Nuffnang Ad

30 December 2010

Malaysia Menang..Yay!

yay! malaysia menang. aku ni walaupun xminat kat bola. tapi lau dah orang sekeliling cakap sal bola. aku jadi tahu serba serbi lak. so. otomatik aku jadi minat nak tau. maka, aku pun tengok la sikit2 perlawanan bola malam tdi. aku larat sampai yang seri je. hoho. then aku xtahan sangat. aku nak tido.tibe2 aku minat kat penjaga gol tu. ape ke nama dia entah. fahmi kot. hehe 

bukan pasal bola aku nak cite senarnye. aku nak btau bahawa esok adalah cuti umum. tu yang aku terlompat2 dan terkinja2 kat umah tdi. dah macam ape dah. hehe. jadi, mood keje ari ni pun jadi malas2. eh aku ada belog baru. sila2 la jengah. parutteko.blogspot.com. belog main2 je tu. 

esok cuti apa plannye? aku macam nak p jalan2 la. tapi wang tiada. ngee~~ macam nak p mandi2 kat gunung ledang. tapi macam nk jalan shopping. hehe. nak shopping henpon. haha. henpon aku rosak. yg aku guna skang ni lau orang kol xdgr. nak kene tgk. lau nak lagi best. dekatkan ngn speaker. bila ada orang kol nnti ada bunyi macam gelombang dia tu. hehe. kretip x aku? tapi kretip yg xbagus. haha. ok la aku nak sambung sembang sal bola dengan mereka. hahahahaa!!!

28 December 2010

Virus Shortcut


aku xpaham senarnye virus shortcut ni. bukak pendrive je ada shortcut. haramjadah. bila orang tanye aku konon tau. then bende tu hilang. mereka aku kata aku terror. padahal aku cume delete je. mende tu akan ada lagi rasenye. hoho. so ada sapa2 yang tau camne nak buang permenant virus ni kat dalam pendrive. sekian terima kasih

24 December 2010

23 December 2010

Keakraban adik beradik

gambar curi semasa mereka tidur
seperti kata pepatah melayu. air dicincang, takkan putus. lau org utara. ayak dicincang xkan putuih. hehehe. ape aku tibe2 cite sal adik beradik nih? adik beradik  adalah sedara paling dekat dengan kita. walau jahat camne pun, adik beradik tetap adik beradik. aku anak sulong dari 4orang adik beradik seibu sebapa. lau adik beradik sebapa ada 6. 3pompuan n sorang laki. yang adik beradik sebapa 2org lelaki. jadi apa motif aku tulis entry nih? yelah sejak2 aku dah duduk umah ni. asik2 ngadap muka adik aku. dia ngadap muka aku. aku ngadap muka dia. gaduh2 biasa lah. kang malam tido sama2 gak. haha. adik aku yg bongsu sensetip sesangat. pantang orang cuit sikit mula la nak melenteng wat buat hodoh. haha. nyampah. tapi adik aku jugak. haha. 6bulan duk umah memang best. dok umah makan semua mak dah masak. balik tinggal makan. sampai mak aku cakap. eh ko nih lau dah kawin nnti xkan nak camni gak lau ko keje opis hour. haha. aku cakap dalam hati. bayang nak kawin pun xnampak lagi. so. relek la. haha. dalam hati je aku cakap. malas nak menyuarakan. nanti kang meleret lagi bebel mak aku. hehe. 

jadi kesimpulannye adalah. aku xder motip tulis entry nih. saja je. hoho 

lagi seminggu je cuti sem. pas tu dak2 utem dah masuk belajo. aku tetap disini. meneruskan praktikal sampai bulan 5. ok teruskan tengok koding.!@#$%^&*..............

20 December 2010

Kak Ngah Kawin

wahahaa. aku dah lama xupdate belog aku guna laptop aku sendiri. setelah aku bersihkan segala2 guna sabun TOP. haha. eh tipu je. hehe. 


nak letak gambar2 aku masa cuti2 ari tu. hehe. sepupu aku kawin ujung bulan 11 ari tu. kat perak. baru nak upload gambo. hehe.chill..

anak kepada spupu aku. comel kan. lau xsilap namanye aina. hehe

si pengantin ala2 jawa

perjalan ke pelamin

love.love.love.love

herel.hehe.masa org tangkap gambo dia masam. bila dah siap tangkap gambo senyum lak. haish

my atuk belah ayah.

tumpang kat sirih junjung dia.hehe

15 December 2010

Layan Dangdut Sebab Sangap Banyak Kali

boleh la boleh..datang ke rumah ku..asalkan kau jumpe dua orang tua ku...~~~~

haha. berdangdut lak aku kat opis ni. muahahaa. gile ngantuk wey. start2 pc je terus aku menguap. entah bape juta kali entah. cakap sal menguap ni. teringat aku mula2 masuk utem.aku lau menguap sebut sangap. dorang ni lau perkataan sangap ni lain. aku pun mula2 tak paham. lama2 dah paham dah. adooow. pela.

woo. ari ni dapat makan free lagi. laksa johor. walaupun aku tak bape makan laksa. disebabkan keadaan yg sejuk dan makanan depan mata. makan je la. bila sejuk memang lapo la. bila my stomach dah full mula la ngantuk. dah la memang ngantuk. muaha. jadi ari ni pandang pc dengan pandangn yang sifar. hoho. orang datang cepat2 bukak localhost. muahahaha. konon2 buat keje. padahal hari ini satu keje pun tak jalan. 

petang ni ada senam jrobik n poco2. peeergh. petang2 waktu nga panas lak tu. nanti kulit aku yang hitam ni bertambah hitam la. camne nak konvo tahun depan. hoho. 

waktu lunch pun dah habis. apa lagi pura2 buat keje la wey. ngeh3...

14 December 2010

PC dan Aziati

adooow. pc opis lambat. nak tunggu dreamweaver bukak berjanggut tunggu. huhu. nasib la dah boleh install dreamweaver. tapi yang trial. muahaha. 30 hari lagi dah tak leh nak guna. tak pe la. asalkan ada mende la yg aku buat.

sementara staff semua tak balik opis lagi aku update le belog. yang senarnye aku pun tak tau nak update mende. sejak2 dah praktikal ni. tido pun awal. adik ajak main saidina pun jadi banker je. malas nak pikir2. semalam tido kul 9. walawey. selalu aku susah betul nak tido. haish. 

ok nak sambung kelija. adios amigos.

13 December 2010

Nak Masuk Minggu Ke Dua

seminggu yang lepas aku start praktikal. minggu ni nak masuk minggu ke2. hasilnya? aku dah update 2entry. haha. nak kata busy tade pun. nak kata tak busy. ada la sikit2. aku dah dapat tugas. buat sistem pengurusan maklumat. start dari zero ok. tapi ape yang aku dah buat setakat ni? hanya create database je. belom design lagi interfacenye. sebab dreamweaver taleh nak install. ingatkan nak format laptop. then nak install la semua2 yang perlu. tapi tersalah beli installer. haha. jadi kesimpulannye lom jalan lagi la keje yang aku kena buat nih. huhu. 

jadi tanpa membuang masa. sambil search installer dreaweaver kat google. aku bukak la facebook. hoho. hasilnya. ada 2orang rakan sekolah aku akan melangsungkan perkahwinan mereka pada masa yang terdekat ni. n lagi sorang dah bertunang. bila ujung2 tahun ni memang ramai la yang nk kawin. esok aku kawin aku buat tengah2 tahun. hahahaa. ujung tahun musim ujan. tengah tahun musim apa ek?musim salji x ek? haha. 

jadi kepada kawan2 aku yang nak kawin tu. selamat pengantin baru ek. bulan madu nanti ajak la aku sekali. hahaha. korang nak hadiah ape? cakap je. aku beli dengar. hoho

08 December 2010

Lama Gila Tak Update

peeergh!! lama gila aku tak update belog syok sendiri aku nih. hoho. bukan apa laptop aku tuh kenapa entah. dia tak kerjasama ngan aku dah. merajuk pasal apa pun aku tak tau. ni pun aku guna pc kat tempat praktikal aku. woohoo. aku dah praktikal beb. tempat dirahsiakan. ngeh3. tidak mengapa. lama2 kang korang semua tahu la. haha. pc kat cini pulak RAM agak rendah. memang slow je. jadi nak belog walking pun macam malas je. nasib baik internet ok. hehe.

beberapa minggu ni aku merata gak la jenjalan. hehe. melancong dengan cara yang jimat. biasa la dah ujung2 tahun ni memang ramai yg kawin. seminggu yang lepas sepupu aku kawin. dok kat perak. ada la dalm 3 malam kat sana. hoho. then ahad yang baru je lepas ni atuks n makcik aku balik dari haji. p jey bee pulak. then isnin yg baru lepas ni pulak p penang pulak. muahaha. memang merayau je la aku nih. 

haa.. nak cerita sal apa lagi nih ek? ha. semalam aku dapat tau kawan aku sorang ni appendix. baru je kene operate kaki. skang operate lagi. kesian dia. lau ko baca kan cik mie kan. aku nak ucapkan selamat menempuhi hari2 yang ceria. haha. tamemasal kan? haha.

dah tade mende aku nak cerita dah. gambo aku jenjalan nanti la aku letak. sebenarnye tabawak pendrive nak upload. hehe. ok babai..

