenal pun sapa usia tu. janji hati dah suka. dah terpaut kan. macam err...ok. next.

cinta mukabuku adalah lagu najwa latif. tehe. 

cinta apa lagi? ah. cukup la ni ek. tehe. 

so. cinta apakah korang? kalau tak ada dalam jenis2 yg diatas. jom la kongsi. hehe. 

p/s:taip dengan keadaan tangan gigil.bos nak datang jap lagi ni. macam ada cerita sadis jap lagi ni. huhu.

26 March 2012

Salary

Today i want to use English to this post. i know my English are so bad. i admit it. 

Talk about salary, for this month, maybe i will get salary on the middle of next month, april. or I’m not getting any salary for this month.erk! Usually, our salary will get on 25th or 26th or 27th. err.. why this month take long time to get it? arrghh! Tension and stress. when i'm stress i will transform myself to trees. erk!

i was plan many activities for this month after get the salary. How i want to go my friend wedding ceremony without any money. 

i know, money are not everything. But everything needs money.
 
Money oh money. let’s we sing a song. the title is money by ABBA. ngeng!

ok. just relex. hehehe. just short post.

p/s:this post are about money! just money!!!!

23 March 2012

Kasut Kena Curi

3 hari aku tak ada kat opis. semalam baru aku ada kat opis ni. macam2 pulak cerita. erk. macam2 ke? satu cerita je kot. rabu ari tu ada kes kecurian kasut kat dalam premis ni. erk. kasut pun nak curi. haish. 

cite sal kasut teringat masa aku dok umah sewa kat melaka dulu. time study2 dulu. osmate merangkat..er..merangkap rumate aku jugak. dia ada kasut mahal. kitorang memang gelar kasut tu mahal sebab memang mahal. hehe. nak dijadikan cerita dia letak kasut kat luar rumah. selalunya kasut tu dia letak kat dalam. tibe2 hari tu dia letak kat luar. sekali ni je dia terlupa nak letak dalam. esok pagi tengok dah tak ada dah kasut dia. kena rembat ngan sapa entah. masa nak beli kasut tu. gigil jugak nak bayar agaknya. tiba2 hilang macam tu je. sadis betul.

berbalik kejadian kat opis plak. disebabkan kes kecurian kasut itu. kunci setiap department opis aku, hr yang pegang. so. setiap kali datang opis. aku la yang paling awal. biasala baru2 kan. maybe semangat terlebih kot aku nih. haha. then sapa yang datang awal kena la buka opis. aku la tu yang kena menapak p kat hr. untuk ambil kunci. disebabkan kes ini juga. pintu staff terpaksa dikunci. dan kena guna pintu yang kat depan lobi tu. 

haish. ini semua disebabkan kasut yang hilang itu. hehe.

p/s: lepas ni kami dah tak jumpa dia lagi. projek hampir siap. huhu

20 March 2012

Semangat Kerja

pagi2 lagi aku dah terjaga sebab alarm henpon aku asik menjerit2 je. tak boleh nak tengok orang tido sikit. huh! padahal aku yang set alarm tu. hehe

pagi ni aku bangun dengan keadaan yang excited. celik mata je nak set da. pas ni mandi,solat subuh,buat sarapan, siap2 p keje, sarapan and 7.30 pagi gerak p keje. ok semua dah dirancang dari malam tadi sebelum tido. dan pagi aku ikut segala yang dirancang. hoho.

kejadah apa aku rajin nau buat sarapan. ala,buat roti telur je pun. cincai2 je. asal boleh makan. kan? ha..lagi sekali aku dah lari tajuk. hehe

minggu ni kena ulang alik dari Imatera ke MPSJ. then seterusnya maybe akan ke MPSJ terus. or maybe setiap hari dari Imatera ke MPSJ or apa2 je la. asal pegi keje. haha. setiap hari kena plan mana aku nak kena pegi. baru terasa bekerja sejak akhir2 ni. 

