RSS
Fix_Left

Pilihan Yang Tak Tepat

Manusia...biasanya ada sahaja yang yang tak kena...
itulah..inilah...

Jika cinta baru itu selalu menguji kesabaran kita...
adakah patut kita tinggalkan sahaja cinta itu...
atau perlu bersabar lagi??
ok...saya sabar....

Tanpa segan silunya dia mengakui si nurse itu sgt cantik dan mahu kepadanya....
habis tu aku ni bagaimana?
jika sudah ada yang mahu..pergi sahajalah kepadanya...dia pun ada respon kepada kamu...sama2 suka bukan?
ok..pergilah kepada gadis manis itu....
saya merelakan...kerana saya tahu kamu dan dia sangat sepadan....

Sememangnya saya telah salah menilai kamu dan salah memilih kamu...
betul kata mereka2 disana.....selama mana pun kita kenal dia...tak cukup untuk kita mengenalinya...

--sekian--

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rukun Islam Ada 5

Assalamualaikum....(xpenah lak bg salam sebelum ni)

Hai kawan2....hehehehe...
Disini saya mahu meningatkan kamu semua bahawa...Rukun Islam ada 5...
ingat lagi tak rukun islam?mestilah ingat kan....kita kan orang islam...


  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Menunaikan solat fardu lima waktu
  3. Berpuasa pada bulan Ramadan
  4. Membayar zakat 
  5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu

Diantara 5perkara diatas....adakah kita betul2....laksanakan??ok...mengerjakan haji mungkin saya belum mampu lagi...doakan saya mampu pergi haji satu hari nnti....

Disini saya mahu menekankan perkara yang kedua...iaitu solat fardu lima waktu....ok..bg wanita..memang kadang2 miss sebab datang bulan..ops..maaf jika saya terlalu open....

Apakah hukum jika kita tidak melakukan rukun islam??berdosa bukan?jadi apakah hukum jika kita tidak solat....berdosa la kan....

Mungkin ada yang fikir...ah..aku solat ke tak solat ke boleh berjaya jugak...ish2...bawak2 la bertaubat....
solat itu tiang agama...jika kita tak solat..mana tiang kita?sekali tiup je dah roboh....iman kita mesti tak kuat....

Dan mungkin ada yang berfikir..."tak tentu solat aku diterima..baik aku tak payah solat"....ish ni pun bahaya ni...
yang penting solat la dulu...apa2 hal pun...walau macamana pun kita...solat tu wajib....wajib tu jika kita melakukan mendapat pahala..dan jika tidak melakukannya..kita berdosa...hal diterima ke tak...tu hal kita dan Dia...yang penting kita nak solat....

Ok lah..tak nak bebel banyak...saya pun bukan la sempurna sangat pun...tapi kita kena la saling ingat mengingatkan diantara satu sama lain....

Renung2kan lah...dan selamat beramal...hehehehe

--sekian,wasalam--

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Orang Baik dan Orang Tak Baik

Orang Baik dan Orang Tak Baik

Contoh 1...
Anak Mak Joyah tu dulu penagih dadah...pernah masuk pusat serenti....then keluar...konon2 dah insaf...then..dengar2 masuk lagi....

Tiba2 satu hari dia benar2 dah berubah....betul2 ni...tak tipu....dia dah berubah dah....hanya segelintir je yang percaya...walaupun dia dah banyak tolong orang...selalu pergi masjid....solat tak tinggal....orang sekeliling tetap menganggap dia hanya berpura2....

Percaya tak??

Contoh 2....
Mahmud ni rajin sangat2...tak pernah nak melawan cakap orang tua..lemah lembut....baik budi bahasa.,,,orang sekeliling suka bergaul dengan dia....

Tiba2....ada kes dia mencuri....dan dia terus mengaku dia memang mencuri....anda percaya??

----------------------------------------------------------------------------------

Untuk dua kes diatas...situasi sangat berbeza....hujung pangkal terletak dihati kita...keimanan kita......
.
Motif post ni??hahahaha...tak ada motif pun..saja je nak taip2....

Ok...akhir kata dari saya untuk kamu....

"Mengapa memilih jalan yang bengkok jika ada jalan yang lurus"...(sape yang cipta jalan bengkok ni....?)

--sekian,terima kasih--

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Betul Katanya

Betul la..
bila difikir2 kembali..
untuk melupakan seseorang ...
kita kena tutup pintu hati kita untuknya...