12 November 2010

Selamat Tinggal Melaka

selamat tinggal Melaka. lau ada rezeki aku datang la semula ke sana. sayu pula aku. rasa bahagia di saat akhir di sana. bersama dengan osmate, kawan2 silat dan si dia. eh macam aku dah tak datang melaka pulak kan. haha. bukan apa. datang melaka memang la datang. tapi tak sama. tak tau nak describe cam ne. tak sama sebab....hmm contohnya. tak leh dah nak lepak2 dengan kawan2. tak boleh nak gosip2 kat dalam bilik. jerit2 nyanyi. lepak2 tepi pantai.lepak2 makan. tengok tv sambil komen iklan. sob..sob..

pas ni duduk rumah bersama2 denga famili yang terchenta. slama 6 bulan duduk rumah. tak leh keluar malam. lau keluar kena soal selidik macam2. hoho. eh anak dara memang kena duduk rumah la. hehehe.

melaka banyak kenangan. terlalu banyak. memang banyak sampai tak boleh nak cerita. pendek cerita aku sebenarnye sayang nak tinggalkan melaka. fullstop.

16 October 2010

Akhirnya

fuh. dah lama aku tak update belog aku ni. bukan apa. aku nak update. tapi asik tak boleh je. macam2 aku nak cerita. tapi tak tercerita pulak. haha.

firstly aku nak cite 9 n 10 hb 10 hari tu aku join xpdc jelajah alam. lokasi gunung ledang. memang best. lupe sekejap aku kat dia. hehe. macam2 aktiviti. ada permainan rota-rota, pisang goreng, bom, and cak kelicap. paling gelak tak hingat cap kelicap la. haha. then ahadnya p daki gunung. tak sampai puncak. tapi sampai kolam gajah. hehe. dah itu je kot aku nak cite. ngeh3. tibe2 takde idea nak taip ape. hehe. maybe sebab aku bangun awal sangat kot ari ni. muahaha.

06 October 2010

Aku Yang Pendiam

sedang aku sibuk2 nga main game farmville kat fesbok. tibe2 ada friend request. benti jap main farmville. then belek gambo. macam xkenal. try klik lak kat nama dia. laaaa. kawan sekolah rendah la beb. lama gile tak dengar cite sal dia. hoho. dulu dia la antara pesaing2 tuk dapat top 5. haha. masa sekolah rendah la. masuk sekolah menangah memang xkan dapat top 10 pun. hahaha. 

skang dia dah jadi misi la. best la kan jadi misi. orang cantik2 jadi misi baru pesakit terus sembuh. betul tak? ngee. tibe2 aku teringat kawan2 sekolah rendah aku. mana korang semua?? bape kerat je yg aku jumpe kat fesbok ni. bile aku kira2 ada dalam 10 je kot. dulu dak2 kelas aku ada bape orang ek? aku pun tak hingat. wahaha. 

kepada rakan sekolah rendah yang tibe2 jumpe blok aku. lau korang rasa korang belajar kar sekolah rendah serom 3 pada tahun 1993 - 1999, meh la add aku kat fesbok, nak lagi best jadi follower aku. ngeee. lama seh tak jumpe korang.

aku dulu pendiam. tak banyak cakap. cakap pun, yang perlu je. tak rajin nak kecoh2 dalam kelas. lau cikgu2 meeting. nama aku xpenah tersenarai dalam nama2 budak bising. aku memang baik gile. bukan nak puji diri sendiri. memang aku senyap kat kelas. lau cikgu tanye soalan kat aku, aku jawab slow je. aku penah dapat title 'mulut ada emas'. sebab tu aku tak penah jadi pengawas. sebab aku tak aktif masa sekolah dulu. aku rajin jugak p library masa sekolah rendah dulu. haha. pinjam buku. aku suka pinjam buka sains yang macam2 ujikaji tu. kulit tebal. aku lau pinjam buku tu memang lama nak pulangkan. pssst, aku penah tak pulangkan buku. dalam baik2 aku pun aku wat jahat2 senyap2. hahaha.

aku rasa lau jumpe balik dak2 sekolah dulu mesti dorang tak caya aku skang dah banyak cakap. cakap tak henti2 lak tu. tapi aku bukan setiap masa banyak cakap. lau orang yang dak kenal n rapat je aku banyak cakap. yang baru2 pun aku kena sopan2 ayam sikit. kena tunjuk la aku ni sebenarnye seorang yang baik serta sopan santun. wey2 jangan salah sangka. aku memang baik la. tak caya tanye kat mak aku. nak nombor tepon mak aku pun aku leh bagi. 

jadi apa kesudahan entry ni? ha tu dia. aku nak btau kat korang la. sebenarnya aku ni masa sekolah rendah pendiam tahap kucing oren la. tapi dah masuk sekolah rendah perangai dah mula berubah. lain kali la cite. pe2 hal pun aku rasa aku macam nak balik sekolah rendah balik la. sebab aku rasa comel masa aku sekolah rendah. muahaha. tenkiu. adios. 

05 October 2010

Aku Yang Gelabah

.............
................
.......................
.........................
..............................
...................................

aku sayang dia
sangat2
fullstop

Aku Kena Chill(Sejuk)

ada sorang teman suruh aku chill. bila translate chill ke bahasa melayu dalam google translet chill maksudnye sejuk. jadi aku kene sejuk la? ahah. how ek? 

sumber dari encik google


jadi untuk sedapkan hati. aku nak berpikiran positif je nih. i must think positif. yeah! 

sabtu n ahad ni reles tensen kat gunung ledang ngan mereka. harap2 leh chill kat sana. mesti punye. sebab kat sana sejuk. dok dalam hutan. hehe. leh bercakap2 ngan pokok. leh bercakap2 ngan air terjun. leh bercakap2 dengan tanah. bercakap2 dengan hutan. jauhkan diri dengan teknologi supaya dapat muhasabah diri. tapi telepon aku bawak jugak nanti. nak tinggalkan kang ada emegency kol camne lak? hehe.

semenjak dua menjak ni. kepala aku asik pening je. bila duduk, nak bangun kepala pening macam nak melayang2. orang kata sebab tekanan darah rendah. tekanan darah aku rendah ke? kena p cekidot ni. 

04 October 2010

Aku Merajuk. Dia Tak Pujuk

huhu. aku majuk dia xnak pujuk pun. sedihnye. baru nak mengada2 sikit. hehe. xpela. aku dah ok dah ni. xyah nak pujuk2. semalam dah abis lepaskan geram kat dia. mesti dia pk aku ni mengada tahap babun. wahaha. tiba macam rindu kat dia la. hehe. tapi dia xrindu aku pun. konon la aku ni nak jiwang2 nak rindu mindu pulak. haha. geli kan? 

p/s: wey kamu yang berkenaan. aku memang camni. lau geram aku lepaskan terus. jangan simpan2 lau geram tau.

03 October 2010

Kenapa Aku Emosi?

awas. entry kali agak menyampah. harap maklum.

aku rasa ada orang sedang mengelak dari aku. bila aku on9 dia off9. bila aku off9 dia on9..sabar je la. lau xnak kawan ngan aku cakap la terus terang. tak payah nak main tarik tali camni. aku selalu susahkan dia kot. tu yang dia nak lari dari aku. haha. yelah2. aku paham. aku suka susahkan orang. wat orang serabut je. aku tak kira. aku nak emo gak. biar la orang nak kata apa. biar la dia cakap blog aku ni cam diari pun. blog aku. suka aku la. tempat lepaskan geram, marah, suka duka semua kat sini. nak cite kat dia pun. bukan leh buat apa. huh! dia dah berjaya wat aku terhegeh2 kat dia. tahniah.