nak cerita pasal kerja ni sampai bila2 tak habis. yang bestnya ulang alik ni. masa kita banyak habis kat perjalanan tu je. dengan keadaan jem nya. eh bukan aku bawa motor ke?apa kena mengena ngan jem.kan boleh cilok2. untuk makluman. aku ni kalau bawa motor bukan macam yang jenis cilok2. sangat berhemah. aku dah penah accident motor 2kali, kereta 1kali, tak masuk basikal lagi. kira dah banyak kali gak aku merasa kemalangan kecil ni. so, tak berani nak bawa motor laju2 dah. tehee. dan aku agak fobia kalau aku bawak kete tiba2 orang depan aku brek. aku nampak lampu merah dorang je aku terus tekan brek,even jauh sekalipun. fobia2. masa tu la aku akan rasa kaki aku gigil2. sapa yang pernah naik keta ngan aku tahu la. sampaikan ada yang pernah terhantuk kat cermin depan sebab aku brek mengejut. maaf ye kawan2. hehe. kite tak sengaja. haha.

so, apa yang menjadikan aku semangat nak pergi kerja. dah la kena ulang alik menempuhi trafik jem. yang pemberi semangat aku adalah dia. siapa dia? teet! tengok dia je dah buat aku semangat belum cakap2 ngan dia lagi. hehe. tapi itu hanya pemberi semangat. bukan untuk jodoh. hoho. tak tahu status dia. so hanya admired dia sebab perwatakan dia yang agak menarik. hoho. 

gatal? ok. sat g balik rumah sental dengan dawai kokot. erk! gila.

p/s:jangan sangka yang tak hensem itu tak menawan! hoho

16 March 2012

Bukan Disini Tapi Disana

hai kawan2 kita. hehe. kita??? iyeeew..ok perkataan 'kita' aku selalu guna time sekolah2 dulu. yang bermaksud saya atau aku atau i atau ana atau hmmm apa2 je la yg menunjukkan diri sendiri. eh bukan ini yang aku nak ceritakan la..

start hari isnin ari tu aku ke MPSJ. projek kat sana. sampai la hari khamis. semalam la kan. hari ini jumaat. apa yang terjadi disana. aku rasa aku teringat balik masa aku praktikal tahun lepas. teringat mak limah,abg marisam,pakcik murad, en bos yang tak kawin lagi tu sapa nama ek, en zul je panggil.hehe. suasana MPM dan MPSJ sangat berbeza. walaupaun mereka sama2 adalah 'perbandaran' tapi memang sangat2 berbeza. sangat2 ok. kenapa aku cakap camtu? dari segi bangunan. bangunan MPSJ lebih besar dan luas berbanding MPM yang kecik dan sempit. tehee. dari segi parking, memang banyak la parking untuk staff di MPSJ berbanding MPM yang kene datang awal baru dapat parking. aku selalu datang awal,so dapat la parking. tehee. dari segi pekerja memang ramai la kat MPSJ berbanding MPM. kelebihan MPM yang kecik membuatkan aku boleh kenal semua staff dan siap makan sama lagi dengan makcik2 and pacik2 di MPM. dari segi keselamatan MPSJ lebih ketat. pelawat dikehendaki mengambil pass di kaunter 'jaga' dan pass itu hanya boleh digunakan pada jam 8.30-1.00 dan 2-5 pada hari isnin hingga kamis. dan pada hari jumaat pulak adri kul8.30-12.15 dan 2.45-5. untuk masuk ke setiap jabatan ada tempat scan pass tu. lepas scan baru pintu terbuka. so kami decide kami tak akan datang MPSJ setiap jumaat sebab rehat yang sangat panjang dan tak tahu nak pegi mana. sebab kami tidak dibenarkan masuk ke dalam sebab kami hanya menggunakan pass pelawat sahaja. 

sebenarnye bukan minggu ni aje aku pegi MPSJ. start dari ferbruari ari tu. cume untuk minggu ni kerap la pergi. sebab nak kejar deadline. haha. aku buat keje sikit2 je. staff MPSJ baik2. aku je yang segan2 maklum la kan aku kan orang luar. tak berani nak bergurau senda. haha. kalau dorang borak2 aku dengar dan gelak dalam hati sahaja la walaupun kadang2 aku rasa nak gelak terbahak2. hey.kena control ok.sebab ramai mamat hensem disitu. ha..lagi satu lau nak cerita bab kehenseman dan kecantikan staff memang MPSJ menang la. tak tahu la,dari pandangan mata aku semua hensem2 dan cantik2. tiba2 datang plak aku yang selekeh ni. hancus. haha. 

