Nuffnang Ad

30 June 2015

Pengalaman Bersalin

Salam Ramadhan..

hmmm...macam mana nak start aku pun tak tahu. dah lama sangat memeram. setelah Aisy pun dah 5 bulan lebih baru nak keluar cerita pengalaman bersalin. hahahaha..

12 Januari 2015
aku dah start amik cuti untuk bersalin. due date 21 Januari balik kampung kat Serom,Ledang drive kereta sorang2. encik Suami keje dan tak dapat teman aku pulang ke kampung..masa ni dah 38 minggu nak masuk 39 minggu. dan aku pulak jenis kalau nak balik. mesti balik. tak payah tunggu encik Suami. *jangan tiru aksi ini.bahaya*.

15 Januari 2015
tunggu bersalin tak bersalin jugak. berkata-kata dalam hati. tarikh hari ni cantik ni. 15.1.15. kalau bersalin ok jugak. haha..kau ingat bersalin tu semudah A.B.C.  petangnye ajak macik aku yang juga pregnent pergi cari set bersalin. tak jauh pun. tangkak je pun.

16 Januari 2015
bosan-bosan, kat Johor jumaat adalah hari cuti. maka ajak mak di Giant kat muo nu, jenjalan kunun-kunun nak cari katil baby. eh yeke. aku pun tak ingat. masa ni memang tak larat nak bawak perut. memboyot. tapi masih boleh bawah kereta. eleh.orang lain pun ada je bawak kete masa pregnent 9 bulan. kan?

17 Januari 2015
pagi tu dalam kul1 pagi aku macam nak terkucil. aku pun bangun dari katil nak ke bilik air. tiba2 rasa basah2 macam ada sesuatu keluar. tapi tak rasa sakit pun. basah lencun tilam. masa ni aku kejutkan mak. encik Suami masih di KL. kejutkan mak tanya mak. apa benda ni. mak aku pun dengan releksnya kata. air ketuban la tu. aku pun tak la panik mana. tapi aku teringat nurse kata kalau dah keluar air kena pergi hospital. dipendekkan cerita ke hospital la aku dlam kul4 pagi gitu.

4.00 pagi
check in dan telefon encik Suami yang aku dah check in. kebetulan cuti. plannya encik Suami nak balik kampung 20 Januari.
kat hospital masuk labor room. doktor check gitu gini. cucuk jarum kat tangan then disebabkan bukaan baru 1cm dan aku tak rasa sakit bersalin. aku ditahan di Wad bersalin.

12 tengahari
encik Suami sampai muo.

doktor check, tanya keadaan aku, dah aku masih belum rasa sakit nak bersalin. air masih keluar. doktor minta permission aku dan suami untuk tandatangan surat, jika dalam masa 24 jam aku tak bersalin, ubat akan dimasukkan. dan bagitau sekali beberapa risiko. kami pun tandatangan. lagipun macik aku pun ada kat situ. katanya tak ada apa pun.  hehe..

sementara nak tunggu bersalin tu. aku jalan2 dalam bilik wad tu. mundar mandir supaya bukaan bukak. encik Suami pun tak tahu nak buat apa. tawaf satu hospital dan malam tu balik tuk tido. haha

18 Januari 2015
1 pagi aku dah start rasa sakit. mula-mula 30 minit sekali. pas tu 10minit sekali. lama-lama semakin kerap. sampai la kul 6 pagi. nurse panggil, suh masuk dalam bilik, dia kata kalau dah ada bukaan, tak payah masuk ubat. pas tu check bukaan dah 4 cm. ok. boleh masuk labor room. lega sebab tak payah masuk ubat.hahaha. tapi masa ni. encik Suami kat umah. perjalan amik masa dalam 30 minit jugak. kat hospital kat muo ni pulak suami tak boleh masuk labor room kalau tak pergi kursus. so, kepada encik suami diluar sana yang nak temankan isteri anda,sila pergi kursus selama satu hari . kes ni tuk hospital pakar sultanah fatimah,muar, tak tahu hospital lain macam mana. makanya, tak sempat la aku nak jumpa suami aku. last jumpa petang semalamnya sebelum dia balik umah.