02 October 2010

Magika Official Trailer

malam tadi tengok cita magika. memang best. aku suka. kelakar. sedih. romantik. semua ada. cite melayu musical yang best penah aku tengok. tak rugi la aku bayar rm10 tuk tengok cita nih. ngeh3. lau sapa2 tak tengok cita ni lagi. p la tengok. ada pak pandir, mak andeh, mahsuri, hang tuah dan pahlawan melaka, puteri gunung ledang,bawang putih bawang merah, awang kenit, nenek kebayan dan ada la lagi. banyak. layan trailer dia dulu. hehe



01 October 2010

Kalau Berpacaran


Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman
dari tadi dok asik nyanyi lagu ni. tajuk lagu 'kalau berpacaran'. bila time korus aku nyanyi kuat2. bagi tekanan sikit kat orang sekeliling. haha. yang atas tu korus je la. lagu ni kira bagi nasihat kat orang yang kapel2 la. lau nak dating cari tempat yang terang. lau nak jumpa boleh pandang. pegang2 tak boleh. bukan muhrim. tunggu dah nikah baru leh pegang2 segala2nya. bila nak duduk pun kena jauh2. tak leh dekat2. bila bercinta ni kita kena jaga tatasusila.
ok hari ini taknak mengarut panjang2. cukup la setakat ni je. lagi banyak aku taip lagi banyak aku merapu. lagi banyak aku merapu lagi panjang la entry ni nanti. hoho.
p/s: senyum sampai ke telinga bila dia cakap dia sayang saya. tapi dalam hati je la senyum. hehe

30 September 2010

Gosip di Stesyen Minyak

dari tadi asik dok bukak tutup post ni. haha. nga pkir tajuk nak letak apa. macam nak jiwang2. macam nak gelak2. macam nak ganas2. tapi semua tak jadi. haha.ape mende yang main2 dalam kepala hotak aku entah. hoho. 

tiba2 aku nak cerita pengalaman aku keje kat station minyak. hoho. mase tu aku baru habis diploma. hidup terumbang ambing. nak keje tatau nak keje apa. dalam hati macam konpiden dapat sambung degree. hoho. jadi aku pun dok relek2 la. sampai satu hari mak aku sound aku. dialognya macam ni:

makku cayang: ko ni dok umah je. tolong2 la sikit wat keje umah. basuh baju ke. kemas umah ke.
aku gumuk: erm.. bagi la can nak dok releks mak. hehe. cayang mak. muah.
makku cayang: ah ko. sampai bila nak camni. dah jom ikut mak g bando jap.
aku gumuk: kene ikut ke?naik apa?moto ke kete?
makku cayang: moto je la. senang nak parking. nnti kene kopun malas betul.
aku gumuk: ok jom. 

dengan muka pasrah aku pun siap2 ikut mak aku p bando. pas tu mak tu singgah isi minyak. tengok kat kaunter tu ada tulis jawatan kosong. aku tunggu kat moto je. aku tolong isikan la. mak aku bayar. masa kat kaunter tu semua dok pandang aku. pehal nak tengok aku entah. then mak aku pun datang semula ke motor. mak aku suruh aku p kat kaunter tu. tokey nak interview. aku masa tu tercengang. tatau nak cakap apa. kang tak ikut kang derhaka lak. ok aku pun. dia interview aku. suh aku kira congak. ala beb. small matter je beb. dengan jayanye aku jawab soalan dia. tokey tu cakap dah lulus. leh keje. hah? keje. aku kene keje ke? tamau la. sambil hentak2 kaki. huhu. dalam tamau tu aku pegi jugak keje petang tu. ye betul. petang tu jugak aku start keje. shift aku dari kul3 petang sampai kul11 malam. peh. dah la umah aku jauh. kena balik sorang lak tu. memalam. hadoi. tak best la. 

sepanjang aku keje tu aku cume jadi casher je. jaga pam adalah dalam 2-3kali je sepanjang aku keje tu. ape aku nak cite sebenarnye nih entah. haha. oo. aku nak cite sal sorang pekerja nih. nama dia apa aku tak ingat. assume nama dia mat la. mat ni masa mula2 datang nak keje kat situ aku ada masa tu. jadi masa dia kene interview aku ada depan mata la. bos sengaja interview dia kat depan kot. masa bos aku leka. dia guna kalkulator henpon dia. mana aci. memang sah2 ar dia dapat keje. ceh. dipendekkan cite dia pun dapat keje kat situ. dia dapat shift sama macam aku. jadi aku ada la kawan . selalunya aku sorang je keje. aku jaga dalam. dia jaga luar. yang agak menarik. time waktu malam bos suka dok sebelah aku. dok baca surat kabar ke apa ke. bos aku sporting jugak. bila takder pelanggan si mat ni datang kat kaunter. tpi dari luar je la. ala kan selalu lau bayar tu kat luar je kan. yang ada besi sorong2 tu. hehe. jadi bila tak der pelanggan kitorang pun nak borak2. tapi tak nak bos tau apa yang kitrang borak. jadi dia taip mesej then ketuk2 cermin kat luar tunjukkan kat aku. haha. entah apa2. aku pun balas ngn amik henpon dia aku taip la apa yang aku nak taip. kitorang gosip dengan cara camtu. haish gosip ngan orang laki ni kadang2 seronok. sumpah seranah semua keluar. tapi kadang2 aku lak yang kena balik. haha. 

bos aku cina. rasa tak puas hati sebab nak solat pun tak boleh. aku curi2 je solat. kadang2 cakap nak p toilet. sebenarnye aku p solat. boleh ke ek tipu sebab nak p solat? huhu. 

sampai la aku behenti dapat tawaran sambung degree. humak aih. memang aku tak terkata la. aku memang nak behenti keje situ. problem pertama tiap kali nak solat aku macam pelarian. huhu. problem kedua. aku keje sampai malam. aku tak berani nak balik umah sangat sebenarnye. selalunye aku pecut je bawak motor supaya cepat sampai umah. kat kawasan perumahan aku lau lebih kul12 dia dah tutup jalan. tak boleh nak masuk. nak masuk boleh tapi kena tahan dulu. hoho. dah macam apa dah. selalunye aku sampai umah hampir2 dia nak tutup jalan. sebelum dia tutup aku masuk dulu siap angkat tangan lagi. wah. baik betul aku. hoho. 

bila dah behenti aku pun nak gaji la. tapi gaji tak dapat time tu. kene tunggu hujung bulan. bila dah dapat gaji aku pun rasa memang patut aku behenti. keje macam nak mati. gaji ciput je. nak beli laptop pun tak lepas. hehe. tolak ngan short lagi. huh! hampeh. last2 beli laptop guna duit mak aku jugak. mak ku sayang. i'm sorry. hehe. 

agaknye berkat duit mak ak kot. laptop aku masih dalam keadaan terkawal sampai sekarang. hehe. the end.

eh sebenarnya aku cite sal ape entah. haha

28 September 2010

Kenapa Aku Rasa Lapar

untuk entry kali ni agak mengarut sikit. tajuk memang tak der kena mengena langsung ngan apa yang aku nak taip ni. eh ada la kena mengena. sebab aku tengah lapar kot. so ape isi kandungan entry ni? jap bagi aku pikir dalam 2-3 minit. hmmmmmmm. sambil jari jemari ketuk keyboard.

ting! ada mentol dah muncul atas kepala aku. bersinar2. nampak tak? maksudnye idea dah ada la. memandangkan keadaan yang agak lapar skang ni. apa kata aku kongsi resepi mee bandung nak? tak nak tak pe. aku nak jugak letak kat sini. ngee.

ok memula kita sediakan bahan2 dulu.

pertamanye, perencah mee bandung yang di beli di mana2 kedai. nak lagi sedap beli yang kat muar. hehe. eh ayah aku ada jual perencah mee bandung yang ayah aku buat sendiri. mahu? jika mahu boleh koling2 saya kat  shoutbox sebelah tu. hee. 

seken, sediakan bahan2 nak letak kat dalam mee bandung anda itu. lau aku suka letak fish cake, sawi, daging, tomato, telur, cendawan, udang, sotong. lau rasa nak letak macam2 letak la. agak2 la kuantiti.

yg ketiga, sediakan mee kuning secukup rasa. eh secukupnya la. ikutlah korang nak makan bape orang kan. lau makan sorang, sediakan sepinggan cukup la. 

yang ke empat pulak, sediakan air yang secukupnya. jangan byk sangat jangn sikit sangat. agak2 dalam 2mangkuk cukup la. 

ok nampaknye bahan2 semua dah ada. skang kita mulakan operasi kita. masak memasak masak la ko. 

mula2 panaskan air dan masukkan daging. bagi daging tu empuk. then agak2 dah empuk dah. masukkan perencah mee bandung yang dah siap beli td. kacau2 sampai nampak kaler dia macam kuah mee bandung. then tunggu sekejap  sampai dia didih. sampai nampak ada air memercik2 sikit tu la. then dah didih. masukkan semua bahan2 yang seken td. kacau2 agak2 sesedap mata memandang. then rasa sikit. sedap tak. mesti tak kan. haha. letak garam n gula sikit. sikit je jgn letak banyak2. then rasa lagi. lau dah sedap kacau wat kali terakhir dan tutupkan api. siaplah kuahnye.

untuk mee kuning  tu pulak celur dulu dalam air panas. then masa nak makan. amik pinggan. letak sikit mee kuning then letakla kuah mee bandung tu tadi. pas tu makan. eh sebelum makan tu baca doa makan dulu. 

then sambil makan tu tunjuk thumbs up kat aku. hehe. 

ok la. resepi pun dah bg. apa lagi meh masakan tuk aku. aku nak makan je. cepat..... aku lapar ni.