and apa sebenarnya aku nak luahkan kat sini adalah. untuk minggu ni sehari je aku jumpe dia. huh! tak ada jodoh la aku nampaknya dengan dia. hehe. dah lama tak dengar dia gelak macam mula2 jumpa dia dulu. hehe

p/s: aku suka kau kata kau suka aku. (baca secara terbalik pun masih sama maksud)

08 March 2012

Calon Menantu Untuk Mak

tarik nafas dalam..tahan 2 jam  minit. hembus..fuh! sejak akhir2 ni keje aku tarik nafas dan hembus. untuk mengurangkan rasa nervous aku. ye. aku ada penyakit gugup dan kurang keyakinan diri. kadang2 bila dah rasa gugup sangat aku akan cakap tak serupa bikin. dan akan membuatkan orang buat muka pelik bila dengar apa yang aku cakap. dan kadang2 ada yang buat muka tahi pun ada. 

sekarang aku nak kurangkan rasa nervous dengan memikirkan calon2 menantu tuk mak aku. aku dah sediakan senarai calon2. tinggal calon2 tu nak kata ya je. muahaha. gila.

calon pertama. aku suka dia dah lama. dan aku tak harap dia suka aku pun. kenapa aku masukkan dia dalam list aku sebab aku suka dia. itu saja. haha. dari pandangan mata aku dia merupakan seorang yang tiada perasaan. kerana apa yang aku cakap dia buat tak tahu sahaja. ok tak romantik. eh kamu calon pertama saya tau. hehe. status: single ke ek? single kot.

calon kedua. hmm. dia ni hmm..hahaha.pendek cerita kami pernah bercinta dan putus. tapi kami still kawan. selagi dia tak kawin aku masih anggap dia calon menantu mak. tehee..status: single kot.

calon ketiga. orangnya berkulit agak gelap dari aku.dan besar dari aku. aku suka perwatakan dia yang ala2 manje gitu. hahaha. walaupun badan dia besar. hati dia kecil. sebab mudah merajuk. haha. status: rasenya single.

calon keempat: dulu aku suka dia. skang tidak lagi sejak tahu dia sudah berpunya. tehe.. ok yang ni out of list. cancel. status: sudah berpasangan.

itulah dia calon2nya. and semua calon2 tak tahu pun aku suka kat dia. haha. aku malu. tak kan aku yang nak mulakan dulu kan. haha. lagipun mereka2 diatas ni tak kan nak pandang aku yang tak banyak cakap ni. mesti bosan. hehe. eh kalau dorang2 ni dah berpunya. automatik aku keluarkan dalam list. ok.

p/s: hari ini tak dengar suara dia. tak pe. saya tunggu esok ye.

07 March 2012

Pindah

sejak2 aku pindah kat Jalan Puchong ni. aku macam rasa lain je. kena bangun awal. kena siap awal. tunggu bus. sesak2 dalam bus. tunggu lrt and sesak dalam lrt pulak. berubah sangat.

and bila dah sampai opis tiba2 kena pegi subang pulak. erk! memang letih la. bukan setakat letih duit abis kat public transport je.

aku tiba2 jadi rindu kat family aku. dengan mak yang belum keluar wad lagi sampai skang( saat aku taip post ni la). semalam aku tanya adik aku. berapa dah kencing manis mak. 23! hey! mak makan apa sampai naik banyak camtu? nasi lemak. erk!

bercerita mengenai umah sewa aku. blok tu sebelah je dengan masjid. dan umah aku berada di tingkat 14. ada lift.pheew~ 

dan area situ memang banyak bus. dan area jammed jugak. huh! nasib baik next week aku start bawak motor. erk! terbocor lak. hehe. nanti la cerita. belum ada mood.

so. tiap2 pagi aku akan ke opis dengan muka yang kurang senyuman dan sejak2 akhir ni pula aku asyik rasa berdebo2 je. huh! don't like this feeling. syuh2!

dengan ini aku istiharkan minggu ini adalah minggu yang entah. yg tak ada perasaan kot. fullstop.

p/s: dia dah tak nak ketawa aku pun tak boleh nak senyum. 