8pagi
masa dalam labor room ni. aku dah mula sakit dah sikit-sikit, ada nurse temankan. dia suh aku simpan tenaga. tarik nafas dalam-dalam. bukaan masih belum sampai yang sepatutnya. doktor silih berganti masuk. ada melayu. ada india. ada cina. ada perempuan ada lelaki. semua ada. aku redooo aje.

9pagi
bukaan masih 4 cm. adeh. aku dah sakit dah ni. masa ni sakitnya hanya Allah saje yang tahu. kat dinding ada tampal doa nabi yunus. aku baca. doktor asik kuar masuk check yang pakai mesin ke perut tu. dia nak kira contraction ke apa. aku tak paham sangat. masa ni ubat belum masuk lagi. aku dengar perbualan dokto dengan nurse. katanya kalau bukaan tak bukak lagi. kul10 dia akan start masukkan ubat. alahai. kena masuk ubat jugak la nampaknyeeee.

10 pagi
ubat dah masuk. tak rasa nak teran lagi. 30minit kemudian. aku rasa macam ada mende nak terkeluar. menjerit gak aku kesakitan menahan pergerakan anak dalam perut. dalam dok sakit2 tu. aku termuntah sebab menahan sakit. alahai. terkena kat ubat-ubatan. maaf yee,,kehkehkeh.

dalam kul berapa entah tak ingat nak tengok jam. aku betul-betul dah rasa kepala baby macam dah kat hujung. tapi doktor check bukaan baru 6 cm. belum boleh meneran. tapi aku dah terteran sikit. huhuhu. dan masa tu doktor masih tengok mesin tu. katanye belum boleh teran lagi. tapi.....saya dah tak boleh tahan ni dokor...macamana?? dan beberapa minit lepas tu doktor check bukaan lagi. katanya dah boleh teran. aku ikut arahan yang doktor bagi dan teran. mula2 teran,bunyi je lebih. kahkahkah. teran kali kedua tak berjaya. lepas tu teran kali ketiga tak berjaya. doktor kata kali ni aku kena teran betul-betul. sebab baby dah kat bawah. ada risiko lemas katanye. bila doktor kata gitu. aku pun teran buat kali keempat. teran betul-betul. dan akhirnya terasa leeeegaaaaaa sangat. 12.11 tengahari baby dah keluar. terus lupa kesakitan tadi....hilang macam angin lalu. doktor suruh teka baby laki ke perempuan. aku malas nak main teka2. doktor pun kata baby awak baby girl dan berat dia 3.1kilo. Alhamdulilllah, syukur. masa baby ada atas dada. aku tengok je.aku tak nangis tak apa. entah kenapa,air mata  tak boleh keluar masa ni.macam tak percaya. ini lah baby yang selama 9 bulan dalam perut ibu. alahai anak. comelnyaaa.

sekejap je dapat pegang baby. lepas tu nurse bawak ke NICU. untuk pemantauan. risk of sepsis. sebab aku bersalin lebih 24 jam selepas air ketuban pecah. hari kedua bacaan kuning naik pulak. maka sambung la duduk hospital. huhu

age:day 2,aisyah kene pantau sebab kuning. huhu.

age:6 hari, otw balik dari hospital 

hari ke 6. baru dapat jumpe nenek dan sudara2 lain

sekian untuk cerita pengalam bersalin secara normal aku. lain kali ada mood aku cerita yang lain2 pulak. heheheeh


selamat menjalan ibadah puasa ye pembaca2 sekalian.

nota: Rahadaul Aisyah dah 5 bulan, dah pandai meniarap dan guling2...beberapa kali terhantuk dan jatuh tilam. adeh. lasak betul. ibunya kah yang tak pandai jaga anak?



No comments:

2 Hari 1 Malam di Cameron Highland

8 & 9 September 2018  Perjalanan dari KL ke Cameron Highland(CH) memang sesak (baca:jammed). Bertolak jam 8.30 pagi. sampai ke ...