RSS

14 July 2011

Kenapa Berat Badan Aku Sangat Berat?

apa korang buat kalau bosan2? jalan2? anyam ketupat? cuci mata dengan eyemore? berjoget2? menyanyi?atau apa2 je yang buat bosan tu jadi tak bosan? 

ok aku pilih. makan. kenapa? sebab kalau makan tak perlu keluar duit yang banyak. just masak je kat rumah dan buat je la apa2 yang patut. then dah siap masak, makan la. apa? ada jugak benda lain yang tak yah keluarkan duit? ye betul tu. jadi apa istimewanya makan ni? sebab bila makan, aku tak ingat apa2 dah. just makan.makan,n makan. 

dulu masa aku sekolah2 dulu. aku boleh la dikatakan kurus jugak. berat aku maintain 45 kg. tapi sejak aku dah meningkat umur ke 20 an. berat badan aku semakin naik sejajar dengan umur aku. ini semua gara2 bila bosan aku makan. makan pulak benda2 yang banyak kolestrol pulak tu. masa sekolah tak tau pun apa itu mcdonald,apa itu marrybrown,apa itu A&W, apa itu burger king. tapi aku cume tau KFC je. tu pun jarang2 dapat makan. kalau ada adikberadik aku yang dapat keputusan yang cemerlang baru la dapat makan. tapi sejak2 aku merantau jauh.(jauh la sangat melaka tu) aku dah kenal apa itu semua. maka bila ada duit aku akan makan itu semua dengan berselera sangat2. hasilnya dari 45kg ke 65 kg dalam masa dalam 7 tahun. muahaha. 

lagi satu kenapa aku jadi macam ni. dulu masa sekolah aku tak didedahkan makan kat luar. makan masakan mak atau atok perempuan aku je. jadi masakan di rumah tiada apa bahan tambahan seperti ajinomoto. bila aku belajar jauh ni. tak de sapa pun nak masak, dok hostel mana leh masak sendiri. maka makan diluar la. makanan kat luar pulak ada bahan tambahan  yang boleh menambahkan selera aku makan. jadi? ha..jadi besar la. 

duduk kat rumah ni aku kembali macam zaman2 sekolah2 dulu. makan kat rumah. masak sikit2 je. sebab tak de orang nak makan. aku akan maintain kan berat badan dan kalau boleh aku nak kurangkan. dari 65 jadi 60 dalam masa setahun. hahaha. hey. 1kg pun dah terseksa nak kurangkan tau. inikan pulak nak kutangkan 5kg. 

jadi apa usaha aku? aku akan....haahahaha...ha ni la masalahnya. aku dah cuba turun naik tangga umah aku setiap hari. tapi tetap tak turun2. haha. 

motif? tak de pun. cuma nak btau kat korang dulu aku sekolah aku kurus. skang aku dah gemuk. the end. hahaha


p/s: lom ada lelaki yang boleh buat ak sayang gila2 macam aku sayang orang tu dulu. haha. ok abaikan pesanan ini ek.

4 komen-komen:

mizmizza said...

ajiat jom jogging kt taman botanikal..hehe aku pn nk kurus jgk..

Ichi said...

ade org dlm sebulan kurang 10kilo.
sebab tiap2 hari joging 30minit.
makan sebelum jam 8 malam.
bykkan makan sup, sayur, buah2an.
bangun tido jangan lambat2.
try la. :)

aziati said...

@miza : jom..aku nak jogging tiap2 hari macam kak shida pesan ni..hehehe

@kak ichi: wow~~ menarik ni...nak try la..hehe..

Siti Mariam Mohd Yusof said...

kak Ati..sama la kite..dulu waktu sekolah x la kurus sgt...tp ok la..bila dah stop bersukan ni..berat badan naik..huhuhu