28 February 2012

Kucing Putih

hye all!

semalam tidur lena tak? untuk kesekian kalinya aku tidur macam tak berapa nak lena. sebab aku memikirkan hal2 dunia yang entah apa2. huhu.

semalam aku p Jusco ngan Ila, cousin aku. nak beli barang2 tuk rumah sewa nanti. ala. bantal ngan tilam je pun watak utama. tapi biasala kalau dah shopping. nampak itu, amik. nampak ini, amik. tup2.. masa bayar. nah! terlebih bajet. haha. aku macam nampak bayang2 lagi seminggu aku makan pasir. 

eh bukan itu yang aku nak cerita sebenarnya. aku nak cerita pasal aku dan kucing. kebanyakan family aku dah tahu yang aku tak berapa nak suka kat kucing. memang. rumah atuk aku dulu banyak kucing. rimas aku. sampaikan kalau aku balik sekolah, nak makan nasi. semua berkerumun kat aku. mintak simpati. sambil makan aku membebel je. eii..tak senang betul nak makan. 

lagi satu yang aku tak suka sal kucing.depa ni berak tak tahu nak cuci sendiri. tehe. 

ada satu malam tu aku tidur depan tv. syok2 aku tengok tv. kucing ni main kejar-kejar la plak kat dalam rumah. dia langkah aku. tak lepas. tercakar la kaki aku yang besar tu. apa lagi ngamuk la aku. hey kucing! ko tak ada tempat lain ke nak main ha? sejak itu aku memang lagi la tak suka kucing. jumpe kucing je asik gaduh. kucing nampak aku je. terus cabut. 

tapi, sejak rumah atuk direnovate, semua kucing dah tak ada tempat tinggal. maka berkeliaran la mereka di luar rumah. dan bila rumah atok dah siap. kucing2 semua macam dah tak kenal ngan rumah atok. depa masuk then depa keluar balik. salah rumah barangkali. 

satu hari aku nampak anak kucing tu depan pintu masuk rumah atok. macam tak larat sangat. dok baring. kaku. aku kuis2 sikit pakai kayu. dia ngiyau halus. ok. hidup lagi. aku pun masuk. suh adik aku bawak masuk. sebab aku nak pegang kucing memang tak la. adik aku lupa agaknya. esoknya tengok kucing tu dah mati. T___T . walaupun aku asyik gaduh ngan kucing. tapi bila aku pikir balik. kesiannya kucing tu. kejamnya aku. huhu.

dan semalam. on the way nak p Jusco. ada kucing tengah jalan. menghalang laluan. Ila tak sampai hati. dia suh aku pegi alihkan. dengan rasa yang cuak. aku pegang kucing tu. dalam fikiran aku kalau aku pegang kucing. nanti dia akan cakar aku balik. aku memang fobia sejak kena cakar ngan kucing. then aku pegang la jugak kucing tu bawak ke tepi. untuk tak nak menampakkan aku ni takut kat kucing. aku control macho.dan hey. kucing tu baik la. dia tak cakar. anak kucing putih. comel. dan aku berjanji aku akan sayang kucing! tapi aku tetap tak boleh pegang kucing. masih dalam trauma kena cakar. tehee

p/s: orang kata kalau kita suka kucing. kita penyayang. ok aku tak penyayang.

27 February 2012

Nama Panggilan Di Rumah

haiii!

camne hari ini? best tak? isnin kan...mood pun biasa2 je...hehe

dari pagi aku dok termenung je. tak buat apa. eh tipu... aku tak termenung pun. hehe..

setiap orang mesti ada nama panggilan dirumah kan. mean mak ayah korng panggil korang apa. along?angah?ude?achik?ucu?ke nama sendiri?joyah?hambali? apa je la..

mak ayah aku panggil aku ajie...hanya family and sedara2 mara aku je panggil gitu ye..yang lain tak payah nak panggil camtu gak. then tibe2 aku terbayang kalau aku jadi seorang makcik. nnti anak2 buah aku panggil aku mak aji..haha..dah macam ajinomoto plak. 

kenapa ajie? sebab aku keturunan jawa. so huruf 'z' selalunye akan bertukar kpd 'j'. aku pun biasakan diri aku ajie je kat umah. dah biasa.

penah masa aku sekolah rendah. time tu cuti sekolah. ada kene pegi sekolah. tak ingat sal apa. dulu kalau bukan atok aku yang amik aku kat sekolah, mak aku yang amik. masa tu plak adik aku ikut. dari jauh adik aku nampak aku..dia panggil 'Ajiiiiiii!!!!' sekuat hati. satu sekolah dengar. nasib baik sekolah rendah aku kecik je. hoho. dah kawan2 aku tanye 'eh ajie?' hehe. aku senyum je la masa tu. hoho.

ok itu sahaja. apa nama panggilan kamu2 semua di rumah?

p/s: suka la tengok dia gelak macam tu..eh?apa kene mengena...