24 September 2010

Belum tahu Lagi

pagi tadi ada exam IT and database security. masa 1 1/2 jam. memang tak cukup. huh! soalan gila banyak. peh. aku bajet nak anta lambat sikit. tup2. lecturer dah pungut. menangis dalam hati je la aku. soalan no 6 tak sempat nak sentuh beb. peh. dah la kuiz aku dah skip. abis la aku. pulak mood aku telah di spoilkan oleh mamat belagak macho. aku nak lintas jalan ke seberang. aku tengok kete hitam tu jauh lagi beb. baik2 aku dah abis lintas. mamat tu hon aku then keluar kan tangan dia sambil tunjuk jari hantu dia kat aku. aku wat muka relek je. tapi dalam hati panas la jugak. pagi2 dah wat cam badak air depan aku. ingat aku tak nampak kete ko yang berkilat tu. aku tau la aku salah. tak bagi signal. nak wat camne. signal aku tak hidup. nak hayun2 tangan cam yang aku belajar masa kelas memandu dulu segan. tapi aku meamng dah pastikan kete jauh td. aku memang konpiden kete dia jauh. camne leh dtg tibe2 lak entah. pedulik hape ko nak sumpah seranah aku. ok. tutup kes tu.

habis kelas IT and database security masuk kelas lagi satu. kelas software project management. haih. kena buat report lagi. hantar isnin. sebagai project manager aku akan pastikan report hantar awal. ngeh3. bagus tak aku? puji diri plak aku. sekali2 tak pe kot.

ape aku nak cerita sebenarnye nih? aku pun tak tau. memandangkan kawan2 aku ramai dah tau sal blog aku. aku tak leh nak cerita sebarangan la. kena tapis2 sikit. hoho.

tibe2 aku teringat masa aku zaman sekolah rendah. mak aku selalu cerita sal ni. dulu masa aku darjah satu. family aku macam terumbang ambing sikit. sebelum tu ayah aku yang hantar aku. balik pulak atok laki aku yang jemput. nak dijadikan cerita. atuk aku pegi mesyuarat risda. jadi tak der sape nak amik aku. aku pulak masa tu budak2 lagi. mana la tau apa2. darjah 1. hingus meleleh pun tak sedar. mak aku memang tak leh nak jemput aku. mak aku ngajar petang. jadi aku tunggu punya tunggu memang tak der sapa nak amik aku. aku p kedai. beli layang2. memang masa tu nga musim orang main layang2. aku beli dengan harapan balik nanti aku nak main. adik2 aku mase tu hingus2 lagi. tak sekolah lagi. bape lama aku tunggu aku tak hingat lak. aku dah rasa sebak dah beb. hati nurani aku dah memberontak. rasa nak jerit. semua orang dah balik. tinggal aku sorang. dengan hati yang agak sayu aku jalan kaki la. dengan air mata yang tiba2 turun laju. memang tu je la keje aku masa kecik. haha. dah separuh aku jalan. aku nampak mak aku. baru nak p ngajar. aku lagi nak nangis. aku terus melalak tak tentu pasal. haha. mak aku pun hantar balik. kat umah aku majuk. haha. merah padam muka aku. senyap je. aku rasa aku tersisih. huhu. lagi2 pulak masa tu family aku masih tak stabil. mak aku pun p ngajar ngn moto atuk aku. mak aku tak ader moto masa tu. moto satu guna ramai2. dan masa tu awal2 ayah aku tak dok ngan kitorang. yelah2 aku cita la. mak ayah aku bercerai masa aku darjah 1. sedih hidup aku masa tu.

skang bila mak aku cite balik. aku bantai gelak je. yelah mak aku cakap aku anak paling kesian. bayangkan jalan kaki tengah2 panas sambil bawak layang2 dengan air mata yang mengalir. dukung beg lagi. haha. tak leh blah la aku dulu. lau aku tengok balik gambar2 masa aku sekolah memang muka aku muka mintak simpati je. haha. dah la main sorang2. main pondok2. amik bunga. amik daun. potong2. wat sepah kat pangkin umah atok aku. atuk pompuan aku nampak cepat2 aku campak bunga jauh2. kadang2 tak sempat nak campak. haha. ajak adik aku main dia tak nak. dia tau ape je mase tu entah.

semua nye aku wat sorang2. lagi satu aku suka main ngan tanah. yelah sebelum ni aku tak penah jumpa tanah. dah duduk kampung nampak tanah je memang pantang la. cari periuk. amik sudu dalam umah. amik air sikit. wat kuih pakai tanah. eii. gile selekeh aku dulu. aku tak kenal orang kampung sangat masa tu. baru la katakan. dah lama2 baru aku dapat kawan. jiran umah atuk aku. laki. main power rangers beb. adik aku yg bungsu xkuar dari pewot mak aku lagi masa tu. aku amik yang warne kuning. tak tau le nape aku suka warne kuning dulu. haha. dah besor2 ni jarang ada warne kuning pulak. main ngan laki ganas sikit. asik aku je yang kena buli. mula2 aku ciwek sikit. dah lama ok je. skang jiran aku tu dah kawin n dah ada dua orang anak comel2. hoho. banyak lagi sebenarnye. lain kali la cite.

aku dulu memang sangat2 selekeh. eh sampai skang selekeh. haha. sebab tu aku tak ramai kawan. tapi lau aku berkawan ngan seseorang tu aku ngan dia je. tak cari kawan lain dah. aku tak tau la. tapi memang cam tu. sampai la kawan aku tu pindah ke apa ke. aku cari kawan lain. cam tu la aku.

so ape kesimpulan cite aku nih? kesimpulannye. dapat la aku update entry aku nih. hahaha..walasam

selamat hari raya maaf zahir dan batin. <-----aku lupa nk ucap upenye ek..hee

22 September 2010

Hari Kecik Hati Sedunia

semalam aku merajuk. dengan dia. dia langsung tak nak layan aku. tak pe la. aku duduk umah. layan2 la sapa2 yang nak layan. tibe2 ada orang datang depan pintu. cari aku. ada bunga besar. wah! canteeek. ada tiga kuntum bunga ros. and ada kad. dia tulis "wei, sorry ye. janji tak buat lagi" oh. so sweet. mesti dia yang bagi bunga nih. eleh kata tak ada duit. tiba2 dia kol. "jom kite kuar, kan ari ni tak de kelas kan?" aku pun dengan senyum2 "tak mo la. pegi la layan orang lain tu" tapi dalam hati aku dah rasa bunga2 dah. dia pujuk lagi "ala. tak sudi dah la tu nak kuar ngn kita". aku "jom la" dengan nada yang konon2 marah padahal suka. haha. kami pun berjalan2. pegang2 tangan. p kat tepi pantai. hoho.

Lah Ahmad - Adinda (HD)






sedang menggilai lagu ini. maaf la kawan2. bila aku suka. aku akan jadi gila begini. hehehe.
mari kita nyanyi ramai2 mahu? aku tak hafal lirik lagu ni. tapi aku suka lagu nih. best la. thumbs up.

meh letak lirik sekali ni. leh nyanyi sekali. hehe.

Adinda-Lah Ahmad

Malam pertama sangat sempurna
Duhai adinda sungguh jelita
Selama ini hanya kau yang ku tunggu

Bukannya rahsia di antara kita
Semakin membara jiwa gelora
Selama ini hanya kau di hatiku

Tak mudah ku melupakanmu
Hanya engkau yang ku perlu
Bayang-bayangmu masih menghantuiku
Apa saja yang kau mahu

Chorus
Semua untukmu oh adindaku
Dengarlah rayuan di hatiku
Sesungguhnya aku mencintaimu
Selalu di hatiku memanggil namamu
Oh adindaku oh adindaku
Semua kerana kerna kamu

Engkaulah permata hatiku
Suluh menyinar hidupku
Yang selalu menerangi hari gelapku

Nantikan dinda yang satu
Tak akan pernah ku jemu
Semakin hari semakin ku rindu

Tak mudah ku melupakanmu
Hanya engkau yang ku perlu
Bayang-bayangmu masih menghantuiku
Kamu selalu dihatiku
Semua yang kau mahu

Ulang Chorus

Walau berjauhan
Suaramu mengakhiri penantian
Tabah mengharungi cinta
Semua dugaan Maha Esa

Ulang Chorus

Lirik/Lagu – Lah Ahmad

Nakal Tau

kamu ni nakal tau sayang. eii. cubit kang. aww. haha. tak bleh blah betul ayat aku tu. ni kes semalam la ni. sewel dah aku. sikit je la. semuanye tak mo layan aku semalam. huhu. fes thing. dia xmo layan aku. seken thing. kene tinggal ngan bus.aku dah la tunggu hampir 20 minit kat situ. tanpa segan silu dia lalu je depan aku. ceh. nasib baik ada moto. dah satu keje aku naik balik. huh! ketiga pulak. chrome aku asik prob je. kang aku majuk p mozila kang. kesimpulannye semalam adalah hari orang tak nampak aku. adakah aku telah menjadi halimunan?hoho. 

its ok la. i tak kisah pun. ops. ber 'i' lah plak aku. nyampah tau. hoho. ape aku nak merepek ari ni ek?aku dah lama tak berblogwalking. aku rasa malas sangat2. mana yg sempat je la aku pegi. aku lau dah baca blog orang memang lama. lau boleh nak habiskan baca satu blog tu sampai habis. jadi memang tak sempat nak blogwalking banyak2. hoho.

masa raya aritu. aku p beraya umah jiran2 umah atok aku. ada sorang mamat ni nampak berisi. aku cakap dalam hati sape yg gemuk ni? ada ke cucu dia yg gemuk. sekali tengok betul cucunya. memang dah gemuk sangat. dulu hensem. kurus. huish semangat. dan sekarang dia dah kawin dan sudah mempunyai 2orang anak. hoho. best tak? dah la muda dari aku. ada 2orang anak pulak tu. mana boleh jadi ni. aku bile lagi beb. haha. 

sebenarnye aku tak tau nak update post ape. tu yang mengarut je nih. dah la. cau dulu la. aku nak masak. haha. 

