Nuffnang Ad

24 August 2015

Susu Ibu oh Susu Ibu


salam sehati sejiwa..heh!

kurang lebih seminggu kita akan menyambut hari merdeka. tujuan aku menulis post kali ini bukan untuk mengulas mengenai hari merdeka. tujuan sebenarnya hanya la nak kongsi pengalaman sepanjang aku menyusukan anak kesayangan iaitu Rahadatul Aisyah.

sebulan yang lalu. selepas habis cuti raya aidilfitri, susu badan aku merudum. mungkin sepanjang cuti yang lama itu aku tak pam langsung. hanya bagi susu badan direct kepada Aisyah. dan stok susu pun hanya satu botol iaitu dalam 5 auns sahaja.

maka bila masuk opis. pulun la mengepam susu. pam 3 sesi. pagi,tengahri dan petang. selalunya pagi aku pam dirumah. dalam pukul7 pagi. yang itu terus bagi ke pengasuh. tengahari sekali. pam dan terus hantar ke pengasuh. dan petang pam simpan untuk stok dirumah.

berterusan la camtu dalam seminggu. lepas tu susu kembali banyak seperti biasa. dalam minggu yang sama aku buat power pumping. area kul 4 pagi. 

dan akhirnya stok susu kembali banyak. errr. tak de la banyak sangat. sekurangnya tak perlu la aku ulang alik dari opis ke rumah pengasuh untuk hantar susu perah. 

tapi sepanjang susu merudum tu. ada la sok sek sok sek yang menyarankan campur susu formula. adoi la. annoying sungguh. selagi kite boleh usaha tuk banyakkan susu. aku akan cube sedaya upaya. aku lebih suka kalau mereka bagi tips banyakkan susu daripada bagi cadangan campur susu formula. huh!

apa tips aku susu kembali seperti biasa. antara tipsnya. pertamanya aku buat power pumping. selalunya aku buat area pukul 12 tengah malam sehingga 5 pagi. yang ini 3 hari berturut-turut.
aku google je nih...aku amalkan yang pam double tuu..

tips kedua, aku amalkan makan milk booster iaitu  habatus sauda. aku makan habasyi oil. 


tips ketiga. think positif. walaupun susu kurang. dan doa.semoga dipermudahkan untuk menyusukan si kecil itu.....

dan yang penting...niat

ok..sekian perkongsian kali ini..

daaaa~~~


10 August 2015

Si Kecik Yang Bambam


Posing sebelum tido
alkisah jumaat lepas..lepas magrib si kecik ni dah tido. tup2 dekat2 kul10 dia bangun pulak..ajak ibu ayah dia main2. maka, inilah jadinya. ibu snap gambar anaknya yang tak de tanda2 nak tido. akhirnye hampir2 kul 1 pagi baru dia nak tido. plan asal nak tido awal musnah. ahaha

sabtu ahad si kecik ni dah sedap mengempeng dengan ibu, maka tadi masa nak hantar si kecik ke rumah pengasuh dia dok melekat pulak ke ibunya. sekuat hati pulak dia peluk. ni yang buat ibu rindu kat aisyah ni. 

***tak sabar nak balik opis jumpe si kecik ni...

2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...