24 February 2012

Apa Yang Penting?

assalammualaikum..

salam sejahtera..

lagi beberapa hari je lagi nak abis bulan februari ni. dah nak masuk bulan 3 pulak. haish. cepat pulak rasenye. tak ada pekembangan apa2 pun sangat. and harap2 badan aku pun tak kembang. hehe..

today is friday. so, today i want to go back to my hometown. walaupun nak balik. aku rasa macam tak sedap hati. tak tahu kenapa. haish. tak suka..tak suka..

nak balik ni patutnya aku rasa suka. happy. senyum. dan riang! tapi sejak dua tiga menjak ni, tidur aku selalu diganggu dengan mende2 yang tak sepatutnya. aku penah baca kat mana entah. kalau kite mimpi orang tu maknanya orang tu rindu kat kita. tapi kalau kita mimpi bukan orang macamana? haha. 

eh aku tak mimpi hantu pun. simpang~~~(nada macam usop wilcha)..

yesterday, my fren, bai chat fb with me. she invited me to go to her wedding. pergh! dah nak kawin da dia. aku bila entah. next week kak shida. lepas kak shida, orang kg aku tu pulak kawin, selang 2 minggu bai pulak. 

entah. aku tak tahu apa perasaan aku sekarang. sometime i feel like shit! taip entry ni pun macam serabut je kan. mesti korang yang baca tak paham flownye kan. 

tapi apa yang penting adalah aku suka bila lihat dia ketawa. comel ! hehe

p/s: suka yang comel2 sahaja. haha

23 February 2012

English!

baru aku terasa susahnya kalau tak pandai cakap english. bila kita bekerja dgn orang bukan malaysia. memang mencabar. aku betul2 teruji. silap2 boleh buat kita gaduh jugak kalau tak paham apa mereka maksudkan.

aku boleh paham tapi aku tak boleh nak balas semula. takut2 lain yang aku nak maksudkan. lain pulak yg mereka paham. sebab aku pun tak paham apa yang aku cakap. haha.

in malay pun aku jarang cakap inikan pulak english. oh. my english very..very..very..very  bad!

p/s: u must be strong!

21 February 2012

Bahang

sekarang ni musim hujan. kalau tak petang hujan..malam hujan..kalau tak malam,pagi hujan. kadang2 dari malam bawak ke pagi hujan. kenapa masih bahang? 

aku sudah mula merasa penat dengan kerja2 aku. tapi mana boleh. kita kena suka dengan setiap kerja yang kita buat. eh itu baru sikit kejenya. yelah mana taknya,baru je disuruh buat gantt chart. haha.

sebenarnya buat kerja ok je. yang penat nye sebab perjalanan yang jauh. ok. itu cerita semalam. babai.

ihsan dari pacik google

note:jom buat gantt chart bersama saya. hehe..


17 February 2012

Selamat Hari Lahir Ayah!

18 Febuari 1962 tarikh lahir ayah aku. memandangkan esok cuti dan aku mungkin tak berkesempatan nak post pasal birthday ayah aku.aku buat arini aje la. hehe.

ayah! selamat hari lahir yang ke 50. semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki. doakan aji dapat keje tetap dan dapat jodoh tahun ini. hehe. macam ayah aku baca pulak.

ok. done.

dalam adik beradik aku. aku je yang tak banyak cakap ngan ayah aku. apa yang ayah aku tanya aku akan jawab seringkas mungkin. tak tahu kenapa. tapi aku sayang ayah! hehe.

p/s: tahun ni tahun lompat!