21 September 2010

Idulfitri 2010

raya..raya..raya..wah. raya tahun ni nampak cam meriah la beb. cukup satu kampung aku pegi. betul2 raya. yelah kan, waktu raya ni la kita nak round kampung. bila lagi kan. raya tahun ni aku ikut marhaban sampai habis beb. walawey. dan aku berjaya larikan diri dari berzanji. ngeh3. jahatnye aku. aku malu sebenarnya. aku baca tak sedap pun. aku baca doa je pun jadilah. ngeh3.

so. ape cerita raya tahun ni? memang tak banyak cite pun. raya 1st je cam biasa la. pegi solat sunat raya. balik tu sesi salam2. aku? haha. salam la jugak. then dapat duit raya. wa. aku still leh dapat duit raya beb. haha. pas tu gambo2 sikit wat ada2. haha. then pegi raya2 kat umah sedara mara. amik ko sekali segerombolan dtg raya. ngeh3. ala cam tak biasa lak kan.

memandangkan hari tu adalah hari jemaat. jadi para2 kaum adam semua pegi la solat jemaat. kaum hawa duduk umah. dan....tido. ngeh3. aku tido sampai tak ingat aku sedang tido di depan tv ruang tamu. bile kaum2 adam balik aku tak sedar. kelam kabut aku cari tudung lari masuk bilik. haha.

habis dah 1st raya. raya ke2 pergi marhaban dan sambung raya ke3. habis la jugak aku ikut. petang tu raya umah sedara lagi.

malam tu pulak pegi umah ayah aku. sejak2 aku dah bleh bawak kete. aku p umah ayah pun p sendiri. tak macam dulu dah. dulu ayah yg jemput kitorang. peh dah besor upenye anak ayah. hehe. tu semua tak jadi hal la beb. 

jadi tanpa membuang masa. aku masukkan la sikit gambo raya. erh. gambo family je la. hehe. wat2 ada je. hehe.

dari kiri:adik jijah,yan ngok ngek.mak cayang.aku gumuk. aku sayang mereka semua..muah
sepupu aku yang boleh tahan la sengal. tgk tu. aku pun dah jangkit.huh!

beraya dikampung memang best. inilah kampung aku. ngeee

04 September 2010

Balik Kampung..Raya La Woi

yeaa..balik kampung untuk raya. yea! sukanye beb. kat kampung aku ada marhaban. sapa2 nak join? aku wajib join sebab lau tak join orang cakap aku tak campur masyarakat pulak. hoho. ok. mood skang adalah mood kampung yang ada warna hijau. hehe.daa~~

03 September 2010

Lepas Meluahkan

selepas meluahkan apa yang terbuku di hati.aku dah dapat jawapan. ye. jawapan yang aku pun tak tau la nak kata apa. hoho. aku masih dalam mood yang agak kureng. aku sedang cuba nak melupakan perasaan sayang kat seorang. dalam proses untuk melupakan datang seorang hamba yang membuatkan aku ceria. aku mula suka. dan aku beransur2 dapat melupakan sayang aku kat orang tu. tapi akhir2 ni. aku dah tau orang yang aku suka tu suka kat orang lain. jadi aku kembali jadi seperti dulu. its ok la. dah biasa dah. lain kali la cerita panjang. ngantuk. nak tido.

walaupun kita sayang atau suka kat seseorang..semestinya kita dapat memiliki kan?seorang sahabat berkata kepada aku. single bosan. bila berdua pulak susah. jadi. kawan baik je la. zaman skang ni ada istilah kawan karib lagi tak ek?jom sama2 pikir.

and lagi tentang orang yang saya suka. dia suh saya pikir apa yang dia lakukan. saya dah pikir. saya rasa dia lakukan begitu sebab dia hanya nak kawan ngan saya sahaja tak lebih. ok saya terima. thanks kawan. kamu hanya kawan saya. dan saya kawan kamu. kamu memang kawan yang baik. saya suka berkawan ngan kamu. dats ol.

31 August 2010

Sambutan Merdeka

semalam aku terlibat ngan penghayatan malam kemerdekaan sampai kul 1 pagi. hari ini pulak aku terlibat ngan perarakan sambutan hari merdeka peringkat negeri melaka. jadi jangan cakap banyak. upload gambar je la.
malam tu majlis sebenar2 start kul10malam. ada deklimasi sajak. tibe2 aku macam admire someone. hoho

pas penat berdiri je. duduk la. baju ini adalah sponser dari utem. thanks utem. hehe

lambang utem 10 tahun dan 1malaysia

suasana di dalam dewan mitc.

dapat beg tau. 

cuaca memang sangat baik.


p/s: aku semakin takut untuk beremosi. 

Maaf Lagi..

aku rasa serba salah. disebabkan aku sorang. dia tableh kawan ngan sapa2. kejamnye aku. aku tibe2 rasa aku ni queen control. 

kepada kamu ye. aku nak mintak maaf. disebabkan aku ko terpaksa layan. aku ni mengada2 sangat ek? sem ni je kite jumpe. sem depan kita taleh nak jumpe. ko leh kawan ngan sapa2 ko suka pun. jadi. aku tanak la menyekat ngan sapa ko nak berkawan k. 

aku tanak apa2 pun dari ko. cume aku nak kan kejujuran bila berkawan. itu je. just one word. honesty. fullstop.

Selamat Ulang Tahun Merdeka Yang ke 53

hoho. merdeka. tamo cite panjang2. esok aku ada perbarisan. jadi aku kena tidur awal. eh dah kul 2 ni. sempat ke?hoho. ok. baju dah dapat, seluar pun dah dapat. kasut pun dah dapat. tinggal nak sarung kat badan je. harap esok adalah hari yang bermakna.pastikan mamat2 hensem je lalu lalang depan mata aku esok ye. hoho. menggatal sekejap. suka2 je. hehe. 

p/s: nak lupakan yang lama kena cari yang baru?boleh pakai ke teori ni?mana belajar cik ati oi?oh aku belajar dalam gua. oh aku sedang bermonolog. oi2 tido la ati oi. ok2 aku nak tido la ni. adios amigos santa clos..

30 August 2010

Kata-kata Manis

diuji lagi dengan kata2 yang manis. rupenya bukan aku sorang. dengan wanita lain pun dia berkata2 manis. jadi tak de yang istimewa untuk aku. jadi aku betul2 akan lupekan dia. thanks kerana beri layanan yang baik selama kita berkawan. mungkin disebabkan umurnya yang muda 3tahun dari aku. ok saya perlukan masa untuk lupakan dia. 

p/s: maaf. sejak akhir2 ni entry yang jiwang je. hoho. aku nga nak layan feel ni. hahaha...layan...

29 August 2010

Sudah Tiba Masanya

ye betul tu. sudah tiba masanya saya melupaka orang aku suka. kerana tak da makna pun semuanya. dia tetap dengan life dia. tapi kadang2 aku rasa dia bagi respon. kadang2 macam tanak kawan ngan aku. aku pun jadi serba tak kena. jadi jalan terbaik adalah. lupakan perasaan itu ye cik ati. tapi masalahnya dia sentiasa ada depan mata. jadi macamana nak lupakan perasaan itu? susahnye bila dah suka. 

entry kali ni pendek je. kesimpulan dari entry ini adalah. lupaka orang yang ada depan mata selalu. cammana tu?

28 August 2010

Saya Sedar Siapa Saya

aku sedar sapa aku. aku adalah insan yang terpinggir. betul. tak caya? try check la. aku dok pinggir2 je ni. hoho.

kenapa aku macam emosional sikit ni? ermm. aku pun tatau. agaknya apa ek perasaan kamu bila orang yang kamu suka mesra dengan orang lain. sedangkan kamu ada disitu dan  tengok je adegan tu. erm. aku memang mudah terasa. sikit. dari kecik tengok orang main je. mungkin kawan ngan aku ni tak best. aku tak banyak cakap. membosankan. 

dipendekan cerita. aku tak suka ada perasaan macam ni. aku mula benci dengan keadaan aku yang hanya mampu tengok dan tak mampu memiliki. aku bukan la jenis yang macam orang lain suka. pandai bercakap dan membuatkan orang lain senang. dengan fizikal yang tak menarik. memang mustahil la nak dapat apa yang disukai.

aku. aku benci bila aku suka seseorang. aku tak suka bila aku suka. ayat aku entah apa2 la. hoho. kesimpulannye. aku dah mula suka tetapi aku tak suka bila diuji begini. aku benci. 

mood aku jadi kacau. ok. aku sudah mengarut entah apa2. cau dulu. 