Saya akan tutup pintu hati saya untuk kamu ye wahai encik...
tiada apa2 diantara kita...
saya sudah mula bosan dengan permainan yang dimainkan oleh segelintir orang seperti kamu...

Tiba2 hari ni buka FB dia...bosan je tgk FB dia...tak menarik...(
hahaha..saya memang sudah remove dia dari fren list dengan serta merta apabila dia memberitahu dia sedang bahagia...
jadi saya tidak diperlukan lagi...
dan dengan serta merta saya sudah padam segala2 mala yang ada nama kamu ditelefon bimbit....
dan segala gambar2 yang ada dikomputer riba ini...memang dah totally hilang dari ingatan aku..
lau ada alat yang boleh menghapuskan ingatan tentang seseorang...boleh bagi kepada saya tak??hehehe

Ok...saya memang dah tidak mahu dia....
benar2 tidak mahu dia...
memang betul2 ni....walau macam mana pun dia...saya tetap tak mahu dia...
kerana....dia telah buang saya....
betul...tak tipu la...saya tak mahu...tak mahu la...

Pergi kau jauh2...aku tak mahu kau lagi la..
aku dah tak sayang kat kau lagi..
aku dah tak suka kat kau lagi...
aku dah rasa bosan dengan kau...
aku cuma sayang dia saya...

Selamat datang cinta baru...

--sekian--

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hisap Rokok?

Hisap rokok?
Macho ke??
Tak macho pun...
hanchor ada la...hahahaha

Maaf kepada yang kamu yang sedang merokok....
nah...amik kau...isap la puas2....hahahaha
paham2 je la yang merokok tu ek.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nak Makan Pecal

Tiba2 rasa macam nak makan pecal la...
Erm...balik umah nak wat pecal la...tapi mintak mak yang buatkan kuah...
hehehe..mak buat sedap..saya setakat celur2 boleh la...hahahaha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salahkah Saya Sayang Dia

Pagi2 buka facebook...
Tgk ada email...
wooo...dari kawan sekolah...
dia tanye...

"sayang la sgt konon nye... Dah berape kali. Sampai sayang sgt tu." 

Sungguh la aku tidak mengerti maksudnya... 

Ok sebelum tu memang saya ada meletak stat "Saya Sayang Awk"
Aik...tak boleh ek??
Tak boleh ek nak sayang2 ni...
Ayo...
Nak sayang tak semestinya kepada kekasih...
Tak paham...betul2 tak paham ni...sila la beri penjelasan tentang ayat kamu itu....

Yang membuat saya dipandang rendah adalah ayat dia mengatakan sudah berapa kali....banyak maksud tersirat tu.....ok...saya berfikir positif.....

Hello kawan...saya minta maaf la jika saya pernah terkasar bahasa dengan kamu ye....
saya juga mahu meminta maaf jika saya pernah termengumpat kamu senyap2....ops...aku tak pernah amik port pun pasal dia...

Ok...Saya sedar saya tidak layak menyayangi orang lain dan disayangi...

Tapi..peduli apa aku..aku nak jugak sayang2 ni...wuek!!

--sekian--

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lagu Khas Untuk Diriku


Yuna-Dan Sebenarnya
oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain
[Dan Sebenarnya Lirik]
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh

http://www.ziddu.com/download/9547784/Yuna-DanSebenarnya.mp3.html

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ayo Cik Ati

Ayooyoo...
Asyik tukar template je ni...
ape kes....
inilah akibatnye jika sudah tersangat bosan...hahahaha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku Suka Dia..


Saya suka dia..Tetapi dia tak suka saya...
Yang ni dah banyak kali dah kena...yang aku suka mesti tak suka kat aku... 
memang dah selalu sgt dah ni....

Saya tak suka dia..Tetapi dia suka saya...
Yang ni jarang2 la...tapi jika difikirkan yang tak disukai ni selalunya memang betul2 menjengkelkan...memang tak patut pun disukai...mak aku pun mesti tak suka....maybe inilah balasannya bila orang yang suka kita,kita tak suka dia.....balasannya adalah..orang yang kita suka,tak suka kat kita...huhuhuhu..

Saya tak suka dia...Dan dia pun tak suka saya..
Hahaha..yang ni pun nak cite ke...lau dah dua2 pihak tak suka..nak cite ape pulak kan...hahaha

Saya suka dia..dia pun suka saya...
Erm....susah nak cakap sal ni...kerana susah nak cari yang suka kat saya...bila saya pun suka dia....ayoooo....
tapi ada kot...satu hari nanti...jika tak ada...tidak mengapalah....saya kan ada kawan2 yang ceria....lalalalala...

ok...gambar ini tiada kaitan dengan tajuk post ini...