16 February 2012

Jangan Salahkan Mereka

hai semua!!! amboi.. apa dok menguap je tu.. kamon beb. kita kena ceria. seceria astro ceria 611. pagi2 lagi aku ceria semacam apa kehalnye yob. tehee. ye. sebenarnya hari ini tak ada la apa2 yang penting sangat pun. tak ada yang special juga. jadi? jad...tak ada apa2. just nak bagitahu jangan biarkan hidup anda diselebungi misteri..

berbalik kepada tajuk. 

kalau kamu-kamu semua berasa sakit hati ke. marah ke. sedih ke. kecewa ke. atau berasa tersisih. jangan salahkan sesiapa. malah. selami diri kamu sendiri. apakah yang menyebab orang lain tak suka sama kita. apa kelemahan kita. cari..cepat cari! hey! apa dok melanguk lagi. cepat cari. 

ok dah jumpa? sekarang perbaiki kelemahan kita. easy right?

ye. mudah. tak susah. tapi........

jangan terlalu hipokrit sehingga memakan diri sendiri..

itu sahaja untuk hari ini. sehingga kita berjumpa dientry yang akan datang. 

oh ye. jangan juga salahkan diri sendiri sampai nak bunuh diri. nauzubillah..

p/s: aku dah mula suka ini tempat!

15 February 2012

14 February 2012

2011 Yang Syok

Sepanjang tahun 2011 aku memang habis masa aku secukup-cukupnya kat kampung. sampai aku dah jemu. bermula dengan praktikal 6 bulan. abis praktikal menganggur lebih kurang 4 bulan. then keje kerani sebulan lebih. syok wo duduk rumah sendiri dengan family. bebas. walaupun adalah jugak pertelingkahan adik beradik. biasa je tu. 

time praktikal 6 bulan di Majlis Perbandaran Muar(MPM). kenal dengan Mak Limah, Abg Marisam, Pak Cik Murad, Kak Aini, Kak Nab, Abg Haidir. eh lupa plak bos aku Encik Zul. hehe. best dorang ni. hehe

sebelum aku pergi MPM, mak aku buat air. kadang2 aku tak sempat nak minum. mak cakap. kalau anak2 mak tak makan ,mak yang rasa lapar. mak..rindu mak. hehe..then, kalau pagi2 tak jumpe stokin, jerit2 mana stokin ni? mak sekali cari dah jumpe. sengih aja la aku. haha..

teringat masa aku kat kampung kalau cuti atau Mak Ana pegi sekolah, ariff datang. kalau dia datang mesti dia cakap. "arip datang ni.." haha. comel la kau arip. tapi tak lama ok. kecomelan dia akan hilang bila dia merengek nak susu la. nak tengok kartun kat laptop la. nak gula2 mentos la. haha. layan je walaupun penat. aku suka layan dia. dengki dia...kalau dia mengamuk jangan la usik dia. abis la kau nanti.

tahun 2011 jugak la waktu kesusahan aku nak cari kerja. pergi sana..tak dapat..pergi sini tak dapat. habis duit mak aku. kesian mak...yelah aku mana ada duit sendiri. kalau ada pun.sumbernya adalah emak. tehee. akhirnya hujung bulan 11 aku dapat kerja kerani. aku dah bersyukur sangat dah masa tu. 

masa jadi kerani pun takde la susah sangat. kebetulan tempat kerja dekat dengan rumah ayah. so tiap kali lunch aku ke rumah ayah aku. niatnya nak solat zuhur. yelah tempat kerja aku tu semua cina. bos pun cina. dia tak sediakan surau. maka, selalulah aku ke rumah ayah. memang lama pun aku tak ke rumah ayah sebelum ni.

dalam pada masa aku keje kerani aku terpikir,sampai bila aku nak keje yang tak ada kaitan dengan yang apa aku belajar kan. so aku cari la iklan2 jawatan kosong. syukur awal tahun 2012 aku dapat kerja di KL yang berkaitan dengan apa yang aku belajar. aku bersyukur sangat2. dan pastinya 2012 akan menjadi tahun yang paling mencabar dalam hidup aku. jauh dari family....sangat mencabar..

kesimpulannya. tahun 2011 ni aku suka sangat..dekat dengan mak. leh tido peluk2 ngan mak, ngan adik, leh usik2 arip, leh timang2 iman, macam2 ada. hehe..sekarang aku kena balik kampung dulu la baru boeh buat semua tu. hehe. ok. hujung bulan ni balik kampung...tehee
rumah atok. 

konvo aku. yeay! rindu semua..

iman..

arip sebelum mengamuk. haha

p/s:entry ini ditaip kerana aku rindu mereka dikampung. sungguh~

2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...