25 August 2010

Kan Lebih Baik Senyap

just want to say. jika kita suka kat orang tu. tak semestinya kita cakap kat dia yang kita suka dia kan? erm. aku suka kat dia. tapi dia tak tau. hmmm. aku malu nak bagitau. sebab nanti mesti kena gelak. huh! tanak lak camtu. 

jadi nak dijadikan cerita. semalam masa lepak2 tepi pantai yang indah permai sambil dengar band gitar kapok tu. aku ngan dia borak2. sehingga la sampai satu topik yang aku pun malu nak cakap. dia tanye direct aku jeles ke. hah?! apa aku nak jawab ni? aku pun tatau perasaan aku. aku tatau aku jeles ke apa. aku tatau nak jawab. aku senyap dan dia terus tanye dan menjadikan ianya bahan. pergh. asik aku je kena. aku rasa macam nak lari 400 meter berganti2 je masa tu. nak lari dari dia. tapi aku tak larat nak lari. jadi aku cume mengalihkan pandangan muka aku ke tempat lain dan senyum kat mat2 motor yang lalu lalang kat situ. tersipu malu mereka bila aku senyum kepada mereka. 

jadi apa yang perlu aku jawab ek? aku tatau sebenarnye. aku boleh je jawab ye. then boleh je jawab tak. tapi mestila aku jawab tak ngan dia. dia tetap tapuas ati ngan aku. dia uji aku lagi. pergh. aku bukan tanak jawab soalan tu. cuma aku lom pasti ngan apa yang aku rasa. aku cuma suka atau aku dah..........hmmmmm. malas nak layan perasaan itu waktu ni. 

woi2 cik ati woi. ape mende ko merepek meraban ni? sapa yang ko suka ni? sapa yang buat ko jeles ni? sape?sape? haha. agak2 lau aku cerita mengarut2 yang jiwang2 ada orang bace ke? haha. 

untuk dia yang berkenaan. tatau la ko baca ke tak kan blog aku ni. aku admit la. aku jeles. so. tamau cite panjang. aku pun dah ngaku. ko nak wat ape? tanak kawan ngan aku dah? ok la. aku cari baju raya sendiri la weekend ni. huhu. 

21 August 2010

Kami Pernah Berkawan Sekejap


hari ni aku bosann2. tiba2 teringat seorang kawan. sekejap je aku kawan ngan dia ni. jumpe pun sekali dua je. jumpe sebab nak bagi pinjam nota. and kali kedua jumpa nak pulangkan buku nota dia. buku fizik n kimia. biologi dia tak amik, jadi aku kena beli sendiri. hoho. 


jadinya. bila dah teringat. terpikir satu keje yang tak pekdah iaitu search nama dia kat google. hoho. search pun search. jumpa la pulak. hoho. sikit punye serabai la gambar. ngan janggut apa semua. aku tak cam sangat muka dia sebenarnye. yang aku ingat dia lelaki. hoho. 

nak dijadikan cerita. aku tiba2 nampak gamabr dia ngan sorang awek. comel2 gitu. then click kat nama nya. waaaah! dia dah kawin la. pakai baju pengantin. tengok2 komen. sah. memang dia yang pengantin tu. wah! dah kahwin dah kawan aku. aku tak rasa apa2 sebab dah lama lost contact. jadi biar la. mereka kelihatan sangat bahagia. hehe. aku pun tumpang gembira. 

ramai jugak kawan2 yang dah kawin. 

sebelum ni. aku nak sangat kawin. tapi sejak kenal dengan encik B aku macam malas nak kawin. aku dah mula terbayang suasana kawin yang akan membataskan aku dengan kawan2. yang akan membataskan aku nak melakukan aktiviti persatuan. yang akan memikul tanggungjawab sebagai isteri. woo. aku baru tau yang aku memang belum bersedia. entah bila entah nak bersedia aku pun tak. hello. baru 23. releks la kan. ngeh3....

say sorry tu my encik B. saya tak bermaksud nak menghina kamu. saya cuma mahu kamu sedar bahawa tanggungjawab selepas kawin memang susah jika masing2 belum bekerja. jika kamu benar2 untuk saya. pasti tak kemana kan?<---ayat aku akan memualkan orang ke?hahaha


20 August 2010

Juadah Berbuka

post kali pendek dan padat. sekian

hari ini kami makan sphagetti. hoho. nyum2. <----ayat entah apa2 la kan. 
tapi aku nak post gak gambar sphagetti yang dimasak oleh roommate aku. yo. 
hoho. nyum2.

18 August 2010

Kenangan Puasa

hoho. kenangan puasa. memang banyak. meh aku cite sikit masa aku kecik2. dulu mase 1st aku pose. aku tak pose penuh satu hari tu. sekerat hari je. tak larat. aku tak ingat darjah bape. tapi ni mase mula2 aku pose la. balik dari sekolah aku minum air then sambung pose. haha. mak aku tak tau nih. hoho. 

dulu masa aku sekolah rendah aku ngan family duduk ngan atok aku kampung sampai aku form 4. mak aku lom beli kete lagi. ada moto je. motor yamaha sport warna ijau. pergi mana2 ngan moto je. aku lom pandai bawak moto lagi. and belom ada lesen semestinya. lau time beli baju raya adik beradik aku. kitorang pergi naik bus ke bandar. pas tu round2 kat arked mara. cari baju raya. tahu2 je la kan. ngan keadaan yang panas. budak2 pulak tu. balik je terus guling2 kat lantai. ngadu kat mak. siap bisik2 lagi. "mak,aji nak minum sikit boleh tak?" hoho. mak aku pun cakap."suka ko la" aku pun dengan muka bangga p dapur minum air. hoho. tak malu betul. adik2 aku semestinya tak pose dari awal2. aku yang sulong konon2 nak tunjuk contoh la. padahal tak bleh harap. haha. 

and satu hari  tu. panas sangat. tak tau nak bagi alasan apa kat mak aku nak tak nak pose. aku tak tahan sangat. aku p bilik air. minum air paip. ho..syok wo. lega tekak aku. cakap kat mak aku pose tapi sebenarnye aku tak pose. hoho. jangan contohi aku. aku memang tak boleh dicontohi. 

pas tu dah besar sikit, aku dah mula leh tahan pose. tapi tiap2 hari waktu nak masuk zohor. mesti mandi. hoho. paham2 je la. panas kan. bile mandi rasa sejuk sikit. rasa lapar pun kurang lau mandi. orang kata sambil menyelam minum air. aku pulak sambil mandi minum air. hoho. teruknye perangai aku dulu. penah jugak tu. aku tak pose. aku leh wat selamber tayang kat orang ramai yang aku tak pose. bile aku kenang2 kan balik skang ni. aku jadi malu pulak. ei. bukan aku tu. hoho.

pas tu aku dah mula datang bulan. woi. time bulan pose lak aku 1st time kena. dah la tengah main badminton masa tu. memang seronok la aku. leh minum. hoho. belagak ngan kawan aku. aku tak boleh pose. hoho. siot tak siot aku dulu. 

haha. bile dikenang2 zaman budak2 dulu memang aku fail. fail segala2nya. aku bukan budak yang baik dan skema. tapi kat sekolah aku memang nampak agak skema. tapi bila kat umah. perangai aku tak sama masa kat sekolah. macam langit dengan bumi. pandai tak aku mainkan watak aku? hoho. 

sekarang ni aku dah jadi budak baik kot. ada la baik. tak caya? tanya kat mak aku. aku baik kat umah. haha. macam tak caya? memang jangan caya la. 

aku dari sekolah sampai tamat form 5 aku tak pernah pose kat tempat lain selain umah aku. sejak aku duduk jauh ni(jauh ke) aku susah dah nak bukak pose kat umah. sekali2 je. dulu masa kat umah atok, air yang wajib adalah air cincau. buat sendiri. atok beli cincau. aku tukang cincang.mak tukang kacau air. hoho. semangat kerjasama tak kitrng?ngeh3. 

tahun ni harap2 last la aku posa kat melaka. tahun depan aku nak menetap di umah je. nak cari keje kat kawasan umah. tapi tak tahu rezeki aku kat mana lagi. mak aku tak habis suh aku keje kat kolej komuniti tinggi kat serom 4 tu. memang tiap kali lalu situ ayat mak aku"ko keje sini je la" hoho. aku cakap,"tengok la rezeki ada kat mana nanti" hoho. aiyo. tak bagi aku keja jauh2 lak tu. paling jauh keje kat melaka. hoho. bis tu lau aku keje jauh jugak kire derhaka kah aku?hoho. tak pe mak. mak jangan risau. anak mak ni dah besar. leh jaga diri sendiri. ada ilmu bela diri. iyah! wacca! 

ape entah aku merepek meraban ni. aku pun tak tau. nak tido awal lagi. esok tak der kelas. nak tengok facebook macam dah bosan. maybe aku akan mengulang kaji pelajaran<-----ayat poyo. daaa~~~

selamat berpuasa. jangan ponteng pose tau. jangan makan atau minum sorok2. tak berkat. hehe