--sekian--

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kosong Sama Dengan Sifar

Kosong itu apa?
Kosong itu empty kan??
Kosong itu sifar kan??
Kosong itu tiada apa2 didalamnya.....

hahaha....
apa benda yang aku mencarut dan mengarut ni?

ok...aku cuma nak meluahkan sahaja..
jika mereka mengatakan aku syok sendiri dengan menulis blog sebegini..
lantak la kome....

blog ini adalah medan untuk aku melepaskan segala mala tekanan yang melanda difikirankan ini...
ianya sekadar suka2...jika kamu tidak suka..sila pergi jauh2 la..
ok...aku boleh menulis diatas kerta sahaja...tapi suka hati aku la jika aku mahu menulis blog...
berdosa ek aku syok sendiri...??
jika mengata orang boleh masuk syurga la ye?
oo...baru ku tau hukum begitu...

alamak..sejak2 akhir2 ni asyik nak marah sahaja lah...
asyik nak merasa sensitif...

erm...adakah petanda mengandung  itu bulan mahu datang kepada ku...??shit...ops...aku mencarut??bukan aku yang mencarut tu....tangan ni yang gatal menaip....

terasa malam ni nak meluahkan segala2...tetapi ianya terbatas...
bimbang..jika apa yang akan ku luahkan akan menguris sesetengah manusia....

tidak mengapalah...bukankah saya ini seorang yang bersopan santun...tak boleh nak tunjuk perasaan disini....tempatnya adalah hanya di rumah....hehehehe

--malam ini kosong memenuhi ruang ini--
dah la kosong penuh pulak tu...hahahahaha

--sekian-- 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jalan-jalan ke tepi pantai

baru balik dari jalan2..
ayo...malam ahad...tapi jalan raya tak da kereta sangat pun...
sunyi...

p makan dulu kat restoran mohd aini...
masing2 nak makan sate...
sekali dtg amik ko...
tak larat nak abiskan...
last2 bungkus bawa balik..hehe

pas makan tak tau nak pegi mana...
ronda2 melaka la...
nak lepak kat MBMB..hujan la pulak...
kesudahan dok pusing2 je....
p kat THE JETTY...
wwoooohooo...tak mo pegi dah kat situ...
menakutkan tempat kat situ...
cuba bayangkan tiba2 ada gempa bumi kat situ..
mati sia2 je...
byk org cina kat sana...seksi2 belaka...pelik2 org kat sana...
dah2 balik2...

balik la kitorang...
pegi lepak tepi pantai yang kat sebelah eye on malaysia tu...
tgk org memancing ikan...
pakcik tu dapat ikan...
tapi kecik,..comel je ikannye...hehe

sambil dok lepak2..ada kete konvoi lalu....sekumpulan kete myvi....
ops sebelum tu nampak sekumpulan kete viva kat depan MBMB...
kat tepi pantai tu ada la dalam dua group kete myvi...
cantik2 kete dorang...hehehe

dah lewat dah..balik umah la...esok nak p seremban lak...
balik...bukak facebook ..then tido...hehehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tukar Template lagi...

Hehehe...
saya suka menukar template..kerana bosan dengan template yang sebelum ni...
ok itu je

--sekian--

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lima Belas Haribulan Empat Dua Ribu Sepuluh

Hari ini adalah 15hb April 2010...
Hari ini merupakan hari kelahiran adik bongsu yang ke 6116 tahun....
Woooo...adik saya sudah besar lah....
Pas ni boleh ambil lesen lori motor..

Semoga adik mucuk saya panjang umur dan murah rezeki...
Jangan dok berangan je...
Belajar rajin2...
Tahun depan nak SPM...

Lau nak hadiah..
tunggu la kakak kamu ni kerja dulu ye...
skang ni pun masih menggunakan perkhidmatan PA&MA...hehehehe

Wahai adikku yang ku sayangi...
jangan la kamu lalai dan alpa akan tanggungjawab mu..
sebagai hamba Allah..
sebagai anak...
sebagai adik...(saje tambah)..
ingat ye...

