RSS

19 April 2011

Cinta Datang Dan Pergi

halluu~ hai kawan2. eh dah macam cerita budak2 la pulak. haha. internet sejak akhir2 ni macam buat hal la. maybe mogok kot. haiyo. mood nak update blog pun tergendala lor. 

hehe. aku sejak malam tadi macam rasa bahagia je. tak tau kenapa. nak kata tengah bercinta tak jugak. nak kata ada duit kepok2 pun tak juga. mungkin sebab mimpi malam tadi kot. hehe. alangkah cute hidup ni lau mimpi malam tadi menjadi kenyataan. ce teka aku mimpi apa? haha. senarnya aku pun tak ingat sangat sal mimpi tu. haha. entah mimpi apa entah. ala2 bercinta la jugak. tapi macam samar2 je wajah lelaki itu. haha. macam kenal tapi bila tengok balik dari sudut lain, lain la pulak. sweet gitu. tapi bukan sal mimpi aku nak cerita pun. ngee~

cerita senar aku nak cerita pasal cinta. haha. cam seronok je kan tengok orang bercinta. tunang. kahwin. dapat anak. woa~ aku nak jugak. tapi bayang calon pengantin lelaki pun aku tak berapa nak nampak. bukan aku yang memilih. pengantin lelaki tu yang memilih. haha.

eh dulu aku pernah cakap malas nak pikir sal mende ni kan. tapi senarnya bila tengok kawan2 tunang, kawin, dapat anak. aku macam teringin jugak. hehe. macam lambat je lagi turn aku. macam jauh sangat je. nanti aku baru nak kawin. anak kawan2 aku dah besar. dah sekolah dah. ha cane? hehe. 

mungkin dulu aku dah puas kot bercinta. tapi biasa la cinta datang tanpa diundang. cinta pergi tanpa dipaksa. tak berkekalan pun. dulu orang bercinta. kita pun nak bercinta jugak. skang satu pun tak der. nak buat camne kan.jodoh takda la. 

sekarang~ aku dah tak boleh nak pikir,orang kawin aku pun nak kawin. sebabnya nanti jadi macam dulu jugak camne? ha. lagipun calon pun takde. nak kawin ngan sapa pun kan. dengan fizikal aku yang gemuk dan pendek dan jugak tak berapa nak ramah dengan orang yang aku tak kenal menambahkan lagi sebab aku takde calon. hehe. 

maka~kalau dah sampai jodoh jangan tunggu lama2. sekarang ni bukan takde jodoh. cuma belum ada. hehe. peace~



p/s: idea entry ni datang lepas tengok video orang kawin. hehehe

2 komen-komen:

selipar terbang said...

ni mesti tgk video owg kawin kt FB td nieh....

Aziati Zolman said...

ha'ah...hehehehe..tepat betul jangkaan kamu~~