Nuffnang Ad

28 March 2011

Warna Apa Yang Anda Suka?

hai. apa khabar semua? sihat? semalam cuti pegi mana? jalan2? dok umah? hehe. aku sabtu p melaka n ahad p jalan2 ngan mak aku. shopping. hoho. beli kasut. hehe. 

so. balik ke topik yang diatas. warna apa yang kamu suka? warna warni? hehe. aku suka kaler yang lembut. teringat ada sorang akak tanya aku warna kegemaran aku. aku pun terdiam sekejap. aku baru sedar. aku tak tau warna kegemaran aku. hehe. semua kaler aku suka. lau pakaian aku suka kaler gelap2. sebab aku gemuk kan. maka aku kene pakai warna gelap. tapi gelap xnampak menyerlah kan. nampak suram. tapi aku kan memang low profile kan. hehe. 

kebanyakan pakaian aku kaler itam. tapi tengok jugak. lau ada yang cantik2 aku pilih la kaler2 sikit. orang kata warna melambangkan keperibadian kita. warna juga mainkan peranan dalam hidup kita sebenarnya. warna jugak boleh buatkan mood kita jadi berubah. betul tak? ini pendapat aku je. aku ni bukan tahu sangat pasal kaler2 ni. 

maka aku akan menukar kaler pakaian aku pas ni. akan pastikan banyak kaler yang best. hehe. ikutkan aku banyak jugak barang2 yang kaler hijau. tak kisah la hijau muda ke hijau tua ke hijau tahi lembu ke. haha. tak lupa juga warna purple. dan diikuti kaler pink. 3kaler ni selalu gak jadi pilihan. eh tak lupa kaler coklat. tapi coklat tengok jugak. ada yang cantek2 je aku suka. 

kenapa aku suka kaler hijau? sebab cantek. sejuk. semulajadi. 

kenapa aku suka kaler purple? sebab cantek jugak. ceria. lembut. akan tambah mood ceria. romantik~~

kenapa aku suka pink? sebab cantek lagi. hehe. feminin. tapi kaler ni tak sesuai ngan kulit tangan aku. tangan aku gelap. tangan je yang gelap. haha. 

jadi, apakah warna yang jadi pilihan kamu semua? hehehe.

16 March 2011

Dimana Dia?

hai semua~~! apa khabar ya? hari ini kamu semua dah mandi belum? dah makan? dah basuh baju? dah kemas rumah? mood hari ini adalah gatal-gatal seluruh badan. sambil taip entry ni pun aku masih menggaru-garu lagi. gatal seh. dah menggerutu dah kulit aku yang dah memang tak licin ni. hoho. 

dimana dia? siapakah yang dimana itu? kamukah? diakah? merekakah? hoho. bukan. ini tiada kaitan dengan manusia. ianya berkaitan dengan benda. benda yang aku maksudkan adalah~~~~~ jeng...jeng...jeng... dimanakah STOKIN aku!!!!! aku dah kesejukan dalam office ni. 

pagi2 masuk office aku dah nampak pintu tu berair-air. berwap-wap. ala yang macam air baru keluar dari peti ais tu. dah macam masuk dalam peti ais dah. cumanya peti ais lagi sejuk. itu sebab la aku memang tak pernah tanggal sweater aku ni. masuk macam ni. balik pun macam ni. maklumlah sebelah ni bilik server. mana boleh panas. 

aku teringat kawan aku cakap. orang jawa takut sejuk. hmmm. aku rasa betul la kot. aku tak boleh sejuk sangat. tapi kadang2 aku suka juga sejuk. 

setelah puas aku cari stokin. aku pun malas nak cari. tak jumpa2. maka. aku bersila sahaja la. sembunyikan kaki disebalik kain. hoho. sambil garu kaki yang memang asyik gatal je beberapa hari ni. orang kata lau tapak tangan kanan gatal nak dapat duit kan. tapi lau tapak kaki kanan yang gatal apa pulak ek? hoho

ok. cukup2 ngadap mende ni. aku nak sambung buat kelija~~~

11 March 2011

soley..soley..

hai semua!!!! <---sila baca dengan nada yang ceria..

wah. lama betul aku dah update blog ni. bersawang sawing dah. hoho. memandangkan kat opis hari ni tinggal aku sorang maka aku bebas nak lakukan aksi apa2 pun. muahaha. maka jom kite ber soley2~~. 

teringat masa aku dok umah sewa. roomate aku sampai dah naik berbulu ngan lagu2 yang aku pasang. haha. kenapa ek? yelah sebab aku asyik pasang lagu yang sama je. sampai berjuta2 kali lagu yang sama. haha. maafkan saya penunggu gua. ngeh4. mana taknya. aku lau dah rasa suka kat lagu tu. aku pasang sampai aku puas. muahaha.

skang ni masing2 dah jauh. maka aku pasang lagu sorang2. kasi bernanah telinga dengar. aku sorang je pun yang dengar. haha. semua aktiviti masa bersama2 kawan sudah berlalu. maka, dengan otomatiknya waktu untuk main2 sudah tamat fullstop

sekarang aku kena fokus. untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan apa yang aku dah belajar. tiap kali masuk opis aku bukak google. search 'jawatan kosong' . padahal ada lagi 3bulan nak abis praktikal. takpe. pelan2 kayuh. ehehe.  bukan aku je yang cari jawatan kosong. orang2 kat sini pun sama. maka aku la jadi agen pencari keje kat mereka semua. hoho. takpe. aku tak kisah. asalkan line internet tak lembab2 basah. hoho. 

apa intipati aku nak isikan kat dalam entry ni pun aku tak tau senarnye. haha. memandakang perut dah kenyang dengan mee goreng yang lembab dan banyak taugeh tadi. maka tangan aku macam laju je menaip. tapi takde isi yang ilmiah. haha. 

memandangkan esok dah start cuti sekolah. mesti banyak keje kawin yang akan berlangsung. tak lupa juga majlis pertunangan atau apa2 kenduri la. selamat pengantin baru. selamat bertunang dan selamat hari lahir la kepada sapa yang terlibat. ngee. (leh pulak aku ni). aku jugak nak ucapkan selamat bertunang kepada kawan saya yang akan bertunang esok. hehe. cepat2 kawin tau kak. hehehe.

oh nampaknya belum panjang lagi entry ni. tibe3 ternampak ada orang post sal hikayat merong mahawangsa, dengarnye macam best cite ni. aku macam nak tengok jugak. tapi ongkos enggak ada dong. ada sapa2 yang nak derma ikhlas kat aku tak? lepas untuk tengok wayang cukup la. ngeh3.

ok nampaknya saya perlu menamatkan entry ni kerana ada kerja yang perlu diselesaikan. eh aku ni jap aku..jap saya. ah! peduli la. haha.

jom kite mulakan kerja(padahal dah kul12.time tuk balik).......

p/s: soley2 sampai abis keje~~~

2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...