--sekian--

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pengajaran dari Cerita ini

pada suatu hari ada sorang budak besar kecik ini baru bangun tido...tengok2 jam sudah pukul 8...dia berkata "ish..dah lewat solat subuh ni...."...dia pun solat la subuh...rakaat pertama...rakaat kedua...salam...

then sesudah dia menunaikan solat dengan yakin...kawan dia pun mempelawa la dia keluar jalan-jalan....then dia melihat keadaan diluar...masih gelap...dia pun sambung balik tidur....

then dia tidur...bangun kul 11....tengok keadaan diluar...dia berasa pelik...mengapakah keadaan diluar gelap...

rupanya...sekarang adalah waktu malam....
habis tu tadi dia solat subuh ke magrib??

pengajaran dari cerita ini adalah jangan tidur selepas waktu asar...hehe

kepada si kamu...sila jadikan ini sebagai pengajaran ye....hehehe

..sekian...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rahsia Cinta

Jika mahu uji cinta anda...
click link dibawah ini...
ini hanya untuk suka-suka sahaja ok


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pengkhianat Cinta

Apa itu pengkhianat cinta??
saya pun tak tau...
bagi saya..
pengkhianat cinta ini adalah seseorang yang mengkhianati cinta yang telah kita curahkan kepada dia....
tak semestinya org itu curang...ada macam2 alasan lagi yang boleh dikategorikan sebagai pengkhianat cinta....
pengkhianat memang harus wajib ditinggalkan....

oleh itu saya telah buang jauh si pengkhianat cinta..
syuh2...pergi main jauh2 ye...
jangan sesekali datang lagi...

saya sudah tawar hati sama kamu

--tak mampu menangis--

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sungguh Menyentap

kali ni aku benar-benar sudah mendapat kepastian...
ok...selamat tinggal...
akan ku buang jauh2 semuanya....
.........terima kasih.......
................................................................................
***speechless***


--semoga kalian bahagia--

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dia sedang menunggu jawapan dia....

Dia sedang menunggu jawapan si dia..sama ada mahu menerimanya atau tidak..
saya kira..jika dia menerima..pasti mereka akan bahagia..kerana mereka nampak sama padan....
saya tahu saya tidak sepadan dengan dia...

sedang menerima kenyataan ini..
nak tak nak...memang kene terima bahawa satu hari nnti dia pasti akan berkahwin...
cuma lambat atau cepat sahaja...
dan aku tidak menyangka begitu cepat...
biarlah dia...
saya sedang menunggu cinta baru...
yang pasti cinta padaNya adalah yang kekal abadi...

aku terlalu lalai dengan kehendak duniawi...
sehingga terlupa siapa pencipta aku...


--terima kasih--

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perkhemahan Ke Pulau Besar

wah...sgt best tau....naik bot...brooom!
perjalanan dari UTeM ke Umbai makan masa dalam 30 minit kot...(tak kira..sebab leka)..
dari jeti Umbai ke Pulau Besar dalam 5-10 minit cam tu la...

First time meyertai perkhemahan yang melibatkan pulau2 ni...memang best....
ok lau nak tgk gambar-gambar sila la lihat d blog kakak saya...hehe....
atau pun boleh juga melihat di buku muka saya...hehehe...

walaupun disaat sedang bertarung dengan PSM...
takpe...sekali je...pas ni tak buat lagi....
sori....

....sekian....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Esok Ke Pulau Besar

Sebenarnya hati ini berbelah bagi
sama ada mahu join ke Pulau Besar atau tidak
tetapi akhirnya...
aku telah membuat keputusan untuk pergi ke sana...

tunjuk sikit gambo pulau besar...
hehe..







--post tamat disini--

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saya Sudah Bertunang..

Assalamualaikum

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Nurul. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Nurul yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabat yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Nurul, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu d ira ikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput saya di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabat juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila kamu menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti kamu akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput saya tau!" Khalil tersenyum megah.

"Kalau kamu tak datang pun saya tak berkecil hati, doakan saya banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Nurul, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, Nurul puasa."

Sahabat juga semakin galak mengusik.

"Wah, Nurul diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabat ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akh ira t. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalil bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Nurul bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Nurul hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalil mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Nurul selalu menangis... Khalil tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Nurul mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalil masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insy ira h yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

* Kisah ini bukan kisah saya (Nurul), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat saya memakai cincin. Kerana, saya sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila saya akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Nurul (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya... Arh... Untungnya Nurul. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~


Yang benar,

Khairil Anuar

______________________________________________________________________________________


warkah ini aku dapat dari email aku bertarikh 9 april 2010...

aku rasa aku patut kongsikan disini....

sambil dengar ini...


http://www.ziddu.com/download/9369816/DoaTaubat.mp3.html

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS