Nuffnang Ad

10 November 2017

Percutian Singkat Ke Pulau Tioman

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Sekian lama aku dah tak mengarang disini, tengok, bahasa aku pun dah macam apa entah.

hujung minggu lepas aku dan keluarga kecil aku pergi bercuti ke Pulau Tioman. Perancangan ke Pulau Tioman hanya mengambil kurang dari seminggu. memang tak rancang langsung nak pergi bercuti. Disebabkan kontrak aku dah abis 3/11/2017 haritu. aku terus plan nak ke Pulau Tioman. aku minta Suami aku amik cuti 6/11 & 7 /11 supaya ada masa panjang sikit.
Baru sampai jetty mersing,aisya  tunggu ayah dia beli tiket.


Tunggu feri sampai

dalam feri menuju ke Pulau Tioman
dah sampai Kg Tekek


selfie dulu.hehhe

dah sampai bilik yeay

katil single tuk ayah. hahahaha

Pantai dr Kg tekek

Jalan2 petang.ni pandangan luar chalet kami

pandangan dr pantai Juara Beach Resort

Pantai dari Kg Juara

Ada penyu kat Kg Juara, tapi sampai Oktober je.


Ok. bermula la sesi mencari Chalet. aku search kat Trivago chalet yang paling murah tuk tarikh 5/11. masa tu yg paling murah ada chalet Juara Beach Resort kat kg Juara. harga RM120. aku terus book. dan tunjukkan kat suami. dia pun kata ok. proceed.

Dan tiba waktunya. hari Ahad 5/11 kitorang gerak dari kg Serom pukul 3.30 pagi. terus ke jetty Mersing. sampai lebih kurang pukul 6.30 pagi. solat subuh dan beli tiket feri tuk dua orang pergi dan balik. RM150. perjalanan dr Jetty Mersing sampai Kg Tekek ambil masa lebih kurang 2jam.

Sampai Kg Tekek. dalam kul 10.30 pagi. kitorang sarapan dulu. nasi goreng ,roti kosong 2 keping,milo ais dan nescafe ais. bajet sarapan masa tu rm19. lepas tu terpikir jugak macam mana nak ke kg juara. sebab jauh jugak dan jalan dia berbukit2. kalau jalan kaki ambil masa lebih kurang 2-3 jam. makcik kedai tu bg no telepon suami dia, suami dia buat servis penghantaran ke kg juara. tuk amik servis tu satu kepala rm35 pergi sahaja. kami amik pergi balik jumlahnya rm140.

dah sampai tempat penginapan kami lebih kurang kul 11.30. kami amik 2 hari 1 malam sahaja. tuk kurangkan kos kami tak amik snorkeling. lagipun aisyah kecik lagi. lainkali tunggu dia besar sikit kite snorkeling ek. tuk hilangkan bosan dan tak ada aktiviti. kitorang sewa motor. satu hari rm80. round2 kg juara dan kg tekek. berbaloi jugak. ganti dengan aktiviti snorkeling..hehehe

yang ni aku ringkaskan perjalan kami ke pulau tioman

5/11/2017
3.30 pagi : Bertolak dari Sungai Mati.
6:30 pagi : Sampai Jeti Mersing
7:30 pagi : Naik Feri menuju ke Pulau Tioman
10.30 pagi : Sampai ke Kg Tekek.
11.00 pagi : Gerak ke Kg Juara dengan menaiki Kembara
11.45 pagi : Check In Juara Beach Resort(JBR).
12.30 tengahri : Pusing2 Kg Juara dan Kg Tekek
3:00 petang : balik ke JBR
5:00 petang : Pusing2 di Kg Juara dan aktiviti pantai.
7:00 petang : balik ke JBR

6/11/2017
6:00 pagi: Check Out JBR
7:15 pagi: Sampai ke Jeti Kg Tekek
7:30 pagi: Naik feri menuju ke Mersing
9.45 pagi: Sampai ke jeti Mersing.


kos:
Penginapan: RM120 satu malam
Feri Mersing-Pulai Tioman-Mersing : RM140 (RM35 seorang /sehala)
Servis Penghantaran ke Kg Juara: RM140 (RM35 seorang /sehala)
Sewa Moto: RM80 perday
Makan/Minum:RM40
Kos Minyak dan Tol(Tangkak-AyerHitam)=lebih kurang RM100

Jumlah Keseluruhan:RM620

Sengkian...hehehehe




No comments:

2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...