13 August 2010

Maaf Jika Terkasar Bahasa

aku tau aku memang selalu cakap lepas. kata2 aku memang lahir dari hati terus ke mulut. lau orang tu tak cantik. memang aku cakap tak cantik. lau orang tu gemuk. aku akan cakap dia gemuk. dan kata2 aku tu telah membuatkan orang sekeliling aku menjauhkan diri dari aku. tak apa lah. aku tak kisah orang nak marah kat aku.memang la orang kata jujur tu penting. tapi kadang2 kejujuran tu akan membawa perkara yang memalukan orang. ye. memang malu la kan tibe2 ada orang cakap kita ni buruk. terus nak kecik hati. 

ye aku dah memalukan dia. tapi dia tak baca komen yang sebelumnye. tahu pulak dia malu. kerja persatuan tak nak bantu. em...susah nak cakap. aku pada mulanya, memang tak nak pun ada jawatan apa2 dalam persatuan. tapi bila orang dah lantik, makna kita dah ada tanggungjawab. dan tanggung jawab tu kena kena tanggung dan jawab disana nanti. walupun jawatan itu kita tak suka. walaupun orang tak suka kita ada jawatan tu. ish. aku tak paham la dengan manusia ini. menuding jari ke orang lain tanpa melihat diri sendiri. 

kadang2 kata2 aku memang ada maksud yang tersirat. tetapi orang yang membaca dan mendengar akan paham dengan maksud yang lain. kita nak puji orang tu. tapi orang tu ingat kita kutuk dia. bila kita kutuk dia. dia ingat kita puji dia. jadi. penyelesaiannye. cakap terus terang. jangan kias2 sangat. sampai orang tak paham apa yang kita maskudkan.

post ini aku taip dengan keadaan emosi yang sangat sedih mengenang seorang kawan yang tak paham apa yang aku maksudkan. entahlah. aku emosi pulak sejak dua menjak ni. sangat2. 

12 August 2010

25 Julai 2010 Family's Day Pejabat Kadi Dearah Muar

25 Julai 2010 hari tu. opis ayah aku ada buat hari kuarga. pergi sunway lagoon. best2. ngeh3. saje nak bg jeles kat adik saya yang belajar jauh nu. muahaha. kami bertolak dari opis ayah jam 7 pagi. ada 4 bus. aku n family naik bus no 1. hoho. jadi meh aku letak gambar semasa kami di sana. hehehehe. 




kitorang pulang jam 4petang. dan sampai ke rumah jam 7 malam. hehe. seronok tau. lain kali boleh la pergi lahi.hehe

10 August 2010

(aimantaQwa) Brothers - Ramadhan

selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua umat islam. puasa jangan tak puasa. hehe.



09 August 2010

Pesta Konvo + Jom Heboh

malam sabtu hari tu aku pergi jom heboh dengan kak shida. sebelum tu dah berkira2 dah. nak tengok cerekarama je kat rumah. tup2 kak shida mesej. terus la aku nak ikut p jom heboh. hehe. dah malam tak ada apa2 sangat. tapi banyak jugak la aku beli. hoho. nak tengok? meh aku tunjuk.
hasilnya..wang sejumlah 60 aku habis. ngeh3
meh aku senaraikan apa yang aku beli.
  • mister potato = rm10
  • oat = rm10
  • sabun pencuci muka analisa =rm25
  • selendang = rm7.5
  • jam tangan = rm10
jumlah kesemuanya rm62.50. hoho. nasib la dalam dompet aku ada rm60 je. lau ada rm100 mesti habis juga. hehehe. tak pe. dah beli. tak boleh nak menyesal. hehehe...nak ajak budak tu, dia dah tak nak layan aku dah. tak pelah. orang lelaki bila dia dah suka kat seseorang tu. orang yang sebelum tu,dia tak amik port sangat pun. ops. ada lelaki yang terasa?hehe. saya cume tujukan kat dia je. bukan kamu. hehehe. nak buat macam mana saya cuma dapat band 2 je. hehehe.


hari ahad pulak pergi ke pesta konvo. sekali tengok kawan2 saya konvo la. banyak bunga yang kitrg beli. sampai ada orang nak beli kat kitorang. hoho. ada sorang makcik tu tanya aku. "dik, bunga ni bape dik?". aku jawab. "bunga ni bukan untuk dijual makcik." hehehe. dia pun sengih lalu berlalu dari situ. then ada sorang pakcik ni pulak yang datang. tanya mende yang sama. haha. then aku jawab mende yang sama. haha.

sambil tunggu dorang kuar dri dewan. aku tengok battle of the band, best2. tapi tengah2 tu hujan. nasib kami dapat duduk kat dalam khemah. hehe. sampai la hujan berhenti. tak sempat pun nak tengok sapa yang menang. huhu.

itu lah alkisahnye. hehehe. seronok ke baca?aku dah ketandusan idea la nak update blog. huhu.

p/s: aku nak gelak. tapi tak tau nak describe kenapa aku nak gelak.hehehe

06 August 2010

Bebel..Bebel..Bebal

bebel dan bebal? dua perkataan yang berbeza dan sudah semestinya maksud juga berbeza. kali ini aku nak bebel mende yang tak ada pekdah. aku nak bebel sampai rasa bebal. memang aku bebal pun. hoho. kenapa aku nak bebel? kerana aku tak boleh tidur lagi. kerana apa? kerana aku minum nescafe yang terlalu pekat yang aku bancuh sendiri tadi. konon2 kebal la minum nescafe pekat mana pun tetap boleh tidur. ni skang dah tak boleh tidur. sape nak jawab ni? esok pagi kelas kul8 pagi. entah boleh bangun ke tak entah. ok la aku cerita la sikit2 ek apa yang terjadi tadi.

tadi area jam 9 aku ke mydin dengan roomate aku. masing2 sombong tak nak cocok duit kat atm. konon dalam dompet duit berkepok2. tup2. dah masuk dalam terpaksa sekat2 pembelian. kerana takut tak cukup duit. kami tibe2 rasa nak beli dapur. haha. dah hampir setahun lebih duduk rumah sewa baru terasa nak beli dapur. hoho. entah apa2 entah la. kitorang beli dapur yang protable tu. harga murah je kot. rm36.90. dengan gas yang kecik tu. 13.00 ada 4. jadi dengan excitednye kitorang pun beli la. duit memang ngam2 je. nasib baik tak beli barang banyak sangat. lau tak mahu kene p atm cocok duit. hehehe.

dah sampai umah. excited betul nak masak. tapi bahan2 tuk masak tak der. haha. gara2 tak cukup duit nak beli. hehe. tapi tak pe. boleh masak meggi. hehe. ape lagi. masak la aku dengan muka yang agak excited teramat sangat. masak sebungkus je. makan 3orang. then aku buat la nescafe. tak sedar terceduk satu sudu nescafe. alamatnye aku pun segar sampai sekrang. takut tak bangun je aku ni esok pagi ni. 

oleh itu. aku terpaksa membebel kat sini. aku pun sebenarnye tak nak membebel panjang. bukan ada orang baca pun. hoho. tapi tak pe. aku memang suka taip panjang2 ni. biar orang tak baca pun tak pe la. hoho. ayat pasrah je kan. ngeh3. 

next week dah masuk bulan Ramadhan. jadi apa persediaan yang dah aku buat? plan nak masak sendiri je sepanjang bulan Ramadhan ni. dapur pun dah ada. tak payah la nak kecoh2 makan luar. makan luar pun lau dah tak de bahan nak masak. kira rumah ni dah hampir lengkap la. cuma tak de mesin basuh je. takpe. takpenting pun mesin basuh. pakai tangan lagi bagus. leh exercise tangan. ngeh3. 

nak bebel apa lagi ni ek? ok la. aku behenti la bebel. aku nak jengah2 blog orang lain la. baca2 apa yang patut. hoho. jom terjah..


p/s: aku rindu seseorang yang aku pasti dia mesti dah lupa tentang aku. aku yakin.

03 August 2010

Ahad Yang Lepas

hoho. ahad yang memang penuh la. sebenarnye aku bajet hari ahad adalah hari yang aku boleh relex kat rumah dari pagi sampai malam. tapi ahad hari tu aku bangun pagi semata2 nak beli printer. dalam kul 11.30 pagi juga la masa tu. then pagi tu jugak kena marah. kecut perut wo. dalam kecut perut tu aku buat muka relex je. sebab aku tak nak masuk dalam pc fair tu sorang2. aku tak biasa la. lau ada kawan baru la best. dengan masalah parkingnye. memang tegang la keadaan masa tu. balik dalam kul 12.30 tengah hari , balik beli printer terus balik rumah. bajet dah tak ada apa nak buat dah. tup2 plan p dataran pahlawan dalam kul 2 lebih lepas solat zohor. aku tak shopping apa2 pun. aku cume beli donut dari big apple. bagi kat mak aku. shopping dan round2 lama jugak, dalam kul 6petang balik umah. balik2 je mak aku dah sampai umah aku dah. petang tu mak aku datang aku bagi la satu kotak donut yang ada 6 tu . ngee. then mak aku dah balik aku pun p pc fair semula selepas solat magrib. balik dari pc fair dalam kul 8 p makan. sebab perut dah masuk angin. hoho. dalam kul 8.45 aku gerak p perjumpaan silat pulak. balik dalam kul 12. baru la aku boleh duduk kat depan laptop aku dan tilam aku. ngee. walaupun nampak macam tak penat. tapi bagi aku boleh membakar kalori jugak la. ngee. sebab banyak jalan kaki je. ngee. bile agaknye aku nak bakar kalori lagi ni ek. hehehehe......

02 August 2010

Aku Ada Printer

hehe..sudah lama aku nak ada printer yang ada scan2 ni. hoho. excited betul bila sudah ada printer di rumah sendiri. actually sebelum ni pun aku memang dah ada. tapi printer tu ayah aku dah amik balik. jadi aku beli printer sendiri untuk memuaskan nafsu aku yang suka print ni. hohoho. ada ke nafsu macam tu? ehek. aku tak nak mensiakan pc fair yang diadakan di MITC selama 3hari tu. satu hal dalam diri aku ni. lau mende2 yang melibatkan sale baju ke ape ke, aku tak berapa nak excited. tapi lau pc fair aku memang excited. tak tau le kenapa. dan setiap kali pc fair mesti ada je mende yang aku beli. pc fair kali ni aku kuar duit banyak sikit la. nasib baik ada PTPTN. ngeh3.

jadi tak mau cerita panjang. aku nak tayang sikit la printer yang aku beli kat pc fair semalam. walaupun biasa2 aje. tapi aku dah puas hati dah. hohoho.

dah merasmikan printer. balik dari pc fair ramikan. aku belajar perkataan baru.."ciwi"

kotak dia. thank kepada encik KCM kerana mengangkat printer saya dri tempat beli sehingga ke rumah.
p/s: minta maaf kepada encik KCM kerana memaksa dia mengikut saya masuk ke dalam. saya takut tengok dia masam. hohohoho.

28 July 2010

Benarkah?

aku tak tau la kenapa dengan dengan aku sejak akhir2 ni. orang kata jika kita tidak boleh tidur ataupun sentiasa gelisah tandanya ada benda yang nak berlaku. hoho. aku sejak2 akhir2 ni asyik tak boleh tidur. ye betul aku kelihatan tidur. tapi aku tak nyenyak. asyik rasa berdebar2. entah kenapa entah. bila nak makan memang aku akan berselera. eh ni tak de kena mengena. memang aku suka makan. ngeh3. adoi la. kenapa aku asyik rasa tak sedap hati ni. lau tidur selalu asyik teringat satu perkara ni. padahal aku tak de kene mengena dalam hal ni. huh! aku tak suka ada rasa macam ni. membuatkan aku punye tidur tak lengkap u know. aku kene cukup tidur untuk tumbesaran yang lebih lancar. 

ok. aku kene relex. ape mende aku membebel ni sebenarnye? aku nak cakap yang aku tak cukup tidur la konon. ngeh2. ye. aku memang ngantuk. tapi tak boleh nak tidur. tidur pun asik pusing2 ke kanan. pusing2 ke kiri. pusing2 ke belakang. pusing2 ke depan. hooho. 

jadi petang ni aku mahu relexkan minda. pergi jog. tak nak pikir dah yang aku tak patut pikir. aku ada banyak lagi mende yang kene pikir selain mende tu. tapi memang lagi tak mau pikir lagi la mende tu nak datang tergedik2 kat aku. hoho. 

dah seminggu lebih tak jog selepas minggu sebelum tu aku start jog. ape mende aku mengarut lagi entah. hoho. ok aku rasa aku perlu tenangkan fikiran yang sangat celaru ni. nak blogwalking pun aku rasa malas. nak update blog pun aku rasa malas. kerana apa? kerana aku memang pemalas.hohoho

ok sampai sini je leteran aku. adios amigos. 

24 July 2010

I Give My First Love To You

aku baru habis tengok cerita jepun tajuk I Give My First Love To You. sedih la cite ni. T___T mana ada aku nangis. aku steady je beb. tersentuh la sikit. cite ni mengisahkan budak nama Takuma ni sakit dari kecik. hidup dia tak lama. sampai umur 20 tahun je paling lama. masa kecik2 dia kawan ngan sorang budak pompuan ni,Mayu. kire dari kecik ni dorang dah rapat la. impian si Takuma nak jadi angkasawan dan nak kawin ngan Mayu. sampai la dorang ni sekolah. tak berpisah langsung. banyak la adegan yang romantik dalam cite ni. so sweet la kapel dua orang ni. ayah si Mayu ni doktor yang merawat Takuma. satu hari ada budak lelaki dengki. simbah air kat Mayu. Mayu ni pulak pakai baju putih pulak masa tu. nampak la bra pink dia. ops. open sangat ek aku cite? ngeee. pas tu Takuma datang selamatkan Mayu. Takuma jeles sebab budak lelaki tu dah nampak dulu sebelum dia nampak. sebab Takuma nak jadi orang pertama. then si Mayu offer la untuk tengok semua. hoho. tibe Takuma sakit jantung lak. budak heart attack. sebab dia rasa jantung dia berdegup laju. Mayu pun tak jadi la nak tunjukkan segalanya2.hahaha. sebab dia takut Takuma mati. Mayu sangat2 sayangkan Takuma. agak keterlaluan sikit cite aku ek. hoho. sweetkan dorang. ngeee. 

dan satu masa yang lain pulak. Takuma tak nak tengok Mayu sedih. dia nak break up dengan Mayu dengan cara yang semula jadi. jadi dia mohon sekolah Shido High School. kira dia dah abis la skolah yang satu lagi tu.aku pun tak paham sangat sistem sekolah orang jepun ni. dia bajet Mayu tak dapat la. tibe2 masa pengumuman pelajar yang paling tinggi markah kat Shido tu adalah Mayu. terkejut si Takuma. ngeh3. so. memang tak kan berpisah la dorang. Takuma memang sayang sangat kat Mayu. cume dia tak nak Mayu sedih lepas dia mati nanti. sebab tu dia macam nak ngelak dari Mayu. 

ada sorang mamat ni minat kat Mayu jugak. nama dia Kou. Kou hasut si Takuma, lau dia mati mesti si Mayu sedih sangat. jadi Kou ni nak kat si Mayu la. Takuma senyap je. dia pun dalam delima. satu hari ada sorang minah entah dari mana entah. nama dia Teru. Teru pun sakit sama macam si Takuma. tak lama je jangka hayat hidup dia. entah kenapa tibe2 Takuma n Mayu gaduh2 then masing2 putus. esoknye, Takuma pergi jumpa Teru, katil Teru kosong. Teru dan mati. Takuma balik semula ke sekolah. dia cakap ngan Kou. nak lumbe lari. padahal Takuma ni xleh wat aktiviti lasak. dia tak boleh lari. entah kenapa mase tu dia nak lumbe lari ngan Kou. dorang wat perjanjian. lau Kou menang dia boleh dapatkan Mayu. then lau Takuma menang,Kou tak boleh kacau Mayu lagi. untuk pengetahuan, Mayu memang tak nak pun kat Kou. walaupun Kou ni menjadi kegilaan ramai minah2 kat sekolah tu.  akhirnya Takuma menang. and Takuma datang kat tingkap hostel Mayu. pujuk balik la. ngee. adalag adegan yang 18 sx. dorang kiss. hoho. bahagia la depa dua orang ni. 

tibe2 dapat berita bahawasanye, ada penderma hati nak derma kat Takuma. gembira lah si Takuma. bila dia dapat tau yang pederma tu adalah Kou. dia pun rasa tak sedap hati. tibe2 mak si Kou tak benarkan pulak pembedahan tu. maka, tak jadi la nak derma hati. maka kecewa la. 

tibe2 lagi, Takuma di serang sakit jantung. bawak p hospital, dia tak sedarkan diri, doktor merangkap ayah kepada si Mayu ni cakap. kemungkinan besar ini adalah saat terakhir untuk bersama Takuma. suasana sedih. Takuma dalam tak sedar diri tu dia berharap dapat bagi masa la di hidup sekejap. dengan keajaiban yang datang. dia dapat la sedarkan diri. esoknye dia terus ajak Mayu honeymoon. berjalan sana. berjalan sini.  memang happy la dorang ni. Takuma bagi surat kat Mayu. then dorang balik hospital. kat hospital Takuma sakit balik dan dia pun mati. sedih. T_______T 

Mayu bukak surat tu. Takuma wish. jika dia sudah mati. dia tak nak semua orang yang dia sayang sedih. dia nak semua orang hidup gembira. wuuu. sedihnye....

tengok lah cite ni. ngee. memamng best walaupun hero mati. tapi tetap best.ngeee.


boleh tengok cerita ni kat Youtube atau pun www.mysoju.com

2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...